Saturday, June 13, 2009

Menegakkan benang yang basah..


Muka depan akhbar sinar harian hari ini sarat dengan berita mengenai perbicaraan yang bakal berlangsung pada 1 Julai 2009 ini. Pelbagai kenyataan diberi oleh beberapa pihak dan diantaranya adalah anak kepada pihak terduduh YB Nurul Izzah. Hatta, ia membuatkan saya terpanggil untuk menjawab beberapa kenyataan yang pada hemat saya agak menyimpang dan perlu dijawab bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

''Ayah akan menang dalam kes berkenaan sekiranya tidak ada campur tangan pihak lain terutama orang politik'' kata Izzah

Jawapan saya: Sebenarnya, disebab campur tangan politiklah kes ini sering tertangguh dan memberi banyak kelebihan kepada bapanya, bukan kepada saya. Sila lihat petikan penghakiman ini:

''However, this case raises a unique situation where it is evident that any involvement by the AG in this case would seriously undermine public confidence in the administration of criminal justice. That is the compelling and overriding factor that warranted the Prime Minister's promise which this court is prepared to uphold.'' - 7 Nov 2009, SM Komathy Suppiah- (baca disini)

Bukan niat saya mahu mempertikai keputusan Mahkamah ini tetapi bukankah ia jelas menunjukkan ada campur tangan politik? Tetapi, disebabkan ia memberi kelebihan kepada pihak mereka, maka mereka hanya berdiam sahaja.

Tun Abdullah yang pada ketika itu Perdana Menteri memberi secukup-cukupnya ruang dan keadilan pada mereka tetapi malangnya mereka masih tidak bersyukur.

“Bagaimana hebat pun kita sediakan pembelaan tapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka ada risiko tetap berada di situ,” katanya lagi.

Jawapan saya: Bukankah sistem kehakiman yang kononnya ''pincang'' inilah yang telah membebaskan bapanya pada tahun 2004? Ke semua hakim bersetuju bahawa kejadian liwat memang berlaku, tetapi bapanya diberi kemenangan atas faktor teknikal. Sila rujuk disini

Jika mahkamah tidak adil, mengapa bapanya menerima kelebihan-kelebihan ini?:

1)Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
4) Perdana Menteri (pada ketika itu Tun Abdullah) sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya. Rujuk penghakiman ini



TERBARU, Mahkamah menerima permohonan untuk mendengar permohonan dari pasukan peguambelanya pada 22 Jun ini bagi mendapatkan keterangan-keterangan saksi dan bukti-bukti asal sebelum perbicaraan bermula.

Walhal menurut maklumat yang saya terima segala dokumen yang sepatutnya telah pun diserahkan 6 Bulan lepas, malah ada diantaranya yang jarang sekali diberi kepada pihak tertuduh. Maaf kata, jika tertuduh itu ''orang biasa'', jangan mimpi pihak DPP dan Polis akan melayan permintaan-permintaan yang keterlaluan mereka itu.

Apakah jaminan jika bukti asal diberi ia tidak akan diubah/dirosakkan? Belum pernah dalam mana-mana perbicaraan pihak pendakwaan menyerahkan BUKTI ASAL dan keterangan-keterangan saksi sebelum hari perbicaraan dimulakan tetapi menurut definisi ''KEADILAN'' pihak mereka, ia perlu diberi.

Berikut saya paparkan kenyataan YB Izzah semasa sidang media sehari selepas saya membuat laporan polis.



Transkrip video sidang media di atas(klik disini jika tidak dapat melihat):

Wartawan: Datin Seri, anda tahu secara sah dimana suami anda berada pada ketika itu(petang, 26 Jun 08)?

Datin Seri: Dia ada mesyuarat.. errrrr

Izzah(mencelah)
: Dia bersama kami. Sila tanya soalan lain.


Persoalan saya: Adakah benar DSAI bersama keluarga pada ketika itu YB Izzah? Sama-samalah kita nantikan kebenarannya di Mahkamah pada 1 Julai 2009 ini.

Akhir kalam, bukan niat saya untuk berbalah dengan YB Izzah, tetapi saya menjawab hanya dengan niat untuk mempertahankan kebenaran. Sebagai anak kepada bekas majikan saya dan juga bekas ''senior'' saya di universiti, saya amat menghormati beliau. Sebagai anak kepada tertuduh juga, saya tidak menafikan hak beliau untuk mempertahankan bapanya, namun janganlah sampai sanggup berdusta dan memfitnah sesiapa sahaja sehingga ia boleh mengelirukan orang ramai.

Kepada YB Izzah: ''Mahkamah adalah tempat seadil-adilnya bagi menyelesaikan perkara ini. Jika bapa anda dipihak yang benar, tiada apa yang perlu ditakutkan, kerana kebenaran tetap kebenaran. Nasihatkan bapa supaya tidak melengahkan perbicaraan ini lagi dan hadir pada 1 Julai. Saya juga mengalukan-alukan YB Izzah hadir semasa saya memberi keterangan bagi YB melihat sendiri kebenaran''


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan:

“Brader Anwar II ” Will Be Playing Soon by Syed Akhbar Ali
Keadilan untuk Anwar?
1 Julai tarikhnya.. Alhamdulillah..
Syukur..
Maju Setapak.. Alhamdulillah..
Kenyataan Media: Pedengaran Semakan Kehakiman 5 Febuari2009
Penipuan Imam Ramlang Porigi

27 comments:

GOMO AL KANTOI said...

SALAM BRO...
MANTAP...
HA HA HA....
NAK KALIH MANA LAGI ANAK BERANAK NI???
ADOI....

GUA COPY BUAT SANTAPAN RAKYAT JELATA....

NipsNips said...

anwar nak minta bukti sebelum 22 Jun?..eh..kan 25 Jun kononnya nak terbang pi amarika?...eh..anwar nak mintak CIA 'tamper' segala bukti-bukti tu ke?..hehehe...macam cerita prison break pulak drama anwar al-juburi ni..

kes macam ni banyak dah terjadi, bukti2 diubah, etc. amarika kawan anwar ni kan hebat teknologinya...apa nak hairan..

jaga-jaga sepol..nanti dia fitnah kau macam-macam lagi..

Frodo Baggins said...

Saiful .... ni mmg kes, bapak borek anak rintik!!!! lahanat giler!!!! boleh plak kuar stament gampang camni!!!!

Xper ... kalau dia nak demo bagai ... kami pon boleh demo jugak!!! rasakanlah penangan anak muda Malaysia yg tau bersyukur!!!


Sabar bro ... doa banyak2. Insyaallah!!! we with u!!!

AnTi AljUbuRi said...

Assalamualaikum ..

Semoga saudara sentiasa dalam sejahteraan dan pemiliharaan Allah.

Saya berharap semoga Saiful tidak perlu menjawab sebarang provokasi, kerana dikhuatiri anda akan disalahertikan, bahkan kepandaian puak itu memutarbelitkan kenyataan, mungkin akan membawa anda kepada polimik yang tidak berkaitan, tidak berkesudahan dan remeh temeh hingga tersasar dari matlamat asal dalam perjuangan anda yang lebih besar!

Anda harus membebaskan diri dari bertelagah dengan kuncu kuncunya yang 'pekak badak' akibat dari ketaksuban mereka yang melampau.

Ambillah rehat yang tenang setelah melakukan penantian yang panjang, semoga anda segar bertenaga untuk bertarung dengan kebatilan yang akan dilemparkan oleh al juburi.

Perbanyakkan istighfar dan sentiasa memohon kepada Allah supaya membantu anda menegakkan kebenaran supaya kebatilan mereka tersungkur dan tersembam dalam kehinaan!!

Mintalah nasihat dan pandangan mereka yang pakar dalam apa jua keadaan dan pastikan anda sedia mendengar dan menerima nasihat mereka yang lebih tua dan berpengalaman dengan sepak terajang al juburi.

Saya pasti akan menunggu anda di Mahkamah, InsyaAllah!

PARPUKARI said...

INI PETANDA YANG NURUL IZZAH TAHU BAPAK DIA MEMANG BERSALAH BRO, SEKARANG DIA NAK MAIN PSYCHO LA, LIKE FATHER LIKE DAUGHTER!

STAY STRONG BRO SAIFUL, WE WILL ALWAYS SUPPORT YOU BRO!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/kerajaan-perpaduan-penyokong-pas-lebih.html

Saiful Bukhari said...

Nips: Insyallah, sy yakin dengan sistem kehakiman kita. Bukti asal tidak akan diberi sebelum perbicaraan bermula. Mana2 undang2 didunia pon sama.

Hobbit: Terima kasih saudara diatas kata2 semangat anda. Insyaallah, kebenaran tetap kebenaran.

Anti: Terima kasih diatas nasihat dan saranan saudara. Akan saya jadikan iktibar.

Jumpa di Mahkamah! Insyaallah

Parpu: Thanks bro!

Truth prevails said...

Dulu Anwar kata "tiada kes" tapi bukan saje dia menyediakan beberapa peguambelanya malah sekarang mau kona baring untuk mintak bukti2 asal dan jika tidak minta mahkamah samada tangguh atau gantung terus pertuduhan ini~~~aduyaiii nampak sangat siputar alam nih dah menggelabah buntot!!

As you said,berani kerana benar dan takut kerana salah....utk YB Izzah, juga bukankah begitu? Come first July, bring it on!!!

Kita mendoakan agar saudara tabah dan insyaAllah jika saudara dipihak yang benar, Allah akan tunjukkan nya.Amen3x.

hilbert said...

Salam sdr Saiful,

Bagaimana Noorool Izzah tahu yang dia punya papa akan menang dalam perbicaraan tu nanti. Tak masuk akal sekali. Boleh juga dia menilik keputusan para hakim tu nanti ye... jadi "nujum anak belalang" lah Nurul Izzah kelak.

Macamana keputusan hakim tu dah diketahui awal oleh Izzah. Sapa yang membocorkannya..??

Tu lah kata orang...kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Kalau nak jadi wakil rakyat tu..apalagi peringkat Parlimen macam Izzah tu..kenalah betul-betul matang dulu..jangan nak jadi wakil rakyat main terjun saja, macam "bidan terjun", dapatkan ilmu sebanyak mungkin, belajar memberi kenyataan dengan berhati-hati,

Izzah jangan lah anda memperlekehkan keluhuran undang-undang negara. Jangan anda mendahului keputusan hakim. Biar sekuat manapun keyakinan Izzah bahawa Anwar akan menang, dia tidak boleh membuat kenyataan seumpama itu..., itu dah termasuk dalam kes menghina mahkamah dah tu..

Mahkamah harus dihormati. Tunggu saja keputusan yang dibuat setelah perbicaraan selesai. Jadi dia hanya perlu minta Anwar hadir saja di Mahkamah pada 1 Julai nanti.Buktikan kat sana kalau betul-betul Anwar tidak bersalah. Apa nak ditakutkan.

Pasal campur tangan politik yang didakwa oleh Izzah itu, ianya agak kurang jelas. Pihak BN ke atau Pakatan Pembangkang yang beliau maksudkan. Kalau Izzah tuduh pihak BN, dia memang silap...BN tidak akan berbuat demikian. BN sentiasa patuh kepada peraturan serta undang-undang negara walaupun BN yang berkuasa di Negara ini..kerana BN sentiasa sedar bahawa BN pun tertakluk kepada kepada undang-undang yang sedia ada.

Jika campurtangan dari pihak Pembangkang itu, saya rasa mungkin adalah...sebab YB-YB dari PKR serta DAP yang akan menjadi peguambela Anwar kelak..tak tahu berapa orang tapi tetap ada. Dalam PKR dan DAP kan banyak lawyer-loyar buruk.

Nurul Izzah juga perlu sedar bahawa orang yang menggubal undang-undang di Parlimen adalah semua ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik yang mereka bawa termasuk Izzah juga. Apabila ianya telah diluluskan untuk digunapakai dimahkamah, maka ianya macam sekaranglah...semua orang akan melalui jika melanggar undang-undang yang telah dipersetujui bersama.

Sebaiknya sekarang Izzah serahkan saja kepada mahkamah untuk menentukan kedudukan kes ini, jangan membuat penghakiman sendiri, lebih-lebih lagi dengan keadaan beliau yang sekarang adalah seorang wakil rakyat atau ahli Parlimen Lembah Pantai dan dia bukannya rakyat biasa lagi..jadi tumpukan saja masa anda dikawasan anda..berikan perkhidmatan yang terbaik sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat sewaktu PRU12 dulu...

Akhir sekali, diharap segala bukti-bukti yang diminta oleh Anwar itu, hendaklah JANGAN dilayan. PKR mempunyai banyak ahli yang pakar dalam soal edit mengedit.,ubah mengubah. Diharap pihak Mahkamah tidak akan tunduk kepada kemahuan Anwar serta konco-konco beliau. Banyak sangat dah "kelonggaran" diberikan kepada Anwar sejak dari kes ini bermula. Jadi Mahkamah kena adillah juga kepada pihak lain terutamanya kepada sdr Saiful.

Belum pernah dalam sejarah perundangan di Negara kita, suspek kepada sesuatu kes telah mendapat layanan yang sebegitu istimewa sekali sebagaimana yang diberikan Mahkamah kepada Anwar. Jadi Mahkamah kena adil kena semua orang. Bukan Anwar seorang saja yang jadi rakyat Malaysia.

Salam dan Terima Kasih...

Saiful Bukhari said...

Adam: Berani kerana benar, takut kerana salah. Akibat terlalu byk penipuan dan melatah, akhirnya ia memakan diri. Moga rakyat dapat menilai.

Insyaallah saya akan terus tabah. Doa2kan semoga tiada lagi penangguhan tarikh perbicaraan.

Hillbert: Setuju dengan saudara. Undang2 dan Mahkamah hanya dicop ADIL jika berpihak kepada mereka. Segala kelebihan yang Mahkamah telah beri dinafikan begitu sahaja demi utk meraih simpati.

Sedangkan Paduka Seri Sultan Azlan Shah yg juga bekas KETUA HAKIM NEGARA blh dituduh tidak adil, apakan lagi Hakim Mahkamah Tinggi yg biasa.

Barangkali jika KEADILAN memerintah, kes2 diMahkamah akan cepat diselesaikan kerana melalui fahaman/ideologi mereka, keputusan blh dibuat sebelum perbicaraan bermula.

22hb June ni, hakim akan menetapkan samaada permohonan yg tidak masuk akal beliau itu diterima atau tidak. Semoga Hakim akan memberi keputusan yang adil bagi kedua-dua belah pihak.

Namun, perlu sy tegaskan, belum ada mana2 perbicaraan/mahkamah didunia membenarkan pihak pendakwa menyerahkan segala BUKTI ASAL kepada pihak tertuduh SEBELUM PERBICARAAN BERMULA, melainkan bukti salinan, mungkin.

Kerana kalau begitu, 90% pesalah akan terlepas kerana bukti2 yg akan dikemukan blh dihapuskan sebelum hari perbicaraan.

Semoga Yang Arif Tuan Hakim bijak membuat penghakimannya. Saya akan terima seadanya.

WARIS PAHANG said...

hai saiful, jgn layan sgt Anwar tu. Ada ke patut dia mahu homework awak sblm berjumpa di mahkamah.

Anwar dan anak beranak nya semakin gelabah.

Jangan lupa pada 22 jun ini Saiful minta mahkamah tahan pasport Anwar supaya dia tidak melarikan diri.

Saya Berdoa Supaya Kemenangan Berpihak Kepada Saiful.

Baca lagi di blog saya : http://warisanpahang.blogspot.com

Shah said...

Berharap mangsa seperti Meor liwat DSAI bersatu dan berani ke hadapan membuat laporan polis keatas kezaliman DSAI seperti Saiful Tahniah Saiful keatas keberanian anda. Allah bersama orang yang beriman dan benar.

harmdone7 said...

Setuju dengan Anti... saudara harus jangan mudah diprovoke. Simpan semuanya untuk di mahkamah kelak.

Salam berjuang!!!

Rock Oi! said...

hei budak kecik nih

kadiology said...

hehe nurulizzah kata kalau takde campur tangan politik, ayah dia akan menang. hehehe. tapi dia sendiri pon CAKAP POLITIK jugak. so, kesimpulan yang dia nak buat ialah, kalau ayah dia kalah, maka ada campur tangan politik ke dan bukan sebab ayah dia memang betul2 meliwat?

ini satu lagi taktik preemptive oleh pihak anuwar untuk meletakkan mindset di dalam kepala otak rakyat bahawa anuwar tu suci murni dan tak meliwat dan jika beliau di dapati bersalah, ianya satu campur tangan politik.

taktik ni dah lama dah depa guna.

takpe saiful, kita lawan pengkhianat ni semua!

Unknown said...

insyaallah, kemenangan pasti akan berada di pihak yang benar. bersabarlah! segala topeng akan terbuka...
yang penting banyak2 berdoa dn bersabar dan tetap pendirian dalam menghadapi si tua licik ini.

Anonymous said...

bang saiful jangan risau sepanjang perbicaraan nanti ada 40 orang yang anti pada si dajal anwar akan berada di makahmah...kami akan pastikan bang saiful tidak di apa apakan

setakat bodyguard izzah bt juburi tu
kami tidak gentar!!!

nabi tidak mengaku umat kepada sesiapa yang meliwat!!!
takbir!!!
moga allah memeberkatimu mohd saiful bukhari azlan...

Redz da Tsar said...

Salam ALaik...

Apa-apa pun, kita tunggu je kes mahkamah... Jangan nak buat kenyataan apa-apa... Jangan jadi macam set diorang tue... Kalau ko yang benar, baguslah... kalau Anwar yang menang, pun bagus... Tapi yang paling bagus sekali pengadilan Allah di akhirat... Sesiapa yang bersalah memang takkan terlepas dari azab Allah... Sedang yang kecil pon akan dihukum, apatah lagi hal yang besar seperti liwat atau fitnah-memfitnah... Apa yang aku dapat teka, kalauAnwar menang: dia akan kata, "Mahkamah tak adil".. kalau ko yang menang, "kebenaran sudah terbukti... haha

Tunggu la akhirat tengok sapa menang sapa kalah... Mahkamah tue dunia ke... Kalau terlepas dunia, akhirat memang lagi parah le kena...

Hurm, kepada kedua-dua pihak, aku harap korang fikir memolek... Aku tak tau sapa salah sapa benar.. Cuma aku harap kebenaran (aku taknak guna keadilan) menjelma..

Dalam kes nie, komfem ada yang bersalah... Kalau mereka terlepas di dunia, rasalah di akhirat... Kalau bersalah kat dunia atau mengaku berslah kat dunia dan menerima hukuman, maka insya Allah kat akhirat mereka selamat... insya Allah...

Dalam kes nie, dua maruah terlibat, maruah ko dengan maruah Anwar... Sapa yang betul aku tak tau sebab aku tak da malaikat... AKu bukan ahli nujum macam Izzah atau pemberi komen ko nie yang tau sapa bersalah atau tak...

Apa-apa pun, yang hak pasti dijunjung, yang batil akan jatuh... Aku nak ucap selamat berjaya kepada ko... Nak ucap good luck tak bagus sebab 'Luck' maksudnya nasib, takkan ko nak menang guna nasib je kot...

Anyway, sebenarnya saja nak berkenalan dengan ko... lagi satu, enable kan aje komen aku nie.. Takde apa-apa pun yang lari dari asas agama atau memalukan ko...

Cheguman said...

Setuju dengan Redzda. Pasti ada yang bersalah. Orang yang tahu dirinya bersalah akan rasa takut. Nak tahu takut atau tidak, lihat cara dia beri alasan. Apatah lagi jika dia cuba mengelak apabila disuruh melakukan sesuatu seperti... bersumpah!

PAPA GOMO said...

ANWAR JUBURI MEMINTA RAKAMAN,BUKTI DNA,NAMA SAKSI YANG ASAL UNTUK APA??? LAYAKKAH SEORANG TERTUDUH DI BERI SEGALA SENARAI SAKSI??? http://www.gomounited.com/2009/06/rakaman-cctvdnaketerangan-112-saksi.html

AntiHero said...

SAUDARA SAIFUL DORG ANAK BERANAK TU MMG PERANGAI CAMTU SEMUA JER DORG YG BETUL ORG LAIN SALAH APA2 HAL PUN SAYA MENYOKONG PERJUANGAN SAUDAR SAIFUL MENUNTUK KEADILAN
SEMOGA ALLAH BEERSAMA ORANG2 YG SABAR
MINTA IZIN LINK KAN BLOG SAUDARA DAN KOMEN MR HILLBER KE BLOG SAYA
WWW.ANTIHERO2009.BLOGSPOT.COM KOMEN HILLBERT AGAK MENARIK UNTUK TONTONAN UMUM

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Salam,

Jangan risau saudara Saiful, banyak yang menyokong dibelakang perjuangan saudara untuk menyatakan kebenaran. Kita akan tentang AnWAR habis2an dengan bukti yang ada. Kita pun dah kenal benar dengan perangai AnWAR yang suka memutar belit fakta untuk melepaskan dirinya.

Pasal Puan Nurul Izzah tu bukan apa, takut sangat dicop sebagai ANAK SEORANG PELIWAT...

Harap selepas perbicaraan ini biarlah keturunan AnWAR ini tak berada di Malaysia kita ni lagi. Hanya suka mencari simpati untuk seorang insan yang suka juburi.

missyfaie said...

apa2 bukti, senarai saksi etc mmg perlu diserahkan oleh pihak pendakwaan kpd OKT b4 the trial starts. It is stated in s.50(1)(b) of the Malaysian Evidence Act. Take note bout that..it's the recent legal amendment made (tp xlar bru sgt).

May refer PP v Awaluddin & Ratnarasa v PP cases as well.

well maybe we dun hear bout it often happened in court..b'coz it happened in common case not some high profile case.they din publish it in the newspaper.

Dun get me wrong..dis is juz some tips so dat u'l nvr get attacked back.

Well best man might win the case..but the truth as u said wil be revealed in akhirat.

Saiful Bukhari said...

Fai: Terima kasih diatas makluman saudara.Sy sudah dimaklumkan oleh peguam mengenai s.50(1)(b)pindaan. Namun menurut peguam, Bukti2 yang boleh diserahkan kepada pasukan pembelaan hanyalah spt laporan2 atau SALINAN BUKTI, yg mana kesemua yg berikut telah pun diserahkan kepada peguam tertuduh 6 Bulan yang lalu.

Namun yg menjadi isu skrg adalah pihak peguam beliau memohon utk mendapatkan bukti2 ASAL/ORIGINAL sblm perbicaraan yg ternyata tiada dlm mana2 undang2. Peguam2 beliau juga cuba mengelirukan/menipu rakyat seolah2 mereka tidak mendapat apa2, walhal lebih dari apa yg diperuntukkan oleh Undang2.

Harap maklum

Saiful Bukhari said...

Fai: Terima kasih diatas makluman saudara.Sy sudah dimaklumkan oleh peguam mengenai s.50(1)(b)pindaan. Namun menurut peguam, Bukti2 yang boleh diserahkan kepada pasukan pembelaan hanyalah spt laporan2 atau SALINAN BUKTI, yg mana kesemua yg berikut telah pun diserahkan kepada peguam tertuduh 6 Bulan yang lalu.

Namun yg menjadi isu skrg adalah pihak peguam beliau memohon utk mendapatkan bukti2 ASAL/ORIGINAL sblm perbicaraan yg ternyata tiada dlm mana2 undang2. Peguam2 beliau juga cuba mengelirukan/menipu rakyat seolah2 mereka tidak mendapat apa2, walhal lebih dari apa yg diperuntukkan oleh Undang2.

Harap maklum

kamal said...

aku pun pening dengan kes korang nih.. apepun yang betul tetap betul n yg salah tetap salah.. sakit tak kene liwat dek anwar tu?huhu

hans the chaoz said...

sy sokong bang saiful...
moga allah memberkati doa bang saiful...
amin

akumanusiabiasa said...

assalammualaikum saiful,maaf saya katakan disini tergerak hati saya untuk mengatakan yang agak ramai orang yang menyokong kamu "didalam" blog kamu ini tahniah atas sokong rakyat2 yang 100% sukakan kamu tapi sebenarnya diluar blog ini terlalu ramai pula yang menyokong anuar ibrahim kenapa jadi begini saiful???jika kamu benar mesti ramai rakyat malaysia sokong kamu tidak kira didalam atau diluar blog kamu tetapi begini pula yang jadi.sedih saya melihat bangsa saya(melayu) menghina DSAI siapa kalian untuk menghina dia!!!!maafkan saya saiful jika apa yang saya taipkan di blog kamu ini.....apa yang saya ingin katakan sekarang kita berdua lihat saiful siapa yang benar dan siapa yang salah nanti ye!!!!ingat saiful Yang Maha Esa melihat segala rahsia didunia ini!!!sedih2.....saya sedih dengan apa yang berlaku, saiful jika kamu rasa apa yang kamu lakukan ini benar kamu kan menang di makamah jika tidak mintak maaf dengan DSAI.....ye!-AKuManusiaBiasa maafkan kata2ku kan cuba dan teruskan perjuangan Apa yg benar kerana tidak mahu sia - siakan ia......jgn gentar jangan takut benang basah akan kering jua dengan cahaya mentari terus juang maafkan aku saiful kerana bukan pengikutmu...kau menang tidak ku sanjung kau kalah jua begitu.....mafkan atas apa yang tertaip disini!!!!salam pertemuan tiada bersua.......terus dengan apa yang ingin hatimu impikan tapi ingat ingatkan sesuatu.........salam