Monday, June 1, 2015

Terus kehadapan...



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya dengan ini ingin mengesahkan bahawa saya tidak lagi bercadang untuk meneruskan saman dan tuntutan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saya telah failkan pada bulan Jun 2014 yang lalu.

Ingin saya tegaskan bahawa keputusan saya ini tidak bermakna saya menarik balik segala kandungan di dalam laporan polis yang saya buat ke atas DSAI pada 2008.

Perkara ini dibuat atas beberapa sebab;

Pertama,

Saya ada kes dan hujah yang kukuh untuk saman ini, namun proses perundangan kadang kala mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke peringkat Mahkamah tertinggi negara. Saya tidak berkeupayaan untuk membiayai kos guaman yang tinggi sehingga ke peringkat itu.
Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik Mahkamah. Cukuplah 7 tahun saya melalui proses perundangan turun naik Mahkamah untuk membukti kebenaran laporan polis yang saya buat pada tahun 2008. Saya mahu terus kehadapan.

Kedua,

Laporan polis yang saya buat berkenaan saya diliwat Anwar telah pun dibuktikan BENAR apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April 2014 yang mendapati bahawa beliau bersalah meliwat saya, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara. Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa saya adalah seorang saksi yang kredibel, boleh dipercayai dan berkata benar.

Ketiga,

Saya seboleh-bolehnya tidak mahu proses perbicaraan sivil ini sekiranya berlangsung, dieskploitasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Sekian kenyataan saya.

Terus Istiqamah,

SAIFUL BUKHARI AZLAN

p/s: Untuk makluman, perkara menarik balik writ saman ini juga pernah dilakukan oleh defendan di mana beliau menarik balik writ saman terhadap saya pada tahun 2012 "Anwar tarik balik saman terhadap Saiful" http://www.malaysiakini.com/news/208677 . Saman tersebut difailkan setelah saya buat laporan polis pada 2008, ia memakan masa 4 tahun sebelum ianya ditarik balik.

Monday, February 23, 2015

Pasca Sabitan: Cukup sekadar di Mahkamah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Fakta Kes

1.    Saya sebagai Pengadu telah membuat Laporan Polis pada tahun 2008.

2.    Susulan daripada Laporan Polis terbabit DSAI telah pun dituduh dan kemudiannya disabitkan, sebagaimana pertuduhan di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

3.    Saya telah pun memberikan keterangan secara bersumpah di Mahkamah Tinggi dan segala keterangan saya telah pun diuji dan diperiksa balas selama beberapa hari oleh barisan peguambela yang mewakili DSAI di Mahkamah.

4.    Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah tertinggi di Malaysia telah pun membuat keputusan pada 10 Feb 2015 dan memutuskan bahawa saya adalah saksi yang 'credible'. Begitu juga Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memutuskan yang saya adalah saksi 'credible'.

5.    Saya percaya bahawa proses prosidingJenayah ke atas DSAI lanjutan daripada Laporan Polis yang saya buat pada 2008 telah pun berakhir dan ke semua pihak iaitu saya sebagai Pengadu dan Tertuduh telah pun diadili dengan sebaiknya dan dengan sepenuhnya oleh Institusi Kehakiman di Malaysia.

6.   Saya berpendapat Mahkamah telah memberi ruang sepenuhnya kepada ke dua-dua pihak dan mengadili kes ini dengan sebaiknya mengikut undang-undang. Untuk rekod, prosiding perbicaraan dan rayuan telah berlangsung selama hampir 7 tahun.

Pasca Keputusan

7.    Pada hari ini, saya perhatikan, terdapat banyak pihak yang memberikan pelbagai pendapat
berkenaan prosiding perbicaraan dan rayuan yang telah diputuskan. Saya percaya ada baiknya sekiranya mana-mana pihak yang ingin memberikan apa jua pendapat supaya membaca dan memahami terlebih dahulu "Alasan Penghakiman" dari prosiding di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan sehinggalah di Mahkamah Persekutuan sebelum memberikan ulasan.

8.    Saya percaya selepas kes telah diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan, terdapat pihak-pihak yang membuat kupasan berkenaan "Alasan Penghakiman" yang telah diberikan yang mana saya percaya itu adalah hak mana-mana individu, sebagaimana hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan selagi mana ia tidak bercanggah dengan apa jua undang-undang yang menghalangnya.

Pendirian

9.    Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mengulangi apa jua keterangan yang telah saya berikan di Mahkamah bagi prosiding jenayah sebelum ini diluar atau mana-mana forum.

10. Saya telah memberikan keterangan di dalam Mahkamah sebelum ini dan ia adalah suatu yang telah direkodkan di dalam Nota Keterangan dan rekod prosiding perbicaraan. Justeru pada hemat saya, tidak perlu lagi saya mengulanginya di luar Mahkamah.

11. Tertuduh juga telah disabitkan, dan sedang menjalani hukuman.

12. Pendapat saya tentang keputusan Mahkamah Persekutuan adalah sebagaimana yang telah saya nyatakan di dalam blog saya ini pada tarikh 10 Feb 2015. http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2015/02/ya-allah-kepadamu-ku-bersujud.html?m=1

Luahan, Terkilan

13. Sudah 7 tahun saya bergelumang dengan kes ini. Kehidupan saya amat sukar dan mencabar sebelum dan juga selepas kes ini selesai. Fokus saya sekarang ini untuk "survive", cari nafkah untuk anak isteri, bina hidup dan terus kehadapan. Walaupun sukar, saya percaya rezeki itu dari Allah. Allah tidak zalim.

Beberapa golongan

 14. Maaf cakap, diluar sana, walau tidak semua, tapi ada segelintir yang ambil berat tentang kes ini  hanya untuk kepentingan diri, politik masing-masing, bukan dengan niat membela saya, tegakkan kebenaran. Membantu jauh sekali.

15. Ada pula yang percaya kes ini benar, tapi dengan sengaja menafikan kebenaran ini pada umum, demi survival organisasi dan diri mereka.

16. Yang tidak percaya pada kes ini pula,  akan terus kecam saya dan tetap tidak percaya walau apa pun bukti dibentangkan. Tidak mengapalah, saya sentiasa Doa semoga Allah buka hijjab pada mereka, diperlihatkan kebenaran. Saya tidak terkesan dan simpan dendam.

17. Apapun, yang benar-benar ikhlas membantu, membela nasib saya selama ini juga ramai, saya tahu dan sedia maklum, terima kasih saya ucapkan. Saya amat hargai. Semoga Allah balas budi baik kalian semua.

18. Akhir kata, saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana dengan izinNya, kebenaran dapat ditegakkan, juga telah memberi saya peluang untuk terus hidup di dunia ini.

MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

Tuesday, February 10, 2015

Ya Allah, kepadaMu ku bersujud..


Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 7 tahun, pada hari ini ,Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang "credible".

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Seawal 7 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya keatas perlakuan Anwar Ibrahim keatas saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu.

Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal diakhirat nanti.

Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya. 

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Sunday, February 8, 2015

Menjelang 10 FEB: Harapan, Doa, Kisah Hipokrasi dan 'Keadilan'

Bermunajat pada Allah di puncak Jabal Nur, Gua Hira'. Musim Haji November 2010.
 Cahaya dihujung, Masjidil Haram

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah kes saya ini berlanjutan selama hampir 7 tahun( sejak Jun 2008), akhirnya pada hari selasa ini, tanggal 10hb Feb 2015 ini, ia sampai ke penghujungnya.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.

7 tahun bukan satu jangkamasa yang pendek. Semasa saya buat laporan polis, saya baru berusia 23 tahun, kini saya sudah 30 tahun. Sebagai contoh betapa lamanya kes saya ini, Peguam saya Zamri Idrus masa mula kes dulu masih bujang, kini sudah berkahwin dan ada 4 orang anak.

Pelbagai jerih, susah, payah telah saya tempuhi. Juga pelbagai pengalaman pahit dan manis saya perolehi. Syukur kehadrat Allah SWT kerana kurniakan saya kekuatan, perlindungan, bantuan dan ketenangan selama ini.

Insyaallah, jika ada kesempatan nanti, saya akan nukilkan sendiri dalam buku buat bacaan umum. Tak dapat saya nak tulis disini kerana ia terlalu panjang.

Apapun yang pasti, sehingga kini saya tetap Istiqamah, tidak sesekali saya menyesali tindakan saya melaporkan perkara ini.

Terkilan

Terus terang saya ingin luahkan, muktahir ini, saya amat berdukacita dan terkilan. Suara, layanan, keadilan dan keprihatinan terhadap saya sebagai mangsa jarang sekali diambil kira, malah dianggap tidak relevan dan tidak penting. Walhal saya ini mangsa, Anwar Ibrahim orang yang dituduh.

Sungguh mengecewakan saya lagi apabila ramai dikalangan (Parti Kerajaan & Pembangkang, penganalis bebas, orang ramai) yang berbicara dan lebih "prihatin" tentang kesan kes ini terhadap senario Politik , berbanding kebenaran, fakta,  nasib dan keadilan buat saya sebagai mangsa.

Apapun saya sedar dan insaf, siapalah saya.. Saya hanya insan "kerdil" yang tak ada apa-apa kepentingan.. Anwar pula seorang VVIP, tokoh politik yang banyak "kepentingannya". Lumrah dunia..

Hipokrit

Saya juga berasa pelik dan jelek apabila  membaca saranan Anwar dan pelbagai pihak terutama penyokong "Clean & Independent Judiciary"  yang mahukan Kerajaan-Perdana Menteri mencampuri urusan Badan Kehakiman agar membebaskan AI. Pada hemat saya, itu secara jelas dan terang-terangan tindakan yang menyalahi Undang-Undang. Bukankah itu satu Hypocrisy of the Highest Order?  Perjuangkan "Clean & Independent Judiciary" tapi dalam kes saya ini, mereka desak ada campur tangan.

Saya mohon dan berharap agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil dilakukan.

Keyakinan

Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes ini dengan bebas, seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

Jika keputusan sebaliknya..

Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.

Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran. Pasti ada hikmahnya.

Jika tidak didunia, di Masyar pasti…

Penghargaan

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama hampir 7 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.

Doa

Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129) 

Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar.

AI, sanggup buat apa sahaja..

 MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

Monday, January 19, 2015

Apa sudah jadi TV3-Media Prima? Dah jadi platform PKR-Anwar?

Whatsapp arahan kepada Isteri saya, Nik Suryani Megat Deraman pada 25hbNov2014 

Salam,

Bukan niat untuk persoal mengapa TV3  attack Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim pula?? That low Datuk Ashraf Abdullah, Manja Ismail? Boleh explain why?

Di sini saya sertakan bukti arahan "MUST COVER AND USE" yang diberikan di TV3 oleh seorang Editor kepada isteri saya, Nik Suryani Megat Deraman, yang datangnya dari bigboss Datuk Ashraf Abdullah pada hujung Nov lepas untuk attack Tun Daim. Ingatkan sekali itu sahaja, rupanya makin menjadi-jadi.

Untuk makluman, isteri saya kini sudah tidak berkerja dengan TV3-Media Prima(last day kerja 15Dec). Ambil MSS(Mutual Separation Scheme) yang ditawarkan tempohari. Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan PC Shamsul Iskandar-PKR, untuk tikam Tokoh yg beliau sendiri hormati.

Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walau tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip. Rezeki ditangan Allah.

SAIFUL BUKHARI AZLAN