Friday, May 15, 2009

25hb Jun: DSAI berlepas ke Washington? Harap pulang sebelum 1 Julai..

Kedutaan Turki, KL: DSAI pernah melarikan diri di sini
konon nyawanya terancam. Harap lakonan ini tidak berulang.



Terdapat beberapa maklumat yang saya terima mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25hb Jun 2009, 6 hari sebelum perbicaraan utama bermula.

Jika benar maklumat tersebut, saya harap beliau dapat pulang dan hadir pada hari perbicaraan utama kelak. Janganlah ''lari'' mohon perlindungan disana pula. Jika maklumat ini tidak benar, baguslah kalau begitu.

Dalam pada itu, pada hemat saya adalah tidak wajar untuk beliau kali ini mempertikaikan integriti dan ketelusan Mahkamah. Ini kerana, bermula dari hari beliau didakwa, sudah banyak peluang dan kelonggaran yang telah diberi.

Antara peluang dan kelongaran yang telah diberi;

1) Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
4) Perdana Menteri (pada ketika itu Tun Abdullah) sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya. Rujuk penghakiman ini

Selain itu, beliau sendiri baru-baru ini semasa Mahkamah Tinggi memberi kemenangan kepada YB Nizar mengakui dan menyeru rakyat supaya menghormati Mahkamah yang sememangnya telus dan bersama mendaulatkan Undang-Undang.

Jadi, pesanan saya buat DSAI, ''peganglah kata-kata anda itu untuk kes anda kelak''.

Akhir kata, pada 1hb Julai 2009 nanti genaplah 1 tahun saya berada dalam penantian bagi menuntut keadilan. Banyak dugaan dan rintangan yang telah dan akan saya, tunang dan keluarga hadapi lagi dalam menanti hari tersebut untuk tiba. Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar dan reda. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.



Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!



SAIFUL BUKHARI



Terdahulu:

1 Julai tarikhnya.. Alhamdulillah..
Syukur..
Maju Setapak.. Alhamdulillah..
Keadilan untuk Anwar?
Kenyataan Media: Pedengaran Semakan Kehakiman 5 Febuari2009
Penipuan Imam Ramlang Porigi

29 comments:

AnTi AljUbuRi said...

Assalamualaikum.

Saya mendoakan saudara sentiasa sihat dan tabah dalam mengharungi gelombang besar di hadapan saudara.

Perbanyakkan tahajjud dan membaca Al Quran supaya Allah meneguhkan keyakinan dan mengokohkan pendirian saudara.

Pastikan anda tidak terbuai oleh sebarang provokasi.

Jangan sekali kali mengambil mudah dalam perkara 'keselamatan' diri. Pastikan anda sentiasa berada di dalam 'kawalan' tanpa sebarang kompromi dalam apa juga situasi!! Pastikan saudara meletakkannya dalam katogori 'Priority One'

hilbert said...

Salam Sejahtera

Harapan saudara Saiful tabah dan sabar selalu. Kuatkan semangat menjelang 1 Julai nanti, kami yang inginkan kesejahteraan, kedamaian serta kebenaran tetap akan berdiri teguh memberi sokongan kepada saudara.

Jika benar Anwar hendak berlepas ke US pada tarikh 25hb June nanti, bagi saya itu itu bermakna anwar ingin mendapat apa saja bentuk bantuan dari pihak sana bagi beliau untuk menghadapi hari pengadilan di mahkamah Malaysia kelak.

Diharap saudara akan memperolehi kemenangan dan kebenaran selepas 1 Julai nanti.

Saiful Bukhari said...

Waalaikumusalam Saudara Anti Al-J dan saudara Hilbert..

Terima kasih diatas nasihat, peringatan dan sokongan yang diberi. =)

Allah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.


Salam Perkenalan

fazilogic said...

Salam Saiful.

Saya doakan saudara mendapat keadilan. Saudara sudah banyak bersabar dan semoga Allah memberikan saudara apa yang hak.

x-pkr said...

salam,,,

moga sdra diberi kekuatan menghadapi hari mendatang.

jaga kesihatan, keselamatan diri dan keluarga krn saya perlu sihat dan kuat menunggu hari tersebut.

manusia itu berpotensi melakukan apa saja demi menutup kesalahannya selama ini.

salam

Anonymous said...

Salam Saiful....
Semoga anda tabah dan kuat semangat menghadapi "Dajjal" tersebut. Insyaallah kami sentiasa mendoakan anda dan memohon Allah menunjukkan kebenaran sebenar.
"Moga Allah Ta'ala menurunkan bala besar keatas AlJuburi sekeluarga . "Sekeluarga" kerana telah banyak menyusahkan rakyat dengan menfikan perkara2 yang mereka sendiri tahu semata2 untukk menjaga kepentingan diri. Aminnnn

SiamangBukit said...

Saya berdoa agar kamu kuat semangat dan sentiasa menegakkan kebenaran.

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
HARAPAN KAWAN PUN SAMA JUGAK DENGAN HARAPAN ANDA TU. JANGAN LEPAS NI ADA LAGI LAH ALASAN DAN HELAH YANG AKAN DIGUNAKAN OLEH ANWAR BRAHIM SAIKO NI UNTUK MENGELAKKAN PERBICARAAN.

BRO APA-APA PUN KAWAN TETAP MENYOKONG ANDA. DAN DENGAN INI KAWAN TELAH BUAT SATU BLOGG KHAS BAGI ANWAR DAN KAWAN MINTAK COPY ARTIKEL SAUDARA NI BAGI DIMUATKAN DALAM BLOGG BARU KAWAN.

KHAS BUAT ANWAR
www.anwar-juburi.blogspot.com

tunku said...

anwar, siapa tak kenal nama ini, the greatest moron.
we are with you saiful.make sure he gets what he deserve, that is staying at sungai buloh mansion for the rest of his life.

antianwaribrahimdotcom said...

SALAM SAUDARA SAIFUL...

KAMI DALAM GERAKAN ANTIPKRSARAWAK AKAN SENTIASA MENDEDAHKAN TEMBERANG ANWAR YANG SEBENAR.

SAUDARA SAIFUL DIHARAP TABAH DAN KUAT. KAMI YAKIN DENGAN PERJUANGAN KITA UNTUK MENGHUMBAN ANWAR KE DALAM PENJARA SUNGAI BULUH.

KAMI SABAR DAN TERTUNGGU2 DETIK JULAI 2009...

ANWAR JAHANAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KALI INI ANWAR CUBA LARI JAUH DARIPADA KRISIS PERIBADI BELIAU SENDIRI.

KEMBARA said...

smga Allah menunjukkan sape yg benar dan sapa yg salah..igtlah kesan fitnah tu adalah tlalu besar..hatta d mahkamah dunia menang tp mahkamah Allah di akhirat nnti pasti xkan terlepas..bhati2lah sblm bkata sesuatu apatah lg menuduh seseorg mlakukan pkara keji..

Bijen M. said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Pazil Md Isa said...

Kesiannya Saiful Bukhari, dah setahun diliwat tetapi tak ada hasil lagi. Dulu cepat jer Anwar Ibrahim ditangkap. Pelik dan ajaib

BENGAH @ SERLING said...

CUKUPLAH!

Dia bukanpun perdana menteri
Lagaknya duduk di atas sekali
Muka tak malu, 16.09.08 jajai
Sanggup berbohong disana sini

Begitulah insan si anwar pameri
Penyokong totoknya setia sekali
Tanggal 16.09.08 biasa saja lalui
Kini dekat dibicara, keluar negeri

Nasihat apakah si anwar ingini
Adakah muslihat melarikan diri
Atau pura-pura sakit di US nanti
Alasan tak hadir kes liwat begini

Pada penyokong si anwar ingati
Boss kalian dah banyak wayangi
Ngapa masih sudi jadi bahan titi
Tertipu banyak kali, nahas nanti

serling
[15.05.09]
jumaat
….

Unknown said...

aku tak sabar tunggu 1/7/2009!!!!! Allah akan disisi orang-orang yang benar..aku rasa si nwar ni banyak sanagt membuat kalau bilau secara senyap sejak keluar dari sb buluh..

Saiful Bukhari said...

Fazilogic, Mazhar, SiamangBukit : Terima kasih diatas sokongan dan doa anda.

X-PKR: Insyallah. Terima kasih diatas nasihat dan pandangan. Teringin nak tahu siapa
the mysterious mr ''X-PKR''. Semoga saudara juga diberi perlindungan dan
kekuatan oleh Allah s.w.t dlm perjuangan menegakkan kebenaran ini.

GOMO: Alasan akan terus dicari. Dia ada lagi beberapa ''talian hayat'' untuk menanguhkan
perbicaraan ini lagi. Saya akan dedahkan dari masa ke semasa. Blog baru? Cayalah GOMO!!
Add lah kawan kat Facebook, blh bertukar2 pandangan. =)

Tunku: Insyallah.. Appreciate ur support a dis while.. =)

Anti PKR Sarawak: W'slam. Sabar adalah senjata paling ditakuti pihak lawan.
Salam buat orang2 di Sarawak.. =)

Bijen: Blh jd juga.. Sy pun tak terfikir..

DTECCONAN: Nak buat mcm mana, ''konspirasi'' lah katakan.. Allah Maha Mengetahui..

BENGAH@SERLING: Kita hanya mampu berusaha, Allah yang menentukan.. Kebenaran tetap kebenaran
Puisi yang tajam jika yg dituju membacanya. =)

Son of Police: Terima kasih diatas nasihat, pandangan dan sokongan saudara. Sungguh panjang,
mungkin komen terpanjang yang pernah saya terima. =) Ternyata ia amat membantu bagi persiapan
menjelang 1 july ini. Saya amat menghargainya. Walaubgmnpn, disbbkan komen
saudara mempunyai strategi2 'sulit', nilai yang sangat tinggi dan mungkin akan saya pertimbang untuk dipraktikkan,
maka pd hemat saya adalah wajar bg perkara2 tersebut di ''rahsiakan''. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih. =)

GOMO AL KANTOI said...

KHAS BUAT TOPENG PERAK AL-JUBURI
JANGAN KATA FITNAH. MALAH PEMBOHONGAN BESAR DAN PEMECAH UMAT ISLAM ANWAR AL-JUBURI LAH PENYEBABNYA. SEGALA MACAM PERAS UGUT DAN KUCAR KACIR YANG TERJADI DI MALAYSIA INI ANWAR AL-JUBURI LAH PUNCANYA.

TUHAN TU MAHA KAYA LAGI ADIL. JIKA ALLAH BERIKAN REZEKI PADA ANWAR AL-JUBURI TU DAH LAMA REZEKI NYA DATANG. NI SAMPAI SEKARANG TAK MUNCUL-MUNCUL..YANG ADA REZEKI NYA DARI DANA ZIONIS ADALAH.

ERRR TOPENG PERAK AL-JUBURI???
PASAL APA MUKA BANG NUAR HANG HITAM SEMACAM JE??? BERJEMUR TENGAH PANAS KE???

GOMO AL KANTOI said...

buat peliwat rakyat dan tontonan umum http://anwar-juburi.blogspot.com/2009/05/dari-saiful-bukhari-khas-buat-anwar-al.html

QasehNuryz said...

Salam saudara Saiful,

Kami bersama anda.Insyallah,kebenaran pasti akan muncul.
Kalau DSAI x balik sini sblm 1 julai memang sohih la dia ada agenda lain + nak create alasan lain pula melengah-lengahkan perbicaraan.

Cheguman said...

Salam Saiful,
Saya yakin anda lebih kuat berbanding Azizan dulu yang begitu takut untuk tampil menuntut keadilan.

Kami akan sentiasa menyokong saudara. Allah memilih saudara bagi menghentikan semua kemelut ini.

Lord Garam said...

SALAM ZIARAH

SEPOL,

INSYALLAH SI JAHANAM ITU TIDAK AKAN LARI KEMANA-MANA. PELIWAT ITU AKAN PASTI TERSUNGKUR DI PINTU PENJARA KERANA PERBUATAN ITU.

HARAP SEPOL TABAH DAN KUATKAN MENTAL DAN FIZIKAL UNTUK MENHADAPAN SAAT PERBICARAAN YANG MEMENATKAN.

TUHAN BERSAMA ORANG YANG TERANIAYA. AL-JUBURI PASTI TERKENA KALI INI.

RAKYAT MALAYSIA BERSAMA ANDA.

wénkt said...

tak sabar tunggu 1 july..
kebenaran akan terbukti..
bukti sangat kuat..

pasport DSAI tidak ditahan
tapi DSAI perlu tahu
kene hadapi perbuatan sendiri

selamat menang saiful!

pisau said...

Insyaallah,

allah tak berlaku kejam pada mereka yang teranaiya, saya berharap segala doa & sokongan pada saudara di makbulkan tuhan

Saiful Bukhari said...

Qasehnuryz: W'slm.Insyallah. Terima diaatas sokongan. Sama2 kita nantikan sama ada beliau hadir atau tidak.

Cheguman: W'slam. Terima kasih diatas sokongan. Mengenai saudara Azizan, jika saya berada di tempatnya ketika itu pun sy yakin sy juga akan rebah. Ini kerana senario dan sentimen 98 agak berbeza berbanding skrg. Hampir seluruh rakyat tidak mempercayainya. Termasuklah saya dan seluruh keluarga.

Beliau jg pd ketika itu tidak byk mendapat sokongan2 moral spt yg sy terima pd ketika ini.

Walaubagaimanapun, Azizan dan yg lain telah pun selesai menunaikan tanggungjawab mereka, kini giliran saya pula. Ini semua kuasa Allah s.w.t, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Sama2lah kita berdoa. Sekian. Salam perkenalan.

Garamis: W'slm. Terima kasih diatas sokongan. Lari? Harap2 tidaklah.. Kebenaran ttp kebenaran. Berkat doa dan sokongan anda semua, Insyallah sy akan melakukan yg terbaik.

wenkt: Terima kasih diatas sokongan. 1 july, genap setahun sy bersabar dlm menantikan keadilan, byk hikmah dan juga hidayah yg sy peroleh sepanjang proses ini. Allah Maha Berkuasa.

Megat: Insyallah =)

PARPUKARI said...

BRO SAIFUL, KALAU PERLU KITA JERIT KITA AKAN MENJERIT, TAPI KAMI RAKYAT MALAYSIA TETAP MAHUKAN PERBICARAAN KES INI BERJALAN SEPERTI YANG TELAH DITETAPKAN!

NO DELAY PLEASE!

ladybird said...

Selamat berjuang Saiful!

Semoga terus kuat menghadapi cabaran getir ini

Anonymous said...

Sabar dan Tabah, Iman dan Taqwa, Ikhtiar dan Tawakkal, Nur dan Hidayah.....perbanyakkan zikrullah. Objektif Saiful pada hakikatnya sudah tercapai...iaitu utk memberitahu seluruh pelusuk alam terutamanya umat melayu, siapa anwar sebenarnya menurut apa yang kamu ketahui dan kenali.
Soal kalah menang di mahkamah dunia ini adalah soal kedua...kerana sebagaimana yang kita semua ketahui, dimahkamah Akhirat nanti, keadilan yang hakiki saperti yang dijanjikan oleh Allah AlHakim, AlAdl pasti akan terlaksana.
Namun begitu, saya bermohon semoga Allah melaksanakan dan memperlihatkan pada kita semua kebesaranNya dalam kes ini agar menjadi pedoman bagi orang2 yang mahu memerhati dan memikirkan.

Apabila yang Haq sudah berdiri, yang Bathil pasti tersungkur...

hilbert said...

Salam sejahtera saudara Saiful,

Semakin hari semakin banyak terbukti usaha atau keinginan Anwar tidak dimakbulkan oleh Tuhan. Banyak juga yang kita lihat hasrat dia tidak kesampaian.

Dulu pada tahun 1998, hanya satu anak tangga saja lagi untuk naik sampai ke takhta PM tiba-tiba terjatuh terus ke dalam rumpun buloh.

Dulu Anwar suruh anak buahnya kejar ahli-ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan, gagal. Tuhan tak merestuinya. Tapi Tuhan turunkan pula ribut taufan untuk menyambut anak buah PKRnya di Taipei. Sungguh malang. Maka angan-angan Anwar untuk dimasyurkan sebagai Presiden Republik Malaysia pada 16hb September 2008 dulu tidak kesampaian.

Sekarang Anwar makin bengang apabila Barisan Nasional yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib telah mengambil keputusan untuk tidak bertanding di DUN Penanti. Sekarang Anwar telah terperangkap didalam permainan yang dia sendiri mulakan. Itulah dikatakan "buku bertemu dengan ruas". Dengan keputusan BN yang tidak akan meletakkan calon di DUN Penanti itu, pasti nanti kita akan melihat pertembungan diantara bekas ahli PKR dengan bakal calon PKR.

Kepada saudara Saiful, apa yang saya rasakan, selagi Anwar tidak bersedia untuk membersihkan diri beliau dari lumpur yang masih terpalit ditubuhnya, selagi itulah perjuangan dia sentiasa akan dibayangi kegagalan. Kerana bagi saya setiap usaha akan berjaya jika diiringi dengan nilai-nilai yang murni seperti bersih dari sesuatu yang meragukan.

Jika betul dia merasakan dia dipihak yang benar, maka dia juga harus berani melaksanakan "sumpah Laknat" seperti yang pernah saudara Saiful lakukan dulu. Dia harus berani didalam menghadapi apa saja risiko didalam semua situasi. Sebagai seorang yang bercita-cita tinggi untuk mendapat kuasa dia mesti berani, bukannya seperti dulu, lari tergesa-gesa ke Pejabat Kedutaan Turki kononnya ada orang nak bunuh dia.

Kalau sudah lari lintang-pukang ke kawasan orang, sudahlah tentu akan ada persepsi yang berbagai-bagai daripada orang ramai. Tentu orang akan bertanya,. kenapa Anwar lari bersembunyi? Macamana nak jadi pemimpin kalau macam itu?

Begitulah serba sedikit pernilaian saya terhadap perjuangan huru-hara Anwar sejak dia di pecat dari jawatan TPM dan dari UMNO pada tahun 1998.

Akhir kata, diharap saudara Saiful sentiasa teguhkan hati dan bersabar selalu walaupun terdapat ada satu dua komen yang kurang membina dibuat oleh pelawat yang kurang elok untuk dibaca.

Saiful Bukhari said...

Parpu: Yes! No Delay!

LadyBird: Terima Kasih diatas Sokongan

Seruling Senja: Terima kasih diatas pandangan dan nasihat.. Insyallah akan saya akan amal dan hayati..

Hilbert: 11 Tahun Rakyat Malaysia dan seluruh dunia ditipunya.. Termasuklah saya dan seluruh keluarga yg menyokong beliau selama ini.

Walaubagaimanapun, Allah Maha Berkuasa.. Insyallah segala penipuan sepanjang 11 tahun ini akan dirungkai dengan izin-NYA pada 1 Julai@Hari Kebenaran nanti.

Terima kasih diatas hujah2 dan sokongan yang diberikan oleh saudara. Diharap ia dapat memberi kesedaran kepada yang membacanya.

Sama2 kita mengegakkan kebenaran.

Salam.