Sunday, March 8, 2009

Terima kasih ''Awang Selamat'' - II


Keadilan untuk Anwar? - Awang Selamat, Mingguan Malaysia, 8hb Mac 2009

Siapa kata mahkamah di negara ini akan membuat keputusan yang tidak memihak kepada pembangkang?

Awang lontarkan pertanyaan ini kerana isu inilah yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat terutama menjelang perbicaraan sebenar kes tuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan isu kemelut Dewan Undangan Negeri Perak sekarang.

Jika dibuat kajian, banyak kes ternyata berakhir dengan mahkamah membuat keputusan menyebelahi pemimpin pembangkang. Antaranya ialah kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan 2004, kes penulis blog, Raja Petra, petisyen-petisyen pilihan raya, kes saman Mahfuz terhadap Utusan dan banyak lagi. Malah UMNO sendiri pernah diharamkan atas keputusan mahkamah.

Awang tidak terkejut dengan sentimen yang dimainkan kerana ia bukan baru. Itulah strategi pembangkang, yang sangat difahami majoriti rakyat negara ini. Keadilan hanya untuk pembangkang. Jika apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka maka ia akan dituduh sebagai konspirasi, kezaliman dan kejahatan.

Begitu juga dalam kes Anwar dan Saiful. Daripada awal lagi, pembangkang mengambil strategi pre-emtif seolah-olah Anwar tidak bersalah sedangkan perbicaraan belum bermula. Sekali lagi, isu yang dimainkan ialah keadilan untuk Anwar. Bagaimana pula keadilan untuk rakyat kecil seperti Saiful?

Sebab itu, Awang tidak faham mengapa ada pihak yang gundah dan mahu melengah-lengahkan perbicaraan kes tersebut sedangkan Anwar telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos tahun lalu - tempoh yang lama.

Lagi lama kes itu tertangguh kepada isu-isu yang berlegar kepada soal semakan permohonan dan bantahan, selagi itulah ia juga menafikan keadilan untuk pengadu kes ini iaitu Saiful.

Harapan Awang dan rakyat, janganlah ada mana-mana pihak gentar dengan proses keadilan di mahkamah negara ini termasuk bagi kes Anwar - Saiful. Sebenarnya ini adalah kesempatan terbaik kepada Anwar untuk mempertahankan diri dan membersihkan tuduhan terbaru yang dihadapinya. Setelah dipersoalkan oleh banyak pihak kerana tidak berani melakukan sumpah laknat atau muhabalah sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful, Anwar boleh tampil dengan berani dan menyakinkan di mahkamah bagi membuktikan dia di pihak yang benar.

Kepada Saiful, Awang harap beliau dapat terus bersabar melalui ujian yang amat berat ini. Terbaru, ada laman blog pembangkang yang mendakwa dia tenat akibat sumpah laknat yang dilafazkannya di dalam masjid, tahun lalu.

Sebaliknya beliau kelihatan sihat, cergas dan tenang ketika muncul di balai polis untuk membuat laporan mengenai fitnah yang dilemparkan menerusi laman blog itu, baru- baru ini. Fitnah sebegini pernah dihadapi oleh beberapa tokoh seperti bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan juga Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Musa Hassan.

Adalah menyedihkan fitnah ini menimpa mereka yang cuma menjalankan tugas, tanggungjawab dan mahu menegakkan kebenaran. Golongan pencipta dan penyebar fitnah ini lupa bahawa akhirnya Allah yang menentukan segala-galanya.

Awang masih ingat bagaimana suatu ketika dahulu ramai termasuk ulama pembangkang melakukan sembahyang hajat selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan dipenjarakan kerana kesalahan liwat. Malah ada pemimpin pembangkang yang mengaitkan sembahyang hajat itu untuk tujuan pembalasan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang diramalkan akan menerima akibatnya dalam masa terdekat. Dengan izin Allah, Tun Mahathir bukan sahaja melalui hidup yang lebih tenang, sejahtera malah terus disegani termasuk di peringkat antarabangsa. Apa maknanya? Awang tidak mahu dan tidak layak untuk menafsir panjang. Tetapi seperti kata Saiful dalam laman blognya, yang hak pasti berdiri dan yang batil pasti jatuh.


BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


-----------------------------------------------------------------


Kepada Awang Selamat,

Sekali lagi Rakyat Kecil ini dan keluarga ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Awang Selamat.. Saya dan keluarga amat terharu kerana keikhlasan saudara Awang yang selama ini sering membela nasib saya sekeluarga dengan penulisan diruangan rencana akhbar ini.

Sesungguhnya, ia telah membakar semangat dan menambah kekuatan pada diri saya dalam mengharungi liku-liku yang semakin mencabar ini. Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa saudara Awang. =)

Mengenai fitnah, ternyata mereka tidak belajar dari kesilapan lampau. Mungkin tidak takut pada Tuhan agaknya. Akhirnya ia memakan diri sendiri.

Walau apapun yang terjadi, saya yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Jadi saya tetap akan bersabar kerana saya percaya Allah s.w.t itu tidak zalim dan akan bersama-sama orang yang sabar dan yang ditindas.

Mereka (pihak2 yang menindas saya) perlu sedar bahawa ''Kuasa manusia'' tidak akan dapat mengatasi Kuasa Maha Pencipta. Sebagai hambanya yang 'daif', saya hanya mampu berserah kepada-Nya.

Firman Allah s.w.t;

''Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' (Surah Al-Anfal: 46)


Firman Allah s.w.t;

'' Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. '' (Surah An-Nisaa: 135)


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti Jatuh!

Ikhlas,

SAIFUL BUKHARI AZLAN


Terima kasih ''Awang Selamat''..
Syukur..
Kenyataan Media: Pendengaran Semakan Kehakiman
7 Days To Go, Let's Recap..
Akuan Bersumpah Di Julang, Sumpah Laknat Dihina..


10 comments:

kadiology said...

kadang2 kita di tunjukkan KEBENARAN.

dalam isu ni jelas anuwar begitu galak nak melengah lengahkan perbicaraan. sudahlah takut nak bersumpah laknat. takpe la tu. tapi perboicaraan di mahkamah pon mahu di lewat lewatkan.

KENAPA YA? apa yang di takutkan sangat? kalau aku la tertuduh yang melakukan jenayah dan aku tahu aku tak salah, sudah tentu aku nak perbicaraan di lakukan serta merta.

tapi lain dengan anuwar, dia melengah lengahkan perbicaraan sebanyak mana mungkin. akhirnya dia tersepit jugak

penyokong anuwar takkan tak nampak benda ni?

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
HUA..HUA..
YANG PASTI ANWAR SEDANG KEPANASAN SEKARANG INI.
HARAP BERSABAR..
ANWAR AKAN MENDAPAT PEMBALASANNYA.

SALAM....

MOHD FUAD YAHAYA said...

Sesungguhnya KEBENARAN itu PASTI mengunjung tiba kepada Golongan Yang Banyak BERSABAR...

Tai said...

Teruskan perjuangan. Jangan mengalah.

Saiful Bukhari said...

Kepada Saudara Kardiologi,

Dengan izin Allah swt sahaja seseorang itu dapat melihat atau menerima sesuatu kebenaran..

Yang penting, kita jangan putus asa dalam menegakkannya dengan penuh hikmah, bijaksana kemudian berserah kepada-Nya

Kepada GOMO, Mohd Fuad, dan SS

Insyallah.. Saya tidak akan mengalah dan Saya tidak akan menghampakan sesiapa.. Terima kasih diatas sokongan dan nasihat anda.. =)

Murai Eijal said...

Saudara,

Rata-rata penduduk Malaysia adalah adil dan bijaksana dalam pertimbangan kes saudara.

Pastikan bukti-bukti kukuh dalam menumbangkan manusia berkepala syaitan ini.

Jangan kita gagal lagi dalam menunjukkan Syaitan ini terus menipu rakyat.

Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar.

Insyaallah.

PARPUKARI said...

YA BRO SAIFUL, NAIL THIS HARAMI...ONCE AND FOR ALL..

BE STRONG BRO!

http://parpukari.blogspot.com/2009/03/yb-fairus-tkm-1-pp-akan-meninggalakan.html

wafiq said...

BETUL KE BLOG NI BUKAN SAIFUL YG TULIS????

Saiful Bukhari said...

kazirone: siapa lagi?

Anonymous said...

kepada sdare saiful,bagi saya anda adalah seekor musang yang dapat RM5juta trus sanggup brsumpah laknat