Sedekad telah berlalu, banyak yang telah berubah. Namun apakah bentuk perubahan itu? dan apakah maksud tersirat disebalik perubahan itu?
Pada hari ini, izinkan saya imbas kembali beberapa individu yang pernah terlibat dalam memperjuangkan keadilan tertuduh(DSAI) semasa peristiwa 1998. Pada ketika itu, walaupun saya masih kecil(Tingkatan 1), masih segar dalam ingatan saya perasaan marah dan sedih apabila idola saya, Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya, Timbalan Perdana Menteri.
Diumur sekecil itu juga, saya telah mengenali erti perhimpunan jalanan/rusuhan kerana saya sendiri pada ketika itu pernah terlibat(dua kali). Namun setelah dewasa(selepas 10 tahun), tidak sangka ia adalah penipuan semata-mata kerana saya sendiri telah menjadi mangsa kerakusannya.
Dibawah, saya paparkan beberapa individu penting yang pernah terlibat dengan pergerakan Reformasi 1998 yang kini sudah meninggalkan Dato' Seri Anwar Ibrahim atas beberapa sebab. Walaubagaimanapun, ada yang tidak pernah menyatakan alasan sebenar mereka , tetapi sebagai manusia yang berakal, tentu kita boleh mentafsirnya.
Zainur Zakaria(kanan), bekas peguam bela DSAI, satu masa dahulu pernah bermusuh dengan Tun. Beliau juga pernah dipenjarakan seketika semasa memperjuangkan keadilan DSAI pada tahun 1998. Kini, beliau sudah tidak lagi bersama DSAI malah sudah baik dengan musuhnya dahulu, Tun Mahathir. Lihat sahaja gengaman tangan yang erat serta keceriaan yang terpancar pada wajah mereka berdua setelah 11 tahun. (gambar diatas)
Saudara Ezam Md Noor. Pernah dipenjara dan di ISA. Beliau adalah tonggak utama gelombang REFORMASI dan salah seorang pengasas Parti KeADILan pada tahun 1998. Kini 2008/09, beliaulah penentang No 1 individu yang pernah diperjuangkannya dahulu.
Dr Chandra Muzaffar, bekas Timbalan Presiden Parti KeADILan, penyokong kuat DSAI semasa peristiwa 1998, kini sudah meninggalkan DSAI.
Datuk K.S. Nallakaruppan, rakan karib DSAI selama lebih 30 tahun. Pernah dipenjarakan akibat mempertahankan perjuangan DSAI. Kini sudah meninggalkan DSAI akibat hilang kepercayaan.
Kecuali Allahyarham Christopher Fernando yang telah meninggal dunia, hanya SN Nair(tengah) yang masih kekal bersama DSAI untuk kesnya pada kali ini. Raja Aziz Adruse(paling kanan) pula pernah menarik diri semasa perbicaraan 98. Mungkinkah ada yang akan menarik diri pada kes kali ini? Wallahualam..
Datuk Seri Dr Zambry(kiri), pernah ditahan ISA semasa memperjuangkan DSAI semasa 1998. Kini, duduk disebelah Tun Mahathir yang pada satu ketika dahulu ditentangnya.
DAN RAMAI LAGI......
Terdapat ramai lagi individu-individu yang saya tidak paparkan disini. Cukuplah sekadar contoh-contoh yang berada diatas dipaparkan. Jika anda mahu lebih dari itu, anda boleh 'search' di internet.
Izinkan saya ambil kata-kata Sir Winston Churcill(bekas Perdana Menteri Britain) ;
"A lie gets halfway around the world before the truth has a chance to get its pants on"
Bagaimana peristiwa 11 tahun yang lalu dan yang terkini ini(kes saya) akan berakhir? Adakah ia satu kebenaran atau kebatilan? Saya sudah pun tahu jawapannya, dan kini giliran anda pula..
Jadi, saya mohon kepada anda, tidak kira sama ada yang percaya atau tidak supaya mendoakan agar perbicaraan kes saya ini dapat dijalankan dengan syarat TIADA LAGI PENANGUHAN bagi anda sendiri mengetahui Kebenaran yang sebenar. Selagi ia dibiarkan begitu sahaja, selagi itulah ia akan menjadi satu persoalan yang tiada kesudahannya.
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
Foto2 - Minaq Jinggo, laman2 web
Izinkan saya ambil kata-kata Sir Winston Churcill(bekas Perdana Menteri Britain) ;
"A lie gets halfway around the world before the truth has a chance to get its pants on"
Bagaimana peristiwa 11 tahun yang lalu dan yang terkini ini(kes saya) akan berakhir? Adakah ia satu kebenaran atau kebatilan? Saya sudah pun tahu jawapannya, dan kini giliran anda pula..
Jadi, saya mohon kepada anda, tidak kira sama ada yang percaya atau tidak supaya mendoakan agar perbicaraan kes saya ini dapat dijalankan dengan syarat TIADA LAGI PENANGUHAN bagi anda sendiri mengetahui Kebenaran yang sebenar. Selagi ia dibiarkan begitu sahaja, selagi itulah ia akan menjadi satu persoalan yang tiada kesudahannya.
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
Foto2 - Minaq Jinggo, laman2 web
21 comments:
Salam sejahtera sdra Saiful,
Betul tu, masih terdapat ramai lagi nama-nama yang telah meninggalkan Anwar dan PKR.
Dan jika mengikut gerak hati, saya sangat yakin bahawa akan ada ramai lagi penyokong serta pengikut Anwar dan PKR mengambil keputusan untuk meninggalkan Anwar dan PKR.
...dan saya rasa bahawa kemungkinan besar MB Selangor juga pada suatu masa nanti, tetap juga akan meninggalkan Anwar serta PKR..pasti apabila ekonomi global sudah pulih sepenuhnya.
Saya yakin, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai salah seorang daripada tokoh korporat di negara ini, tentu beliau akan memikir tentang untung rugi jika terus berada dengan PKR yang langsung tidak mendatangkan sebarang hasil dalam apa jua bentuk pun kepada beliau.
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
SALAM BRO....SETIAP YANG BERLAKU TU ADA HIKMAHNYA. DAN KAMI SELURUH RAKYAT INGINKAN KEBENARANNYA.
SELAGI TERTANGGUH KES LIWAT INI MAKA KAMI RAKYAT TIDAK AKAN MENGETAHUI PERJALANAN KES INI.
MAKA PERBICARAAN PERLU DI JALANKAN. DAN KAMI AKAN MENGIKUTI SETIAP FAKTA DAN BUKTI YANG ADA NANTI.
USAHLAH ANWAR BERDOLAK DALIH LAGI. 15 JULAI INI JALAN KAN PERBICARAN. USAH DI TANGGUH LAGI.
KEADILAN BUAT MEREKA YANG TERTINDAS PERLU DI PERJUANGKAN.
salam ziarah saudara..
Jangan lah risau dan sedih,Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana...ana doakan semoga saudara Saiful akan terus gagah menegakkan kebenaran..kami sentiasa menyokong saudara....
salam perjuangan...
bile lak si chris tu masuk islam?? pelik2 fitnah mcm2 xingat tuhan ke???
sanggup lagi buat sumpah palsu... pelik la aku dengan manusia mcm ko ni...
satu lagi... beribu2 komen yang masuk... 2 je yang ko publish?? hahaha penakut
Satu flashback yang menarik, tepat dan berfakta. Sebenarnya memang ramai lagi bekas orang kuat AI yang sekarang ini meninggalkannya dan menjauhkan diri darinya.....sedangkan "orang-orang" ini boleh dikatakan hebat2 semangat juang dan jihadnya, bukan calang2 pejuang!!!
Tetapi kenapa mereka2 ini menyisihkan diri apabila yang diperjuangkan itu sudah hampir tercapai matlamatnya???
What's really trigger this reaction??
Thank you Saiful for letting us do some searching and thinking.
Stay cool...n calm.
cogankata PKR KEADILAN UNTUK SEMUA...akan digunakan untuk menentang Si JAMBU....di manakah KEADILAN untuk Saudaraku ini!!!...
Hilbert: Insyaallah.. Semoga Allah membuka pintu hati mereka.. Sama2lah kita berdoa.
Gomo: Benar, setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya. Sbg seorang hamba yg kerdil, sy hanya mampun berusah, berserah dan berdoa kepada-Nya.
Revolusi: Terima kasih
Guess: Sekurang-kurangnya saya telah bersumpah, tertuduh sehingga ke hari ini belum melakukannya. Palsu? Hmm.. terpulang.
Seruling: Ur most welcome.. Will do, insyaallah. Sama2lah kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati mereka yg masih tertutup.
Pembela: Itulah persoalan yg menjadi pertanyaan ramai..
To Guess,
JAWAB, JAWAB!!
saudara saiful..hang tulis allahyarham criss..ape kejadah
die tu bukan islam..hang tulis la mendiang ke ape..aku cume nk perbetolkan ape yg tulis tu
cube edit sebelum berlaku isu yg remeh.
Guess dan rizal: Allahyarham christopher fernando adalah seorang Muslim. Nama islamnya sama seperti saudara, ARIS RIZAL. Sila rujuk DI SINI. Sekian
salam,
teruskan perjuangan, kita yakin saudara berada di pihak yang benar.
Guess n Rizal,
Korang nie umur berapa tahun? Kok yapun nak komen checklah dulu fakta engkorang...ni tak, pakai hentam semacammm jerr!!!
Last2 nama seghupe..=), nah, hambik kau....kan dah MALUUU..!!!
Guess,
Baik ko minta maaf pada Saiful...sedap2 mulut kata dia buat fitnah, lagi besar dosa beb, tak berkat hidup kita nanti....tapi kalau ko dah jenis PKR totok, aku tak dapat nak kata apa2lah, sebab geng2 PKR nie terasa macam diorang golongan maksum! Serupa Imam Besar korang...AI.
Satu lagi, kalu siSaiful ni jenis Penakut...kenapa dia tak lari?? Siapa yang selama ini lari dari bersemuka?? Kalaulah siSaiful ni buat perangai macam AI, asyik mengelak memanjang dari nak masuk mahkamah pastu minta macam2 jaminan, buat macam2 alasan, sakit kepalalah, sakit telorlah, ada ancaman bunuhlah dan macam2 lagi macam si anwar buat sekarang...kemudian sebaliknya AI pulak beriya-iya nak jumpa dimahkamah dengan kadar segera, siap pergi buat sumpah laknat, macam Saiful buat sekarang nilah...rasa2nyalah engkorang ramai2 penyokong "insan maksum" nih macamana punya gegak gempita pukulan gendang korang ekk???
Muhasabah sikit brader.
aku setuju dengan senarai yang lain kecuali nallakarupin. aku anggap dia ni ada agenda. nak ikutkan, nallakarupin (atau tennis partner anwar seperti yang dia dakwa) cukup kenal dengan anwar sejak dari dulu. tetapi nallakarupin menggunakan kelebihan dari kelemahan anuwar untuk kepentingan peribadi.
nalla ni bekas penjual todi, kemudian terlibat dengan insuran dan beberapa parti politik berasaskan kaum india sebelum MIC, bekas pekerja syarikat judi magnum corporation ( aku lupa apa jawatan dia kat situ, PRO tak silap). magnum adalah anak syarikat multi purpose holdings berhad, masa tu tauke dia seorang taikun cina bernama datuk TK lim. sesiapa yang dalam dunia corporate tahu yang nallakarupin ni bapak ayam atau pimp. tukang supply pompuan pada anuwar ni salah sorangnya malaun ini lah. maka, nallakarupan adalah individu yang amat KENAL dengan anwar dari dulu. dan anwar jugak KENAL nallakarupan, tapi orang macam ni yang anwar angkat untuk jadik rakan tennisnya. hairan jugak sejak bila anuwar yang warak tahap angkasa gaban ni main tennis dan ada rakan tennis yang jugak tauke judi.
salah satu apartment kat tivoli villa tu kepunyaan nalla. selalu angkat pompuan kat situ naik jaguar dia. aku rasa kes vijendran dengan video seks bogel dia tu pon nalla ada terpalit sama, pompuan dalam tape katanya dia supply.
tapi aku rasa nalla bukan menentang anwar hari ni sebab dia dah insaf, tapi dia bengkek sebab anuwar sudah kelentong sama dia masa PRK ijok. janjinya nak letak nallakarupin, tapi anuwar pi letak tan sri khalid ibrahim. mana mamat tu tak bengkek.
agenda peribadi beb.
ezam plak, sampai bila aku tak akan percaya mamat ni. maleh nak citer pasal dia ni.
wahai saiful bapok!
ingatlah menfitnah itu lebih berat dan lebih besar dosanya daripada membunuh.. jika anda menfitnah seseorang yang tidak bersalah sehingga mengaibkan seseorang itu.. maka allah juga akan membuka aib anda satu persatu samaada didunia dan pastinya diakhirat kelak.
walaupun anda bersumpah memegang alQuran tidak semestinya anda dipihak yang benar. walaupun anda menang di mahkamah juga tidak semestinya anda benar. keadilan sebenar2nya hanya pada allah.
zaman sekarang wang lebih utama dari segalanya.. tidak hairan la sampai wanita sanggup mengadaikan maruah diri untuk mendapatkan wang yang banyak. tidak hairan la anda juga berbuat demikian kerana wang. anda hanya perlu berlakon diliwat seseorang padahal anda tidak diliwat pun demi kerana mengejar wang dan kedudukan.
byk bukti yang bercanggah didalam kes anda. laporan perubatan yang dikeluarkan oleh hospital pusrawi dan HKL mengesahkan anda tidak diliwat atau pungkoq anda tidak dimasukki benda tumpul. adakah laporan perubatan itu salah?? atau doktor2 berkenan cuba memfitnah anda??
anda seorang yang lembik lebih dari bapok! sebab seorang yang tua 60thn hendak meliwat anda dan anda tidak termampu melawannya.. atau anda juga ingin diliwat dengan membiarkan insan tersebut berbuat demikian??
ingat allah akan menurunkan bala atau balasan kepada orang yang menfitnah menusia lain tidak kira masa dan tempat. tiba-tiba malam ini anda mati, ingat dosa anda allah takkan ampunkan selagi insan yang anda fitnah itu mengampunkan dosa anda.
jika anda sememangnya fitnah insan ini saya berharap agar anda sila la tinggalkan solat dan segala amalan anda kerana semua itu hanya sia-sia saja. pahala tak dapat dosa makin bertambah dari hari ke sehari..
pesanan saya kepada anda... sebelum buat sesuatu fikirkan dahulu akibat yang akan anda tanggung di hari kemudian. jangan la kita mati dlm keadaan yang paling hina dengan menfitnah orang yang tidak berdosa.
sebenarnya.. saya tengok muka anda, saya sudah tahu bahawa anda seorang yang pembohong. setiap perangai manusia ia akan diterjemahkan melalui muka seseorang.
wallahualam.
Mohd Rizal said...
saudara saiful..hang tulis allahyarham criss..ape kejadah
die tu bukan islam..hang tulis la mendiang ke ape..aku cume nk perbetolkan ape yg tulis tu
cube edit sebelum berlaku isu yg remeh.
kau lah manusia yang paling bodoh dan baghal yang pernah aku jumpe...
fernando tu dah masuk islam la bongok... nama islam dia Aris Rizal Fernando Abdullah.
tu la pi sokong al-juburi lagi
Kadio: Terima kasih diatas info dan pandangan saudara yang beri.
Detective conan: Kalau begitu, berilah peluang pada saya utk memberi keterangan di Mahkamah. Semoga Allah menunjukkan kebenaran pada saudara. Saya sedia memaafkan saudara pada bila2 masapun selepas ini. Sekian.
Det: Terima kasih.
Salam,
Detectiveconan ! ..senang saja, anda sudah mengatakan bahawa Anwar sebagai "orang yang tidak berdosa" bermakna anda sangat yakin yang Anwar tidak bersalah dan telah difitnah.
Jadi, jika begitu... anda mintalah supaya Anwar hadir dimahkamah untuk membuktikan bahawa dia memang tidak bersalah. Nasihatkan Anwar supaya jangan lari dari "kebenaran"...ok.
Kebiasaannya orang yang bersalah akan lari dari "kesalahan" dan orang yang benar akan terus berdiri sebagai diri sendiri tanpa gentar.
Makanya, orang yang sering mengelakkan diri dari tuntutan undang-undang bagi membuktikan jika betul dia memang tidak bersalah, ertinya...itu saja sudah cukup untuk orang lain menilai samada dia benar atau tidak.
BUDAK SEKOLAH TADIKA PUN TAHU LAAA....KALAU TAK SALAH BUAT APA SAMPAI 8 LAWYER???...ORG YANG DIKATA PEMBOHONG DAN PENIPU NI PAKAI 1 LAWYER...DEY MACHA WAKEUP LA WEEII...PLZ OPEN UR MIND LAAAA...USE LOGIC THINKING LAAA KALAU TAK...TAKKAN ANWAR DENGAN SENIOR MCKK DIGELAR SI JAMBU ....AKAI ADA KAAAAAA
@Guess who
-Dia ni seorang loser dalam hidup..baru2 ni kena blacklist BNM..tak boleh buat loan..KAHKAHKAH!..tak hairan la kena black list...perangai macam setan..main sumpah orang je tak tentu pasal..
@Mohd Rizal
-Dia ni baru kenal internet...tak reti lagi guna enjin carian..arkib negara pun dia tak pernah masuk..berita pun tak pernah baca..walau pengetahuannya cetek, tapi lagaknya macam ensiklopedia bergerak..mungkin dia baru keluar dari dalam hutan..
@detectiveconan
-Dia ni minum kencing nuar banyak sangat..tak lama lagi mampus la ni..mampus kelemasan dalam takungan kencing nuar..sikit2 pusrawi..sikit2 pusrawi..macam dah takda modal lain..selalu sangat gamaknye pegi ceramah bongok nuar tu..tapi dia ni hebat juga..ada ilmu..ilmu tilik-perangai-dari-muka..muka kau dia boleh tilik..tapi muka nuar tu dia tak boleh agak pulak..nampak sangat ilmunya masih belum power...aku cadangkan @detectiveconan bertapa dalam hutan untuk 50 tahun lagi...kalau agak-agak dah nak mampus dah tu, keluar la...
Hari ini merupakan penentuan kepada pendengaran kes anda.. kami dan sahabat-sahabat lain mengharapakan yang benar daripada kamu.. all the best to you..
dan tunjukkan kepada melayu-melayu bangsat dalam PKR dan PAS itu kebenaran yang nyata!!!!
kita boleh lari dari penipuan dunia tetapi kita x boleh terlepas dari azab seksaan neraka..
To Anwar.. please make this clear.. x payah la nak berlagak lagi.. tunjukkan kami kebenaran yang kamu usung-usungkan tu adalah kebenaran yang nyata..!!!
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!!!
sai fool,
,,,everything in my pocket...hehhehe
Post a Comment