Tuesday, February 10, 2015

Ya Allah, kepadaMu ku bersujud..


Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 7 tahun, pada hari ini ,Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang "credible".

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Seawal 7 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya keatas perlakuan Anwar Ibrahim keatas saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu.

Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal diakhirat nanti.

Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya. 

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN

20 comments:

Kabus Ibra said...

Itulah hakikatnya ..

Malaysia pernah mempunyai seorang peliwat sebagai Timbalan Perdana Menteri .. itu kesilapan Tun Mahathir kerana terpedaya oleh image Islam yang ditonjolkan oleh Al Juburit !

PKR Pernah mempunyai Punaisihat seorang peliwat tegar ..

Parlimen Malaysia pernah membenarkan peliwat dan penzina menjadi Ketua Pembangkangnya ..

Aku pun pernah membantu PR untuk 'berdemo setiap minggu sejak 1998 sehingga 2004 namun aku tak pernah tidak percaya bahawa anu war seorang peliwat !!

Waktu itu aku bertujuan untuk memberi kejutan yang mega, supaya UMNO segera bangun dari banyak kelemahan yg tak mampu nak disenaraipanjangkan di sini ! ..

Hari ini aku gembira bahawa peliwat telah dihukum, cuma aku kesal kerana hukuman itu jauh lebih rendah dari hukuman maksima 20 tahun. Apa yang terbukti bahawa dia meliwat saiful setelah begitu lama tupai melompat sedangkan meliwat bukanlah satu kerja laku yang dapat dalam naluri pelaku secara tiba tiba atau sekali sekala, pelakuan ini adalah satu penyakit yang kekal secara tabiee kecuali diberi rawatan dan konseling yang intensif, namun tabiat ini masih sukar dan boleh dianggap mustahil untuk dihilangkan dari naluri seorang pengamal homosex !!

Dia sepatutnya menjalani hukuman sekurang kurangnya selama 10 tahun iaitu 50% dari hukuman maksima bukannya 25% ..namun aku akur dengan keputusan YA CJ

(ahli pas seumur hidup)

rizz said...

Setiap dugaan ada hikmahnya...Insyaallah semua akan ok...-ur senior uniten azrizal-

rizz said...

Byk2 bersabar... Insyaallah kebenaran akan muncul
@azrizal xseniir uniten@

Anonymous said...

Saya mendoakan agar saudara sekeluarga akan terus diberkati Allah. Ketabahan saudara merentas segala cabaran yang amat berat selama ini menjadi pedoman buat kami semua.

PUTRA CHUBADAK said...

JANJI ALLAH/PARA NABI/SYURGA/NERAKA ALLAH ITU BENAR.....BACA DAN FAHAMI TERJEMAHAN DOA SOLAT TAHAJUD.....YANG DIANJURKAN OLEH AZMIN ALI (MB SELAGOR). SAYA BERTANYA PADA DIRI SAYA, SOLAT TAHAJUD KU ITU KERANA ALLAH ATAU KERANA YANG LAIN?......UNTUK LAKUKAN SERBARANG IBADAH KEPADA ALLAh, NIAT KENA BETUL SERTA IKHLAS KERANA ALLAH BUKAN KERANA LAIN.

PUTRA CHUBADAK said...

Janji Allah itu benar, Para Nabi adalah benar, neraka dan syurga itu benar....sepertimana yang kita baca doa solat sunat tahajud.....

PUTRA CHUBADAK said...

Janji Allah itu benar, Para Nabi adalah benar, neraka dan syurga itu benar....sepertimana yang kita baca doa solat sunat tahajud.....

Asyrafulano said...

Kebenaran pasti mengatasi yang batil. Allahu musta'an

ap4dite said...

Chin up Saiful. Alhamdulillah. :)

ark said...

Alhamdulillah... Allah memakbulkan doa hambanya yang teranaiya. Semuga tenang menghadapi hari2 depan.

Kabus Ibra said...

Terima kasih Saiful
kerana akhirnya al juburi yang pandai bermuka muka itu tersembam, sepandai pandai tupai melompat, sehingga banyak 'kelapa' yang telah ditebuknya, akhirnya jatuh juga ke bumi .. alhamduliLLah, semoga ada sentiasa mendapat rahmat Allah ..

zulkarya said...

salam semoga...tuan saiful di lindungi Allah hendaknya......Saya tetap meragui dakwaan kamu yg kamu diliwat...semata mata atas bontot kamu tidak tercedera...walaupun kamu di liwat berkali kali,,,,tambahan lagi angkat sumpah kamu tak pernah di buat olih mana mana pihak....semoga tuan Saiful di dalam kebenaran.....

Anonymous said...

http://youtu.be/TnqtvHMADqk

Scripters said...

Tahniah... Allah sentiasa mendengar rintihan hambanya.

Unknown said...

Tahniah shaiful bukhory...istiqamahnya terus bersaksi,moga tenang berpaksi..syukuri keagungan ilahi..singkir persepsi kontradiksi..yg penting dirimu akhirnya ditemukan kunci...buat yang "bersalah"..inilah masa muhasabah kehidupan...jadikan "belengu"pengukuh iman..moga terampil insan idaman..penuh nilai bersendi AlQuran...Allahualam..

IPOH MALAY said...

Mereka mohon kebenaran dan kamu juga mohon kebenaran. Dan kebenaran itu datang.

edenhnf said...

Alhamdulillah..
Smoga anda mnempuh hari2 yg lebih bersinar selepas ini..
Allah bersamamu,saudaraku..
Insyaallah:)

MUHAMMAD ALIF AZRAI said...

Assalamuaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saudara Mohd Saiful Bukhari,
Alhamdulillah, kami turut sama bersyukur kepada Allah kerana kesabaran Saiful selama 7 tahun ahkirnya dibalas dengan keadilan. Semoga Allah SWT merahmati Saiful sekeluarga atas apa jua yang berlaku. Benarlah Firman Allah: "Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji" Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Saiful agar dapat terus bangkit bagi menegakkan keadilan buat semua.
Yang BENAR Tetap BENAR.
Yang SALAH Tetap SALAH.
Wallahua'lam

Unknown said...

Alhamdulillah

sera23@yahoo.com said...

Aku berdoa tak ade orang melayu islam sptnya.