“Anwar memohon Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya untuk membekalkan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin termasuk rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian dari 25 hingga 27 Jun tahun lepas, sampel DNA, kenyataan daripada saksi termasuk Saiful, polis dan beberapa dokumen lain”
-10 Jun 2009, Bernama -
-10 Jun 2009, Bernama -
“Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya”
-17 Jun 2009, Bernama -
-17 Jun 2009, Bernama -
''Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful''
-19 Jun 2009 Suara Keadilan-
-19 Jun 2009 Suara Keadilan-
“Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual pada 8 Julai depan akan ditangguhkan jika proses rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi masih belum selesai.”
-30 Jun 2009 mStar -
-30 Jun 2009 mStar -
[Ulasan Saya] Jika diperhatikan pendirian-pendirian tertuduh diatas, saya yakin bahawa ramai yang agak keliru tentang apakah pendirian tertuduh dari awal pertuduhan dibacakan pada Ogos 2008 hingga sekarang. Mungkin pada awalnya agak konsisten(mahu dibicarakan), namun disaat-saat akhir(seperti diatas), pendirian tertuduh boleh dikatakan seringkali berubah-rubah.
Ringkasan empat kenyataan beliau di atas: Pada awalnya, beliau memohon untuk mendapatkan bahan bukti asal dengan alasan sebagai persiapan untuk hujah pembelaan(mahu dibicarakan). Selang seminggu, beliau memohon untuk mengugurkan pertuduhan sebelum ia dibicarakan(tidak mahu dibicarakan). Dua hari selepas itu pula, beliau berkata beliau sudah bersedia untuk bersemuka dengan saya di Mahkamah(mahu dibicarakan).
Terkini, di Mahkamah Rayuan pula kerana mahu mohon perbicaraan dipindahkan semula ke Mahkamah Sesyen (mahu dibicarakan). Jangan lupa, pada 8 Julai ini, Mahkamah akan mendengar permohonan beliau untuk mengugurkan pertuduhan(tidak mahu dibicarakan).
Yang mana satu ni Dato' Seri? Mahu dibicarakan atau sebaliknya? Tetapkanlah pendirian dan hentikanlah dolak-dalih ini.
Yang pasti, pendirian saya dari mula hingga sekarang hanya SATU, iaitu MAHU DIBICARAKAN. Walauapapun, saya tidak akan berputus-asa untuk berdoa dan berserah pada Allah swt agar perbicaraan dapat dijalankan kerana sesungguhnya Allah swt adalah yang Maha Adil dan Maha Berkuasa.
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
p/s: Kepada sahabat2 blogger, Saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan diatas segala sokongan dan nasihat yang diberi. Terbaru, saya ada melihat kempen ''Perhimpunan Rakyat'' di blog-blog sahabat. Ikhlas saya nyatakan, saya berasa amat terharu dengan sokongan yang diberi. Sesungguhnya ia telah membakar semangat saya untuk meneruskan perjuangan yang penuh mencabar ini. Semoga Allah swt membalas jasa sahabat-sahabat sekalian. Berjumpa kita di Mahkamah, Insyaallah..
Pautan:
'Perbicaraan' Sebelum Perbicaraan - Awang Selamat
WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia
Dato' Seri, saya juga sudah bersedia
Menegakkan benang yang basah- buat YB Nurul Izzah
Gugurkan Kes! - DSAI
[Ulangan] 25hb jun DSAI berlepas ke Washington?
Harapkan agar, pagar makan padi - Bapa
Berjayakah Anwar gugurkan kes sebelum perbicaraan? - Cyber1trooper
Mohd Saiful Bukhari Azlan by Syed Akhbar Ali
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi
[Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi tips2 persiapan untuk ke Mahkamah, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , atau diruangan komentar entri ini]
30 comments:
SABAR BRO, AKMI TETAP MENYOKONG U BRO! BE STRONG!
Parpu: Terima kasih! I will! 7 days to go..
dasar orang bersalah yang takut, suke berdolak dalih, yang peliknya walaupon dah jelas depan mata pon masih ramai yang mempercayai kata2 dia lagi..
harap2 8 julai jadi kenyataan.. fight for ur right abang saiful!! we will always support u... InsyaAllah dengan izin-Nya, kebenaran akan menang menjatuhkan yang salah. salam
kuat kan semangat bro,aku akan turun di makhamah nanti for moral support.
humbankan anwar kedalam sg buloh!
adoi..
si kaki liwat ni bukan saja pandai meliwat, tapi kaki belit juga!
orang bodoh saja yang percaya dengan kaki liwat ni!
SALAM BRO..WATEVA THE OUTCOME..WE'LL ALWAYS BY YOUR SIDE..PATIENT IS VIRTUE. MAY ALLAH BE WITH YOU BRO
salam saiful.
we will always support you! be strong my brother...
saya doakan kejayaan sdra untuk membawa kemenangan buktikan siapa sebenarnya anwar ibrahim..!
sabar bro..kami bersama2 dalam hal ini. tumbangkan peliwat yang penuh kepura-puraan itu!
http://writtenbyhim.wordpress.com/
Salam sejahtera sdr Saiful,
Harapan agar anda serta keluarga tabah sentiasa.
Apabila saya melihat kepada perkembangan terkini yang berlaku berhubung dengan kes liwat Anwar ini saya dapati ada sesuatu perkara yang agak pelik terus terjadi.
Lihat saja, Anwar memang rakyat Malaysia semua sudah sedia maklum bahawa beliau adalah Penasihat Umum PKR, tetapi kenapa ketika beliau menghadapi pertuduhan di mahkamah atas kes itu seperti dia pula yang dilihat bagaikan Penasihat Umum Mahkamah.
Tidak masuk akalkan, seandainya Mahkamah mahu dan akan tunduk kepada desakkan Anwar itu. Paling tidak logik. Seolah-olah Anwar berada diatas kuasa Mahkamah pulak.
Kita tahu lah,dalam PKR dan DAP banyak ahli-ahli Parlimennya yang pada masa yang sama bekerja sebagai LAWYER, takkan lah itu juga akan mempengaruhi tindakkan Mahkamah. Maaf jika, jika komen saya menyulitkan pihak mahkamah. Namun itu adalah pandangan bebas saya.
Tetapi saya tidaklah menyatakan bahawa pihak yang berwajib dan pihak yang berhak untuk menentukan keputusan telah bertindak sebagaimana yang sededmikian.
Cuma apa yang sangat diharapkan ialah, Anwar sendiri khususnya hendaklah berlaku adil juga kepada semua pihak sementara dia sendiri tengah berjuang untuk mendapatkan "keADILan" bagi dirinya.
Anwar serta para peguamnya yang "terkeliber" itu haruslah berlaku adil juga kepada Mahkamah dengan memberi ruang kepada pihak mahkamah dan hakim untuk mengendalikan kes liwat itu dengan penuh tertib, sempurna, bebas dan yang paling penting tidak dipengaruhi.
Anwar serta para peguamnya juga mesti sedar bahawa orang lainpun ada hak untuk diberikan keadilan seperti mereka juga dan oleh itu mereka juga harus memberi ruang yang secukupnya kepada saudara Saiful untuk membolehkan dia berjuang demi untuk dia mendapatkan keadilan bagi dirinya melalui mahkamah.
Diharap tarikh yang telah ditetapkan pada 8 Julai ini tidak akan diubah atau ditunda ke tarikh lain lagi.
Kepada pemimpin PKR, terjemahkanlah maksud sebenar erti atau maksud "KeADILan" melalui tindakan, tetapi janganlah hanya tampalkan perkataan "KeADILan" itu pada nama parti saja.
sama2 kita tegakkan kebenaran.
saudara saiful, diharap anda tabah.saya mendoakan agar saudara mendapat keadilan.dedahkan semuanya di mahkamah nanti.biar dunia tahu siapa anwar
SALAM BRO....
TAKPA...RAKYAT SEMAKIN SEDAR YAHAP KENCING SI ANWAR AL-JUBURI INI.
BERAPA BANYAK DOLAK DALIH NYA JUGA SEMAKIN KETARA DAN INI DAPAT DI SAKSIKAN SENDIRI OLEH RAKYAT.
KEADILAN BUAT BRO AKAN DIJALANKAN. SAMA-SAMA KITA MEMOHON DOA AGAR KES INI DAPAT DI BICARAKAN DENGAN TENANG.
NAMUN APA YANG PASTI ANWAR SUDAH SEMAKIN GENTAR DENGAN APA YANG BERLAKU.
salam.
doa saya bersama saudara.
Ya Allah Ya Hakim Kau Selamatkan Negaraku Malaysia daripada tangan manusia culas ini.
Ya Allah, manusia ini mahu 'bercakap'mewakili ummah tentang agamaMu yang sempurna.
Ya Allah peliharakan agamaMu daripada tangan manusia culas ini.Ya Allah berikan hikmah dan kekuatan dan kefasihan pada saudara ku, hamba Mu, saiful bahri.Amin.
Salam sejahtera untuk saudara Saiful,
Kekalkan semangat dan juga kesabaran. Sesungguhnya Allah menyayangi mereka yang tabah dan teraniaya.
Kirim salam kepada ahli keluarga semua.
Terima kasih.
Salam BRO. Banyak2 sabar. Doa bebanyak. InsyaAllah, orang teraniaya doanya mudah dimakbulkan.
sabar la saudara.yang hak pasti berdiri.tapi saya tidak terpengaruh akan penuturnya.apa jua alasan Allah jua yang tahu
Saiful,
apapun doa kami tetap bersamamu demi menegakkan kebenaran.
jangan lupa baca & amalkan doa ayat suci Al Quran yang aku bagi aritu kat ngko tu yer, Pul! ....
Salam perjuangan bro!
AloQStaQ
02-JULY-2009
1:30PAGI
Kepada SEMUA: Terima kasih saya ucapkan. Insyaallah saya akan terus tabah dan sabar dalam mengharungi perjuangan ini. Saya sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu, PASTI ada hikmahnya. Allah swt Maha Mengetahui.
Hilbert: "Penasihat Umum Mahkamah" - setuju dengan 'gelaran' yang saudara beri pd DSAI itu. Satu lagi peguam 'terkaliber'. =) Terima kasih saudara.
aloqstaq: Saya sudah terima dan amalkan.. Terima kasih byk2. =) Semoga Allah membalas jasa2 saudara
salam,
Allah dan keberkahan Rasul dan ahlulbait dan sahabat baginda serta doa kami akan sentiasa mengiringi perjuangan saudara inshallah.
Assalamualaikum...
Saudara Saiful , sabar dan tawakal dalam mengharungi perjuangan nenentang yang batil. Masyarakat sedar dan sudah ramai yang dulunya kabur ,kini sudah mampu menilai siapa si lakhnat tersebut.
Dolak dalih dan putar belit adalah rukun hidupnya yang tak akan dia tinggalkan. Namun kita semua percaya, Allah tetap bersama dengan orang2 yang benar .
Kita biarkan mereka dengan kemunafikan hidup mereka , doa seluruh umat Islam tetap mengiringi perjuangan mu .
Salam adik Saiful.
Selamat berjuang!
Kebenaran pasti ada disepanjang zaman.Cuma manusia yang berhati jahat dan busuk sahaja yang selalu cuba menutup kebenaran dan kelemahan dirinya.
Jangan takut jangan gentar, jika adik benar - Allah pasti bersamamu!
Semoga musuh Allah,musuh rasul dan musuh dalam selimut seluruh umat melayu-islam berjaya ditumbangkan dan dihapuskan terus dari muka bumi ini dari dibiarkan terus menyesatkan dan mengelirukan seluruh manusia!
wassalam.
Salam saudara saiful...kuatkan hati dalam perjuangan ini dan sama2 kita berdoa pd Allah agar kbenaran akan terbukti juga...yakinlah pada pertolongan Allah...
Firman Allah dlm Surah Ar-Rum,Ayat 47
"wa kana haqqan 'alaina nasrul mu'minin"
maksudnya: "dan sememangnya tanggungjawab KAMI menolong orang yang beriman..."
setakat ni first round u dah menang, alhamdullilah, tai chi anwar untuk bawa kes tu balik ke mahkamah seksyen tak di terima oleh hakim dengan keputusan 3 - 0.
kita perolehi kemenangan yang pertama....
SEMUA: Terima kasih saya ucapkan.. Sama2 kita doakan akan KEBENARAN dapat DITEGAKKAN pada 8 Julai ini.
Kepada Allah saya berserah.
Det: Alhamdulillah.. Ada 2 lagi. Pertama, 3 Julai permohonan anwar nak dapatkan bahan bukti asal. Kedua, 8 Julai, permohonan utk mengugurkan kes..
Sama2 kita doakan..
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
salam..
insya Allah..
Allah sentiasa bantu kite..
sabar ye..^^
Bersabarlah Saiful dan adukan gundah gulana mu ke hadrat Allah swt, sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui akan bisikan dan rintihan hati mu itu...
Aku tahu .. seberat mana pun mata ku memandang .. berat lagi bahu mu yang memikulnya ..
Apa pun kami yakin akan kebenaran yang cuba kamu tegakkan, dan kelihatan kepada kami betapa mereka dalam keadaan keluh kesah dan gelisah .. itulah balasan awal ke atas mereka yang membohongi orang mukmin .. Allah mencabut keamanan dan ketenangan dari hati hati mereka!!
Perhatikan sahaja lentok liok mereka, akhirnya kebatilan pasti akan ditumpaskan jua .. InsyaAllah saya tetap bersama kamu walaupun hanya dengan sekadar berdua ..
Patah sayap bertongkat paruh .. perjuangan tetap diteruskan selagi hayat dikandung badan !!!
Salam Saiful,
Best wishes for the upcoming trial. Semoga Allah berada di sisi pihak yang benar. Isnya-allah.
Ismail N
http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/
Post a Comment