KENYATAAN MEDIA
Saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini ingin menyatakan seperti berikut :
Bahawa saya amat kesal, kecewa dan berdukacita dengan sikap Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang masih lagi cuba untuk melengah-lengahkan perbicaraan utama bagi pertuduhan liwat keatas beliau yang mana saya adalah merupakan pengadu bagi kes tersebut.
Alasan demi alasan dan isu ditimbulkan yang dapat dilihat memberi kesan kelewatan untuk perbicaraan utama dimulakan.
Terbaru iaitu pada tarikh pendengaran untuk Semakan Kehakiman iaitu pada 5hb Febuari 2009 dimana sepatutnya Semakan Kehakiman itu didengar tetapi telah ditangguhkan atas alasan bahawa pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim ingin membuat permohonan untuk ‘disqualified’ seorang Timbalan Kanan Pendakwaraya daripada mengendalikan kes tersebut.
Saya amat berharap agar pihak-pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar perbicaraan utama dapat dimulakan tanpa sebarang alasan lain untuk melengahkan perbicaraan utama.
Bertarikh pada 5hb Febuari 2009.
MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN
* Menjawab persoalan pengunjung, sila lihat komen
15 comments:
Sabar encik, adulah kat tuhan. Mintak pertolongan tuhan. kalau kita benar, kita jangan lupa pada tuhan.
http://pkrpasdap.blogspot.com
anwar tak liwat...dia dah sumpah..sumpah kat depan lim kit siang...
Salam saudara Saiful,
Semoga saudara bersabar dengan perkara ini. Saya pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya. Lebih lama kes ini berlanjutan akan lebih tersepitlah tertuduh dan dia akan gunakan apa jua cara untuk mengalih perhatian umum daripada kes ini seperti kes-kes sebelumnya.
Saudara jangan gusar kerana rakyat Malaysia juga ternanti-nanti keputusan kes ini. Secara peribadi saya percaya dengan cerita saudara dan kagum dengan kecekalan yang ditunjukkan. Kalaulah semua mangsa tampil membuat pengaduan, maka saudara tidak akan terpalit dengan bermacam-macam tohmahan dari mereka yang menyokong kerana terpedaya dengan personaliti tertuduh.
Saya harap saudara bersabar.
Berkenaan dengan percubaan untuk disqualify Dato' Yusof, saudara jangan bimbang. Walaupun dia antara DPP terbaik negara, Jabatan Peguam Negara tidak ketandusan pendakwaraya yang bagus. Malah yang sudah berhenti (sebelum ini) juga boleh dibawa masuk semula dan dilantik sebagi pendakwaraya selepas digazetkan.
Semua taktik yang dibuat ini adalah samda untuk mengalih perhatian rakyat ataupun untuk mengendurkan semangat saudara.
Pesanan saya ialah supaya saudara tidak patah semangat dan bersabar dengan ujian ini. Percayalah selepas semua ini berakhir, saudara akan menjadi hero di hati rakyat.
Waalaikummusalam Saudara Arboking,
Terima kasih di atas sokongan dan kata-kata semangat yang diberi ( Juga pada Sedingin Salju dan ABG MIE!).. Ia amat bermakna bagi saya.
Dalam meniti hari-hari yang penuh mencabar ini, kutukan dan cacian sudah menjadi lumrah bagi diri saya.
Sebenarnya, saya mengangap semua itu sebagai satu cabaran dan pembakar semangat bagi meneruskan perjuangan dalam menegakkan kebenaran.
Bagi saya, apalah sangat yang hendak dirungutkan sedangkan Nabi s.a.w sebagai Rasul Allah diuji berpuluh tahun oleh NYA dalam menegakkan kebenaran.
Walaupun perit untuk ditempuhi, Alhamdulillah, dengan izinNYA, saya masih lagi diberi pertolongan, kekuatan, ketenangan serta taufiq dan hidayah.
Benar kata saudara, beliau(Anwar) boleh mengunakan pelbagai cara untuk melengah-lengahkan kes ini, tapi persoalannya sampai bila? Kelak, setelah ketandusan alasan , akhirnya beliau perlu berdepan dengan perbicaraan yang sebenar juga.
Saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar dan reda. Sekalipun, jikalau ditakdirkan bahawa saya tidak sempat berada didunia ini untuk memberi keterangan, di MASYHAR kelak pasti akan dibicarakan jua..
Saya hanya seorang hamba yang menjalankan tanggungjawab yg diberi NYA, lebih daripada itu hanya DIA yang Maha Mengetahui.
Lahaulawalaquwataillabillahilaliyilazim
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH.
Sekian,
Saiful Bukhari
Salam Saiful,
Saya semakin yakin dengan saudara bahawa ini bukan konspirasi untuk menjatuhkan DS Anwar Ibrahim. Keyakinan, kesungguhan dan keberanian saudara menjadikan Anwar dalam keadaan tertekan.
Saudara yang beriya-iya sangat agar kes ini dibicarakan dengan segera, sementara di satu pihak cuba melengah-lengahkannya.
DS Anwar tidak perlu menyebuk hal-hal yang tiada kaitan dengan dirinya seperti kemelut politik di Perak berbanding dengan kes liwat yang dihadapinya. Beliau seolah-olah menganggap kes ini tidak penting dan menganggapnya sebagai sampingan di mata masyarakat umum.
Hati-hati dengan permainan psikologi ini bagi melemahkan ketahanan diri saudara. Saudara perlu bersaing dengan kehebatan, kesabaran, ketekunan, kecerdikan , ketahanan dan kelicikan Anwar kerana semua itu telah teruji pada dirinya.
Akhir sekali sebagai umat Muhammad hanya kepada Allah berserah.
Terima kasih
Amir Hamzah
Batu Pahat,
www.amirhamzah-segalanyamungkin.blogspot.com
Sabar Saiful...banyakkan berdoa. Kebenaran akan mengambil masa yang lama untuk terbukti, tapi percayalah diakhirnya nanti kemenangan pasti berpihak kepada mereka yang benar.
Saya yakin awak dipihak yang benar. Teruskan menulis disini, supaya orang tahu siapa anwar sebenarnya.
ladybird boleh cuba try untuk masuk calon jadi bakal isteri saiful!! Just kidding!!
ni komen aku kali keberapa pon aku xtau..tp semuanye ko tkt nk approved..skrg aku nk ko jelaskan statment imam ramlang yg jadi 'saksi' ko sumpah...jelaskan knape ko brtnye mane pengarah jawi...jelaskan..aku nk tau..klu ko xapproved n xjwb aku angapp ko bacul n ko bslh dlm smua hal ini..
Assalammualaikum Saudara Aiman,
Maafkan saya kerana selama ini saya tidak approve komen saudara. Bukan apa, kadang2 bahasa yang saudara gunakan boleh memalukan saudara sendiri kerana yang membaca blog saya ini ramai.
Tapi, tidak mengapa, saya maafkan saudara diatas semua kata2 kesat yang telah dilemparkan.
Menjawab persoalan IMAM RAMLANG:
1) Pendedahan beliau kali ini secara tidak langsung membuktikan bahawa beliau telah melakukan satu FITNAH dan PEMBOHONGAN BESAR.
Sebelum ini beliau menuduh dan memfitnah bahawa PEGAWAI KHAS DATO NAJIB yang mengarah dan mengatur sumpah tersebut.
Ini buktinya:
SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?
RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.
http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/08/1299
2) Pegawai Khas DS Najib sebelum ini telah menafikannya. Kata beliau tidak mungkin beliau yang mengatur dan berada disitu kerana diwaktu dan pada hari tersebut beliau berada di PULAU PINANG.
Ini buktinya:
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=357231
Sebenarnya Ramlang Porigi tahu bahawa beliau telah melakukan kesilapan. Saya percaya bahawa beliau telah dihasut oleh pihak2 tertentu supaya melakukan Fitnah tersebut.
Ia juga secara jelas menunjukkan bhw beliau dan penghasut2 mempunyai niat jahat untuk memburukan keadaan
Sehingga ke hari ini, beliau tidak pula mengaku atau menafikan bahawa beliau telah MEMFITNAH Pegawai Khas DS Najib.
Maaf jikalau saya kata, pendedahan beliau kali ini sebenarnya ibarat ''membuka pekung didada''
Saya doakan agar beliau kembali ke jalan yang benar serta mendapat taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t
* Selain beliau, terdapat lebih 60 orang yang menyaksikan upacara sumpah tersebut. Mereka terdiri daripada wartawan2, AJK2 Masjid dan para jemaah.
(Bro Saiful, mengapa tidak approve posting saya ini. Saya agak dukacita oleh kerana persepsi saya terhadap bro selama ini ialah bro seorang yang ikhlas utk menegakkan kebenaran serta jujur dlm menjawab segala pertanyaan yg diajukan. Di sini apabila sy ingin membantu bro dlm mengetengahkan maklumat mengenai persoalan2 yang bermain di benak masyarakat skrg, bro Saiful sepatutnya menghargai serta menjawab dgn seberapa jujur persoalan2 ini, dan bukannya reject posting sy ini. Di harap bro lebih bersikap terbuka di dlm hal ini dan Insyallah masyarakat akan lebih memahami bro selepas ini menerusi sudut yg lebih positif).
Salam bro Saiful,
Sgt menarik membaca blog bro dan juga komen2 serta soalan2 yang bermain di benak masyarakat skrg.
Terus terang sy akui bahawa sy tidak mengadili sesiapa di waktu ini sehinggalah kita tau cerita sebenar di mahkamah kelak.
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya di kalangan masyarakat, persoalan yang bermain di fikiran mereka tatkala ini adalah seperti berikut :-
1) Mengapa pada mulanya ada pihak yg mengatakan bahawa kejadian liwat di antara bro Saiful dan DSAI berlaku lebih dari 1 kali? Dan kini pula bro Saiful menafikannya dan hanya menyatakan ianya berlaku hanya 1 kali shj. Persoalan begini yg menjadi kekeliruan pada masyarakat dan membuatkan kepercayaan mereka terhadap bro Saiful semakin terhakis.
2) Bagaimana bro Saiful yang berusia muda dan gagah berjaya diliwat dgn paksa oleh DSAI yg sudah berumur 60+ thn serta mengalami masalah tulang blkg? Saya rasa inilah soalan utama yg kerap ditanya oleh masyarakat sekeliling dan menjadi point utama mereka untuk menafikan kejadian tersebut.
3) Mengapakah bro Saiful pergi berjumpa Dato Seri Najib di kediaman beliau sehari dua sebelum laporan polis dibuat? Ini disahkan sendiri oleh Dato Seri Najib menerusi sebuah sidang akhbar apabila ditanya oleh wartawan. Dan lebih mengelirukan, pada awalnya Dato Seri Najib menyatakan bahawa bro Saiful tidak pernah berjumpa dengan beliau, tetapi setelah ditanya bertubi2 oleh wartawan barulah beliau mengakuinya. Alasan diberikan Dato Seri najib ialah bro Saiful dtg untuk mengadu kejadian liwat tersebut kepadanya. Tetapi adakah seharusnya berjumpa dgn Timbalan Perdana Menteri? Hal ini membuatkan masyarakat lebih cenderung mengatakan bahawa wujudnya konspirasi politik.
Bro Saiful, inilah hasil pemerhatian saya yang menyimpulkan bahawa inilah persoalan2 utama mereka. Diharap bro Saiful dpt menjawab soalan2 ini agar masyarakat lebih clear dan tidak terkeliru demi kebaikan semua.
Sekian terima kasih. Wassalam
ASSALAMUALAIKUM SAUDARA SAIFUL,
SAYA KAGUM DENGAN KEBERANIAN SAUDARA DAN SAYA YAKIN SAUDARA TIDAK BERSALAH, SAYA KENAL SENIOR SAIFUL DAN MEREKA TELAH MENCERITAKAN PADA SAYA MENGENAI APA YANG BERLAKU PADA SAUDARA....BERSABAR LA SAUDARA, JANGAN PATAH SEMANGAT, KITA TAK NAK MANUSIA BERNAMA ANWAR INI MENJADI PEMIMPIN, BAHAYA BETUL SI ANWAR NI....
TABAHKAN HATI, SAYA SOKONG PERJUANGAN SAUDARA...
TAKE CARE..
http://parpukari.blogspot.com/
Assalammualaikum Saudara Prihatin,
Maafkan saya kerana lambat menjawab. Saya amat menghargai kesungguhan saudara mengumpul soalan-soalan yang bermain difikiran masyarakat untuk disampaikan kepada saya. Kepada saudara prihatin, jangan lah terlalu cepat membuat kesimpulan, sabar.. =)
Ikut rasa hati memang saya hendak menjawab kesemua soalan-soalan saudara itu. Malah bukan itu sahaja, saya juga mahu mendedahkan segala bukti2 yang ada. Mengapa saya tidak lakukan?
Saya perlu menghormati Mahkamah.. Kedua, jika semua itu saya dedahkan sekarang (sblm perbicaraan) maka tercapailah cita-cita mereka( terutama peguam2 Anwar ) untuk mengetahui apa strategi dan jawapan yang saya akan jawab di Mahkamah. Selain itu, ia juga boleh dianggap Menghina Mahkamah. Dan, ia amat merbahaya kerana jawapan ini boleh dimanipulasi dan akhirnya menjejaskan kes.
Saya harap saudara Prihatin faham. Setinggi mana perasaan ingin tahu masyarakat di luar sana, bayangkan betapa seksanya saya dan keluarga terpaksa besabar untuk menunggu Hari Perbicaraan Utama yang tak kunjung tiba bagi memberi keterangan.
Benar, dalam posting2 saya sebelum ini saya ada menjawab beberapa soalan, tetapi jikalau saudara perhatikan, saya hanya menjawab perkara yang tidak berkenaan dengan kes. Kalau mengenai tempat kejadian tu, memang semua sudah tahu. Cuma saya dedahkan siapa sebenarnya Tuan punya kondo tersebut kerana ada Fitnah yan mengatakan itu adalah kondo saya.
Kalau mengenai sakit belakang Anwar tu, itu dia berpura-pura sahaja. Secara logiknya, pengidap sakit belangkang yang 'serius' seperti itu akan sakit jika terlalu aktif. Jika saudara perasan, nak naik pintu Mahkamah itu je lah dia konon2 dipimpin kerana sakit.
Sbg contoh saya beri jadual DSAI ''si sakit belakang'' untuk 13/5 – 21/5 2008 untuk direnungkan..
13/05/2008
ETD 22:45 KL-SINGAPORE
MH 609 ETA 23:40
13/05/2008
ETD 07:50 SINGAPORE-JAKARTA
SQ 952 ETA 8:25
14/05/2008
ETD 12:00 JAKARTA-SURABAYA GA314 ETA 13:20
15/05/2008
ETD 10:40 SURABAYA-KL
MH 870 ETA 14:15 (Bought by
Pak Fathur)
16/05/2008
ETD 08:05 KL-SINGAPORE MH 601
ETA 09:00
ETD 11:15 SINGAPORE-MUMBAI
IC 443 ETA 14:05
ETD 23:45 MUMBAI-KL MH 195 ETA 07:15 (17/05/2008)
17/05/2008
ETD 16:55 KL-KOTA KINABALU
MH 2662 ETA 19:30
18/05/2008
ETD 19:15 KOTA KINABALU-KL
MH 2631 ETA 21:40
20/05/2008
ETD 08:55 KL-SINGAPORE MH 133 ETA 09:50
21/05/2008
ETD 17:25 SINGAPORE-KL MH 608
ETA 18:20
Terima kasih bro Saiful kerana menjelaskan perkara yang terkandung di dalam posting sy. Sy amat menghargainya. Maaf juga dipohon oleh kerana kemungkinan soalan-soalan yg diajukan itu agak keterlaluan dan berkemungkinan akan mengganggu perbicaraan mahkamah kelak. Justeru, sy hormat pendirian serta prinsip bro Saiful supaya segala2nya didedahkan di mahkamah kelak supaya pihak lawan tidak mengambil kesempatan diketika ini.
Sy ada satu cdgn, jika bro Saiful ingin menceritakan serba sedikit perilaku DSAI yg tidak diketahui masyarakat umum, sy rasa di blog inilah sesuai untuk dijadikan platformnya. Bro hanya menceritakan serba sedikit mengenai DSAI asalkan ianya tiada kena mengena dgn perbicaraan kes bro, sepertimana yg bro telah ceritakan mengenai sakit blkgnya itu. Ini oleh kerana persepsi umum terhadap DSAI begitu teruja dan sesetengahnya bagaikan taksub. Nasihat sy pd mereka, kita perlulah ada 'balancing' di kedua2 pihak, iaitu mendgr cerita drpd kedua2 belah pihak terlebih dahulu sebelum membuat rumusan. Jika saudara semua lakukakn kajian yg mendlm, setakat ini kelihatan bro Saiful lebih jujur dan ikhlas dlm kes ini.
Dari Allah kita datang,kepada Allah jua kita kembali..
Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu saiful..
hehehe kuli najib suruh pengarah apa tu...apa2 la jabatan tu. jadi apa nak peliknya. that's chain of command
Post a Comment