Wednesday, August 19, 2009

''All Star'' Vs The Truth

"All Star": Dari kiri, Karpal 70, Raja Aziz,73, Datuk Param 68

*Terkini 3.00am: 12 orang Peguambela keseluruhannya.
"Selain daripada barisan peguam baru itu dan Nair, Anwar diwakili
oleh R. Sivarasa, Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad,
Leela J. Jesuthasan, Latheefa Koya, Mohd. Razlan Jalaludin
dan Saiful Izham Ramli."
- Utusan

Dalam kesibukan tertuduh beriaya-iya mahu gugurkan kes sebelum perbicaraan dan yang terkini mahu seluruh pasukan pendakwaan digugurkan, terbaru beliau telah merombak dan melantik pasukan peguambela yang baru. Sungguh menghairankan..

Rombakan/lantikan ini dibuat berikutan penarikan diri Sulaiman Abdullah, Ketua Peguambelanya tempoh hari atas alasan ''tidak sihat''. Boleh baca disini

Kini, tempat Sulaiman Abdullah digantikan dengan Raja Aziz Addruse, 73, seorang peguam senior yang sangat berpengalaman. Selain itu, beliau juga melantik nama-nama besar seperti Karpal Singh,69, Datuk Param Cumaraswamy, 68, dan Datuk CV Prabakharan. Portal berita MalaysiaKini mengelarkan barisan peguambela tertuduh yang baru ini ''All-Star''.

Persoalannya sekarang, bagaimana dengan barisan peguam-peguam bela Anwar sebelum ini? Adakah mereka masih kekal atau 4 nama besar ini sahaja yang akan membelanya? Apa sebabnya? Mungkin mereka(pasukan yang lepas) tidak cukup hebat untuk hapuskan kebenaran, perlu ditambah dengan yang lebih berpengalaman agaknya. Wallahualam..

Apapun, saya bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sekalipun. Kebenaran tetap kebenaran, walau sehebat mana sekalipun peguambelanya, ia tidak dapat hapuskan kebenaran. Itu janji dan firman Allah swt;

Dan katakanlah:"Telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah perkara yang batil; sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap"
- Surah Al Israa', Ayat 81
-

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada mereka semua. Diharap, pasukan baru ini lebih rasional dan berani berbanding yang lepas kerana pasukan yang lepas hanya mahu lari dari perbicaraan, bukan untuk berlawan secara 'gentleman' di Perbicaraan sebenar.

Selain daripada itu, mohon semua peguambela yang baru dilantik ini menjaga kesihatan agar perbicaraan berjalan dengan lancar(tidak mahu insiden Sulaiman Abdullah berulang).

See you guys in Court, Insyaallah..

Kepada Allah saya berserah.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL Pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan

Peguam Anwar, adalah Peguam Chin Peng (Raja Aziz) - Mykmu
Karpal Singh antara Peguam baru Anwar - Utusan
Sumpah Laknat: Genap Setahun
Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Penantian: Hari ke 400
Mohon GUGUR seluruh pasukan pendakwa pula
Tangguh: Mainan Anwar cari 'keadilan' - Utusan

p/s: Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan buat semua. Semoga kita semua peroleh keberkatan dan rahmat dari Allah swt di bulan yang mulia ini.. Insyaallah

33 comments:

Emptynest said...

Go Saiul go! we are with you all the way....

hilbert said...

Salam sejahtera Sdra Saiful,

...Biar All Star, biar apapun gelaran akan diberikan kepada barisan peguam baru Anwar ini, jika Anwar sendiri masih lagi mengamalkan sikap dia yang suka melengah kes ini dengan berbagai-bagai helah serta dolak-dalih untuk membatalkan pertuduhan itu, maka semuanya tetap sama juga.

Kami semua hanya mampu untuk tunggu dan lihat samada barisan peguam baru ini mampu untuk berdepan dengan perbicaraan itu tanpa melayan lagi sebarang arahan yang mengarut daripada Anwar yang memohon bermacam-macam perkara dari pihak Mahkamah bagi menggugurkan tuduhan terhadap beliau.

Mantan Pemuda UMNO Bahagian Tapah said...

Tahniah dan syabas sdr sentiasa positif dan bersemangat. Percayalah, tiada kuasa yg Maha Agung selain dariNya. Apabila sdr menyerah bulat2 dan yakin dgnNya setelah segala usaha telah dibuat, berdoa dan bertawakkallah utk ketentuanNya.

Barisan peguambela anvar dan otai2. Jgn nanti satu2 tumbang sebelum atau dlm court nanti !!

Mudskipper said...

Bersabarlah Sdr Saiful. InsyaAllah berkat datangnya bulan ramadhan yang mulia ini saudara akan beroleh kemenangan!

Anonymous said...

Saudaraku Saiful,

Ingatlah...Mereka ini semuanya makhluk seperti kita juga. Perbezaan antara kita adalah takwa dan iman terhadap Yang Mencipta. Pada sangkaan banyak, merekalah yang mencaturkan perjalanan hidup ini, walhal, banyak yang teralpa, bahawasanya, segala percaturan itu sudah ditakdirkan sejak azali lagi.
Allahus-Samad, kepadaNya kita bergantung, bulat sepenuh jiwa dan raga dalam keadaan LahaulawalaQuwata illah billah!!
Sumpah mujahid...sekali melangkah, berundur setapak tidak sekali!
Amanah/ujian yang sedang digalas, pikullah dengan iklhlas dan redha...Lillahitaala.
Ingat...Billahi, Minallahi, Lillahi...jangan bercerai putus dari Diri.
Ingat...Mereka bersandar pada makhluk...kita bersandar pada AlKhaliq...tidak didunia...akhirat Pasti...Janji yang tidak akan dimungkiri!
Ingat...Penawar bagi mukmin dalam kepayahan...InnaLillahi waInna-ilaihi rojiuunn...sebutlah dengan lidah yang lurus dan hati yang tulus...InsyaAllah, Dia yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui!
Sama-samalah kita bernaung dalam Kalimah TauhidNya.

Wassalam.

marhaban ya Ramadhan alMubaraq!!!
11 bulan kita terpisah...kini dikau menjelma kembali...semoga terubat kerinduan ini...dalam izinNya...kita nikmati...!

Dengan izin...saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua.

ladybird said...

Salam Saiful,

Semoga anda terus kuat menghadapi cabaran ini. Saya percaya kebenaran akan datang jua. Yakin, kesabaran anda selama ini akan mendapat balasan setimpal.

p/s Seruling Senja, i really love your comment. Sungguh padat dan menginsafkan.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Sdr. Saiful dan semua,
Masih ingatkah lagi peristiwa 98/98 dimana DSAI telah mengisytiharkan perang kepada kerajaan dan cuba menggulingkan Tun M samada melalui parti UMNO ataupun gerakan massa?. Saya menganalisis perkara ini secara mendalam. Jika dilihat kepada percaturan di atas kertas , sememangnya Tun M akan kecundang dan kerajaan akan beralih tangan. Semua patern kekuatan menghala ke arah itu. Dalam UMNO sendiri gelombang anuarian berada disetiap penjuru. Negeri, daerah, bahagian, cawangan dan sebagainya. Para penjawat awam, profesioanl, pekerja mahir/tidak mahir, orang kampung atau bandar orang barat atau timur terlalu ramai yang memberi sokongan. Sembahyang hajat ribuan di kelantan, Pattani, dan seluruh negara. Tetapi terfikirkah kita kenapa AKHIRNYA IA TETAP JUGA GAGAL.
TIADA SEBARANG JAWAPAN YG LEBIH MUNASABAH MELAINKAN BAHAWA KERANA IA TIDAK MENDAPAT PERKENAN ALLAH S.W.T. Hebat mcm sekalipun manusia merancang;bagus macamana sekalipun tindakan tetapi jika IA TIDAK DIPERKENANKAN OLEH ALLAH MAKA IA TIDAK AKAN MENJADI. BETUL SEBAGAIMAN KATA SERULING SENJA... kita bersandar pada AlKhaliq.
Teruskan berdoa kepada Allah....hanya Dia sahajalah yang mampu menolong saudara pada saat2 begini genting sebagaiaman Allah menolong Malaysia pada tahun 99 dahulu. Ikhlas.

Saiful Bukhari said...

Empty: Tq
Hilbert:Setuju dgn saudara.. Kita tunggu dan lihat.
Belacak: Insyaallah
SS: Terima kasih.. Akan dijadikan pedoman dan panduan dlm meneruskan perjuangan ini.
Ladybird: Insyaallah.. Salam ramadhan buat rakan2 AIDC.
Ryzal: Sungguh mantap analisis saudara, semoga ramai yg membaca dan terbuka mindanya. Terima kasih

AnTi AljUbuRi said...

Semuanya bagai tak diduga ..

- Dalam dia tak berani menyahut sumpah Saiful, dia terpaksa bersumpah juga dalam Parlimen untuk menjadi Ketua Pembangkang.

- Dalam keadaan dia punya alibi yang kukuh dan menuduh semuanya adalah konspirasi politik, namun dia mencari segala sebab dan helah untuk tidak dibicarakan.

- Dalam dia berusaha untuk menggugurkan tuduhan, dia terpaksa menguatkan pasukan peguambelanya.

- Dalam dia lancang menjajakan lapuran perubatan doktor dari Pusrawi, dia masih terminta minta bukti yang ada di tangan pendakwa.

- Dalam dia berusaha melengah lengahkan perbicaraan, detik masa terus menghambatnya, detik demi detik semakin dekat, tidak semakin jauh!

- Dalam dia melaungkan keadilan, semakin kelihatan bagaimana dia lari dari diadili.

Semakin hari dia semakin lemah, semakin lama semakin penipuannya terserlah, semakin hari semakin pakatannya menjadi goyah dan parah, semakin lama semakin rakyat mula meluat dan menyampah.

Kebenaran kian menyerlah, seorang Ketua Pembangkang yang gagah kelihatan kecut untuk berdepan dengan seorang cofffee-boynya sendiri. Satu barisan peguam All Star terpaksa dihadapkan untuk menangkis kebenaran yang akan dilontarkan oleh Saiful - itulah ketakutan yang amat sangat, yang menimpa diri orang yang bersalah!!!

Ayuh semua sahabat juang, kita halakan serangan ke sasaran yang satu .. dialah pengkhianat kepada Agama, Bangsa dan Negaranya... dan khianat terhadap kesetian pekerjanya sendiri, hingga dia sanggup dan tergamak menodai Saiful Bukhari!!

Bawalah seluruh Peguam di Bar Council yang menjadi penyokong kau, namun kebenaran pasti mengalahkan mereka!!!

Barisan All Star lebih menyerlahkan ketakutan al juburi terhadap dosanya sendiri!!! Semoga dia tak lupa pakai pampers sebelum masuk ke mahkamah!!!

Selamat berpuasa to Saiful!

hilbert said...

Salam sejahtera,

Saya baru perasan dengan analisis oleh Sdra Ryzal72. Sebenarnya banyak lagi yang terlupa tentang perkara ini maklumlah saat itu iaitu ketika reformasi berlaku banyak peristiwa yang berlaku.

Terima kasih juga kepada Ryzal72 kerana telah mengembalikan semula ingatan saya kepada peristiwa itu.

Kepada Saiful sekeluarga serta juga kepada seluruh umat Islam di Negara ini selamat menyambut 1 Ramadhan serta selamat menjalani Ibadah puasa yang jatuh pada Sabtu 22hb Ogos ini.

Saiful Bukhari said...

Al-J: Terima kasih.. Satu analisis dan kesimpulan yang bisa membuka mata pd yg membacanya.. Beliau bergantung pada Makhluk, saya bergantung pada Allah.

Salam Ramadhan buat saudara serta keluarga juga. =)

Hilbert: Bkn hendak memuji saudara, tapi saya "takbik spring" dengan saudara. Terus terang saya nyatakan bhw selepas beberapa kali saya membaca ulasan saudara(dahulu), barulah sy sedar bhw saudara bknlah seorang yg beragama Islam. Ini kerana, bentuk nasihat, ayat serta dorongan yg diberi melambangkan saudara ini benar2 memahami konsep agama yg saya sedang anuti.

Saudara adalah salah satu contoh rakyat yang berjiwa 1Malaysia. Tahniah. Terima kasih diatas ucapan Ramadhan buat saya. Semoga saudara Hilbert serta keluarga sihat sejahtera. Sekian.

Anonymous said...

SLM BRO..SY TABIK DGN KECEKALAN BRO MENGHADAPI SITUASI YG TAK MENENTU NI. SEHEBAT MANA PUN BARISAN 'ALL-STAR' YG DI LANTIK, BELUM TENTU MENJANJIKAN APE2 PUN.

TERUSKAN PERJUANGAN BRO..KAMI SENTIASA DI SISI.


slm al-mubarak dari JD

Saiful Bukhari said...

Jeff: Terima kasih bro.. Insyaallah.. Sy juga tabik pd bro kerana tak jemu2 design poster2 'panas' dan gempak buat tatapan ramai. =) Salam ramadhan juga buat bro dan keluarga.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Semua dan Hilbert.
Sebenarnya itu hanyalah sedikit daripada analisis saya yg mendalam. Insyaallah jika berkesempatan saya akan lontarkan sedkit demi sedikit. Bukan niat saya untuk mempengaruhi sesiapa dengan lontaran analisis itu tetapi sekadar untuk bukaan pemikiran. Ia terserah.
Satu lagi hasil analisis saya kali ini untuk penelitian ialah BARISAN PEGUAMBELA DSAI SEMASA DIA DIBICARAKAN. PEGUAMMNYA BEGITU BERKREDIBEL, HEBAT DAN LEBIH ALL STAR DARIPADA BARISAN YANG SEDIAKAN UNTUK MELAWAN SDR. SAIFUL. Saya pada ketika itu di"jemput" oleh pihak polis untuk "berbual" mengenai DSAI. Sebetulnya saya buntu dengan situasi dan keadaan ketika itu. CUMA SATU KEKUATAN SAYA. Dalam penasaran sentiman dan maklumat, saya di"tanya" setakat mana keyakinan saya terhadap isu DSAI. Barangkali berkat Saya sembahyang hajat mohon petunjuk atas semua yg berlaku SAYA MENJELASKAN BAHAWA BUKANKAH KEDUA-DUA PIHAK TELAH MASING-MASING MENYEDIAKAN KUMPULAN PEGUAM2 YG HEBAT TANAHAIR. MEREKA AKAN BERHUJAH DAN BERFAKTA, UNTUK MENENTUKAN SIAPA YG MAMPU MEMENANGINYA AMAT SUKAR SEKALI. MAKANYA KITA BERSERAHLAH KEPADA ALLAH S.W.T. DIA AKAN MENUNJUKKAN YG HAQ. Saya masih ingat itu pegangan saya pada ketika itu. Itu lintasan daripada hasil sembahyang hajat yg dibuat. Walaupun DSAI idola saya sebelum itu, Makanya itu jugalah jawapan saya kepada pihak polis.
Apa yg ingin diketengahkan disini ialah....AKHIR KETENTUAN TETAP DARIPADA ALLAH S.W.T. Buat Sdr. Saiful, jika sdr. dipihak yg benar jangan dibimbangi dengan barisan peguam all stars. Sekali allah s.w.t cuit pemikiran mereka, ketika itu jugalah sinar kemenangan akan berpihak kepada mereka. Lihat sahaja apa yg telah berlaku kepada Peguam Sulaiman Abdullah. Dia tegar pada mulanya tetapi siapa yg boleh melawan HIDAYAH ALLAH. SIAPA YG BOLEH MENOLAK KEHENDAKNYA. Allah itu maha berkuasa bukan?.
Teruskan bermunajat kepadanya ditambahlagi dalam bulan ramadhan al mubarak ini, bulan yg penuh dengan keberkatan dan pemakbulan doa. Ikhlas.
SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Sdr Saiful dan semua,
Terdapat kesilapan dalam taipan saya di perenggan ke dua akhir. Seharusnya ia berbunyi begini: Apa yg ingin diketengahkan disini ialah....AKHIR KETENTUAN TETAP DARIPADA ALLAH S.W.T. Buat Sdr. Saiful, jika sdr. dipihak yg benar jangan dibimbangi dengan barisan peguam all stars. Sekali allah s.w.t cuit pemikiran mereka, ketika itu jugalah sinar kemenangan akan berpihak kepada SAUDARA bukannya mereka. Maafi di tas kekeliruan ini. Ikhlas.

Saiful Bukhari said...

Ryzal: Terima kasih diatas kesudian saudara berkongsi pengalaman dan juga memberi ilmu serta dorongan utk saya meneruskan perjuangan ini. =) Salam Ramadhan buat saudara dan keluarga.

Unknown said...

Salam

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1430H

Cheguman said...

Tahniah Saiful kerana terus konsisten.

Ryzal 72,
Anda mengingatkan saya pada keadaan sekitar 1999. Memang benar apa yang anda tuliskan. Sebenarnya salah satu sebab orang kampung (haji, imam, bilal dll) kembali menyokong kerajaan ialah apabila melihat kebenaran sebenar selepas solat hajat dilakukan oleh pembangkang, ternyata memberi petunjuk bahawa kerajaan (Tun DrM) berada di pihak yang benar.

PaKMie said...

Salam Ramadhan Saiful dan family...

Kehadiran bulan yg mulia ini pergunakanlah sebaik mungkin. Doa2 dimalam hari itulah sebaik2nya utk Saiful menghampiri Allah SWT.

Kerakusan manusia yg bersifat binatang akan terserlah jua kemudian nanti. Pakmie yakin dan kwn2 juga yakin melalui penulisan2 Saiful hati dan naluri masing2 mulai tergerak bahawa kebenarannya ada pada Saiful.

Dari awal lagi mcm2 kerenah disebelah sana seolah2 persiapan dirinya utk melepasi halangan yg paling besar dlm pembicaraan nanti.

Orang bersalah tetap akan nampak kesalahannya samada melalui kesilapan tuturkata, bibit air muka ketika berbicara dan yg paling ketara ialah beliau paling takut utk menghadapi kenyataan...

Slmt Berpuasa, semuga puasa kita diterima oleh Allah SWT.

Kuatkan semangat dalam mencari kebenaran. Wpn ramai manusia menuju kejln kemungkaran, tetapi masih ramai lagi manusia mahukan KEBENARAN...Syabas Saiful,membuatkan kelicikan Anwar tersentak dan kali ini Anwar tidak bisa lepas lagi...

Asalamualaikum, wwww.pakmie.blogspot.com

warisan melayu said...

bro,

kebenaran akan terbukti jua akhirnya...

salam ramadhan buat anda dan para pendokong setia blog ini...

ntah laaa..... said...

salam...
x mau mhukum tp d bln mulia ni d doakn agar ALLAH swt membogel segala watak yg jahat yg merosakkn pemikiran orang islam...
slmt bpose maaf zahir batin...

Anonymous said...

sye percaya pda saiful.....sye doakan saiful menang di dunia dan akhirat..x de sape boleh lawan kebenaran termasuk si durjana itu.....aminn....

Unknown said...

Salam hormat,

Selamat datang ke SpotTheBloggers!. Blog anda telah disenaraikan kedalam BLOGGER'S DIRECTORY kami. Sila buat bantahan sekiranya blog anda hendak dikeluarkan dari senarai ini. T/K.

Selamat berkarya

Mesra Sokmo said...

jubur tahit busuk pun terliuk....macam2 fitnah kau ini, cari duit & glamour

Aku said...

Assalamualaikum saiful..

doa banyak2 ye..kita sama2 berdoa untuk kejayaan kebenaran.pasti Allah bersama saiful..

cuba doa waktu bukak puasa..banyak fadhiilat..Allah yang judge puasa kita..Dia Yang Maha Tinggi sendiri yang reward puasa..puasa sangat mulia..waktu berbuka adalah waktu penuh berkah..cuba makan sedikit dulu..kemudian..sembahyang dan doa banyak2 waktu iftar/berbuka...InshaAllah hamba yang ikhlas akan menang..shaitan akan give up.Itu kata shaitan di dalam al-quran..biar dari kalangan jin dan manusia..shaitan takkan dapat mengalahkan hamba yang mukhlis.kerana cinta yang paling agung di sis Allah adalah keikhlasan.

kita sama2 meniti kebenaran inshaAllah..
Moga2 jatuh kebathilan dan semarak keagungan Allah.subhanallah.

Filter King said...

sudah sudah la saiful....i nasihatkan u....jangan lah lagi dok buat fitnah....dosa besar tau...kesian kat DSAI..dulu sekali TUN M fitnah dia....tapi Allah maha berkuasa...DSAI bangkit memperjuangkan keadilan...

Saiful Bukhari said...

Siti: Sekadar bangkit, tapi hasilnya? Lihatlah sokongan rakyat pada Tun skrg dan bandingkanlah antara kehidupan Tun dan DSAI skrg, siapa yang hidup lagi tenang?.. Sekian

Unknown said...

Siti: Mana U tahu Saiful dok buat fitnah. Kalau nak tahu janganlah Anwar terus-terusan menangguhkan perbicaraannya.Cepatkanlah perbicaraan barulah dapat dibuktikan sama ada Saiful fitnah atau berkata benar.

Sepatutnya kita bukan kasihankan DSAI. Dia bebas bergerak ke sana ke mari. Kita sepatutnya bersimpati pada Saiful yang tidak dapat bebas keluar demi menjaga keselamatannya.

Wong Pencen said...

"...bandingkanlah antara kehidupan Tun dan DSAI skrg, siapa yang hidup lagi tenang?..

Bandingkan pula kehidupan DSAI dan Saiful sekarang, siapa yang hidup lagi tenang?

Yang seorang bebas kemana-mana masjid untuk solat dan beribadah sedang yang seorang lagi nak keluar rumah pun takut. Dapat solat tarawikh di masjid pun jadi bahan paparan dalam blog.

Inikah kayu ukur yang Saiful gunakan untuk membuktikan kebenaran dan keadilan?

Saiful Bukhari said...

Abdul: Terima kasih
Wong: Sy berasa amat tenang, hanya mahu pastikan sy selamat utk memberi keterangan semasa hari perbicaraan nanti. ;)

Wong Pencen said...

Baguslah kalau Saiful berasa amat tenang sekarang. Cuma saya lihat terlalu banyak percanggahan dalam paparan-paparan, ulasan-ulasan dan jawapan-jawapan yang Saiful berikan dalam blog ini. Pada saya itu menggambarkan keadaan Saiful, lebih dari kenyataan Saiful.

Saiful Bukhari said...

Terpulang

Anonymous said...

Apa-apa pun, saya secara peribadi nampak sgt2 saudara di pihak yg benar. Jadi, teruskan usaha saudara kerana kejayaan saudara nanti akan membuktikan keburukan dan kebusukan sebenar anuar yg sedang diselindung dan ditutupkannya selama hampir 3 dekad ini.

Saya ingin menasihati saudara agar terus berpegang dgn tali Allah krn hanya tali Allah yg paling kukuh untuk tempat kita bergantung.Di samping itu teruslah memohon taubat di atas apa jua perbuatan saudara yg tersilap selama ini.

Setelah berusaha dgn sekuat usaha,
maka bertawakkallah saudara kepadaNya. Ketahuilah, org beriman akn mendapat dua kejayaan krn tiada istilah kalah bg pejuang islam. Amen, insyaAllah.