Monday, April 20, 2009

Harapkan pagar, pagar makan padi..



(Klik disini jika tidak dapat menonton)

Video diatas merupakan rakaman yang ''tidak disengajakan'' ketika saya ingin mengambil gambar mereka berdua menerusi telefon bimbit kepunyaan bapa saya. Video ini diambil di rumah DSAI di Segambut, sebelum berlepas ke Ceramah Harga Minyak Naik DSAI di AU2, Keramat pada 8/6/2008.

Ini adalah pertemuan pertama bapa bersama DSAI. Ternyata bapa cukup gembira. Impian bapa yang selama ini menjadi peyokong kepada DSAI dari tahun 1998 untuk bertemu DSAI telah saya realisasikan pada hari tersebut.

Di kesempatan itu juga, bapa mengucapkan ribuan terima kasih kepada DSAI kerana memberikan saya peluang untuk bekerja bersama beliau. Malangnya, kegembiraan dan rasa bangga bapa terhadap anaknya itu tidak bertahan lama dan musnah akibat perbuatan terkutuk yang telah DSAI lakukan kepada anaknya sendiri.

Kata bapa, ''Harapkan pagar, pagar makan padi''


Akan bersambung...


Hari Kebenaran, 71 hari lagi..

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon anda semua berdoa agar perbicaraan pada 1hb Julai 2009 ini akan dijalankan tanpa ada sebarang halangan. Berat hati saya merasakan bahawa beliau sekarang ini masih lagi berusaha untuk melengahkan perbicaraan, mencetus sesuatu 'perkara besar' bagi mengalih perhatian atau seboleh-bolehnya cuba membatalkan perbicaraan ini.

Selain daripada itu, perlu diingat bahawa beberapa hari selepas Hakim Mahkamah Tinggi menolak keputusan Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah dan menetapkan tarikh perbicaraan, peguam beliau telah memfailkan permohanan rayuan terhadap penghakiman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Sama ada permohonan diterima atau tidak, diharap sebarang keputusan yang bakal dibuat tidak akan menjejaskan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan. 1hb Julai 2009 ini, genaplah setahun saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga bersabar, janganlah ditambah lagi keperitan kami rakyat kecil ini.

Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar. Setiap yang berlaku itu juga ada hikmahnya. Jikalau ditakdirkan bahawa saya tidak sempat berada didunia ini untuk memberi keterangan, di MASYHAR kelak pasti akan dibicarakan jua.

Saya hanya seorang hamba yang hanya mahu menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh NYA, lebih pada itu saya berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.


Firman Allah s.w.t;

''Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' (Surah Al-Anfal: 46)


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!


SAIFUL BUKHARI



Pautan:

Video 26 Jun?
Imam Ramlang Porigi
Ayah Tok
1 Julai 2009 tarikhnya.. Alhamdulillah

21 comments:

Unknown said...

Saudara Saiful bercakap seolah-olah saudara seorang budak kecil yang tak punya apa-apa daya mahupun kebijaksanaan untuk menolak apa yang dikatakan perbuatan terkutuk DSAI terhadap saudara. Maaf cakap, apakah saudara menghulur saja bila disuruh?

Ini bukan kes terpaksa makan makanan yang tak sedap sebab nak jaga hati tukang masak. Ini kes diliwat dan tentunya bukan satu perkara yang mudah dilaksanakan. Kalau nak jaga hati tukang masak, masih boleh digagahi menelan makanan tak sedap. Tapi bila menghadapi desakan ataupun permintaan liwat, tentu saudara yang jauh lebih muda dan kuat tubuh badan dari DSAI boleh menewaskannya dengan sekali pelesing saja.

Andaikan kes liwat itu benar berlaku, kenapa saudara tidak melawan? Adakah kerana suka sama suka?

Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya tidak memandang serong kepada sesiapapun. Cumanya saya hairan kerana saudara bukan kanak-kanak dan tidak timbul harapkan pagar, pagar makan padi.

Aku said...

salam alaikum saudara saiful,

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. tabah dan terus bersabar serta bertawakkal kepada Allah dalam menegakkan kebenaran . malangnya saya melihat orang orang itu hanya mentafsirkan keadilan bagi ketua mereka sahaja tetapi bagi saiful , sudah dirasmikan sebagai penipu dan pemfitnah. saya di serang oleh orang orang ini di blog saya kerana cuba menganalisa perkara yang terjadi dan berlaku adil kepada saudara saiful.Tetapi mereka ini menyerang saya dengan mengatakan bahawa ' keputusan mahkamah belum keluar, saya dah pandai nak menuduh anwar sebagai peliwat'

Lihat lah orang yang mengaku memperjuangkan agama tetapi tidak memberi ruang sedikit pun kepada saudara Islam yang lain untuk mendapatkan kebenaran. bagi mereka hanya yang sekapal dengan pemahaman mereka perlu diberi tempat. jikalau tidak sekapal, buang saja ke tengah laut biar di makan 'jaws',

Berabar lah ye saudara saiful.Allah sentiaa akan bersama2 saudara dan keluarga. tambah tambah lagi jikalau saudara berusaha untuk mendekatkan diri denganNya dan jalan yang diredhoi=)

Semoga Allah merahmati saudara dan keluarga Ameen.

Life2110 said...

Saiful dah jadi transformer.
Dari seorang penjamu selera gadis berambut perang kepada seorang yang berkata-kata mengunakan ayat-ayat suci.
Trasform dari seorang bodoh kepada seorang idiot.
Apa perkembangan sekarang, dah dapat biasiswa menggunakan duit rakyat.
Rakyat bersusah payah membayar cukai, ketua saiful menghabiskan ke arah yang tidak sepatutnya.
Saya pasti anda tidak mengisi borang BE pada tahun ni, disebabkan anda diberi kekebalan. Oleh itu jangan berlagak.
idiot

neraka.blog

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
TERNYATA ANDA GIGIH DAN TABAH DALAM MENGHADAPI KENYATAAN NYA.
TERUSKAN BERUSAHA BRO.
BRO LU THE BEST..

MEH BACA...
NYAH OH NYAH http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/kisah-mak-nyah-di-ibu-kota-malaysiakini.html

PAPA GOMO said...

SALAM SEKALI LAGI BRO...
MOHON COPY...

TQ

Panglima Perang Cyber said...

saya pun mohon copy !!!

Saiful Bukhari said...

Menjawab Persoalan,

Saudara Pill Not Kills,

Mohon utk menulis berdasarkan fakta bukan spekulasi.. Kerana ia blh memalukan diri sendiri..

Berhijrah ke kehadapan kan lebih baik daripada mundur kebelakang?.. Takkan saya kembali ke jalan Allah saudara panggil saya IDIOT? Fahaman apa yang saudara ikut?

Mengenai PINJAMAN PELAJARAN MARA bukan BIASISWA tu sebenarnya DSAI tahu mengenai perkara ini 1 Minggu setelah saya bekerja dengan beliau.

Malah beliau sendiri yang menyuruh saya pergi INTERVIEW PINJAMAN PELAJARAN MARA untuk mengikuti KURSUS KADET PILOT di APFT, Kota Bharu, pada hari Jumaat 23 May 2008.

Pada hari tersebut saya sepatutnya ke Lubok Hantu, Sarawak bersama beliau tetapi beliau suruh saya batalkan supaya saya spt pergi temuduga. Walaupun saya pergi, tp akhirnya SAYA GAGAL mendapatkan PINJAMAN PELAJARAN tersebut.

Saya ada bukti2 mengenai DSAI mengetahui dan menyuruh saya pergi interview tersebut.. Tunggu dimasa yang sesuai saya akan dedahkan..

Bukan sahaja DSAI, tetapi perkara ini diketahui oleh semua staff di pejabat DSAI..

Itu sahaja yang saya dapat jawab.

Jadi saudara Pill not Kills, takperlu lah memberi alasan utk tidak membayar cukai lagi..

Sekian.

Kepada Saudara Afuw,

Soal mengklasifikasikan kes (cth 377A, 377B, 377C atau lain2) adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara menerusi penilaian kertas siasatan oleh Pegawai Penyiasat(IO) iaitu Polis.

Jadi saya tidak mahu jadi LEBIH SUDU DARI KUAH untuk komen atau menerangkannya.

Cari buku Malaysian Penal Code anda akan lihat huraian 377B yang sebenar-benarnya. Menurut peguam, Ia tidak semestinya ''consensual'' /''suka sama suka''.

Walau apapun, saya amat konsisten mengatakan bahawa SAYA TIDAK RELA di atas apa yang berlaku sepanjang siasatan dijalankan. Begitu juga didalam laporan polis dan kenyataan di media.

Saya dan keluarga juga pd mulanya membantahnya tetapi setelah diberi penerangan barulah kami faham dan terima seadanya..

Setiap yang berlaku itu ada hkmahnya.. Saya yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui.. Saya redha..

1 July ini akan terjawab segalanya.. Itu janji saya.. Sekian.

Kepada Saudara Aku,

Terus terang saya katakan bahawa saya amat terharu diatas perjuangan saudara yang sanggup mengambil risiko ditohmah dan dicaci masyarakat demi untuk membela nasib saya..

Insyaallah saudara Aku, saya tidak akan menghampakan harapan saudara.. Saya akan lakukan yang terbaik pada 1 Julai ini..

Jika saudara perhatikan, percaturan Allah s.w.t sebelum tiba 1 Julai ini amat halus dan menarik sekali..

Dari peristiwa penipuan 16 Sept, Imam Ramlang menipu, ke Krisis derhaka Perak, kisah moral YB2 beliau V Arumugam dan Eli Wong dan terkini Fairuz telah membuatkan para penyokong beliau sedar, berasa sangsi dan akhirnya menjauhkan diri..

Apapun saya tetap tawaduk dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa..

Sekian


Kepada GOMO,

No prob.. Terima kasih diatas sokongan =)

Kepada Panglima Perang Cyber,

No problem Chief!! =)

Mat Yie said...

Saiful,
Aku pun nk mintak copy.

x-pkr said...

sdra Saiful,

insyaAllah anda akan diberi kekuatan mengharungi kemelut ini.

langkah sumbang AnWAR saya kesan tatkala berada dlm PKR dahulu, namun bertindak meninggalkan beliau ketika langkah beliau makin kengkang di medan perjuangan.

saya tidak berada di pejabat AnWAR, tapi percaya setiap tindakan AnWAR menjurus kepada manuasia bertpoeng syaitan...

harap anda terus tabah....

x-pkr
http://x-pkr.com

mohahz said...

ALLAH MAHA MENGETAHUI siapa yg benar siapa yg slh.

PARPUKARI said...

SALAM BRO SAIFUL, KUATKAN SEMANGAT SAUDARA, JANAGN RISAU KAMI AKAN BANU SAUDARA DALAM MENGHADAPI SEMUA INI!

KALAU ADA MASA DATANGKLAH KE BLOG SAYA YA!

PLEASE TAKE CARE OF YOURSELF!

Zunaidi Dali Great Eastern said...

u take care bro..

sure ramai org anwar nak bomb u...alamak..i dah jadik mcm dieorg lak..suka bersangka buruk..

oklah..

cuem nak ckp..yg hak pasti berdiri,yg batil pasti jatuh.

PAPA GOMO said...

HA HA HA HA.....
SUKA BETOL AKU SI PILL NOT KILS DAN AFUW KENA CUCI DENGAN SAIFUL.

HE HE HE...LAIN KALI KALAU NAK KOMEN TU FIKIR DULU BUKAN MAIN REDAH JE.

APA PUN TUNGGU HARI PERBICARAAN NANTI. AKAN TERBONGKAR SEGALANYA.

SAIFUL TABAHKAN HATI. GUA DAN GENG YANG LAIN TETAP MENYOKONG KAU BRO.
KITA KASI GEGAR BRO...

SALAM...

PAPA GOMO said...

KHAS BUAT SAIFUL
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/anwar-meleleh-bila-saiful-bukhari-cubit.html

Saiful Bukhari said...

Terima kasih GOMO kerana memaparkan jawapan2 saya di blog anda.. Saya amat terharu.. Semoga Allah s.w.t membalas jasa saudara dan rakan2 saudara yang lain yang selama ini telah memberi sokongan padu kpd saya.. =)

AnEeP said...

Ko tulis video nih didapatkan pada 8/6/2008, tapi apa pasal baru 20/4/2009 baru ko post kat blog ko? laptop ko terlalu slow ke sampai nak kene tunggu hampir setahun baru nak upload??? orang boleh pikir le tindakan ko ni...

Saiful Bukhari said...

Saudara Aneep,

Kerana saya sabar..

PAPA GOMO said...

ANEP???
SEKOLAH MANA???

LAIN KALI JOIN GOMO PI MEMANCING YE... BUKAN APA...DARI MEMANCING NI DAPATLAH KITA BELAJAR UNTUK BERSABAR. AMACAM ANEP???

OPS...KALAU NAK IKUT GOMO MANCING TU CAKAP KAT MAK AYAH DULU YE..BUKAN APA BUDAK BAWAH UMUR NI KELUAR RUMAH TAMPA PENGETAHUAN IBU BAPA SALAH...

HE HE HE

arizWanmerahs said...

Salam,

Saya juga bersama orang2 yang sedang menunggu.. Yang Haq pasti Menang dan Yang Batil pasti akan Lebur jua akhirnya..

ladybird said...

Semoga saiful terus diberi kekuatan. Semoga dipermudahkan hari perbidaraan.Amin

ladybird said...

Semoga saiful terus diberi kekuatan. Semoga dipermudahkan hari perbidaraan.Amin