Saturday, October 31, 2009

When Raja Petra presumes Anwar as ''Alexander The Great''



Anwar Ibrahim and many of the opposition leaders have this false feeling of grandeur about themselves. But they are not grand, and certainly far from great. They did not make 8 March 2008 happen. The people made it happen. And what the people make the people can break.

THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin 

Great people do great things. Great people also do the opposite after they have done great things. So, if you have a tendency to do great things, and then do a U-turn later and dismantle all the great things you have done, do not feel too bad for you will be walking amongst the great.

Alexander the Great was one such great person. He set out to conquer the world. And then his ego conquered him. By the time he reached the border of India he had killed off all his close friends and most trusted generals. When they set out to conquer the world ten years before that it was as comrades. Then, friend became foe and the benevolent became malevolent. And, by his own hand, Alexander the Great killed the very people who loved him and who he once used to love as well.

Alexander the Great was of course not the only great man to walk the face of this earth. There were many great men through the ages. Some died unknown as not all great men are listed in the history books. There are probably more unknown soldiers and unsung heroes than those who are remembered. But I have used Alexander the Great as my analogy merely because he carries the title ‘great’ in his name.

Malaysia too has no shortage of great men. And I use the term ‘men’ not to mean gender but as they would say ‘mankind’ when it can also mean women. So we can assume I am also talking about women when I say ‘great men’. And some of the great men and women of Malaysia through the ages, some known and many unknown, have lived and died and only a few are left remaining.

I would place Anwar Ibrahim as amongst those great men. Now, Anwar Ibrahim is not the only great man, mind you. There are of course many. But today I want to talk about Anwar Ibrahim, not because he is the only great man Malaysia has given birth to, but because he best reminds me of the greatest of great men, Alexander the Great.

Continue here
------------------------------o-----------------------------
Notes:

Monday, October 26, 2009

Masa depan: Mohon petunjuk dan bimbingan





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Maaf kerana lama tidak update blog, berehat seketika untuk muhasabah diri dan mengumpul kekuatan.

Sejak kebelakangan ini, saya sering memikirkan tentang masa depan saya didunia ini selepas kes ini selesai.
Bukan apa, walaupun sudah dikategori sebagai ''mayat hidup'', hidup tetap perlu diteruskan. Berdosa jika kita “give up” untuk hidup. Saya sentiasa berdoa dan berserah sepenuhnya pada Allah, namun saya juga perlu berusaha mencari jalannya.

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dirinya sendiri ubah.

Banyak pendapat dan cadangan yang saya perolehi. Ada yang positif, ada yang negatif. Eg tinggal di luar negara, tukar identiti, kehidupan akan menjadi lebih baik atau sebaliknya dan pelbagai lagi.

Ramai juga yang berpendapat rugi saya memilih jalan ini dan patut menyesalinya. Masa depan hancur dan diri ini akan dihina utk selama-lamanya.

Terima kasih diatas pendapat dan nasihat yang diberi. Saya hormati dan amat menghargainya.

Pada mereka yang berpendapat rugi dan mahu saya menyesal, ini jawapan saya: "Pada hemat saya, biarlah diri ini dihina oleh jutaan manusia dan hilang segala nikmat dunia ini daripada dihina Allah swt, hidup dalam jiwa yang tidak tenang dan ditarik nikmat di akhirat akibat tidak berani menegakkan yang Hak" Wallahualam..

Bak kata pepatah, "Malu bertanya, sesat jalan".

Justeru, selain dari berdoa dan memohon petunjuk dariNya,  saya juga amat mengalu-alukan bimbingan dan pendapat dari anda sekalian tentang apa yang patut saya lakukan untuk meneruskan kehidupan saya selepas ini.

Kepada yang sudi, boleh kemukanya di ruang komentar blog, email HariKebenaran@gmail.com atau di Facebook  saya.

Walaubagaimanapun, jangan bimbang, mengenai kes, insyaallah saya mampu mengharunginya dan tidak sesekali akan mengalah, saya tetap akan istiqamah dalam perjuangan ini. Tujuan saya menulis ini hanya mahu pendapat dan bimbingan untuk mempersiapkan diri untuk hidup selepas kes ini selesai kelak.

Akhir kalam, mohon doa agar saya selamat memberi keterangan(masih tiada tarikh). Untuk makluman, pada 3hb Nov ini, Mahkamah baru akan mendengar permohonan tertuduh untuk gugurkan kes sebelum bicara.

Diharap, pihak Mahkamah dapat percepatkan pendengaran tersebut, sudah setahun lebih saya tunggu untuk hari perbicaraan sebenar muncul tiba. Di samping itu, mengenai permohonan gugur kes ini, diharap mahkamah dapat beri keputusan yang ADIL serta RASIONAL, mengikut lunas undang-undang.

Kepada Allah saya berserah

Yang Hak Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Friday, October 16, 2009

Happy Diwali



Wishing all my Hindu friends and Malaysian Hindus a very 
Happy Deepavali. May the festival 
of lights encircle your life with 
joy and happiness.

-Mohd Saiful Bukhari Azlan-

Friday, October 2, 2009

Doa dan bantuan buat saudara Serumpun



-----------------------------------
Cek atas nama:
MERCY MALAYSIA
CIMB Acc No : 1424-000-6561053
MERCY HUMANITARIAN FUND
MAYBANK Acc No : 5621 7950 4126
-------------------------------------- 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Atas semangat kemanusian dan juga serumpun, marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan serta doa buat mangsa gempa di Padang, Sumatra, Indonesia.

Kita disini yang hanya merasai tempias gegarannya pun ada yang sudah panik, apatah lagi mereka yang berada berdekatan pusat gempa tersebut, yang bukan hanya merasai gegaran yang kuat, malah melihat sendiri bangunan-bangunan serta infrastruktur lain runtuh dan ratusan nyawa terkorban didepan mata.

Takziah buat mereka. Semoga mereka diberi kekuatan oleh Allah swt bagi mengharungi waktu yang amat sukar ini. Al-Fatihah buat mangsa-mangsa yang terkorban. Al-Fatihah..


SAIFUL BUKHARI

p/s: Mengenai siri provokasi segelintir rakyat mereka(cth disini), usahlah tersentuh atau terpedaya dengan mainan politikus dan "tangan ghaib" disebalik pergerakan2 tersebut yang hanya mahu merosakkan keharmonian rantau ini demi agenda sempit mereka. Saya yakin, bukan semua rakyat mereka berfikiran begitu. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Monday, September 28, 2009

Apabila Yahudi mulai sindir Anwar Ibrahim


Video dari artikel Harapkan pagar, pagar makan padi
[Klik disini jika tidak dapat menonton]

Di bulan syawal, kebanyakkan daripada kita berkunjung ke rumah saudara mara, rakan taulan dan sebagainya. Namun, lain pula bagi tertuduh yang menyambut lebaran kali ini bersama teman-teman Yahudi (Al Gore & dll) di Amerika. Kerana tugasan katanya.(disini)

Dari maklumat yang saya terima, beliau mulai panik apabila media Yahudi, sudah mula sindir beliau.Baru-baru ini, majalah Economist(milik Yahudi) mengelar beliau Malaysia's Chameleon = Sesumpah Malaysia.

Amerika mengharapkan beliau membawa dan mengekalkan imej Islamik(bagi menarik sokongan masyarakat Islam thdp US), namun yg terjadi sebaliknya. Kini, dikhabarkan beliau sedang cuba meyakinkan mereka kembali serta memohon pertolongan dari mereka untuk kes moralnya, buat kali kedua.

Adakah pihak US, Obama, akan melayan permintaannya? Waallahualam.. Apapun diharap, pihak yang berwajib(disini) kuat iman dan dalamannya.

Kepada Allah saya berserah..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan  

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri


Lagi video disini
Assalammualaikum wrt,

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat tunang tersayang, adik, bapa, seluruh keluarga serta saudara mara yang bakal menyambut lebaran di Johor ataupun di Pahang, keluarga tunang, sahabat handai, sahabat-sahabat maya yang telah banyak memberi sokongan (bloggers, ahli2 forum, pegunjung2 blog saya, rakan-rakan facebook dan lain2) serta seluruh umat islam.

Kemungkinan, tahun ini merupakan tahun kedua saya tidak dapat lagi menyambut syawal bersama keluarga. Tidak mengapa, yang penting, saya masih berada didunia ini, justeru saya perlu sentiasa berwaspada mengenai keselamatan diri kerana lumrah orang yang sedang terdesak, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mengelakkan saya dari memberi keterangan di mahkamah kelak. Tragedi yang menimpa mendiang Teoh Beng Hock perlu dijadikan iktibar.

Buat nenek serta keluarga di kampung, usahlah bersedih dengan ketiadaan saya di pagi raya nanti, insyaallah jika ada rezeki kita akan bertemu diwaktu yang lebih sesuai dan selamat. Alhamdulillah, saya sihat seperti biasa dan akan terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini walau apa jua rintangan yang terpaksa ditempuhi.

Diharap ini adalah syawal terakhir saya menyambutnya bersendirian...

Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Salam Lebaran,
Saiful Bukhari.

p/s: Menjelang 3 Nov 2009 ini, mohon doakan agar tiada lagi penangguhan perbicaraan. Juga, harap tiada lagi permohonan2 mengarut dari pihak tertuduh. Cukuplah selama ini VVIP didahulukan..
 

Pautan
Solat Tarawikh di Masjid Wilayah (Video)

Thursday, September 17, 2009

Salahgunakan proses Mahkamah - Hakim

Berita penuh disini

[Ulasan] Alhamdulillah, selesai satu permohonan.. Akan ada lagi permohonan dari tertuduh? Rayuan keputusan? Tidak terkejut jika ada lagi.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Wednesday, September 16, 2009

Solat Tarawikh di Masjid Wilayah..


 Video rakaman di Masjid disini 



Assalammualaikum wrbt,

Setelah lebih setahun saya tidak berkunjung ke Masjid Wilayah, dengan izin Allah pada hari Isnin, 14 September 2009, dapat juga saya merasakan nikmat menunaikan solat sunat tarawikh di masjid, secara berjemaah untuk kali pertama bagi ramadhan tahun ini dan yang lepas.

Alhamdulillah, walaupun saya perlu mengambil risiko yang tinggi(keselamatan) untuk ke sana, namun syukur segalanya berjalan dengan lancar dan saya dapat menjalankan ibadah dengan khusyuk dan tenang.

Dugaan dan cabaran yang terpaksa saya tempuhi ini amat berat sekali. Bukan sahaja musuh yang perlu ditentang, malah 'musuh dalam selimut' juga. Ternyata, dengan ketenangan dan nikmat(solat tarawikh berjemaah) yang diperolehi ini, akan dijadikan pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan ini.

Mengenai video diatas, ia sekadar satu 'flashback' setelah lebih setahun saya bersumpah di Masjid tersebut. Pada mereka yang sudah lama tidak bertemu atau melihat saya, bolehlah tonton video serta gambar-gambar yang dipaparkan. Pada mereka yang tidak putus2 mahu memfitnah kononnya saya sedang sakit tenat lagi pula, mohon beristigfar..

Diharap, pada ramadhan yang akan datang, saya dapat kembali menunaikan solat terawikh di Masjid tersebut tanpa memikirkan soal risiko lagi.

Kepada Allah saya bersyukur..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan

Sumpah Laknat: Genap Setahun
Sabar.. Ada batasnya... 
Bukit Aman ambil alih siasatan laporan terhadap blog
Hanya sekadar menegakkan kebenaran..
Penipuan Imam Ramlang Porigi

Sunday, September 6, 2009

"Tangguh tetap tangguh" - Awang Selamat

                                                            *Update- 7/9/09


                                                             - Anwar tidak perlu takut - Utusan
                                                             - Anwar tak patut tangguh kes liwat - Utusan
                                                             - Dirumah Anwar pun kecoh - X-PKR
    -----------------------------

    [Ulasan saya dibawah]
    Dari Utusan Mingguan

    HARAPAN banyak pihak dan orang ramai untuk mengikuti perbicaraan sebenar kes dakwaan liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, dalam masa terdekat, tidak kesampaian.

    Sejak kes tersebut disebut pertama kali Ogos lalu, sampai kini, ia belum dapat dibicarakan antaranya kerana Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan untuk penangguhan. Nampaknya motto baru Anwar ialah Tangguh Tetap Tangguh berbeza dengan Lawan Tetap Lawan ketika kempen pilihan raya umum lalu.

    Terbaru, kes tersebut akan dipanjangkan lagi pada bulan Oktober. Maknanya, sudah dua kali Ramadan dan Aidilfitri terpaksa dilalui oleh Saiful dengan perasaan tertekan menanti kesnya. Awang sudah banyak kali menulis tentang penangguhan perbicaraan utama kes berkenaan dan tidak terkejut dengan perkembangan tersebut. Selanjutnya di Mingguan Malaysia, 6 September 2009

    AWANG SELAMAT
      ----------------------------------------------

      [Ulasan] Terima kasih Awang Selamat serta seluruh warga Utusan Melayu kerana prihatin dan tidak putus-putus membela nasib saya untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

      Saya ini hanya insan kerdil(tiada pengaruh dan kuasa), lawan saya pula adalah antara 100 orang yang terpengaruh di dunia(Times Top 100 2008), bagaikan tikus dengan gajah. Hatta, penulisan dan liputan berita yang diberi sedikit sebanyak telah/dapat membantu dalam perjuangan saya dalam mendapatkan keadilan yang tidak kunjung tiba ini.

      Setuju dengan Awang, kali ini, motto tertuduh ''Tangguh tetap Tangguh'', bukan lagi ''Lawan tetap Lawan''. Ada juga rakyat diluar sana kata ''Lari tetap Lari'' dan macam-macam lagi.

      Mengenai dua Aidilfitri dan Ramadhan yang terpaksa dikorbankan, saya redha. Bukan sahaja itu, malah banyak lagi yang terpaksa saya korbankan. Tidak mengapa, adat perjuangan, mesti perlu berkorban. Namun, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada serta ketenangan yang diberi-Nya.

      Saya pasti, banyak hikmah disebalik semua ini kerana Allah swt Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

      Akhir kalam, walaupun kita tidak pernah bertemu/kenal, keikhlasan serta sokongan Awang dan Utusan Melayu amat saya dan seluruh keluarga hargai. Semoga budi dan jasa Awang serta warga Utusan sekalian dibalas Allah swt. Amin

      Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

      SAIFUL BUKHARI

      Pautan

      Kerajaan perlu jelaskan kenapa kes Anwar tertangguh lama- Utusan
      Terima kasih ''Awang Selamat''
      Terima kasih ''Awang Selamat'' - II
      Penantian: Hari ke 400
      ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak zalim?
      Sesumpah Malaysia: Anwar Ibrahim - The Economist
      ''All Star'' Vs The Truth
      Sumpah Laknat: Genap Setahun
      Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
      Penipuan Imam Ramlang Porigi

      Friday, September 4, 2009

      Gugur barisan DPP: "Ia Tidak Berasas, Mempersenda Keadilan!" - Tegas Pn See

      Gambar semasa ceramah di Bukit Gelugor, P.Pinang, PRU-12.
      Saya(berbaju biru) dibelakang tertuduh. Video di sini
      [Ulasan saya dibawah]

      KUALA LUMPUR 3 Sept. – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwatnya merupakan satu pencabulan terang-terangan dalam proses mahkamah.

      Dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Peguam Kanan Persekutuan, See Mee Chun berkata, mahkamah sepatutnya menolak permohonan itu berasaskan yang Anwar memohon untuk melarang pasukan pendakwaan melaksanakan tugas berkanun mereka.

      ‘‘Permohonan ini tidak berasas. Hujah kami adalah permohonan ini digugurkan atau ditolak dengan kos,’’ kata Mee Chun.

      Beliau berkata, pendakwaan berhubung kes liwat itu tidak boleh dikaji semula oleh Mahkamah Rayuan.

      “Usaha itu adalah ‘‘benar-benar’’ serangan ke atas kuasa Peguam Negara mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

      Beliau juga berhujah bahawa permohonan Anwar adalah untuk melemahkan kejayaan pendakwaan dalam perbicaraan jenayah.

      Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai ‘‘sama seperti mempersenda keadilan’’.

      Beliau menamakan Peguam Cara I, Datuk Idrus Harun; Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

      Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam menandatangani sijil Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah, jelas menunjukkan yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan ‘‘main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya’’.

      Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

      Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

      Mee Chun juga berhujah bahawa ‘‘kebimbangan munasabah bagi berat sebelah dan/atau wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah’’ oleh para responden terhadapnya adalah tidak berasas.

      Katanya, semua isu berkait dengan perbicaraan liwat pada 1998, telah diputuskan oleh mahkamah dan Inkuiri Suruhanjaya Diraja.

      Sebelum itu, peguam bela Anwar, R. Sivarasa berhujah bahawa permohonan semakan kehakiman perlu diberikan untuk menahan responden daripada melaksanakan kuasa mereka terhadap anak guamnya.

      - Utusan
      -------------------------------------------

      [Ulasan saya]: Tahniah Pn See Mee Chun, Peguam Kanan Persekutuan diatas ketegasan Puan dalam mendaulatkan Undang-Undang daripada ia terus dipijak pihak tertuduh. Bayangkan jika semua OKT yang didakwa bertindak seperti tertuduh, hatta huru-haralah sistem perundangan/kehakiman kita.

      Mana tidaknya, tertuduh kali ini memohon agar semua barisan pendakwaan digugurkan atas alasan mereka dilantik oleh Peguam Negara. Jika dibenarkan, maka tiada siapa yang boleh mendakwa tertuduh kerana kuasa melantik barisan pendakwaan hanya pada Peguam Negara.

      Ironinya, Peguam Negara yang samalah yang akan didesak pihak tertuduh untuk mendakwa secepat mungkin sesiapa sahaja musuhnya yang disyaki/dituduh melakukan kesalahan. Namun, apabila diri sendiri didakwa, Peguam Negara yang sama tidak dibenarkan mendakwa serta beribu alasan lain diberi. Sungguh hiprokrit...

      Benar kata Pn See, permohonan ini sememangnya tidak berasas dan seperti mempersendakan keadilan. Namun, bagi saya, pihak tertuduh tidak memperdulikan semua itu. Asalkan, beliau dapat menangguhkan Perbicaraan Utama selama mana yang mungkin. Selain itu, tertuduh juga mahu kes ini digugurkan sebelum ia dibicarakan.

      Barangkali, inilah keismewaan OKT bertaraf VVIP. Jika rakyat biasa, mungkin sudah lama ia tidak akan dilayan.

      Keputusan permohonan ini akan diputuskan pada 15 September 2009. Sama-sama kita nantikan.


      Kepada Allah saya berserah..

      Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

      SAIFUL BUKHARI

      Pautan

      Saiful persoal Anwar dapat keistimewaan?- Utusan
      Justice Delayed; Justice Denied - Gelagat Anwar
      "All Star" Vs The Truth
      Tangguh ke 3 Nov.. Lagi..
      Peguam Anwar, adalah Peguam Chin Peng (Raja Aziz) - Mykmu
      Kes Teoh Beng Hock: DSAI tidak layak bicara soal keadilan
      Sumpah Laknat: Genap Setahun
      Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
      Dolak-dalih yang tiada kesudahan
      Penantian: Hari ke 400
      Tangguh: Mainan Anwar cari 'keadilan' - Utusan
      Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
      Penipuan Imam Ramlang Porigi

      Wednesday, September 2, 2009

      Tangguh ke 3 Nov.. Lagi..


      Inilah 'hasil' helah atau dolak-dalih tertuduh, beliau buat pelbagai permohonan untuk melewatkan perbicaraan. Mahkamah pula perlu mendengar setiap permohonannya. Setelah keputusan permohanan dibuat, salah satu pihak pasti tidak akan berpuas hati dan membuat rayuan. Rayuan pula akan memakan masa. Tidak puas hati lagi, ke Mahkamah Persekutuan pula. Proses diulang untuk permohanan-permohonanya yang lain.

      Perbicaraan sebenar tidak juga bermula. Boleh rujuk artikel yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir, disini..

      Namun pada kali ini, DPP terpaksa buat permohonan rayuan terhadap penghakiman tersebut. Jika DPP tidak berbuat demikian, kesannya bukan sahaja terhadap kes saya, malah keseluruhan kes-kes jenayah di negara ini kerana mereka boleh rujuk pada penghakiman tersebut.

      Dari sudut peribadi, saya berterima kasih pada pihak DPP kerana telah mempertahankan hak-hak saya sebelum saya menghadapi perbicaraan utama.

      Jika ia tidak dipertahankan, saya ibarat seperti pergi berperang(perbicaraan) tanpa senjata dan kelebihan, kerana tertuduh merampasnya sebelum perang(perbicaraan) bermula. Di tambah lagi dengan 12 Peguambela dan segelintir penyokong2 fanatiknya, hanya untuk menyahkan SAYA SEORANG di Mahkamah dan rakyat jelata yang mahukan KEBENARAN.

      Lawannya adalah Kerajaan hanyalah 'Imaginasi' beliau. Jika benar beliau berlawan dengan Kerajaan dalam kes ini, sudah lama beliau dalam lokap(tidak dapat jamin), tidak dapat bebas seperti keluar negara(pasport tidak ditahan), dan tertuduh tidak akan berdaya utk melewatkan perbicaraan ini. Lagi kelebihan2 yang tertuduh perolehi sini sini, sini, sini, sini dan sini

      Kesimpulannya, matlamat beliau melakukan semua ini hanya untuk melunturkan semangat saya dan berharap saya akan mengalah. Dalam pada masa yang sama, beliau tidak berputus asa mengarahkan orang2nya mencari saya, untuk apa? Wallahualam..

      Maaf Datuk Seri, Saya TIDAK akan menyerah kalah! Pantang Berundur Sebelum Ajal!

      Saya tidak bergantung pada mahkluk, saya bergantung pada Allah swt.. Walaupun perit menahan sabar, namun saya tetap akan terus bersabar, berdoa dan berserah pada Allah swt, kerana saya yakin, pasti ada hikmah disebaliknya.


      Kepada Allah saya berserah..

      Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

      SAIFUL BUKHARI

      Terkilan.. Namun redha dan tetap hormati keputusan
      ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak ZALIM?
      How to Muzzle your critics, Special message for politicians by Tun Dr Mahathir
      Dolak-dalih yang tiada kesudahan
      Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
      Detik-detik kebenaran
      Mahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - Bernama
      Menegakkan benang yang basah
      Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
      Penipuan Imam Ramlang Porigi
      WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia

      Sunday, August 30, 2009

      Salam Kemerdekaan!

      Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang Ke-52

      Semoga bumi bertuah ini terus Merdeka, senantiasa dilimpahi rahmat
      oleh-Nya dan dilindungi daripada ancaman musuh yang boleh
      memusnahkan kejayaan dan kemakmuran yang
      negara kecapi selama ini..

      Ayuh kita BERSATU mempertahankannya!

      Usah lagi Dijajah!!

      Salam Kemerdekaan
      - Mohd Saiful Bukhari Azlan-



      Wednesday, August 19, 2009

      ''All Star'' Vs The Truth

      "All Star": Dari kiri, Karpal 70, Raja Aziz,73, Datuk Param 68

      *Terkini 3.00am: 12 orang Peguambela keseluruhannya.
      "Selain daripada barisan peguam baru itu dan Nair, Anwar diwakili
      oleh R. Sivarasa, Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad,
      Leela J. Jesuthasan, Latheefa Koya, Mohd. Razlan Jalaludin
      dan Saiful Izham Ramli."
      - Utusan

      Dalam kesibukan tertuduh beriaya-iya mahu gugurkan kes sebelum perbicaraan dan yang terkini mahu seluruh pasukan pendakwaan digugurkan, terbaru beliau telah merombak dan melantik pasukan peguambela yang baru. Sungguh menghairankan..

      Rombakan/lantikan ini dibuat berikutan penarikan diri Sulaiman Abdullah, Ketua Peguambelanya tempoh hari atas alasan ''tidak sihat''. Boleh baca disini

      Kini, tempat Sulaiman Abdullah digantikan dengan Raja Aziz Addruse, 73, seorang peguam senior yang sangat berpengalaman. Selain itu, beliau juga melantik nama-nama besar seperti Karpal Singh,69, Datuk Param Cumaraswamy, 68, dan Datuk CV Prabakharan. Portal berita MalaysiaKini mengelarkan barisan peguambela tertuduh yang baru ini ''All-Star''.

      Persoalannya sekarang, bagaimana dengan barisan peguam-peguam bela Anwar sebelum ini? Adakah mereka masih kekal atau 4 nama besar ini sahaja yang akan membelanya? Apa sebabnya? Mungkin mereka(pasukan yang lepas) tidak cukup hebat untuk hapuskan kebenaran, perlu ditambah dengan yang lebih berpengalaman agaknya. Wallahualam..

      Apapun, saya bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sekalipun. Kebenaran tetap kebenaran, walau sehebat mana sekalipun peguambelanya, ia tidak dapat hapuskan kebenaran. Itu janji dan firman Allah swt;

      Dan katakanlah:"Telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah perkara yang batil; sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap"
      - Surah Al Israa', Ayat 81
      -

      Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada mereka semua. Diharap, pasukan baru ini lebih rasional dan berani berbanding yang lepas kerana pasukan yang lepas hanya mahu lari dari perbicaraan, bukan untuk berlawan secara 'gentleman' di Perbicaraan sebenar.

      Selain daripada itu, mohon semua peguambela yang baru dilantik ini menjaga kesihatan agar perbicaraan berjalan dengan lancar(tidak mahu insiden Sulaiman Abdullah berulang).

      See you guys in Court, Insyaallah..

      Kepada Allah saya berserah.

      Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL Pasti JATUH!

      SAIFUL BUKHARI

      Pautan

      Peguam Anwar, adalah Peguam Chin Peng (Raja Aziz) - Mykmu
      Karpal Singh antara Peguam baru Anwar - Utusan
      Sumpah Laknat: Genap Setahun
      Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
      Dolak-dalih yang tiada kesudahan
      Penantian: Hari ke 400
      Mohon GUGUR seluruh pasukan pendakwa pula
      Tangguh: Mainan Anwar cari 'keadilan' - Utusan

      p/s: Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan buat semua. Semoga kita semua peroleh keberkatan dan rahmat dari Allah swt di bulan yang mulia ini.. Insyaallah

      Saturday, August 15, 2009

      Sumpah Laknat: Genap Setahun



      Pada hari ini, 15hb Ogos 2009, genaplah setahun saya melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan. Tujuan saya melafazkan sumpah tersebut adalah untuk mempertahankan dakwaan saya(kebenaran). Ini kerana selepas sahaja membuat laporan polis, jutaan cacian dilemparkan kepada saya dan keluarga kononnya ia semua fitnah.

      Pada mulanya, ia sepatutnya merupakan Mubahalah(kedua2 bersumpah). Idea untuk bermubahalah ini bukan datang dari pihak saya, ia disarankan sendiri oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri dan disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz. Boleh rujuk disini, sini, dan sini

      Jadi selepas mendengar saranan tersebut, pada 7 July 2008, saya telah mempelawa beliau(DS Anwar) untuk bermubahalah, buktinya disini . Namun setelah pelbagai dolak-dalih diberi untuk tidak melakukannya, jadi saya terpaksa melakukannya sendiri demi untuk mempertahankan kebenaran.

      Walaupun ia menimbulkan pelbagai kontroversi, kecaman, kutukan, fitnah, penipuan dan cacian, saya terima dengan hati terbuka. Namun yang pasti, saya telah melafazkannya. Tertuduh sehingga ke hari ini(sudah setahun) masih berdolak-dalih untuk melakukannya.

      Salah satu kekeliruan:
      "Sumpah dengan junjung Al Quran untuk tentu kebenaran" -Nik Aziz - 4 Julai 2008
      "Sumpah Pegang Quran Tiada Dalam Islam"- Nik Aziz - 16 Ogos 2008

      Wallahualam..

      Kepada Allah saya berserah..


      Yang HAK pasti BERDIRI yang BATIL pasti JATUH!

      SAIFUL BUKHARI

      Pautan:

      Nik Aziz dan Harakah - RBF
      Penantian: Hari ke 400
      Penipuan Imam Ramlang Porigi - Siri 1
      Penipuan Imam Ramlang Porigi - Siri 2
      Akuan Bersumpah Dijulang, Sumpah Laknat di hina
      Hanya sekadar menegakkan kebenaran..
      Buat Rakyat Malaysia..
      Tangguh: Mainan Anwar cari 'keadilan' - Utusan

      Tuesday, August 11, 2009

      Mohon GUGUR seluruh pasukan Pendakwaan pula...

      *ulasan saya dibawah*
      Dari Utusan

      KUALA LUMPUR 11 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah perisytiharan agar barisan pendakwa raya sedia ada dikecualikan daripada mengendalikan pendakwaan kes liwat bekas pembantu yang dihadapinya.

      Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran membuat semakan kehakiman itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini pada pukul 11.35 pagi ini.

      Dalam permohonan itu, beliau menamakan Peguam Cara I, Datuk Idris Harun; Peguam Cara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan barisan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin sebagai pihak responden.

      Turut dinamakan sebagai responden ialah Pendakwa Raya dan kerajaan Malaysia.

      Menurut kenyataan akhbar peguam belanya, Sankaran Nair, permohonan itu difailkan kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didakwa bertindak berat sebelah dan prejudis dalam pendakwaan kes itu memandangkan terdapat laporan polis dibuat terhadap Abdul Gani oleh Anwar. - Utusan

      [Ulasan] Tiada kesudahan. Begitulah dolak-dalih terbaru tertuduh bagi melengahkan perbicaraan ini lagi. Beliau harus sedar bahawa seluruh rakyat sudah muak dengan semua dolak-dalihnya. Tidak kira sama ada yang percaya atau tidak, rata-rata mereka tidak sabar mahu Perbicaraan Utama dijalankan secepat mungkin bagi mengetahui kebenaran sebenar. Sudah setahun lebih ia ditangguh atas pelbagai sebab dan alasan.

      Memetik luahan seorang sahabat saya di Facebook mengenai dolak-dalih terbaru ini; "Mungkin selepas ini dia akan minta gugurkan juga hakim dan bangunan mahkamah itu" . Seorang lagi; "Anwar nak gugurkan hakim serta pendakwaraya. Nak senang, Anwar lantik diri dia sendiri aje jadi pendakwaraya dan hakim. Tapi Anwar boleh buat macam tu kat tanjung rambutan."

      Setiap permohonan akan memakan masa dan helah seperti ini hanya dibuat bagi melambatkan perbicaraan, boleh rujuk artikel yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir, disini..

      Walaubagaimanapun, seperti yang saya nyatakan di artikel Penantian:Hari ke-400; "Hari ini hari yang ke 400, biarlah hari yang ke 500, 600, 1000 sekalipun saya tetap akan tunggu dan bersabar".

      Kepada DS Anwar Ibrahim, janganlah selepas ini anda mempersalahkan orang ramai jikalau mereka bersikap prejudis(percaya saya diperlakukan sedemikian oleh DS) kerana sikap dolak-dalik Datuk Seri kini jelas bertentangan dengan prinsip DS sebelum ini iaitu ''LAWAN TETAP LAWAN''. Berani kerana benar, takut kerana..........


      Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, Kepada Allah saya berdoa dan berserah..

      Yang HAK pasti berdiri, Yang Batil Pasti Jatuh!

      SAIFUL BUKHARI

      Pautan

      ISA 'zalim, minta gugur kes saiful tak zalim? - Utusan
      ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak ZALIM?
      How to Muzzle your critics, Special message for politicians by Tun Dr Mahathir
      Kes Teoh Beng Hock: DSAI tidak layak bicara soal keadilan
      Terkilan.. Namun redha dan tetap hormati keputusan
      Dolak-dalih yang tiada kesudahan
      Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
      Detik-detik kebenaran
      Mahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - Bernama
      Menegakkan benang yang basah
      Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
      Penipuan Imam Ramlang Porigi
      WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia