Sunday, December 28, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430H


Terbenamnya fajar sebentar sahaja lagi menandakan telah masuknya bulan Muharram bagi semua penganut beragama Islam. Awal Muharram juga sinonim dengan nama Maal Hijrah yang diambil sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad Rasullulah s.a.w dari kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622masihi. Ia juga menandakan permulaan tahun Hijrah bagi umat Islam.

Umum mengetahui, konteks Hijrah ini tidak semestinya berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat.Dalam konteks hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insyallah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba. Tetapi, seseorang itu perlulah berhijrah dengan penuh Ikhlas, Benar, Sabar serta berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Sesungguhnya, harta dunia yang melimpah ruah dan kuasa sudah pasti berada didalam tangan jika saya masih bersama Anwar Ibrahim. Tetapi dalam mengejar cinta dan reda Allah s.w.t, tidak saya tergamak untuk memalingkan Nya demi nikmat dunia dan seorang munafik.

Hari ini, 28 Disember 2008 genaplah sudah 6 Bulan dari hari saya membuat laporan polis di wad OSCC Hospital Kuala Lumpur. Terus terang, inilah 6 bulan yang paling mencabar dalam hidup saya. Pelbagai tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia dilempar kerana tidak mempercayai saya. Namun, Alhamdullilah saya bersyukur kerana dengan kuasa Allah s.w.t, saya, tunang, keluarga dan juga keluarga tunang telah diberi kekuatan, pertolongan dan semangat bagi mengharungi dugaan ini dengan penuh tenang dan sabar.

Bagi saya, saya hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka tetapi yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t. Saya hanya mampu berdoa dan berserah. Dalam tempoh 6 bulan ini juga, pelbagai pengalaman dan pelajaran dapat saya pelajari dan sekaligus mengubah diri saya. Ianya bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak. Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan, hijrah dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.

Saya tidak pernah sama sekali menyesal di atas pengorbanan dan penghijrahan ini, malah ia telah memberikan saya lebih semangat untuk menghadapi hari-hari mencabar di masa akan datang terutama semasa Hari Perbicaraan kes saya nanti. Walaupun terkilan diatas kelewatan hari perbicaraan, mungkin ini antara hikmahnya.

Jadi sama-samalah kita menyambut Maal Hijrah ini dengan rasa penuh keinsafan dan membina azam baru.


Salam Ma'al Hijrah.


SAIFUL BUKHARI


p/s: Buat semua sahabat, bloger-bloger seperti AIDC dan lain-lain, yang bersama-sama berjuang bagi menegakkan kebenaran ini, bersama-samalah kita berusaha dan berdoa kepada Allah s.w.t. Insyaallah dengan prinsip Ikhlas, Benar dan Sabar, Kebenaran Pasti Dapat Ditegakkan!!.

Thursday, October 9, 2008

Teringat..


Email di atas merupakan Surat Perletakan Jawatan saya yang ditolak DSAI. Malah
ditawarkan bantuan melanjutkan pelajaran sambil bekerja dengan beliau. Sila klik
pada gambar untuk membacanya.



Bermula sebagai sukarelawan dipejabat DSAI pada awal March, selepas pilihanraya, pada hujung April, saya terus dinaikan pangkat sebagai Pembantu Sulit/Peribadi oleh DSAI sendiri. Pada masa yang sama Rahimi (yang juga seorang Drop Out) yang sebelum ini Pembantu Khas dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit baru mengantikan saudara Nik Nazmi yang menang dalam pilihanraya lepas.

Mengapa Anwar ambil pekerja yang kurang berkelayakan?

Bersambung kemudian….

Tuesday, September 30, 2008

Salam Lebaran Buat Mama


Pusara Allahyarhamah Hjh Halina Bt Mohd Alip. Beliau telah kembali
ke Rahmatullah akibat kanser payudara pada jam 11.58pm 20/7/2004
diwad ICU Pantai Medical Center.
Berlinang air mata tatkala melihat pusara Allahyarhamah kelmarin. Walaupun sudah 4 bulan saya tidak menziarahi tetapi bunga dan pokok tumbuh subur mengeluarkan bunga yang cantik. Telah saya cuci dan hias pusaranya sesuai dengan Allahyarhamah yang cantik orangnya.

Tahun ini genap 4 tahun syawal disambut tanpa ibunda tercinta Allahyarhamah Hjh Halina Bt Mohd Alip. Rindu yang tak terkata tatkala teringat membantu Allahyarhamah membuat persiapan kuih muih menjelang syawal. Kuih tart dan Kek Buahnya (Fruit Cake) sudah menjadi kewajipan setiap syawal untuk dibawa ke kampung. Semoga Roh beliau senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.
Tahun ini juga buat pertama kalinya saya tidak dapat menyambut Hari Lebaran bersama adik dan keluarga tercinta. Maklumlah, "perjuangan belum selesai". Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tunang saya yang tercinta, bapa, keluarga, saudara mara, sahabat handai yang amat saya rindui serta anda sekalian. Mohon maaf zahir dan batin.

SAIFUL BUKHARI


p/s: Allamdullilah saya sihat wala'fiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti.

Saturday, August 2, 2008

Tugas-tugas seorang BEKAS "Coffee Boy" kepada DSAI


Email di atas merupakan Surat Perletakan Jawatan saya yang ditolak beliau. Malah
ditawarkan bantuan melanjutkan pelajaran sambil bekerja dengan beliau. Sila klik
pada gambar untuk membacanya.


Assalammulaikum dan salam sejahtera,

Di sini, ingin saya terangkan tugas-tugas saya sebagai seorang "Coffee Boy":

1) Membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staff menguruskan jadual DSAI.

2) Mengatur pertemuan sulit. (e.g ahli parlimen yang hendak lompat parti , mesyuarat di Kondo Desa Damansara milik teman rapat DSAI)

3) Mengiringi DSAI ke :

a) Hong Kong- Awal Mei 2008
b) Bangkok - Hujung Mei 2008
c) Singapore- 16 dan 18 Jun 2008

4) Selanjutnya saya akan BONGKAR di mahkamah nanti. Diharap bersabar.

Terpulang kepada anda untuk mempercayai atau tidak. Atau cuba minta DSAI jelaskan sendiri samaada benar atau tidak.

Kepada DSAI, saya mengucapkan selamat bertanding.

Buat saudara saudari sekalian, seperti yang dijanjikan saya akan melakukan SUMPAH dalam masa terdekat memandangkan siasatan kes saya ini seperti yang dimaklumkan telah pun selesai.

Saya berdoa agar pihak Pejabat Peguam Negara dapat mengambil kes ini kerana saya mahu mendapatkan KEADILAN.

SAIFUL BUKHARI

Monday, July 21, 2008

Bertunang Anak MUMTAZ JAAFAR?

Saya sedih melihat FITNAH semakin hari semakin menjadi-jadi. Yang menyedihkan lagi apabila fitnah itu datang dari golongan orang yang BERILMU.

Sebagai contoh fitnah yang terbaru: Apakah logik Dom Amy Hussein yang berkahwin dengan Datuk Dr.Mumtaz Jaafar Begum, mempunyai anak perempuan bernama Janna Bt Mohd Zaki?

Sekali lagi saya tegaskan bahawa ini adalah ISU PERIBADI dan biarlah ALLAH dan Mahkamah yang menentukan. Juga saya ingin menyeru rakyat supaya bertenang dan bersabar.

Cukuplah dengan segala spekulasi kerana kebenaran akan muncul. Hentikan lah FITNAH kerana ia memakan diri.


SAIFUL BUKHARI

Tuesday, July 8, 2008

Buat Rakyat Malaysia...



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakyat Malaysia,

Dengan ini, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan ingin mencabar Anwar Ibrahim supaya BERMUBAHALAH di hadapan para ulamak.

Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, Ingin saya tegaskan disini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar. Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini.

Saya terima segala tohmahan dengan hati terbuka dan tidak sesekali mempersalahkan rakyat dalam hal ini.

Sebagai mangsa, saya berhak untuk mendapat pembelaan.

"Yang HAK Pasti Berdiri, Yang BATIL Pasti Jatuh".

ALLAHUAKBAR!!


Sekian,
Saiful Bukhari.