Bedilan demi bedilan serangan telah dilancarkan oleh Israel ke atas penduduk Palestin. Angka korban yang semakin meningkat setakat ini telah mencecah hampir 500 orang manakala beribu yang lain cedera dan hilang tempat tinggal. Hari ini, selepas beberapa hari melancarkan serangan udara, rejim Zionist telah memulakan serangan darat . Bukan sahaja umat Islam, malahan masyarakat Kristian Palestin turut dibunuh kejam oleh rejim pengganas ini
Alasan yang diberi oleh Israel, Hamas telah melanggar perjanjian genjatan senjata kerana telah melancarkan serangan roket. Berbekalkan alasan itu, ia telah dijadikan lesen bagi menghalalkan tindakan mereka. Walaupun dikecam hebat oleh masyarakat seluruh dunia, Zionist Israel ini tetap berdegil malah begitu angkuh menyatakan bahawa serangan yang sedang dilancarkan itu baru diperingkat permulaan.
Amerika Syarikat menerusi Presiden George W. Bush seperti biasa menyokong Israel dan menuding jari kepada Palestin di atas punca kekejaman ini. Mungkinkah Presiden Barrack Obama yang bakal memasuki rumah putih tidak lama lagi boleh melakukan sesuatu? Perlu di ingat bahawa hampir keseluruhan pimpinan dan para penasihat Obama yang bakal dilantik Obama adalah puak Pro-Israel dan berketurunan Yahudi. Kebanyakan para penganalisis politik berpendapat, harapan untuk perubahan ''Change'' yang diwar-warkan hanya indah khabar dari rupa. Harap-harap tidak lah.
Secara logiknya jika ke semua negara-negara Arab disekeliling Israel menyerang negara itu, mereka hanya perlu mengambil masa satu hingga dua hari sahaja untuk memusnahkanya. Namun, negara-negara Islam khususnya di Timur Tengah hanya sekadar mampu membantah dan menghantar perutusan bantahan tetapi tidak mampu untuk mengambil tindakan. Mana tidaknya, ada dikalangan pemimpin negara Islam di Timur Tengah sendiri sudah sekian lama digenggam Israel dan sekutunya.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa ramai dikalangan pemimpin-pemimpin Islam sendiri mempunyai talian rapat dan cukup akrab dengan barat, untuk lebih spesifik pemimpin-pemimpin Neo-Conservatif dan Zionist. Mereka ini juga boleh dikatakan sebagai tali barut yang menjadi duri dalam daging bagi isu penindasan umat Islam yang tiada kesudahan ini.
Namun mereka ini pandai bersandiwara, setiap kali Palestin diserang , mereka lah yang kononnya membantah dan mengecam tindakan mereka. Mungkin benar mereka bantah, tetapi apakan daya kerana segala harta dan kuasa telah disuap oleh puak ini. Ibarat lembu yang telah dicucuk hidungnya.

Bakal Naib Presiden Amerika iaitu Senator Joe Biden pernah mengaku bahawa beliau adalah seorang Zionist dan pernah berkata '' You dont have to be a Jew to be a Zionist''. Jadi persoalanya adalah adakah tali barut-tali barut barat ini Zionist? Wallahualam.. Tetapi, umum mengetahui bahawa Joe Biden Zionist ini pernah membela seorang pemimpin dinegara ini yang kononnya diancam. (Bukti disini)
Kita tidak perlu pergi jauh, di rantau dan negara ini juga sudah ada tali barutnya (Klik disini). Malangnya, ada dikalangan umat Islam dirantau ini menyanjungi pemimpin-pemimpin seperti ini. Bagi saya, bukan mereka tidak tahu, tetapi mereka ini berada dalam keadaan ''in denial'', tahu tetapi disebabkan terlalu taksub, fanatik atau mungkin mempunyai kepentingan maka mereka menafikannya. Hatta, sebelum nasi menjadi bubur marilah kita bersama-sama menolak dan menghalang tali barut-tali barut ini daripada berkuasa di rantau ini. ( Klik disini untuk mengetahui maksud gambar disebelah )
Siapa sahaja yang dilihat tidak mahu tunduk kepada puak Zionist ini juga akan dikecam dan diburuk-burukkan. Manakala bagi yang bersekongkol, maka ia akan dipuji dan digambarkan sebagai pemimpin Islam yang sebenar. Dan jika ada diantara tali barut ini kononnya diancam, puak Zionist dengan secara terbuka membelanya.
Di negara kita, puak Zionist ini masih lagi tidak putus asa untuk cuba menaikkan pemimpin pilihan mereka. Mujurlah dengan kuasa Allah s.w.t, ia tidak dapat dilakukan. Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir sehingga kini dikecam hebat oleh barat terutama puak Zionist kerana kelantangannya menentang kezaliman dan kerakusan mereka. Beliau digambarkan barat sebagai ''anti-semitic'', seorang diktator dan zalim. Bagi saya, dunia Islam perlu lebih ramai pemimpin berani seperti ini agar Islam tidak sewenang-wenangnya diperkotak-katikan.
Pada hemat saya, selagi puak Zionist dan Neo-Conservative ini menguasai dunia, maka selagi itulah Zionist Yahudi ini tidak dapat ditumbangkan. Bukan mudah bagi kita untuk menumbangkan mereka kerana selain mempunyai kekuatan tentera, mereka juga menguasai ekonomi dunia dan ilmu pengetahuan. Ini ditambah dengan pemimpin-pemimpin Islam yang menjadi proksi mereka. Kejayaan yang dinikmati oleh puak Zionist ini sebenarnya adalah hasil daripada perancangan rapi hampir 100 tahun lalu.
Pada pandangan saya, bagi mengelakkan umat Islam daripada terus ditindas oleh puak ini, kita juga perlu menukar pendekatan, mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang teliti. Selain menyatupadukan Ummah, Umat Islam terutamanya generasi masa hadapan perlu ditiupkan semangat untuk berjihad kerana mereka inilah yang akan menjadi benteng dalam mempertahankan Islam dan Insyaallah mengembalikan Zaman Kegemilangan Islam.
Konteks jihad yang saya maksudkan bukan jihad seperti berperang, walaupun ianya perlu tetapi jihad dalam bentuk peperangan pada saya hanya pendekatan jangka masa pendek dan tidak mungkin umat Islam dapat bertahan jika pendekatan ini sahaja yang digunakan kerana kekuatan ketenteraan mereka cukup kuat.
Berjihad dalam menguasai ilmu dunia dan akhirat, dan berjihad dalam menguasai ekonomi merupakan jihad yang lebih efektif bagi melumpuhkan penguasaan golongan ini. Ini kerana, dengan lumpuhnya penguasaan mereka, maka runtuhlah pengaruh puak Zionist Yahudi ini. Insyaallah, saya yakin dengan Jihad Ilmu dan Jihad Ekonomi serta dengan perancangan yang rapi, seluruh umat Islam pada satu hari nanti akan bangkit dan dapat mengembalikan Zaman Kegemilangan Islam seperti yang telah kita kecapi suatu masa dahulu.
Melalui peristiwa ini, ia telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran dalam diri saya tentang betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Walaupun telah dibuang Universiti, ia sama sekali tidak mematahkan semangat saya dalam berjihad untuk mengejar ilmu dan dalam menegakkan kebenaran. Walaupun buat masa sekarang ini saya belajar secara tidak formal iaitu dengan membaca buku sahaja, Insyaallah jika diberi peluang dan dimurahkan rezeki saya akan kembali menyambung pelajaran saya.
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t agar segala kekejaman yang sedang berlaku di Palestin ini dapat ditamatkan dengan segera. Begitu juga berdoa agar rantau ini khususnya tanah air yang tercinta ini tidak sesekali jatuh ke tangan golongan-golongan tali barut Zionist. Semoga rakyat Palestin terus di berikan kekuatan dan pertolongan oleh Allah s.w.t dalam memperjuangkan hak mereka dan Agama tercinta.
Al-Fatihah buat para syuhadah di Palestin..
SAIFUL BUKHARI

6 comments:
Puak bangsat ini jangan sesekali diberi muka. Israel adalah musuh seluruh umat manusia.
Salam untuk saudara..
Penjelasan yang baik dan mampu difahami semua..
kdg2 da xlarat nak tgk tv n bace newspaper...... yg rmai mati bdak2 kecik. ape slh derang???
just pray that this will end soon. Percaya janji Allah, kafir laknat ni akan dpt balasannya....
yes, sekarang mereka boleh berkuasa. kita sbg umat islam perlu ingat bhw hari kiamat akan sampai dan mereka akan dpt balasan yg setimpal. until then, kita cuma mampu berdoa agar roh kanak2 dan org awam yg terkorban diletakkan dikalangan org2 yg mati shahid di Syurga. InsyaAllah... Amin..
Ayuh bantu rakyat Palestin melalui misi MERCY Malaysia.
Cara-cara menyumbangkan dana kepada MERCY Malaysia melalui Maybank2u.com :
http://palestin.ugproject.org
Maklumat lanjut mengenai sumbangan boleh didapati di laman web rasmi MERCY Malaysia di :
http://www.mercy.org.my
Kebenaran yang ditulis oleh anda memang tepat!
Ada puak2 pro Zionist yang sanggup gadaikan maruah Islam dengan menyokong penubuhan HARAM negara Israel Zionis.
Syabas kepada mereka ini. Semoga balasan dunia akan terjadi kepada mereka yang mengkhianati agama bangsa dan negara!
http://gunungraya.blogspot.com
Post a Comment