Friday, July 24, 2009

Saksi yang tiada ditagih bersuara, Saksi yang hidup cuba dinafi bersuara..

*Terkini*: KUALA LUMPUR 24 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 September ini untuk sebutan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya dan perbicaraan penuh kes tersebut. - Utusan


Keadilan dan usaha mencari kebenaran tentang apa yang berlaku kepada mendiang Teoh memang perlu dan wajib dilakukan. Ia bukan sahaja untuk kes mendiang Teoh, malah yang lain juga. Diharap, dengan tertubuhnya Suruhanjaya Di Raja dan Inkues baru-baru ini, semua pihak dapat mengetahui kebenaran yang sebenar kelak.

Seperti diduga, dalam kekalutan kes mendiang Teoh ini, tertuduh(DS Anwar Ibrahim) mahu menjadi juara memperjuangkan keadilan dan kebenaran untuk mendiang.

Namun, pada hemat saya, DS Anwar Ibrahim tidak layak untuk bercakap soal keadilan dan kebenaran untuk mendiang Teoh kerana dalam masa yang sama, beliau cuba untuk menafikan hak saya sebagai pengadu/saksi utama untuk memberi keterangan(bersuara) di Mahkamah.

Ini kerana, Hari ini, pada jam 2.30pm, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan tertuduh(DS Anwar Ibrahim) iaitu permohonan untuk MENGUGURKAN PERTUDUHAN(Gugur Kes) beliau SEBELUM IA DIBICARAKAN.

Saya tidak mahu mencampuri urusan/keputusan Mahkamah, namun apa yang saya mahu persoalkan disini ialah tindakan tertuduh yang telah memfailkan permohonan tersebut bulan lepas. Adakah layak tertuduh digelar pejuang KEADILAN dengan tindakannya itu?

Janganlah apabila nasib yang sama(mati) terjadi pada saya seperti apa yang berlaku pada mendiang Teoh, barulah masing-masing kelam-kabut mahu mencari kebenaran. Ketika itu, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.

Peranan kami sama, iaitu sebagai Saksi Utama, cuma saya juga adalah pengadu dan skop kes kami berbeza.

Berani kerana benar. Kepada Allah saya berserah.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

p/s: My deepest condolences to the late Mr. Teoh Beng Hock's family . May Justice and The Truth Prevail. R.I.P Teoh Beng Hock...


Pautan:

Truth for Teoh Beng Hock

Saturday, July 18, 2009

Pendakwaraya fail rayuan

Dari Utusan

KUALA LUMPUR 17 Julai - Pendakwa raya hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan agar sebahagian besar dokumen dan barangan berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali sampel-sampel asid deoksiribonukleik (DNA) diserahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Notis rayuan tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara I, Datuk Idrus Harun difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3.45 petang ini.

Pihak pendakwaan juga dijangka memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah tersebut pada Isnin ini.

Sementara itu, peguam Anwar, Sankaran Nair ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah menerima notis rayuan itu melalui faksimile lewat petang ini.

Beliau juga memberitahu, Anwar telah mengarahkan supaya pihaknya memfailkan rayuan balas.

Pendakwa raya mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan pihaknya menyerahkan dokumen dan barangan tersebut dalam tempoh tujuh hari selepas membenarkan permohonan Anwar itu.

Walaupun membenarkan sebahagian besar dokumen itu dibekalkan, hakim tersebut menolak permohonan Anwar agar dibekalkan atau dibenarkan meneliti sampel-sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd. Shaiful Bukhari Azlan dan pada barang-barang yang diambil dari kediaman pemuda itu.

Jelas Hakim Mohamad Zabidin, sampel-sampel tersebut hanya boleh diteliti oleh pihak pembelaan setelah ia dikemukakan di mahkamah sebagai barang kes kerana kesemua sampel itu kini telah dibungkus dan dimeterai oleh ahli kimia dari Jabatan Kimia.

Antara dokumen dan barangan yang dibenarkan dibekalkan ialah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal dan dua buah lif blok 11 Kondominium Desa Damansara, nota-nota ahli kimia yang menganalisis sampel-sampel DNA, salinan nota doktor Hospital Kuala Lumpur dan senarai saksi.

Beliau turut membenarkan salinan kenyataan saksi-saksi termasuk pengadu yang direkodkan oleh pihak polis di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan diserahkan kepada pasukan pembelaan.

Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

[Ulasan Saya] Alhamdulillah.. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya pada Allah swt. Namun jika ia ditolak juga, saya redha. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan:

Terkilan.. Namun redha dan tetap hormati keputusan
Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
Detik-detik kebenaran
Mahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - Bernama
Menegakkan benang yang basah
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi
WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia

Thursday, July 16, 2009

Terkilan.. Namun saya redha dan tetap hormati keputusan Mahkamah


Mahkamah telahpun membuat keputusan. Walaupun terkilan, saya tetap menghormati dan redha dengan keputusan Mahkamah sebentar tadi.

Kebenaran untuk memperoleh keterangan saya dan yang lain-lain lagi amat memberi kelebihan kepada pihak tertuduh. Ini ditambah dengan dokumen-dokumen yang telah mereka perolehi sejak sekian lama.Rujuk disini dan sini

Ia ibarat seperti dalam satu perlawanan, segala strategi dan senjata lawan sudah diketahui/diambil oleh pihak musuh sebelum perlawan itu bermula. Adil atau tidak? Terpulang pada anda untuk menilai.

Persoalan saya, adakah Mahkamah masih tidak berlaku adil seperti apa yang sering dicanang oleh pihak tertuduh? Konspirasi apakah ini? dari awal kes hingga sekarang, sudah banyak kelebihan dan kelongaran yang Mahkamah telah berikan kepada tertuduh . Sila rujuk sini, sini, sini, sini dan sini

Jadi, nasihat saya pada tertuduh, sila bersyukur dan elakkan daripada membuat tuduhan yang tidak berasas.

Memandangkan tertuduh akan memperoleh apa yang dipohon dan juga telah memperoleh banyak kelebihan sebelum ini, adalah lebih baik tertuduh tidak meneruskan hasrat untuk memohon pertuduhan digugurkan(gugur kes) sebelum perbicaraan yang akan didengar pada 24 Julai ini agar perbicaraan utama dapat disegerakan.

Sudah setahun saya terpaksa menunggu untuk hari Perbicaraan Utama kunjung tiba akibat dari dolak-dalih tertuduh.

Marilah kita menegakkan kebenaran masing-masing semasa di Perbicaraan Utama. Jika tertuduh dipihak yang benar, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Saya hanya berseorangan dalam kes ini.

Saya percaya, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Saya tidak akan berputus asa malah akan sentiasa berdoa dan berserah pada Allah swt agar diberi pertolongan dan kemenangan.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

p/s: Kepada para2 sahabat yang dihormati, saya mohon agar kita semua MENGHORMATI keputusan Mahkamah. Insyaallah, saya pasti ada hikmah disebaliknya.
[ Maaf, komentar yang menghina mahkamah tidak akan saya siarkan. Harap Maklum]

Kata Peguambela tertuduh...

*Update 3.35pm* Pendengaran permohonan tertuduh mengugurkan tuduhan ditangguh pada 24 Julai 2009


"Opposition Leader Anwar Ibrahim's defence lawyer argued that his client was not present at the scene where the alleged sodomy incident took place on June 26 last year."

"Edmund Bon told High Court Judge Mohamad Zabidin Mohamad Diah that the notice of alibi had been tendered to the prosecution." - Malaysiakini 15/7/09 -


[Ulasan Saya] Tiada ulasan. Mohon doa agar pertuduhan tidak digugurkan sebelum perbicaraan bagi merungkai segala persoalan, termasuklah yang diatas. Selagi ia dibiarkan begitu sahaja, selagi itulah ia akan menjadi satu persoalan yang tiada kesudahannya.

Untuk makluman, jika segalanya berjalan dengan lancar, permohonan bagi mengugurkan pertuduhan(gugur kes) sebelum dibicarakan ini akan didengar oleh Mahkamah pada petang ini.

Kepada Allah saya berdoa dan berserah..


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan:
Mahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - Bernama
Anwar 'not at crime scene' as alleged: counsel - NST
Menegakkan benang yang basah

p/s: Nantikan perkembangan terkini, langsung dari Mahkamah yang saya terima dari peguam pemerhati saya Zamry Idrus dan bapa di/Twitter/Facebook. Harap maklum.

Wednesday, July 15, 2009

TERKINI: Ketua Peguam Bela Tertuduh Tarik Diri

Datuk Sulaiman Abdullah
Foto: The Malaysian Insider
*Ulasan saya dibawah*
sumber Utusan

KUALA LUMPUR 15 Julai - Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes liwat bekas pembantunya pada pukul 2 petang ini.

Hakim Datuk Mohammad Zabidin Mohd. Diah menetapkan sedemikian semasa menemui pihak pembelaan dan pendakwaan di kamar beliau pagi ini. Hakim tersebut juga telah dimaklumkan bahawa peguam Sulaiman Abdullah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Anwar sebelum itu memberitahu wartawan bahawa Sulaiman telah menasihatkan beliau untuk melantik peguam lain buat sementara waktu. Menurutnya, Sulaiman memaklumkan kepada beliau petang semalam bahawa dia tidak boleh meneruskan pembelaan buat sementara waktu berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.

"Sulaiman beritahu dia tidak mahu menangguhkan perbicaraan itu dan berbincang untuk memikirkan peguam yang lain," katanya. - Utusan

[Ulasan Saya] Jika benar, saya doakan agar beliau cepat sembuh. Tidak berkesempatan untuk saya bertemu dan disoal jawab oleh beliau. Beliau telah diselamatkan oleh Allah swt daripada terus berada dikancah kebatilan yang amat dasyat. Semoga Ketua Peguam Bela yang baru dapat menjalankan tugas dengan profesional dan yang paling penting, mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Persoalannya sekarang, siapa yang akan dilantik sebagai Ketua Peguam Bela yang baru? Adakah diantara 8 peguam yang mewakili terduduh sekarang? Sama-samalah kita nantikan.

Setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Saya tidak akan berhenti memohon doa dan pertolongan dari Allah swt. Kepada Allah saya berserah.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan:

Anwar's counsel pulls out of defence team - The Star
Langsung dari Mahkamah - Berita Harian
Mana perginya peguam Anwar terdahulu? - Parpukari

Laporan dari Mahkamah - warisan2057
Langsung dari Mahkamah Jalan Duta (Bergambar) - Pembela wira

p/s: Nantikan perkembangan terkini, langsung dari Mahkamah yang saya terima dari peguam pemerhati saya Zamry Idrus dan bapa di/Twitter/Facebook. Harap maklum.

Sunday, July 12, 2009

Detik-Detik Kebenaran...


Sedekad
telah berlalu, banyak yang telah berubah. Namun apakah bentuk perubahan itu? dan apakah maksud tersirat disebalik perubahan itu?

Pada hari ini, izinkan saya imbas kembali beberapa individu yang pernah terlibat dalam memperjuangkan keadilan tertuduh(DSAI) semasa peristiwa 1998. Pada ketika itu, walaupun saya masih kecil(Tingkatan 1), masih segar dalam ingatan saya perasaan marah dan sedih apabila idola saya, Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya, Timbalan Perdana Menteri.

Diumur sekecil itu juga, saya telah mengenali erti perhimpunan jalanan/rusuhan kerana saya sendiri pada ketika itu pernah terlibat(dua kali). Namun setelah dewasa(selepas 10 tahun), tidak sangka ia adalah penipuan semata-mata kerana saya sendiri telah menjadi mangsa kerakusannya.

Dibawah, saya paparkan beberapa individu penting yang pernah terlibat dengan pergerakan Reformasi 1998 yang kini sudah meninggalkan Dato' Seri Anwar Ibrahim atas beberapa sebab. Walaubagaimanapun, ada yang tidak pernah menyatakan alasan sebenar mereka , tetapi sebagai manusia yang berakal, tentu kita boleh mentafsirnya.

Zainur Zakaria(kanan), bekas peguam bela DSAI, satu masa dahulu pernah bermusuh dengan Tun. Beliau juga pernah dipenjarakan seketika semasa memperjuangkan keadilan DSAI pada tahun 1998. Kini, beliau sudah tidak lagi bersama DSAI malah sudah baik dengan musuhnya dahulu, Tun Mahathir. Lihat sahaja gengaman tangan yang erat serta keceriaan yang terpancar pada wajah mereka berdua setelah 11 tahun. (gambar diatas)

Saudara Ezam Md Noor. Pernah dipenjara dan di ISA. Beliau adalah tonggak utama gelombang REFORMASI dan salah seorang pengasas Parti KeADILan pada tahun 1998. Kini 2008/09, beliaulah penentang No 1 individu yang pernah diperjuangkannya dahulu.

Dr Chandra Muzaffar, bekas Timbalan Presiden Parti KeADILan, penyokong kuat DSAI semasa peristiwa 1998, kini sudah meninggalkan DSAI.
Datuk K.S. Nallakaruppan, rakan karib DSAI selama lebih 30 tahun. Pernah dipenjarakan akibat mempertahankan perjuangan DSAI. Kini sudah meninggalkan DSAI akibat hilang kepercayaan.
Kecuali Allahyarham Christopher Fernando yang telah meninggal dunia, hanya SN Nair(tengah) yang masih kekal bersama DSAI untuk kesnya pada kali ini. Raja Aziz Adruse(paling kanan) pula pernah menarik diri semasa perbicaraan 98. Mungkinkah ada yang akan menarik diri pada kes kali ini? Wallahualam..

Datuk Seri Dr Zambry(kiri), pernah ditahan ISA semasa memperjuangkan DSAI semasa 1998. Kini, duduk disebelah Tun Mahathir yang pada satu ketika dahulu ditentangnya.

DAN RAMAI LAGI......

Terdapat ramai lagi individu-individu yang saya tidak paparkan disini. Cukuplah sekadar contoh-contoh yang berada diatas dipaparkan. Jika anda mahu lebih dari itu, anda boleh 'search' di internet.

Izinkan saya ambil kata-kata Sir Winston Churcill(bekas Perdana Menteri Britain) ;

"A lie gets halfway around the world before the truth has a chance to get its pants on
"


Bagaimana peristiwa 11 tahun yang lalu dan yang terkini ini(kes saya) akan berakhir? Adakah ia satu kebenaran atau kebatilan? Saya sudah pun tahu jawapannya, dan kini giliran anda pula..

Jadi, saya mohon kepada anda, tidak kira sama ada yang percaya atau tidak supaya mendoakan agar perbicaraan kes saya ini dapat dijalankan dengan syarat TIADA LAGI PENANGUHAN bagi anda sendiri mengetahui Kebenaran yang sebenar. Selagi ia dibiarkan begitu sahaja, selagi itulah ia akan menjadi satu persoalan yang tiada kesudahannya.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Foto2 - Minaq Jinggo, laman2 web

Friday, July 10, 2009

Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-84, Tun M

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tun Mahathir

Di kesempatan ini, dengan rasa insaf, saya ingin memohon maaf kepada Tun dan keluarga kerana telah bersangka buruk terhadap Tun sejak dari Peristiwa 1998. Namun setelah 10 tahun(2008), Allah swt telah menunjukkan saya kebenaran apabila saya sendiri menjadi mangsanya.

Maafkan saya Tun...

Semoga Allah swt lanjutkan usia Tun dan sentiasa berada dalam perlindungan-Nya.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!

SAIFUL BUKHARI

Foto- Ctl.UTM

Thursday, July 9, 2009

Seorang peguam 'sakit', tidak mengapa.. Apa fungsi 8 Peguam yang lain?


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Walaupun terkilan dengan penangguhan(lagi) perbicaraan semalam, namun seperti yang saya katakan sebelum ini, ia sudah dijangka.

Namun, sikap tertuduh yang masih berdolak dalih dalam menghadapi perbicaraan penuh dan menuduh seolah-olah pihak pendakwaan yang mahukan penangguhan membuatkan saya amat kesal sekali.

Bukankah ia ditangguhkan dengan alasan Ketua Peguam Bela, Sulaiman Abdullah masih sakit? Sedangkan 8 peguam yang lain hadir dan masih 'sihat' untuk menjalankan tugas. Tidak layakkah mereka-mereka ini? Setahu saya, diantara 8 peguam yang masih 'sihat' inilah yang paling banyak berkokok diluar Mahkamah mengutuk saya, namun apabila didalam Mahkamah, 'lain' pula jadinya.

Pihak tertuduh juga telah berdolak-dalih dengan meletakkan alasan penangguhan kononnya disebabkan pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen-dokumen dan bukti-bukti ASAL yang diminta. Rujuk disini dan sini

Persoalannya, sudah berapa kali pendengaran permohonan ini sahaja ditangguh disebabkan pihak tertuduh? Mengikut rekod saya, sudah 4 kali ia ditangguh disebabkan pelbagai alasan diberi.

Untuk makluman, sebelum ini pihak barisan pembelaan tertuduh telah diserahkan ke semua salinan-salinan dokumen yang relevan utk perbicaraan kes ini berbulan-bulan lamanya

Selain dari permohonan tersebut, terdapat satu lagi permohonan iaitu permohonan untuk membatalkan pertuduhan(gugur kes) sebelum ia dibicarakan yang masih belum didengar oleh pihak Mahkamah. Terbaru, menurut peguamnya S.N Nair, pada hari Jumaat ini, mereka akan memfailkan permohonan untuk mengugurkan kesemua barisan pendakwaan pula. Rujuk disini

Kesimpulannya,Bukankah segala permohonan-permohonan ini yang telah dan akan melambatkan perbicaraan? Siapa yang mohon semua ini? Pihak pendakwaan atau pihak Dato' Seri sendiri?

Dimana keadilan buat mangsa(saya) jika pihak tertuduh memperoleh kesemua bukti2 ASAL sebelum ia dibicarakan? dan Dimana keadilan buat mangsa(saya) jika pertuduhan digugur sebelum ia dibicarakan?

Seluruh rakyat tidak kira yang percaya atau tidak, mahukan kebenaran. Mereka juga mahukan agar proses keadilan mencari kebenaran ini dapat dijalankan dengan selancar yang boleh.

Saya hanya seorang rakyat kerdil yang hanya memohon untuk diberi ruang dan keadilan untuk memberi keterangan di Mahkamah. Walaupun sedih dengan sandiwara ini, saya tetap tidak akan putus asa dan akan sentiasa memohon dari Allah swt supaya diberi kekuatan dan pertolongan bagi menempuhi liku-liku ini.

Hentikanlah sandiwara dan dolak-dalih ini Dato' Seri kerana ia memakan diri.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

p/s: Kepada sahabat2 yang hadir memberi sokongan dan yang sanggup membuat ''banner'' utk saya semalam, saya berasa amat terharu dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Ia amat bermakna buat diri saya dan keluarga. Semoga Allah membalas jasa2 saudara sekalian.

Pautan:
Good Bye Brader Anwar - Syed Akhbar Ali
Anwar Caught Spinning - Shamsul Yunos
Mana 5000 Penyokong?? (beserta gambar) - DarulEhsanToday
Kes Ditangguh lagi - Utusan
Anwar mohon pasukan pendakwaan dilucut - Utusan
Anwar yang B.... - GAP
Kalau Tak Nak ke Mahkamah, bersumpah lah! - Parpukari

Tuesday, July 7, 2009

Mohon doa agar pertuduhan TIDAK DIGUGURKAN esok

Dari Media
Adakah perbicaraan akan ditunda lagi hari ini?- Utusan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, terdapat dua perkara(permohonan peguam DSAI) yang akan berlaku pada hari esok yang boleh menyebabkan Perbicaraan Utama akan berlangsung agak lewat dan sebagainya:

1)Pendengaran permohonan tertuduh bagi mendapatkan laporan2, bukti2 ASAL seperti sampel DNA, CCTV, keterangan polis(112) saya dan sebagainya.

2)Pendengaran permohonan tertuduh untuk mengugurkan pertuduhan(gugur kes) sebelum perbicaraan.

Oleh yang demikian, Dukacita dimaklumkan bahawa kehadiran saya sebagai saksi utama pada hari esok adalah ditangguhkan buat seketika oleh kerana permohonan-permohonan diatas perlu didengar dan perlu diputuskan pada sebelah pagi terlebih dahulu oleh Mahkamah.

Dalam masa yang sama, mohon doa agar kes ini TIDAK DIGUGURKAN esok. Saya juga ingin memohon kepada pihak tertuduh supaya tiada lagi permohonan2 atau alasan-alasan diberi bagi menangguhkan perbicaraan ini lagi.

Seluruh rakyat tidak kira yang percaya atau tidak, mahukan kebenaran. Jika ia kerap ditangguh atau digugurkan, bagaimana kebenaran hendak dibuktikan?

Saya hanya seorang rakyat kerdil yang hanya memohon untuk diberi ruang dan keadilan untuk memberi keterangan di Mahkamah. Kepada Allah swt juga saya mohon dan berserah.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

p/s: Kepada para sahabat yang bersedia untuk hadir pada esok pagi, dukacita dimaklumkan bahawa kehadiran saya pada sebelah pagi ditangguhkan buat seketika. Nantikan maklumat terkini mengenai waktu kehadiran saya di blog ini/Twitter/Facebook. Harap maklum.

Pautan:

8 Julai, apa perlu anda lakukan by Parpukari

Friday, July 3, 2009

Peguam "Kurang Sihat", Permohonan Anwar Ditunda Rabu Depan

Datuk Sulaiman Abdullah
Gambar dari The Malaysian Insider
*Ulasan saya dibawah
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen dari pihak pendakwaan berkaitan kes liwat bekas pembantunya yang sepatutnya didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditunda sehingga Rabu depan.

Ketika kes itu bermula hari ini, peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah, memberitahu mahkamah bahawa beliau kurang sihat selepas berasa pening sejak semalam semasa kes anak guamnya di Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan penangguhan itu bagi membolehkan Sulaiman mendapatkan rawatan perubatan.Dua jam selepas prosiding mahkamah itu, salah seorang peguam Anwar, S.N. Nair memberitahu media bahawa Sulaiman telah dberi cuti sakit sehingga Selesa depan.

Pada hari yang sama (8 Julai), mahkamah dijangka mendengar satu lagi permohonan Ketua Pembangkang itu untuk membatalkan tuduhan meliwat. Mahkamah juga menetapkan hari yang sama untuk mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Kes liwat Anwar masih kekal di Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Rayuan semalam menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 5 Mac lalu yang menukar keputusan Mahkamah Sesyen yang mengekalkan perbicaraan kes liwat itu di Mahkamah Sesyen.

Pada 10 Mac lalu, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, du Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Pada 10 Jun lalu, Anwar memfailkan permohonan supaya pendakwa raya membekalkan semua dokumen dan barangan berkaitan kes liwat tersebut sebelum perbicaraan penuh bermula.

Antara yang dipohon ialah rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) di tempat didakwa berlakunya kejadian itu di Desa Damansara Condominium, sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan kenyataan saksi-saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari dan kenyataan polis.

-- BERNAMA

[Ulasan Saya] Jika benar, saya doakan semoga beliau cepat sembuh agar perbicaraan akan berjalan dengan lancar kelak. Walaubagaimanapun, jika beliau masih pulih pada hari rabu ini(8 Julai), pada hemat saya, masih ada lagi 8 peguam yang masih boleh menjalankan tugas.

Wednesday, July 1, 2009

Dolak-dalih yang tiada kesudahan


“Anwar memohon Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya untuk membekalkan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin termasuk rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian dari 25 hingga 27 Jun tahun lepas, sampel DNA, kenyataan daripada saksi termasuk Saiful, polis dan beberapa dokumen lain”
-10 Jun 2009, Bernama -

“Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya”
-17 Jun 2009, Bernama -

''Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful''
-19 Jun 2009 Suara Keadilan-

“Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual pada 8 Julai depan akan ditangguhkan jika proses rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi masih belum selesai.”
-30 Jun 2009 mStar -

[Ulasan Saya] Jika diperhatikan pendirian-pendirian tertuduh diatas, saya yakin bahawa ramai yang agak keliru tentang apakah pendirian tertuduh dari awal pertuduhan dibacakan pada Ogos 2008 hingga sekarang. Mungkin pada awalnya agak konsisten(mahu dibicarakan), namun disaat-saat akhir(seperti diatas), pendirian tertuduh boleh dikatakan seringkali berubah-rubah.

Ringkasan empat kenyataan beliau di atas: Pada awalnya, beliau memohon untuk mendapatkan bahan bukti asal dengan alasan sebagai persiapan untuk hujah pembelaan(mahu dibicarakan). Selang seminggu, beliau memohon untuk mengugurkan pertuduhan sebelum ia dibicarakan(tidak mahu dibicarakan). Dua hari selepas itu pula, beliau berkata beliau sudah bersedia untuk bersemuka dengan saya di Mahkamah(mahu dibicarakan).

Terkini, di Mahkamah Rayuan pula kerana mahu mohon perbicaraan dipindahkan semula ke Mahkamah Sesyen (mahu dibicarakan). Jangan lupa, pada 8 Julai ini, Mahkamah akan mendengar permohonan beliau untuk mengugurkan pertuduhan(tidak mahu dibicarakan).

Yang mana satu ni Dato' Seri? Mahu dibicarakan atau sebaliknya? Tetapkanlah pendirian dan hentikanlah dolak-dalih ini.

Yang pasti, pendirian saya dari mula hingga sekarang hanya SATU, iaitu MAHU DIBICARAKAN. Walauapapun, saya tidak akan berputus-asa untuk berdoa dan berserah pada Allah swt agar perbicaraan dapat dijalankan kerana sesungguhnya Allah swt adalah yang Maha Adil dan Maha Berkuasa.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI


p/s: Kepada sahabat2 blogger, Saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan diatas segala sokongan dan nasihat yang diberi. Terbaru, saya ada melihat kempen ''Perhimpunan Rakyat'' di blog-blog sahabat. Ikhlas saya nyatakan, saya berasa amat terharu dengan sokongan yang diberi. Sesungguhnya ia telah membakar semangat saya untuk meneruskan perjuangan yang penuh mencabar ini. Semoga Allah swt membalas jasa sahabat-sahabat sekalian. Berjumpa kita di Mahkamah, Insyaallah..


Pautan:
'Perbicaraan' Sebelum Perbicaraan - Awang Selamat
WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia
Dato' Seri, saya juga sudah bersedia
Menegakkan benang yang basah- buat YB Nurul Izzah

Gugurkan Kes! - DSAI
[Ulangan] 25hb jun DSAI berlepas ke Washington?
Harapkan agar, pagar makan padi - Bapa
Berjayakah Anwar gugurkan kes sebelum perbicaraan? - Cyber1trooper
Mohd Saiful Bukhari Azlan by Syed Akhbar Ali
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi

[Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi tips2 persiapan untuk ke Mahkamah, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , atau diruangan komentar entri ini]