Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Writ saman yang saya failkan pada hari ini adalah susulan laporan polis saya tempoh hari berkenaan dengan lebih kurang 6 artikel berunsur fitnah dan berniat jahat telah ditulis dan disiarkan oleh www.pahangdaily.blogspot.com dan yang seumpamanya dari September 2008 hingga ke hari ini.
Artikel-artikel tersebut telah menuduh bahawa saya kini sedang terlantar akibat sakit tenat, kemaluan bernanah dan termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badan untuk membuang air besar. Tuduhan-tuduhan ini dilemparkan kononnya akibat daripada sumpah laknat yang telah saya lafazkan.
Namun, disebalik kemunculan saya di balai polis Damansara tempoh hari yang dengan jelas membuktikan dakwaan mereka itu tidak berasas, satu laporan polis pula dibuat oleh mereka kononnya untuk mereka mempertahankan dakwaan dan fitnah jahat tersebut. Tidak cukup dengan itu, pelbagai lagi tuduhan-tuduhan dilemparkan yang ternyata tidak berasas.
Memandangkan sikap angkuh dan keterlaluan mereka ini, maka saya dan seluruh keluarga merasakan adalah wajar bagi kami untuk mengambil tindakan undang-undang pada hari ini.
Pembohongan besar yang disiarkan oleh Pahangdaily.blogspot.com seperti :
“Difahamkan “Anu”nya kini telah semakin bernanah dan beliau sukar untuk membuang air kecil. Tambah parah lagi beliau juga kini termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badannya untuk membolehkan beliau membuang air besar dan sebagainya.”
Ini adalah satu contoh pembohongan besar dan fitnah jahat yang tidak benar samasekali. Saya tidak pernah sakit sebagaimana yang didakwa oleh mereka. Tahap kesihatan saya adalah ditahap yang terbaik
Nama penulis yang menulis artikel-artikel tersebut juga tidak pernah didedahkan. Inilah yang dikatakan ''baling batu, sembunyi tangan''. Kononnya berani kerana benar, tetapi apabila disuruh tampil, tiada seorangpun yang mahu mengaku bertanggungjawab menulis dakwaan-dakwaan tersebut. Walaubagaimanapun, kami mempunyai bukti yang kukuh bagi mengaitkan individu terbabit.
Saya doakan agar penulis ini kembali ke jalan yang benar serta diberi taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin..
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!
SAIFUL BUKHARI
p/s: Saman-saman ''yang lain'' akan menyusul selepas perbicaraan utama Julai ini bagi mengelakkan daripada kes terjejas.
Terdahulu:
Laporan Polis terhadap PahangDailyOnline
Artikel-artikel fitnah Pahang Daily Online dari September 2008 hingga kini:
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/03/kontroversi-terkini-isu-saiful-saman.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/02/eksklusif-gara-gara-sumpah-laknat.html( sini, sini atau sini).
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/01/konspirasi-hebatnya-saiful-bukhari.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/12/eksklusif-saiful-bukhari-berhijrah-enam.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/11/eksklusif-saiful-nampak-sihat-muncul-di.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/10/eksklusif-terbongkar-lagi-penyakit.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/09/gempar-keluarga-saiful-bukhari-buat.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/09/isu-liwat-gempar-saiful-bakal-buat.html
22 comments:
bagus Saiful.......... berani kerana benar.... takut hanya pada Allah.. kami akan terus menyokong dan mendoakan anda dari insan durjana. Amin
hey..macam2 la kamu ni... kenapa cari masalah? dah elok2 study tinggi2 sekali....terlibat dgn kes2 ni.. jujur la sy nk tny ni.. kamu ni gile glamor ke? hmm dats my 1st ques kalo jumpa kamu...
-aliyaqistina-
salam,
Apabila pihak mereka menempelak dan memfitnah saudara saiful. ini dianggap 'halal'.apabila kita mempersoalkan tindak tanduk anwar Ibrahim , terus kita dikatakan pemfitnah.seolah olah anwar itu maksum dan terhindar dari dosa.
Double standard sungguh keadilan yg ingin mereka perjuangkan..
Allah sentiasa bersama anda saudara saiful. tabah dan kuatkan iman serta kekuatan di dalam diri untuk menegakkan kebenaran inshallah.
Pahangdaily Online sepatutnya dari dulu disaman kerana pembohonganya.
Waris Pahang kadang-kadang kecewa kerana Pahangdaily Online masih 'menganjing' walaupun mahu disaman.
Teruskan perjuangan, Kamu insan yang bermaruah bukan insan yang hina dan mudah diperlekehkan.
Orang yang salah kini bebas ke mana-mana dan melakukan apa saja seperti tidak bersalah.
Kami tetap bersama mu.
You did the rite thing,Saiful~~May Allah bless you and family ~truth will prevails.
Jika kita berkata benar,tiada apa yg perlu ditakutkan, tiada script yg perlu utk disiapkan insyaAllah...
Terima kasih diatas sokongan kalian semua..
Mohon copy dan sila baca lagi di :
http://warisanpahang.blogspot.com/
SALAM BRO...
'EMMM ULASAN AKU UNTUK KALI NI...
HE HE HE
LU MEMANG GEMPAK BRO...
LU MEMANG SABAR....
PAHANG DAILY NI MAKIN MELAMPAU SEOLAH-OLAH ADA TANGAN DI BELAKANGNYA YANG MENCANANG ISU FITNAH NI.
APA PUN KESABARAN LU LAH BRO YANG MEMBUATKAN MEREKA YANG TAKSUB INI SEDAR SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH.
TERUSKAN BRO...GUA SOKONG LU
SALAM BRO...
MOHON COPY BAGI TATAPAN RAKYAT
Tahniah kerana Saudara berjaya membuka mata banyak pihak dengan menyaman blog yang tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan artikel berbentuk hasutan dan fitnah.
Kerajaan perlu menguatkuasakan akta hasutan kepada mereka-mereka yang menulis di blog-blog. Perkukuhkan dan melaksanakan akta ini pasti akan menjamin kestabilan negara.
Penulis yang pengecut seperti di Pahangdaily.blogspot tak wajar dimaafkan kerana perbuatan menyebar fitnah adalah amat keji!
Saya akan sentiasa menyokong Saudara dan keluarga saudara. Pasti kebenaran akan termetri jua hendakNYA.
diorang ni pun,agak2 la nak wat artikel..
AJK PKR Putrajaya di http://jamilismail.blogspot.com
hehe. depa kata gara2 pasal sumpah laknat saiful, saiful kena pakai tiub? hehehehe
aku tengok dalam tv smalam saiful SEHAT WALAFIAT AJE.
geng geng nuaq ni kalau nak tipu pon patut patutlah!
sebenarnya ini bukan pertama kali. dulu pon puak2 taksub anuwat ni dah kluar macam2 citer, konon2 musa hassan lumpuh la, rahim nor lumpuh laaa. padahal mereka sehat.
Semoga Saiful akan beroleh kemenangan!
Saya dan ramai lagi rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan berpanjangan untuk Saiful!
Teruskan hasrat murni! Perjuanganmu belum selesai bro!
Keep up the good work saiful!
Kami senantiasa menyokong anda.
AloQStaQ
25/April/2009
2:30pg
Salam Saiful. Aku kadang2 heran la. Takde ke tok2 guru dari PAS nak tegur budak2 ni. Asyik buat fitnah ja. Haishh. Akhir Zaman memang mcm ni kut. Manusia2. Apa yg Anwar buat bagi depa2 ni semua betul. Anwar ni maksum kut. Sebab tu la, org buat patung dia besar2 kat gombak aritu.
AKU TAK SABAR NAK TUNGGU 21HB JULAI INI LA!
KALAU ADA ORANG BARING ATAS JALAN LAGI KALI NI, AKU AKAN LOMPAT ATAS MEREKA!
KUATKAN SEMANGAT SAUDARA SAIFUL, KITA SEMUA SUPPORT SAUDARA SELALU!
Salam.. Bagusnya blog ni... semuanya yg menyokong xder yg membantah pun.. hehehe... agak2 ler... ni bkn zaman purba ..
Salaam
Allah sentiasa berada di pihak yang benar. semoga tabah menghadapi cabaran yang berat ini.
BUJANG SUSAH SAID...
Salam.. Bagusnya blog ni... semuanya yg menyokong xder yg membantah pun.. hehehe... agak2 ler... ni bkn zaman purba ..
HE HE HE...
APA LAH BINGAI MAMAT BUJANG NI!
APA KENA MENGENA ZAMAN SEKARANG DENGAN ZAMAN PURBA???
KAU NI ORANG ZAMAN PURBA KA???
KESIAN...SUNGGUH KASIHAN...
GOMO. Hang nak bantah bantah je la. Kitorang ni sokong pun pelik. hangpa ingat internet ni tempat utk pembangkang punya org saja ka? yetakya jugak, kebanyakan pembangkang kan tak bekerja. byk masa terluang berblog, fitnah, dan buat dosa je.. lupa la plak..
Pi mampos la kitorang nak sokong sapa. Kitorang lagi la pelik hangpa pi sokong depa sana yang tak mampu pikir waktu tulis. skg ni pahang daily da delete article yang diorang wat tu. tau takut. tapi tak pa sebab da byk save da article2 tu. Bodohnyer pahangdaily. skg baru takut. bile org saman dia depa cakap saiful tak tau saman sapa sebab pahang daily punya editor tak tau sapa. Bongok apa. masuk la kau penjara. tak masuk penjara pun masuk la neraka sebab fitnah org bukan bukan.
Ya Allah, ko lindungilah kami fitnah. Semoga org yang memfitnah kami itu diberi petunjuk dan hidayah mu agar die kembali ke jalan yang benar. Jika tidak berubah jugak kau berilah pembalasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya engkau lebih mengetahui dan lebih menyanyangi. amin
Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 7, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.
Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!
Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.
Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?
Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS yang telah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.
Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu kamu akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah kamu akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1kerusi??
Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.
Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!
Teruskan perjuangan Saiful.
Post a Comment