Monday, October 26, 2009

Masa depan: Mohon petunjuk dan bimbingan





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Maaf kerana lama tidak update blog, berehat seketika untuk muhasabah diri dan mengumpul kekuatan.

Sejak kebelakangan ini, saya sering memikirkan tentang masa depan saya didunia ini selepas kes ini selesai.
Bukan apa, walaupun sudah dikategori sebagai ''mayat hidup'', hidup tetap perlu diteruskan. Berdosa jika kita “give up” untuk hidup. Saya sentiasa berdoa dan berserah sepenuhnya pada Allah, namun saya juga perlu berusaha mencari jalannya.

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dirinya sendiri ubah.

Banyak pendapat dan cadangan yang saya perolehi. Ada yang positif, ada yang negatif. Eg tinggal di luar negara, tukar identiti, kehidupan akan menjadi lebih baik atau sebaliknya dan pelbagai lagi.

Ramai juga yang berpendapat rugi saya memilih jalan ini dan patut menyesalinya. Masa depan hancur dan diri ini akan dihina utk selama-lamanya.

Terima kasih diatas pendapat dan nasihat yang diberi. Saya hormati dan amat menghargainya.

Pada mereka yang berpendapat rugi dan mahu saya menyesal, ini jawapan saya: "Pada hemat saya, biarlah diri ini dihina oleh jutaan manusia dan hilang segala nikmat dunia ini daripada dihina Allah swt, hidup dalam jiwa yang tidak tenang dan ditarik nikmat di akhirat akibat tidak berani menegakkan yang Hak" Wallahualam..

Bak kata pepatah, "Malu bertanya, sesat jalan".

Justeru, selain dari berdoa dan memohon petunjuk dariNya,  saya juga amat mengalu-alukan bimbingan dan pendapat dari anda sekalian tentang apa yang patut saya lakukan untuk meneruskan kehidupan saya selepas ini.

Kepada yang sudi, boleh kemukanya di ruang komentar blog, email HariKebenaran@gmail.com atau di Facebook  saya.

Walaubagaimanapun, jangan bimbang, mengenai kes, insyaallah saya mampu mengharunginya dan tidak sesekali akan mengalah, saya tetap akan istiqamah dalam perjuangan ini. Tujuan saya menulis ini hanya mahu pendapat dan bimbingan untuk mempersiapkan diri untuk hidup selepas kes ini selesai kelak.

Akhir kalam, mohon doa agar saya selamat memberi keterangan(masih tiada tarikh). Untuk makluman, pada 3hb Nov ini, Mahkamah baru akan mendengar permohonan tertuduh untuk gugurkan kes sebelum bicara.

Diharap, pihak Mahkamah dapat percepatkan pendengaran tersebut, sudah setahun lebih saya tunggu untuk hari perbicaraan sebenar muncul tiba. Di samping itu, mengenai permohonan gugur kes ini, diharap mahkamah dapat beri keputusan yang ADIL serta RASIONAL, mengikut lunas undang-undang.

Kepada Allah saya berserah

Yang Hak Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

44 comments:

Abdul said...

Alhamdulillah! Syukur! Akhirnya muncul juga Saiful setelah agak lama tidak mendengar sebarang berita. Sebenarnya rasa risau pun ada. Almaklum sajalah. Orang yang desperate sanggup berbuat apa sahaja waima........

Nasihat saya tetap sama iaitu jagalah keselamatan diri. Jangan layan orang yang tidak dikenali.
Mungkin ada yang jadi musang berbulu ayam.

House PK said...

Salam Bro.

Lama kita tak berbicara melalui alam maya ini ya, apa khabar wahai saudaraku, jangan risau bro, kita tak pernah lupakan u bro!

Nasihat saya satu je bro, persetankan apa yang dikatakan oleh golongan yang menyokong si pengkhianat negara itu!

Tabahkan hati dan inghat kami sentiasa menyokong anda bro!

BERJUANG DEMI ALIF BA DAN TA!

udanggalah said...

salam..Sekalung tahniah dan doa atas kekuatan anda. Ingatlah terlalu banyak ayat dalam Al Quran melaknat dan menjatuhkan azab terhadap mereka yang menyembunyikan kebenaran - lihat ayat 42,109 dan 174 Surah Al Baqarah.
Mereka yang waras akan mendoakan anda. Kebenaran pasti akan terserlah akhirnya..

izwan said...

Assalamulaikum Saiful,

Pada pendapat saya akibat daripada sumpah mubahalah Saiful telah mula mendatangkan musibah pada DSAI mutakhir ini.

1. Ceramah pilihanraya yang disampaikannya di DUN Bagan Pinang sudah tidak mendapat sambutan seperti dahulu lagi. Tidak ramai yang menghadirinya. Mungkin rakyat sudah mula menilai siapa DSAI sebenarnya. Rakyat telah mula kembali menyokong BN sehingga memberi kemenangan yang tak dijangka sama sekali.

Tidak dapat dinafikan bahawa dia dianugerahkan Allah pandai berpidato tetapi dia telah menyalahgunakannya kerana dia kerap membohongi rakyat. Dia mungkin boleh membohongi rakyat kadang-kadang tetapi dia tak mungkin boleh membohongi mereka sepanjang masa atau selama-lamanya.

Sabarlah Saiful. Kebenaran pasti menjelma akhirnya.

Anonymous said...

Diharap tidak ada lagi penangguhan pada 3hb Nov 2009 nanti.

Rakyat tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti untuk mengikuti perbicaraan Anwar nanti.

Johari said...

Saudara Saiful,

Sokongan terhadap dirimu sudah bertambah dari hari ke hari. Kalau pada peringkat awal kau telah di maki hamun begitu teruk sekali tetapi sekarang tidak lagi.

Ramai yang telah beralih menyokong dan memberi semangat kepada mu. Akhbar Utusan, menteri2 dan wakil rakyat sudah mula bersimpati dengan mu. Syukur Alhamdulillah!

Yang Benar tetap Benar.

Paktua said...

Salam Saiful,
Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar.Insya-Allah YANG HAK TETAP BERDIRI YANG BATIL AKAN TERSUNGKUR.
Saya percayakan Saiful 100% dan telah melakukan Solat hajat beberapa kali dan akan meneruskannya sebagai sokongan peribadi kepada Saiful. Dan saya percaya ramai lagi yang melakukan perkara yang sama.

Kami tetap menyokong anda walau apa pun yang terjadi.

Noor Faiza said...

Salam Saudara Saiful,

Setiap kali berkunjung ke sini, hati jadi sayu.

Beginilah Allah menguji hamba-hambanya yang terpilih untuk meninggikan lagi darjatnya. Lagi besar musibah, lebih banyaklah hikmah disebaliknya.

Apa yang disediakan oleh Allah untuk Saiful, tidak dapatlah sesipapun juga menafikannya. Allah menyediakan rezeki yang tidak disangka-sangka pada hambaNya yang tetap benar dan sabar.

Saya berdoa agar Allah memberikan pengajaran kepada umat Islam di negara ini melalui kes Saiful ini.

Selamat Berjuang.

Hana said...

Insyaallah Abang Saiful!! Everything gonna be ok! Abang Saiful akan peroleh kemenangan dan disanjungi seluruh generasi kita. Syabas Abg Saiful diatas keberanian anda!

-Hana-

Anonymous said...

Saiful

Dont worry Saiful, tabahkan hati, sentiasa ingat pada Allah. Selalu panjangkan doa pada Allah. Allah akan sentiasa bersama orang yang benar.

Zaman sekarang Allah bayar cash atas kesalahan didunia.

Aku respect jalan yang hang pilih. Bukan semua orang boleh buat apa yang hang dah buat. Aku respect hang, family hang and family tunang hang for what all of you are going through.

Takkan ada orang yang pilih jalan yang hang pilih ini hanya semata mata nak kejarkan glamour atau nama seperti apa yang some people said about you. Doesnt make sense walau berjuta sekalipun habuannya sebab bukan semua orang gilakan duit ata dunia ni.Its not worth it.
Lagipun hang berani letak gambar father hang, tunang hang dalam web site ni walaupun hang tau akibatnya.Thats why aku percaya hang betul. Hang tak ada apa nak sembunyi.Sumpah laknat hang was something yg aku respect sebab sebagai seorang Islam hang mengambil langkah yg betul untuk mencari kebenaran melalaui sumpah laknat,something in Islam yang tidak boleh diambil ringan atau enteng dan boleh dibuat sesuka hati.

Yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh.

Salam

Anonymous said...

SAIFUL, YAKIN LAH YANG ALLAH TU ADALAH SEBAIK-BAIK PENCIPTA.

ALLAH TU MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.

ALLAH SAYANG PADA HAMBA NYA YANG BERKATA BENAR DAN MENGAKUI AKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN HAMBA NYA.

ALLAH SUKA PADA HAMBA NYA YANG BERTAUBAT.

TIDAK ADA SATU MANUSIA DI-BUMI INI YANG TIDAK PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN WALAU KECIL ATAU BESAR.

HADAPI LAH HIDUP INI DENGAN SABAR TENANG.

APA YANG AKAN TERJADI AKAN TERJADI JUGA.

KITA TIDAK PUNYA KUASA DAN KEUPAYAN UNTUK MENGHALANG NYA.

KEPADA ALLAH KITA BERLINDUNG DAN MOHON PERTOLONG.

MOHON LAH PADA ALLAH DENGAN PERMOHONAN BERIKUT
" YA HAYU YA QAYUM
LA ILLAH HA ILLAH ANTA."

" ILLAHI ANTA MAKSUDI
WARIDHAKA MATLUBI
AKHTINI MAHABAHTAKA WAMA RIIFATAK "

TANYA LAH PADA MEREKA YANG ARIF AKAN MAKNA DAN MAKSUD NYA.

zakirin said...

tiap tiap hari jumaat para imam dalam khutbah jumaat berpesan

bertaqwalah kepada Allah SWT

dan last sekali sebelum habis khutbah selalu di sebut

innallah ya'lamu ma tasnau'un

sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan

wallahu a'lam

AnakMerdeka said...

Doa seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran akan bersama-sama mengiringi awak.

InsyaAllah kebenaran akan menang dan yang batil akan lumpuh.

www.anak2merdeka.blogspot.com

hilbert said...

Salam 1Malaysia Saiful dan harapan kami semoga anda akan terus sejahtera selalu...

Pada saya, sementara anda masih lagi berada dalam proses menanti tarikh perbicaraan kes itu maka lebih eloklah rasanya iaitu jika boleh jangan terlalu membebankan fikiran untuk memikir sesuatu kemungkinan yang akan terjadi sekiranya kes itu telah selesai diputuskan kelak.

Tidak salah untuk berfikir tentang masa hadapan tetapi apa yang lebih penting saat ini ialah bagaimana untuk mengekal serta menguatkan semangat serta ketabahan hati ketika menghadapi perbicaraan itu nanti bagi menegakkan kebenaran yang telah memakan masa yang begitu lama sekali untuk ditentukan.

Dan sesudah itu, apabila kes ini sudah selesai dibicarakan nanti dan kami sangat yakin kebenaran tetap akan berpihak kepada anda maka sudah pasti anda berhak untuk terus memikirkan apa-apa jua perkara demi untuk masa depan diri sendiri, masa depan keluarga atau haluan hidup bagi membentuk kehidupan baru sama seperti orang lain juga.

Itulah serba sedikit pandangan daripada saya dan harap anda yakinlah terus kepada perjuangan anda itu pasti akan membuktikan kebenaran dan doa kami akan selalu mengiringi setiap langkah yang anda ambil.

Terima kasih dan selamat berjuang !

Anonymous said...

salam bro!
kesian la aku kat ko bro!!!
meminta simpati rakyat!
ngape ko tak terus jumpa Najib je?
kan senang.. rakyat ada kuasa apa? najib yang berkuasa sekarang ni

fairul

Anonymous said...

salam bro...
ada gak orang sokong ko ek?
pelik aku... tak apa lah...
kita tunggu and lihat

adios
assam jawa

Anonymous said...

salam saiful,,

saya musykil la blog kamu ni,, semua link dengan blogger BPN jer,, memang kamu ejen umno...

bukti hospital kata kamu tak diliwat... masih kata diliwat ...

malaysiaku tercinta said...

Kalau Saiful benar, tiada perlu menyesal....kerana saiful antara insan yang menyelamatkan negara ini dari setan bertopeng manusia. Kalau saiful benar inilah pengorbanan saiful untuk negara tercinta ini.
Memang bukan senang untuk membuat keputusan ini.... saya pun susah nak percaya Anwar macam tu tapi ianya bukanle mustahil...saya berdoa tuhan tunjukkan kebenaran Saya pun takut kalau negara kita dipimpin oleh peliwat...
Saiful mesti jaga keselamatan diri

Anonymous said...

OII...MENATANG SAIPUL PEGI MAMPUIH SAMA KAU LA LAGI BAGUIH
...PEMBOHONG LAKNATULLAH!

Abdul Hayee said...

Anon 10.54 AM: Kamu ini beragama Islam ke? Kalau orang Islam dia tidak akan mendoakan kecelakaan kepada orang. Yang kamu tuduh Saiful tu pembohong laknatullah, apakah kamu ada bukti yang dia pembohong?

Dia telah membuktikan kebenarannya apabila dia sanggup bersumpah mubahalah di Masjid Wilayah dengan disakti oleh seluruh rakyat Malaysia yang dipancarkan melalui TV. Anwar Ibrahim yang kononnya hebat dan berani takut untuk melakukannya. Kalau benar mengapa takut?

Sehingga sekarang Anwar mencari berbagai helah untuk tidak dibicarakan walaupun ada lebih 10 peguam untuk membelanya.

Aku harap Anon 10.54 AM akan berada di mahkamah untuk mengikuti perbicaraan tersebut nanti sampai habis.

Aku doakan semoga Allah memberi kamu taufik dan hidayah untuk melihat kebenaran. Amin!

Mohd Shaharudin Z Shah said...

Sdra Saiful,

Abang nasihatkan Saiful supaya bersabar dan bertenang. Apa yang berlaku sekarang adalah petanda bahawa Allah menyayangi saudara dengan diberinya ujian.

Abang harap Saiful akan banyak mendirikan solat2 sunat dan banyak membaca al-Quran serta tafsirnya.

Banyakkan berdoa kerana doa orang yang terinaya akan dimakbulkan Allah InsyaAllah.

Abang juga turut berdoa semoga Saiful berjaya didalam perbicaraan nanti. Amin Ya Rabbal'Alamin!

ismail said...

Kalau benar tetap benar, dan kebenaran akan terserlah akhirnya. Ingat, Allah sentiasa bersama orang yang benar.
Didoakan saudara sentiasa dalam keadaan sehat walafiat dan dikurniakan kekuatan untuk menempuh segala cabaran cabaran mendatang. Semoga saudar banyak bersabar.

ciptanan ALLAH S.W.T said...

asalamulaikum ..

Benar atau salah kita tunggu keputusan dari mahkamah.

tapi ada jugak yang sokong kamu..
tapi tidak megapa la. tunggu la keputusan akan datang.

sekian...ciptaan ALLAH S.W.T

Anonymous said...

Salam Sdra Saiful,

ini kali pertama saya masuk blog saudara melalui blog pisau.net tadi. saya mendoakan agar akhirnya nanti kebenaran dapat ditegakkan.

kepada Anon 10:54, sabarlah dulu, tunggu sehingga kes ini selesai dibicarakan. lepas tu, lantak kau lah nak kata apa pun.

Harap Sdra Saiful tabah menghadapi cabaran yang mendatang.

Wassalam,
Hantu Siber

Anonymous said...

saya sentiasa menyokong saudara saiful dari jauh, walaupun saya tidak menggemari politik tetapi usaha-usaha mempolitikkan kes sebegini haruslah ditentang secara berhemah...jangan gentar walau apa pon yang bakal datang...'orang it' tetap manusia biasa juga...tiada maksum...

ady said...

kepada sapa2 yg berkenaan tolong ler lain kali toksah ler nak tulis " seluruh rakyat malaysia " itu and seluruh rakyat malaysia ini .. tulis bagi pihak hang sorang sudah ler.. bukan seluruh rakyat malaysia pon yg sokong si saiful ni ... pls aaaa talk for your own self laaa dont talk for others...

Anonymous said...

salam... semoga saudara terus kuat menghadapi ujian dari Allah swt. saya rasa bangga kerana ada juga org yg sanggup membiarkan dirinya dihina hanya utk membuka kebenaran dan menunjukan yg ada pemimpin yg selama ni disanjung sebenarnya berselindung dari watak baiknya itu... moga kebenaran akan terbukti jua...

Anonymous said...

Kepada Anon 10.54, kalau pun tak suka and tak rasa si Saiful ni betul atau benar, tak payah la kau tulis macam orang tak ada akal and tak pergi sekolah.

Saiful Bukhari said...

SEMUA: Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, tak sangka banyak juga yg memberi respon thdp persoalan yg sy kemukakan. Begitu juga di FB dan email. Terima kasih byk2. Penghargaan juga pada mereka yg memberi sokongan, nasihat, tips2 amalan dan kata2 semangat.Saya amat menghargainya.

Insyaallah, segala pendapat dan cadangan akan saya ambil kira dlm membuat perancangan itu nanti.

Spt yg saya katakan, usah bimbang mengenai semangat saya utk menghadapi kes ini, Alhamdulillah, saya masih diberi kekuatan oleh Allah swt. Tidak sesekali akan menyerah kalah. Cuma mahu buah fikiran anda semua bg merancang kehidupan selepas kes ini.

Yang Baik itu datang dari Allah, saya tidak mempunyai apa2. Sekadar menjalankan amanah yang diberi olehNya.
"Kita merancang, Allah yang menentukan" Lahaulawalaquwataillahbillah.

Anon 10.10am: Sokongan yg saya peroleh merentasi benteng politik, kaum serta agama. Kebanyakkan drpd mereka adalah pencinta kebenaran. Bukti hospital? Sudah lihat semua laporan2 tsbt? Saya pun belum lihat. Tp yang pasti semua sudah ada ditangan tertuduh, blh buat appointment dgn beliau utk melihatnya.

Anwar Ibrahim
[SMS]
017-2802211
012-9533565
+17037252544(US)

[Email] direct to blackberry
anwar.ib@gmail.com
anwar.ibrahim@aicassociates.com
ai55@georgetown.edu

Abdul Hayee said...

Ady: Jangan emotional. Baca betul-betul. Ia disaksi oleh Seluruh rakyat Malaysia apabila ia dipancarkan melalui tv. Bukan disokong oleh seluruh rakyat malaysia. Faham?

siput_uda said...

kuat ye.. jangan putus asa dan jangan sesekali mengalah..ANWAR PENGKHIANAT tu dah lama sgt tipu rakyat..

Anonymous said...

pada yang mengutuk saiful sila sambut sumpah laknat untuk diri sendiri pulak...kalau tak berani jangan tuduh sebarangan. dalam islam menjadi hak saiful untuk diadili.

Din ZS said...

Kepada penyokong2 taksub Anwar, pujuklah boss kamu supaya tidak lagi tangguh perbicaraannya.

Apa nak ditakutkan. Bukankah ada 12peguam yang terhandal bersedia untuk membelanya.

Kalau dia dipihak yang benar, ramai yang akan menyokongnya dan rela dia jadi PM menggantikan DS Najib.

Tak usahlah tangguh-tangguh lagi.
Lawyer dok bela pun ramai. Tentulah menang. Jadi takut apa.
Lainlah kalau dia sendiri tak yakin boleh menang kerana dia tentulah tahu samada dia ada melakukannya atau tidak.

AnakMerdeka said...

Kenapa ada lagi makhluk yang bernama manusia, masih sanggup mencerca demi untuk mempertahankan seorang insan bernama Anwar bin Ibrahim?

Atas nama manusia yang ingin melihat keadilan sebenar terpancar dibumi Allah ini, maka kalaupun tak percaya dengan cerita Saiful, tunggu dan lihat sahaja keputusan mahkamah nanti.

Tak salah rasanya jika disebut SELURUH RAKYAT MALAYSIA menyokong Saiful, kerana kalau ada lagi orang yang tidak merasa sedikit simpati, rasanya mereka bukan orang Malaysia, apatah lagi orang melayu beragama Islam.

www.anak2merdeka.blogspot.com

Anonymous said...

askm. Pul teruskan perjuangan anda..Allah maha mengetahui..dan sentiasa bersama dgn. Org. Yg. Beriman kepadanya..kepada penyokong Anwar Ibrahim...masa akan membuktikan segala-galanya...just wait. Dzul melaka.

ed said...

pakai otak bila berbicara.Tuhan bagi kita akal untuk berfikir..kamu yang menyokong saiful sanggup mengatakan Anwar Pengkhianat dan mcm2 lagi sedangkan Mahkamah BN belum tentukan lagi..ingat lah sekiranya Saiful ini sebenarnya yang berbohong nescaya kamu yang menghina di pihak yang satu lagi akan di soal di akhirat kelak..bila datin seri wan azizah teraniya semuanya tak hati dan perasaan untuk simpati walau sekelumit..sejahtera pada kamu semua.

Anonymous said...

pada yg konfius tentang kena bersumpah ke tidak ?...tengok kitab hadis 40 imam nawawi: hadis nombor 33...pas tu nilai sendiri siapa betul siapa salah. utuk saiful banyak-banyak bertawakal dan berdoa.

ady said...

abdul ni tak paham apa yg aku tulis.. ok ler aku senang kan ayat utk ko paham.. ader plak mamat sorang ni tulis " seluruh rakyat malaysia tau anwar itu penipu " ni contoh ... yg aku maksudkan... biler masa plak semua rakyat yg kata macam tu pasai bukan semua rakyat yg suka si saifool ni n bukan semua org suka anwar .... dol betul la ko ni...

Anonymous said...

pertama kali sy visit site ni.. tak sangka rupanya ramai yang percaya dengan pertuduhan yang dibuat..

betul atau salah memang anda, Anwar dan Tuhan sahaja yang tahu..

Sebagai lelaki sy juga ingin mendengar sendiri bagaimana anda memperincikan perbuatan itu dimahkamah nanti.. kerana akal saya memang tidak dapat menerima perbuatan itu dibuat oleh seorang yang berusia keatas orang muda seperti anda secara paksa..

Apa pun saya percaya kita semua tak sabar melihat kebenaran diatas semua ini..

Kepada anda dan juga anwar "good luck" ..

Anonymous said...

sabar & redha dengan ujian ini bro... makin lama kes ini tertangguh, makin ramai & padu sokongan kepada anda... makin lama tertangguh, makin menambah kekuatan anda unt lebih bersedia menghadapi hari penentuan... makin lama kes ini tertangguh, makin terdedah topeng munafik yg dipakai oleh seekor setan!!


-riorashid-

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.

Insyaallah kebenaran akan membogelkan tipu daya anak kelahiran to' kun ini. Allah swt maha kaya...

ramizah said...

salam..bagi saya awak tidak perlu malu untuk meneruskan hidup..teruskan hidup seperti manusia biasa..kita sebagai hamba allah sama sahaja di sisinya..dia lebih berhak menilai..pedulikan apa org kata kerana mereka tidak berhak menghukum dan mereka tidak tahu apa yg awak alami..mereka tidak berada di mana tempat awak berada..walaupun saya tidak tahu apa yg terjadi atau sebenarnya terjadi,saya percaya semuanya adalah ketentuan darinya dan saya tahu setiap yg berlaku ada hikmahnya..teruskan hidup seperti hambanya yg lain..

rin said...

Assalamualaikum... tabah dalam segala dugaan dan ujian...

Anonymous said...

assalam,
All the very best to you, have faith in the Almighty for He is always with those who are sincere in their quest for justice. Hang on in there ok :o). Your sumpah says it all, for those with enough sense to suss it out. Its a pity that there are still people out there who are still blinkered...