Thursday, February 5, 2009

ANWAR TERDESAK: Desak Datuk Yusof Tarik Diri Pula Selepas Isu Tandatangan TS Ghani Patail Bagi Melengahkan Prosiding Kes.

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Mahkamah Tinggi yang sepatutnya mendengar permohonan semakan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini terpaksa menangguhkan prosiding pada 25 Februari ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membuat penangguhan setelah peguam bela Anwar mengemukakan notis bantahan supaya Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden digugurkan daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes itu.

Pada prosiding yang bermula pukul 10.28 pagi ini, Mohd. Yusof yang kini Peguam Cara Negara II memberitahu mahkamah bahawa beliau bertindak mewakili pihak pendakwa dalam permohonan tersebut.

Namun menurut Mohd. Yusof, peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar telah memberi notis bantahan meminta beliau digugurkan daripada mengendalikan pendakwaan kes liwat dan juga permohonan itu.

Sulaiman bangun mengesahkan perkara itu sambil memohon maaf kerana ia dibuat tanpa kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Peguam bela memberitahu, Anwar telah memberi arahan agar Mohd. Yusof tidak mengendalikan pendakwaan terhadapnya kerana dikatakan terlibat dalam siasatan kes mata lebam beliau pada 1998.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Anwar tidak hadir bagi prosiding ini. Menurut seorang lagi peguam belanya, S.N. Nair, Anwar mempunyai urusan lain di Ipoh, Perak hari ini. – Utusan

2 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

kerja anwar macam yahudi...kalau tak, itu bukan anwar..

selamat bertarung dengan pendekar yang sebenarnya...

abe MIE penyokong kamu saiful...

http://pkrpasdap.blogspot.com

EQUILIBRIUM said...

awak memang hidup lg ke?