Friday, February 27, 2009

Maju Setapak.. Alhamdulillah

Setelah hampir 6 Bulan berbalah, saya bersyukur kehadirat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, perbalahan mengenai tempat untuk perbicaraan kes saya ini akan di muktamadkan juga. Semalam, Hakim Mohamad Zabidin Md Diah telah menetapkan keputusan semakan perbicaraan akan diputuskan pada hari Khamis 5hd Mac 2009.

Pada saya, walau apapun keputusan pada 5hb Mac ini, saya redha kerana saya yakin bahawa Allah s.w.t itu Maha Mengetahui, dan setiap yang berlaku itu saya pasti ada hikmah disebaliknya. Saya hanya mampu bersabar, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada-Nya.

Sebagai mangsa, saya hanya mohon untuk diberikan keadilan dan peluang bagi saya menunaikan tanggungjawab saya iaitu memberi keterangan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan buat barisan pendakwa raya dan pihak-pihak lain yang telibat diatas komitmen dan yang diberikan selama ini. Saya berdoa agar Allah s.w.t memberi mereka kekuatan serta tawfiq dan hidayah untuk berhadapan dengan hari perbicaraan utama kelak.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI


Terima kasih '' Awang Selamat''
Kenyataan Media: Pedengaran Semakan Kehakiman 5 Febuari2009
Akhirnya, kebenaran muncul jua... Terima kasih Imam Ramlang Porigi

12 comments:

Aku said...

SALAM SAIFUL,

ALHAMDULILLAH dan syukur kita panjatkan ke hadrat ilahi. semoga kebenaran akan terbongkar tak lama lagi dan anwar ibrahim harus berdepan dengan saudara di dalam perjuangan ini.

semoga juga niat saudara sebagai seorang islam yang inginkan rahmat sentiasa dicurahkan ke atas saudara dan keluarga akan membuatkan saudara lebih dekat lagi dengan Allah dan Rasulnya ameen.

ACTUALIZATION OF FITRAH said...

jalan terus pantang mundur

Sedingin Salju said...

tahniah atas kesabaran anda. Ingat, apabila tuhan berkehendakkan sesuatu perkara, ia hanya perlu menyebut jadi, maka, jadilah ia. Jangan gusar. Tuhan sentiasa di sisi orang yang benar dan sabar serta teraniaya.

PUTERI NAFISAH said...

Kami akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Saiful.

Perbanyakkan selawat ke atas RSAW, RSAW sentiasa di hati orang-orang soleh yang merindui kan kebenaran.

shahrul hafiz said...

sekali kita melangkah kehadapan,
jangan sekali berpatah balik..
teruskan saiful, kami dibelakang anda..ALLAH sentiasa membela nasib hambanya yang dianiaya..

HAPUSKAN ANWAR IBRAHIM!!!!!

ariffz said...

sesiapa sahaja jika dianiaya, segala doanya pasti Allah akan makbulkan. begitu juga sesiapa yang menfitnah pasti ada balasannya. bukan saya ingin mengata saudara tetapi peringatan kepada masyarakat diluar sana yang saya lihat begitu banyak fitnah yang dilemparkan tanpa mengambil peduli bahawa balasan yang telah Allah janjikan pada mereka yang melakukan fitnah. saudara tak perlu untuk menyembunyikan diri kerana jika saudara benar, Allah pasti akan tolong. jangan takut kepada ugutan atau amaran manusia tetapi kita seharusnya takut kepada Allah. jika mereka ingin mengapa apakan saudara, biarkan kerana di akhirat saudara akan dibela seadil - adilnya. jangan saudara menyorok lagi kerana seelok-eloknya jangan lah kita menimbulkan syak wasangka orang. keluar dan jadilah seorang lelaki di pihak benar dan jangan gentar.

tEnTanGkIta said...

salam saiful..

sabar dengan ketentuan Allah dan tunjukkan kita di pihak yang benar.. Sesungguhnya manusia x lari dari kesalahan akan tetapi sebaik2 insan ialah insan yang insaf dengan segala perbuatannya salah.. saya pandang tinggi keberanian saiful bagi menegakkan aper yang benar.. sayang byk dikalangan kita yang hanya mengikut nafsu apabila berbicara.. aper yang saya lihat siful begitu aman dan tenang... tahniah sekali lagi.. ini sememangnya menunjukkan siful di piha yang benar... tegakkan kebenaran agar pihak yang jahil membuka mata akan siapa itu A.I sebenarnya..

salam perjuangan dari
exuniten 00'-04'

APIK CLEANING SERVICE said...

alhamdulliah... semoga tunjuk menunjukkan jalan kepada kamu dan semoga org menganiaya kamu mendapat balasan yang setimpal. tetapi sekiranya semuanya adalah fitnah dari kamu, saya doakan malapetaka yang besar menimpa kerana telah mefitnah org yang tidak melakukan keslahan.... amin...

Amirul Arif said...

ingat walaupun saudara mngaku saudara btul,tp ALLAH mngetahui sgala-galanya....smoga kita dapat mngetahui kbenaran scepat mungkinn..amin...

Sedingin Salju said...

ya itulah yang penting.

Tuhan akan sentiasa membantu orang yang teraniaya. Sumpah laknat telah anda lakukan dan anda sehingga kini tidak menghadapi apa-apa balasan tuhan. Maknanya, anda di pihak yang benar.

Baginda Reformasi said...

Undang-Undang Malaysia sape buat?
da buat undang - undang sape langaq?
2-2 pun UMNO gak.. hahahhaa
klu takut ombak jgn berumah tepi pantai...
klu takut kalah jangan mintak polis n fru tutup dewan...

teloq letak mana? letak bg Bijan simpan?

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/127-500-pembohongan-umno-betul-ke.html

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/peristiwa-perak-3-mac-bahagian-1-3.html

kadiology said...

baginda reformasi.

sama la dengan hang tu. kalau tak takut kalah, hang habaq la hero hang tu jangan pi lari kedutaan turki. jangan la lengah2kan perbicaraan dengan taktik budak2. kalau tak takut, sambutlah sumpah saiful tu. buat apa menyorok di sebalik penyokong dengan buat demosntrasi? buat apa pi buat trial by media lepas tu habaq konspirasi lah, tak adil lah, kena aniaya lah. kalau berani, cepat2 pi court kita cerita. saiful ni budak mentah aje. berhingus lagi. anwar tu pulak hero raformasi. satu dunia anggap anwar ni hero terutama amarika. hero hang tu nak takut apa dengan saiful?