Saturday, February 7, 2009

Akhirnya, kebenaran muncul jua.. Terima kasih Imam Ramlang Porigi


Baru-baru ini, saya ada terbaca satu artikel menarik di Malaysiakini. Artikel tersebut bertajuk ''Saya 'kambing hitam' saksi sumpah Saiful'' dimana satu pendedahan terbaru telah dibuat oleh Imam Ramlang Porigi, saksi sumpah saya tempoh hari. Kali ini, beliau mendedahkan bahawa Pengarah Jawi pula yang mengatur sumpah tersebut. Ia jelas bertentangan dengan pendedahan beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa Pegawai Khas DS Najib yang mengatur sumpah tersebut. Maka dengan itu, izinkan saya mengulas mengenai pengakuan terbaru ini.

Menjawab persoalan Imam Ramlang:

1) Pendedahan beliau kali ini secara tidak langsung membuktikan bahawa beliau telah melakukan satu FITNAH dan PEMBOHONGAN BESAR semasa kempen pilihanraya di Permatang Pauh yang lalu.

Sebelum ini beliau menuduh dan memfitnah bahawa PEGAWAI KHAS DS NAJIB yang mengarah dan mengatur sumpah tersebut.

Ini buktinya:

SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?

RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.

Wawancara penuh oleh Suara Keadilan(Klik untuk baca)

2) Pegawai Khas DS Najib sebelum ini telah menafikannya. Kata beliau , tidak mungkin beliau yang mengatur dan berada disitu kerana diwaktu dan pada hari tersebut beliau berada di PULAU PINANG.


Sila baca: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=357231


Sebenarnya Imam Ramlang Porigi sedar bahawa beliau telah melakukan kesilapan. Saya percaya bahawa beliau telah dihasut oleh pihak-pihak tertentu supaya melakukan Fitnah tersebut.

Ia juga secara jelas membuktikan bahawa beliau telah dimanipulasi oleh penghasut-penghasut beliau yang mempunyai niat jahat dan terdesak untuk menyakinkan rakyat di Permatang Pauh bahawa kononnya berlaku konspirasi dalam upacara sumpah laknat tersebut.

Sehingga ke hari ini, beliau tidak pula mengaku atau menafikan bahawa beliau telah MEMFITNAH Pegawai Khas DS Najib.

Ulasan ini bukan untuk memalukan Ustaz Ramlang Porigi tetapi untuk saya menegakkan kebenaran. Ia juga sebagai pengajaran kepada yang lain kerana akhirnya kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Saya doakan agar beliau kembali ke jalan yang benar serta mendapat taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!


SAIFUL BUKHARI


* Selain beliau, terdapat lebih 60 orang yang menyaksikan upacara sumpah didalam Masjid tersebut. Mereka terdiri daripada para wartawan, AJK2 Masjid, para jemaah dan tidak lupa juga Jutaan penonton di kaca tv.

9 comments:

PUTERI NAFISAH said...

Saiful, Kuatkan hati dan banyak bersabar dan berdoa...Allah sentias akan bersama orang yang benar.

InsyaAllah.

Aku said...

salam,

saiful tabahkan diri awak dan sentiasa berserah kepada Allah dalam segala-galanya.Inshallah yang berdosa dan bongkak akan diseret kemuka pengadilan,yang insaf dan teraniaya akan diberi Allah kemurahan rezeki dan rahmat keadilanNYa serta pengampunan yang kan membawa awak ke jalan benar ameen..

Baginda Reformasi said...

sebenarnye.... Imam Ramlang Porigi di kambing hitamkan oleh 2-2 orang huhuu... klu hang nak tau le... sebab hang kincing kuat... ade bagi buntot kek org... jgn tak siar tau...

abe MIE 'TERJAH' said...

dengar khabar anwar ibrahim nak sautau awak saifu, benar kah?


http://pkrpasdap.blogspot.com

GOMO said...

SALAM SAIFUL...
AKU YAKIN KAU SEORANG YANG TABAH.
KAMI AHLI BLOGGER PEMBELA NEGARA SENTIASA MENDOAKAN AGAR KAU SENTIASA SIHAT DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN INI.

ANWAR LAHKHANAT INI TIDAK AKAN LAMA
SEKARANG INI PUN ANWAR SEDANG KEPANASAN..SANGAT PANAS...

SALAM...
http://www.gomo-no1.blogspot.com/

nisa said...

baginda reformasi sila reformasi akhlak anda yg menjijikkan. rasanya ibu anda pun tak ajar cakap kotor dan menghina org. kepada saiful tabahkan diri, saya percaya tiada seorang muslim pun sanggup bersumpah mcm saudara jika dipihak salah, termasuk anwar. sebab tu dia dok berdolak dalik smp sekarang. takkan sanggup dia kena laknat Allah.

Panglima Perang Cyber said...

Setuju dengan pendapat GOMO...Saya pasti Saiful akan mendapat keadilan satu masa nanti.

Sabar dan berdoala sepanjang masa.

Gedung Akal said...

Sdr.
Kebenaran akan muncul jua. Hanya Allah jua penentu mana benar mana palsu.
Sumpah, pengakuan, sokongan, mahkamah atau penafian adalah HAK kita di dunia manakala di sisi Allah adalah iman, amal dan takwa berserta ikhlas dan ihsan.
Kalau satu dunia sekali pun berpakat menentang kebenaran yang hakiki selagi belum diizinkan Allah maka pakatan itu jadi sia-sia.
Marilah sama-sama kita menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran dan ingatlah kebenaran hakiki tidak boleh dilihat oleh mata kasar atau sensasi fizik tetapi oleh akal dan iman.

suara kuantan said...

Semoga Saiful tabah dan kuatkan semangat