Kedutaan Turki, KL: DSAI pernah melarikan diri di sini
konon nyawanya terancam. Harap lakonan ini tidak berulang.
konon nyawanya terancam. Harap lakonan ini tidak berulang.
Terdapat beberapa maklumat yang saya terima mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25hb Jun 2009, 6 hari sebelum perbicaraan utama bermula.
Jika benar maklumat tersebut, saya harap beliau dapat pulang dan hadir pada hari perbicaraan utama kelak. Janganlah ''lari'' mohon perlindungan disana pula. Jika maklumat ini tidak benar, baguslah kalau begitu.
Dalam pada itu, pada hemat saya adalah tidak wajar untuk beliau kali ini mempertikaikan integriti dan ketelusan Mahkamah. Ini kerana, bermula dari hari beliau didakwa, sudah banyak peluang dan kelonggaran yang telah diberi.
Antara peluang dan kelongaran yang telah diberi;
1) Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
4) Perdana Menteri (pada ketika itu Tun Abdullah) sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya. Rujuk penghakiman ini
Selain itu, beliau sendiri baru-baru ini semasa Mahkamah Tinggi memberi kemenangan kepada YB Nizar mengakui dan menyeru rakyat supaya menghormati Mahkamah yang sememangnya telus dan bersama mendaulatkan Undang-Undang.
Jadi, pesanan saya buat DSAI, ''peganglah kata-kata anda itu untuk kes anda kelak''.
Akhir kata, pada 1hb Julai 2009 nanti genaplah 1 tahun saya berada dalam penantian bagi menuntut keadilan. Banyak dugaan dan rintangan yang telah dan akan saya, tunang dan keluarga hadapi lagi dalam menanti hari tersebut untuk tiba. Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar dan reda. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
- 21 hari ke Hari Kebenaran -
Terdahulu:
40 hari lagi tarikhnya.. Mohon bimbingan dan doa
1 Julai tarikhnya.. Alhamdulillah..
Syukur..
Maju Setapak.. Alhamdulillah..
Keadilan untuk Anwar?
Kenyataan Media: Pedengaran Semakan Kehakiman 5 Febuari2009
Penipuan Imam Ramlang Porigi
[Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi tips2 persiapan untuk ke Mahkamah, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , atau diruangan komentar entri ini]
12 comments:
salam sdra,
saya mengkagumi ketabahan sdra, teruskan kekuatan, berbanyak mohon drp allah swt agar ditunjukkan kebenaran biar rakyat tahu siapa sebenarnya manusia bernama anwar ibrahim.....
doa saya mengiringi sdra agar beroleh kemenangan
Saiful,
Saya tidak ada pengalaman ke mahkamah dan saya harap saya tidak memerlukan pengalaman itu. Saya percaya Saiful sendiri tidak pernah terfikir akan berdepan dengan keadaan begini.
Saiful masih muda dan masih jauh perjalanan di hadapan, insya-Allah. Barangkali Allah ingin memberikan suatu ganjaran kepada Saiful lantas diberikan ujian ini.
Allah tidak menguji hambanya melainkan hamba itu mampu melaluinya.
Saya doakan Saiful berjaya.
Salam sdr Saiful,
sedar tak sedar..rupa-rupanya dah semakin hampir hari perbicaraan itu, hanya tinggal 21 hari lagi sewaktu komen ini ditulis.
Seluruh rakyat Malaysia juga menunggu hari perbicaraan itu, diharap Anwar tidak akan membuat hal pada saat akhir.
Kepada sdr Saiful, doa dan harapan dari kami yang inginkan kebenaran selalu mengiringi anda. Walaupun kami tidak mengenali sangat Anwar dari dekat, tapi kami sangat yakin bahawa beliau memang bersalah. Banyak sangat petunjuk tentang hal itu yang kami lihat.
Dalam masa yang semakin mendekat ini, tabahkan selalu hati, kuatkan semangat saudara.., yakinlah bahawa kebenaran akan tetap berpihak juga kepada saudara akhirnya.
Salam Sdr,
Saya secara peribadi sentiasa menyokong dan mendoakan kesejahteraan dan kebenaran akan sentiasa berpihak kepada sdr. Kita juga berharap agar DSAI jangan lagi ingin berlindung dan menyalahkan orang lain semata-mata. Berdoalah! Allah sentiasa akan mendengar, memberikan petunjuk dan melindungi sdr. ~ bERANIKAN hATI
Nampaknya Anwar mcam nak lari pulak kali ini, dan dia nak perbicaraan ni drag sampai entah bila, jadi mudahlah dia nak loloskan diri dari perbicaraan.
Orang yang takutkan bayang-bayang memang macam tu, dia seolah-olah nak satu dunia tengok dia tak salah, tapi sebenarnya dia yang takut nak masuk mahkamah!
Anwar! kalau berani 1 Julai ni ngko masuk lah Mahkamah! Lawan kat Mahkamah, tunjukkan betapa ngko kononnya "berani kerana benar!" ...
AloQStaQ
AloQStaQBlog
salam saiful,
semoga sdr terus tabah dan gagah untuk menegakkan kebenaran.
kebenaran akan terpancar walau cuba dipudarkan dengan seribu cahaya sekali pon...
assalamuaaikum..
aku tak berpihak kpada sesiapa..
tapi kenapa asyik nak jadikan semua ini sebagai bahan untuk memburukkan orang yang kau benci..
rakyat bukan bodoh ko nak kencing..
kekuatan kau tu cuma polemik,retorik, gimik dan double standard yang ko miliki dengan mudah..
kau tak kupas pasal larangan sumpah laknat oleh yusof qardawi kepada anwar..
semua perilaku anwar kau cuba manipulasikan kepada kejahatan..
banyak lagi tau kalau diikutkan..
ko jumpe najib,ko tak melawan anwar liwat, kesahihan laporan hospital pusrawi,gambar dengan ahli politik bn..
dan kau lemparkan bukti yang takde asas pastu nak sumpah sebelum penamaan calon..
majoriti rakyat mempersoalkan ini semua..
tak pernah pun kau sentuh dan kupas dengan lanjut..
apapun ALLAH berpihak pada orang yang benar..
wassalam...
Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan doa. Semoga perbicaraan pada 1 Julai ini berjalan dengan lancar.
Insyaallah, saya akan tetap tabah dalam mengharungi apa jua rintangan yg menanti dihadapan
Arifien: Atas faktor dan persoalan yang saudara kemukakanlah saya selama ini menuntut agar perbicaraan dapat dimulakan. Agar segala segala persoalan difikiran dapat dijawab. Mungkin saudara blh sampaikan pada DSAI supaya jangan ada lagi penangguhan di email peribadinya anwar.ib@gmail.com
Sekian
salam saudara.
semoga kekal tabah dan teruskan perjuangan. jangan didengar kata2 orang yang cuba untuk mematahkan semangat saudara. ingat, orang2 seperti ini kalau saudara teruskan akan dikata macam2, kalau saudara batalkan tindakan ini pun akan dikatanya macam2 pada saudara. semoga tabah selalu.
Assalamualaikum.... Saya berasa kagum kerana saiful begitu kuat mengharungi beban ini. Saya memang menyokong penuh 100% terhadap tindakan saiful. Anwar dah terlalu banyak membohongi rakyat malaysia. Dengan kebenaran yg dibawa oleh saiful saya percaya seluruh rakyat malaysia akan membuka mata, bertapa keji nya org yg bernama DSAI . Sekiranya saiful berjaya menjatuhkan DSAI bermakna saifullah hero kepada agama, bangsa dan negara malaysia yg tercinta ini.... Kuat kan semangat ...lawan tetap lawan... jangan mengaku kalah ... Saiful ada lah hero kepada rakyat malaysia....saiful perlu selamat kan malaysia dari DSAI durjana ini... Allahuakbar!!!!
Salam Saiful kuat kan semangat.
hoi budak tak senonoh...........najb bayar ko braper juta.........?
ayat comment dlm bloc ko ni mcm ko karangkan sendiri jer...........org bodoh je sokong manusia mcm ko ni...........takpayah nak tunjuk baik la....................
Post a Comment