Saturday, August 15, 2009

Sumpah Laknat: Genap Setahun



Pada hari ini, 15hb Ogos 2009, genaplah setahun saya melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan. Tujuan saya melafazkan sumpah tersebut adalah untuk mempertahankan dakwaan saya(kebenaran). Ini kerana selepas sahaja membuat laporan polis, jutaan cacian dilemparkan kepada saya dan keluarga kononnya ia semua fitnah.

Pada mulanya, ia sepatutnya merupakan Mubahalah(kedua2 bersumpah). Idea untuk bermubahalah ini bukan datang dari pihak saya, ia disarankan sendiri oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri dan disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz. Boleh rujuk disini, sini, dan sini

Jadi selepas mendengar saranan tersebut, pada 7 July 2008, saya telah mempelawa beliau(DS Anwar) untuk bermubahalah, buktinya disini . Namun setelah pelbagai dolak-dalih diberi untuk tidak melakukannya, jadi saya terpaksa melakukannya sendiri demi untuk mempertahankan kebenaran.

Walaupun ia menimbulkan pelbagai kontroversi, kecaman, kutukan, fitnah, penipuan dan cacian, saya terima dengan hati terbuka. Namun yang pasti, saya telah melafazkannya. Tertuduh sehingga ke hari ini(sudah setahun) masih berdolak-dalih untuk melakukannya.

Salah satu kekeliruan:
"Sumpah dengan junjung Al Quran untuk tentu kebenaran" -Nik Aziz - 4 Julai 2008
"Sumpah Pegang Quran Tiada Dalam Islam"- Nik Aziz - 16 Ogos 2008

Wallahualam..

Kepada Allah saya berserah..


Yang HAK pasti BERDIRI yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan:

Nik Aziz dan Harakah - RBF
Penantian: Hari ke 400
Penipuan Imam Ramlang Porigi - Siri 1
Penipuan Imam Ramlang Porigi - Siri 2
Akuan Bersumpah Dijulang, Sumpah Laknat di hina
Hanya sekadar menegakkan kebenaran..
Buat Rakyat Malaysia..
Tangguh: Mainan Anwar cari 'keadilan' - Utusan

28 comments:

hilbertmontell said...

Salam sejahtera sdr Saiful,

Biar siapapun Nik Aziz itu yang seringkali berubah-ubah pendiriannya sama juga seperti "sesumpah," biarkan saja dia terjun dengan labu-labunya.

Tetapi yang paling penting ialah, saudara Saiful mesti kena terus yakin kepada diri sendiri bahawa anda tetap berada dipihak yang benar. Tabahkan hati dan kuatkan selalu semangat demi untuk meneguhkan keyakinan diri.

Berkenaan dengan Nik Aziz ni, saya 100% memang tidak mampu lagi untuk mempercayai apa juga yang dikatakannya. Benda yang sama..hari ini cakap lain, esok cakap lain, lusa cakap lain lagi. Maaf sekiranya saya mengata, tetapi itulah hakikatnya.

Mengenai Anwar pula, saya masih ingat berkenaan dengan kata-kata beliau semasa membentangkan belanjawan negara untuk tahun 1998 iaitu pada 17hb. Oktober 1997 sebelum beliau beliau dipecat dari jawatan TPM kerana kes moral juga.

Yang menariknya Anwar bercakap dalam bahasa Mandarin ketika mengungkapkan perkataan yang dipetik daripada kata-kata Kung Fu Tze yang bermaksud seperti ini "Yang bijaksana tidak keliru, Yang berakhlak tidak gundah gulana, Yang berani tidak gentar".

Bila saya melihat tindak-tanduk serta kelakuan Anwar apabila berdepan dengan masalah peribadi seperti kes liwat sekarang ini, maka terbuktilah kata-kata Kung Fu Tze itu adalah tepat dan benar. Kata-kata yang pernah Anwar sendiri ucapkan lebih 11 tahun yang lalu kini telah memakan diri beliau sendiri.

Kepada Saiful, jaga diri anda selalu dan harap anda akan beroleh ketenangan selalu disamping meneruskan langkah untuk menuntut keADILan yang tinggal cuma 17 hari lagi.

QasehNuryz said...

Salam Saiful..

Sabarlah..serahkan segalanya pada ALLAH.

kata-kata nik aziz? elok di tong sampahkan aja.dah tak relevan dah ore tua tu.arini ckp lain.esok dah jadi lain.huh

azrul said...

Nik Aziz nie, rasanya telah ditarik balik nikmat yang Allah pernah beri kepada beliau. Hari ini hatinya penuh hitam, fikirannya telah dipesongkan. Guru saya pernah memberitahu bahawa pada akhir zaman kelak salah satu tandanya adalah orang yang kelihatan alim, berilmu akan menggunakan segala ilmunya utk memesongkan akidah umat islam. Dan balasan Allah kepada mereka ini adalah azab yang amat sangat.

AnTi AljUbuRi said...
This comment has been removed by the author.
sayiful azuan said...

dsai sedang berusaha menangguhkan selama mungkin pendakwaan anda keatas beliau. saya yakin beliau sedang memperkemaskan jentera politik beliau untuk menawan malaysia pada pru yang ke -13 nanti. jika beliau menang perkara-perkara yang akan dibuat beliau pada malam kemenangannya ialah

1.melantik geng-geng beliau sebagai hakim mahkamah tinggi,mahkamah agung dan mahkamah rayuan.
2.memastikan tun dr mahathir didakwa dan dipenjarakan.
3.anda juga pasti didakwa dan penjarakan.

tetapi ALLAH itu Maha Besar dan dan Mengetahui..bersabarlah saudara, semoga yang hak itu menewaskan yang batil

Saiful Bukhari said...

Hilbert: Terima kasih. Semoga ramai yg terbuka mindanya. 17 hari lagi, baru permulaan utk dgr permohonan. JAdi, Akan ada byk lagi penangguhan. Namun saya tetap akan beristiqamah dlm menuntut keadilan.

Qaseh: Insyaallah, saya akan terus bersabar.

Azrul: Semoga beliau diampun dan diberi tawfiq dan hidayah dari Allah swt


Anti: Terima kasih diatas teguran ejaan.

Sayiful: Dia aim PR Dun Sarawak 2010-->Menang->MP Lompat(campur skt dr Sabah dan Semenanjung)->Kerajaan -> Kes Tutup

Saiful Bukhari said...

Hilbert: Terima kasih. Semoga ramai yg terbuka mindanya. 17 hari lagi, baru permulaan utk dgr permohonan. JAdi, Akan ada byk lagi penangguhan. Namun saya tetap akan beristiqamah dlm menuntut keadilan.

Qaseh: Insyaallah, saya akan terus bersabar.

Azrul: Semoga beliau diampun dan diberi tawfiq dan hidayah dari Allah swt


Anti: Terima kasih diatas teguran ejaan.

Sayiful: Dia aim PR Dun Sarawak 2010-->Menang->MP Lompat(campur skt dr Sabah dan Semenanjung)->Kerajaan -> Kes Tutup

Aku said...

assalamualikum,

saiful..ramadhan dah dekat..maka hamba2 Allah..dekat juga dengan Allah dalam bulan ini..

inshaAllah..mari kita ramai2 mohon pada Allah untuk keadilan saudaraku..buat solat hajat.Sepanjang bulan yang akan tiba,supaya kebenaran terbongkar.

ingat..saya dan keluarga sayang pada-mu wahai Ummat Muhammad(saw).

Semangat dan kasih sayang serta ukhwah mesti di perhebatkan sesama muslim!

Saiful Bukhari said...

Aku: Walaikumussalam, terima kasih diatas nasihat dan peringatan. Insyaallah, saya akan amalkan. Saya juga ingin mengucapkan selamat berpuasa buat saudara serta keluarga. Tk

Wong Pencen said...

Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

Dalam perkiraan saya, ada baiknya saudara tidak terlalu mempersoalkan kelewatan penyelesaian perbicaraan kes saudara.

Saya berpandangan sedemikian kerana kelewatan ini adalah sebahagian dari proses yang memang dibenarkan oleh mahkamah dan undang-undang. Walaupun saudara mempertikaikan tindakan Anwar Ibrahim, apa yang dia lakukan yang menyebabkan kelewatan tidak menyalahi undang-undang.

Terlalu mempersoalkan tindakan-tindakan beliau boleh menyebabkan saudara kelihatan seperti tidak yakin dengan proses perundangan sedangkan saudara sendiri yang mencari penyelesaian melalui proses undang-undang.

Saiful Bukhari said...

Wong: Saya setuju. Ia tidak menyalahi undang2. Namun sudah 1 tahun 3 Bulan dan akan bertambah kerana byk lagi permohonan beliau yg perlu didengar.

Bukan tidak yakin, tetapi saya dan keluarga cukup menderita kerana sehingga ke hari ini, saya terutamanya tidak dapat melakukan apa2 eg keluar, bekerja, etc kerana bimbangkan keselamatan dan ditindas masyarakat kerana tidak dpt bersuara menyatakan kebenaran(jika bersuara dan mendedahkannya,akan didakwa pula kerana menghina mahkamah)
Sekian

Seruling Senja said...

Wong,
Apa kata jikalau saudara Saiful dan ahli keluarganya, buat seperti apa yang siAIB buat...? Pantang ada perhimpunan rakyat dan orang ramai, Saiful dan familypun beria-iyalah menceritakan apa2 juga cerita his side of story, kemudian kutuk mahkamah tak adil sebab terlalu melayan kehendak AIB, walaupun peruntukan undang2 ada membenarkan, tapi, kenapa rakyat kebanyakan yg kena pertuduhan sebegitu terus kena sumbat dalam lokap at least 1 minggu...entend ke 2 minggu, remand! Saiful dan family buat press conference saban minggu tak habis2 ungkit apa juga yang tak sealiran dengan kehendak mereka adalah tak adil!?
Pendek kata, Saiful dan keluarganya buat sebijik sepertimana yg AiB dan keluarganya serta penyokong2nya buat...mempertikaikan mahkamah yang nampak macam "manjakan" sangat siAIB tu!!
Wong, boleh ke? Saya nak tau sangat ni bukan apa, sebab bila Saiful menyuarakan sedikit shj rintihan hatinya, pasti ada suara yang seolah-olah minta dia "DIAM"...jangan cakap banyak..!
Cuba bayangkan betapa tersepitnya beliau dalam mencari sebuah keadilan...bersuara salah tak bersuarapun salah!!!
Tapi, syukurlah, saya tangok sudah semakin ramai yang memberikan tanda sokongan pada beliau, yang mana Allah SWT sahajalah yang lebih mengetahui akan balasan buat hamba2nya.
Sabar....ada batasnya..!

Wong Pencen said...

Saiful

Bagi saya jangkamasa yang berlalu bukan 'sudah' 1 tahun 3 bulan tetapi 'baru' 1 tahun 3 bulan.

Tengok balik berita 12 Ogos 2009. Tan Sri Kasitah Gaddam dibebaskan dari tuduhan oleh mahkamah. Kes ke atas beliau bermula pada tahun 2004 dan berakhir tanpa beliau dipanggil untuk membela diri. Lima tahun untuk mahkamah memutuskan bahawa tiada kes prima facie terhadap beliau.

Dalam kes Saiful, peringkat pertama (menentukan adanya prima facie) sahaja mungkin akan mengambil masa lebih lama dari lima tahun. Sekiranya ujud prima facie, perbicaraan akan diteruskan untuk tertuduh membela diri.

Kalau didapati bersalah, adakah tertuduh akan berterima kasih kepada hakim lalu terus menerima hukuman dan berlari ke penjara? Saiful sendiri pun tahu itu tidak akan berlaku. Rayuan demi rayuan akan dikemukakan dan setiap satu rayuan boleh mengambil masa beberapa tahun.

Apalah 1 tahun 3 bulan berbanding dengan kemungkinan jumlah masa yang bakal Saiful lalui sepanjang perbicaraan ini. Saya berpandangan jumlah jangkamasa ini tidak akan kurang dari 5 tahun dan berkemungkinan juga ianya akan melebihi 10 tahun.

Untuk sepanjang masa ini, Saiful sebenarnya ada pilihan. Memang kebenaran dan keadilan wajib ditegakkan. Namun demikian dalam usaha menegakkan kebenaran dan keadilan, Saiful masih ada pilihan.

Pilihan-pilihan yang saya maksudkan adalah samaada Saiful mahu meneruskan kehidupan dengan mengasihani diri sendiri (self pity) seperti sekarang atau meneruskan kehidupan dengan bersemangat sebagaimana seorang pejuang.

Dalam keadaan sekarang, Saiful merintih, menghitung tahun, bulan, hari, jam dan saat. Sudah berapa lama berlalu dan berapa lama lagi akan berlalu. Pada masa saya menaip ini, hitungan Saiful menunjukkan ada lagi 15 hari, 07 jam, 16 minit dan 18 saat sebelum tibanya saat permohonan pengguguran kes didengar di mahkamah.

Memang Saiful nampak ada baiknya hitungan begini. Kalau dilihat dari ulasan-ulasan dalam laman blog ini dan banyak blog-blog lain, Saiful memang ramai penyokong. Ramai yang kesian dengan Saiful. Ramai yang marah sangat dengan tertuduh.

Apabila Saiful kata orang itu dan ini berbalik-balik cakap, dulu lain sekarang lain, ada sahaja orang lain yang sokong Saiful dan ikut menghentam orang yang Saiful maksudkan. Mungkin Saiful rasa seronok bila ada penyokong, bila ada orang kesian dan turut menyatakan 'justice delayed is justice denied'.

Itu satu kenyataan. Dalam masa yang sama jangan Saiful lupa ada lagi satu aspek kenyataan. Bagaimana ramai pun yang sokong dan kesian dengan Saiful, hidup Saiful dan keluarga kini "cukup menderita kerana sehingga ke hari ini, saya terutamanya tidak dapat melakukan apa2 eg keluar, bekerja, etc kerana bimbangkan keselamatan dan ditindas masyarakat".

Berapa lama lagi Saiful mahu hidup dalam keadaan ini? 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun? Sehingga kes selesai di mahkamah? Adakah dalam perkiraan Saiful, sebaik sahaja kes selesai dan tertuduh didapati bersalah, Saiful akan secara tiba-tiba diangkat sebagai hero oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Adakah pada masa itu, tidak ada lagi ancaman keselamatan dan penindasan masyarakat terhadap Saiful. Pemikiran sedemikian, dalam bahasa Inggeris dikatakan sebagai 'wishful thinking'.

Adakah apabila kebenaran sudah terbukti maka masyarakat terus akan memuja Saiful kerana berani. Memang ada yang akan berbuat demikian, namun Saiful wajar percaya bahawa ramai lagi yang akan terus mencemuh, mengejek dan memandang serong.

Apabila itu berlaku, apa pula yang akan Saiful lakukan? Sekiranya itu hanya berlaku 10 tahun dari sekarang, adakah Saiful akan menangguhkan kehidupan Saiful sepanjang masa ini.

Kalau demikianlah jalan ceritanya, memang wajarlah Saiful kesian pada diri sendiri. Saya pun kesian.

Wong Pencen said...

Seruling Senja

Saiful dan keluarga tidak boleh melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim kerana Saiful dipihak menuntut dan Anwar pula di pihak tertuduh.

Sekiranya Saiful buat sebagaimana tertuduh, akan gelak satu Malaysia. Beria-ia menuntut keadilan melalui mahkamah tetapi kutuk mahkamah kata tidak adil.

Sekiranya Saiful buat sebagaimana tertuduh, maka Saiful akan jadi seperti yang tertuduh. Seruling Senja sendiri tidak sepatutnya mempertikaikan mahkamah sekarang. Perbuatan mempertikaikan mahkamah sekarang akan mengundang kritikan pada masa akan datang, apabila Saiful menang dalam perbicaraan. Seruling Senja nak sokong keputusan mahkamah atau tidak.

Kalau sekarang pertikai, bila menang sokong, apa beza Seruling Senja dengan tertuduh?

Seruling Senja bersyukur kerana telah bertambah sokongan terhadap Saiful. Bagus tu tapi apa yang Saiful dapat sebenarnya. Dia sendiri berkata kehidupan beliau dan keluarga "cukup menderita kerana sehingga ke hari ini, saya terutamanya tidak dapat melakukan apa2 eg keluar, bekerja, etc kerana bimbangkan keselamatan dan ditindas masyarakat".

Saya memang bersetuju dengan pandangan yang meminta Saiful diam dan ikuti sahaja proses mahkamah tapi saya nak tambah sedikit, "Saiful, get on with your life".

Jangan tunggu. Teruskan hidup. Hidup Saiful bukan semata-mata untuk membuktikan dia di pihak yang benar dan tertuduh di pihak yang salah. Banyak lagi yang boleh dibuat dan perlu dibuat untuk menyempurnakan tanggungjawab kehidupan yang diAMANAHkan.

Satu lagi, saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan "Sabar....ada batasnya..!"

Bagi saya sabar tiada batasannya. Apabila kita sabar, maka kita sabar. Apabila boleh hilang sabar, maka kita sebenarnya tidak sabar. Jangan kelirukan antara sabar dan menahan sabar.

Orang yang sabar, dia akan terus sabar. Orang yang menahan sabar akan kehilangan sabar.

Saiful Bukhari said...

Wong: On S.Senja- He's just being sarcastic

Wong: Kalah, menang, jadi hero bukanlah matlamat saya, matlamat saya hanyalah utk memberi keterangan(amanah yg diberi Allah) serta mendedahkan segala bukti yg ada. Lebih pd itu, sy serah pada-NYA

Mcm2 blh terjadi selagi sy tidak memberi keterangan di Mahkamah.

Saksi 'Tiada'=Peluang tinggi Kes Tutup/OKT Terlepas.. Kes mendiang TBH salah satu contohnya dan perlu dijadikan iktibar.

Tidak perlu berhujah panjang lebar utk 'PSYCHO' saya kerana semangat saya TIDAK AKAN PUDAR walau apa keadaan sekalipun. =D

Adalah lebih baik saudara Mohon dan minta tertuduh spy hentikan dolak dalih. Ini no telnya 017-2802211 +17037252544(US) anwar.ib@gmail.com.
anwar.ibrahim@aiassociate.com

Sekian.

PUREHADHARIST said...

Salam Saiful,

Memandangkan DSAI adalah "bakal" PM apakata kita gerakkan satu kempen agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan kerajaan agar kes ini cepat diselesaikan dan untuk mengelakkan ditangguhkan lagi.....kita tengok gigil tak dia...

ruang bicara faisal said...

ada lagi kekliruan nik ajiz yang saya nak beri kpd saiful. link dibawah

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/08/lidah-nik-aziz-harakah-lidah-syaitan.html

Seruling Senja said...

Wong,
Apapun kata bicara, yang memikul bebanan adalah Saiful dan familinya. Saya cuma mengajak saudara meletakkan diri dalam keadaan Saiful..yg mana, pada pandangan zahiriahnya, nampak seprti mahkamah melayani segala kehendak siAIB...itu hanya satu pandangan ya.
Mungkin bagi tuan, sabar tiada batasnya, tapi bagi saya, sabar ada batas dan tempatnya. Terpulang pada pemahaman dan persepsi masing2. Kalau dah maruah diinjak-injak atau nyawa sampai terancam...mesti terus bersabar ke? Apa yang saya perhatikan, AIB dan para penyokongnya bebas sebebas-bebasnya "membelasah" saudara Saiful...tak kira tempat dan waktu...sehinggakan bila mereka dapat sedikit sahaja "bukti" yang memihak pada mereka...they will spin like there is no tomorrow. Bagi orang yang mampu berfikir dengan waras, mereka tahu bahawa kenyataan seperti contoh "tidak ada tanda tusukan - anal penetration from the forensic report"...itu cuma sebahagian dari apa yang ada dalam laporan forensic...pasti ada banyak lagi findings...kalau tidak masakan pihak pendakwa raya berani nak ambil kes ni..dan kalau tidak, kenapa ketua peguam anwar tarik diri...kalau tidak kenapa AIB bermati-matian tak mahu kes ini dibicarakan??? Tetapi, bagaimana pula pihak yang berwajib masih membiarkan AIB mengeluarkan statement yg berkait rapat dengan kes? Bukan sub-judice ke tu? Anak Ibrahim ni anak Istimewa Malaysia ke?? Sampaikan segala permintaannya mesti dituruti? Perkara-perkara yang seperti ini yg saya lihat penyokong2 Saiful pertikaikan...dan salah ke kalau ada pihak yang kasihan dan bersimpati padanya??

Buat mereka yg memberi sokongan dan simpati, saya pasti ini memberi kekuatan dan membakar semangat Saiful untuk meneruskan tuntutan pada sebuah keadilan...tidak ternilai rasanya budi baik mereka2 ini!!!

Ini bukan kes kasitah gadam bang, ini kes si insan kerdil menentang siGergasi yg tinggal beberapa langkah jer lagi menjadi orang nombor 1 Malaya. SiGergasi ni pulak lengkap dengan segala jentera dan bala tenteranya, sedangkan siInsan Kerdil ni, tiada punya apa selain KEBENARAN sebagai senjatanya dan bertawakkal pada Yang Esa.
Soal DIAM tu, saya rasa Saiful akan DIAM kalau AIB dan pentaksub2nya tolong DIAM..!!!

hilbert said...

Salam 1Malaysia untuk semua...

Seruling Senja, saya setuju sekali dengan pandangan serta pendapat yang anda berikan. Memang betul, yang menanggung segala beban adalah Saiful sekeluarga, jadi tidak wajarlah bagi saya jika sedikit ruang yang ada untuk Saiful menyuarakan tentang keluhan isihati beliau supaya dapat dikongsi bersama dengan orang lain yang prihatin pun hendak dipertikaikan.

Juga, sebagai rakyat biasa kita yang memberi sokongan jitu kepada Saiful dalam kes ini bukan mengharapkan apa-apa dari apa juga keputusan kes ini nanti tetapi apa yang pasti yang terletak lebih jauh disudut hati kita adalah semata-mata hanya ingin melihat erti KeADILan sebenar dapat ditegakkan dan bukannya dicondongkan.

Apa juga yang diluah kita didalam komen pada setiap artikel Saiful terbitkan tidaklah boleh dilihat oleh sesetengah pihak sebagai satu keadaan dimana untuk mempertikaikan apa jua keputusan oleh Mahkamah, kita pun sedar jika kita berbuat demikian ertinya kita telah menghina mahkamah..tetapi biasanyalah apabila setiap sesuatu keputusan awal, pertengahan atau akhir yang dibuat oleh mahkamah tentu sekali akan mengundangkan berbagai reaksi daripada masyarakat umum. Dan semestinya masyarakat memang tidak terlepas dari membicara soal-soal yang berkaitan.

Perkara seperti ini bukan saja baru berlaku sekarang tetapi sejak dari dulu lagi dan pasti akan sentiasa begitu untuk selamanya selagi manusia yang bernama manusia tidak mampu untuk melontar jauh-sejauh-jauhnya perasaan buruk sangka terhadap pihak lain dari lubuk hati mereka, maka ianya tetap akan kekal menjadi sebahagian dari sifat semulajadi manusia.

Apa yang penting sekali ialah, jika mahu sebelah pihak "DIAM" maka perlu juga pihak disebelah turut "DIAM'...sama-sama menghormati undang-undang. Dalam hal ini tiada lagi timbul soal "Anwar pihak yang dituduh serta Saiful pihak yang mendakwa" kerana kes ini sudah menjadi kes Mahkamah hendaknyalah semua pihak menghormati mahkamah.

Tetapi apabila sebelah pihak pula yang tidak putus-putus sibuk berusaha meminta itu ini agar kes tersebut digugurkan, jadi "seandainyalah" permohonan itu berjaya kelak, bagaimana lagi KeADILan dapat dicari dan ditegakkan???

Jadi adakah juga tidak perlu bagi sebelah pihak iaitu yang mendakwa untuk menggunakan hak beliau untuk turut sama berusaha agar kes ini tidak digugurkan walau dengan berbagai cara apa sekalipun supaya perbicaraan dapat diterus demi KeADILan???

Kes Kasitah Gaddam tidak boleh disamakan dengan kes Saiful. Itu kes lain... saya juga sangat setuju dengan komen Seruling Senja berkenaan perkara ini.

Terima Kasih.

Saiful Bukhari said...

Pure: Bakal PM? SSDJ? Mungkin blh dibuat sekiranya nasib saya spt mendiang TBH.
SS, Hilbert: Wong ni keliru atau buat2 keliru, Kasitah Gadam OKT, saya mangsa/saksi utama. Satu lagi, at least KG punya kes dh bicara dan selesai, saya ni bicara pun belum tp OKT, semua Mahkamah dia dh pg bangkit soal yg tak releven langsung dgn kes.
rbf: Thanks bro

kadiology said...

wong.

dalam kes kasitah gaddam. sebenarnya kes tu lambat bukan sebab mahkamah, tapi zaman pak lah dulu dia nak jadik hero cepat sangat nak tunjuk pada rakyat konon2 pak lah adalah orang yang anti rasuah. rakyat yang tak berfikir panjang akan berfikiran, wah! pak lah begitu bagus! cepat2 nak hapuskan rasuah!'

tapi yang orang tak sedar, kes kasitah, kes eric chia memang dalam siasatan zaman tun dr m lagi. tapi akibat pak lah begitu gopoh nak tunjuk hero, sejurus lepas jadik pm, dia arahkan AG dan polis buat siasatan separuh nmasak dan bawak kes ke mahkamah segera mungkin. ko bayangkan kes masih dalam perinbgjat separuh masak tapi AG kena bawak kes ke mahkamah? akibatnya eric chia dan kasitah punya perbicaraan sangkut sana sini, last2 bukan sahaja perbicaraan ambil masa lama, tapi takde kes prima facie pon. ini semua kerana pak lah gopoh!

kes saiful adalah berlainan dan tak sama dengan kes white collar crime macam kasitah dan eric chia yang begitu teknikal. sebenarnya wong, kalau kes nak settle cepat, tak perlu 5 tahun, kes jenayah macam saiful ni kalau takde dolak dalik, 3 bulan pun boleh.

saya berpendapat saiful takde pon mempersoalkan kredibiltii mahkamah. yang di persoalkan ialah pihak tertuduh yang suka melambat lambatkan perbicaraan. ini mengundang persoalan, kalau tak bersalah, kenapa takut sangat sampai tangguh sana sini? mahkamah boleh membenarkan permohonan teknikal tertuduh, tak salah pon dari segi undang2, tapi dari segi moral dan logik akal, tertuduh sudah menunjukkan yang dia seorang yang penakut. ini sahaja sudah memadai untuk rakyat menilai sejauh mana sifat dan perangai tertuduh ini.

wong, life goes on. betul cakap kau. tapikan ko bayangkan lah, orang bukan setakat cemuh, tapi kalau boleh, nak orang yang membuat aduan ini MATI. kita kat luar ni cakap senang lah, esok saiful buat kehidupan dia seperti biasa atas alasan life goes on sekali kena cepuk dengan orang suruhan tertuduh bagaimana? ingin aku ingatkan, tertuduh pernah ada rekod UGUT kepada saksi saksi tertentu masa kes tahun 1998 dan pertuduhan itu tidak pernah pon di batalkan oleh mahkamah di peringkat persekutuan dan rayuan. hukuman bersalah dalam kes pendakwaraya lawan anwar tahun 1998 masih kekal! ingat tak 'gempaq' yang rahim king dan maamin buat kepada umi hafilda dan azizan dan arahan2 kepada cawangan khas untuk menangkap mereka sampai terpaksa sorok kat rumah dr ristina? ingat wong, masa tu si tertuduh BARU sahaja TPM, dah pandai ugut orang yang menuduhnya meliwat.

kau kena ingat jugak isteri dan anak azizan sejurus selepas azizan buat akuan bersumpah depan pesuruhjaya sumpah MATI kerana di langgar oleh sebuah pajero dan sehingga kini orang yang melanggar mereka tidak dapat di kesan! nasib baik azizan hidop kalau tidak saksi utama ni pon mati! hah, aku takde lah tuduh si anwar tu plak bunuh orang, tapikan kalau aku jadik azizan, aku pon fobia! apahal aku lepas mengaku kat polis aku kena bontot, tetiba isteri dan anak aku mati kena langgar?! kebetulan ke?

so kalau kau fikir saiful boleh jalani kehidupan dia seperti mana aku, kau dan orang lain eloklah kau fikir 20 kali. kepada saiful, teruskan berjuang!

Aku said...

Bismillah,

assalamualaikum,

Ramadhan adalah bulan penuh berkah dan keajaiban.

Di bulan inilah di turunkan Al-Quran yang penuh hikmah dan keajaiban. Kedatangannya di nanti para pecinta Diri-Nya, Rahmat-Nya dan kemurahan-Nya.

Di bulan inilah sang pengemis menjadi kaya.Biar pun pengemis kekayaan dunia atau pahala.Semuanya mengemis pada Allah SWT dan mendapat kekayaan.

Pengemis adalah gelaran kemuliaan bagi sang hamba dan Dialah Allah yang Maha Agung,Tuan yang Maha Sempurna dan penuh keadilan.

Kami panjatkan pada-Mu ya Allah doa yang tak putus-putus demi rahmat dan kasih sayang Mu.

Kami panjatkan ya Allah permohonan keadilan buat saudara kami Saiful bukhari yang sedang beruang menuntut keadilan. Setelah setahun umur sumpah beliau, maka Engkaulah penebar keadilan yang Sempurna.

Moga pendusta dan penzalim jatuh di dalam kehinaan walau di mana2 mereka berada supaya mereka sedar akan kedurjanaan mereka.Sesunngguhnya Engkau membenci kezaliman dan pendustaan ya Allah.

Ya Allah kami alu-alukan bulan indah lagi permai dengan tunduk dan patuh pada-Mu melalui kekuatan-Mu yang Hakiki.

Ya Allah kembalikan kami semua ke jalan-Mu dan jatuhkanlah kekafiran dari dalam diri kami.Hapuskanlan ego kami terhadap-Mu ya Allah. Satukan hati kami dengan kebaikkan-Mu.
Jauhilah kami dengan kemunafikkan dan Ulama yang jiwanya seperti bangkai yang membusuk dan bila terhidu ilmu mereka hati kami menjadi gelap.ya Allah..Ya Allah.Ampunkan kami.

Sedarkan kami..sesungguhnya bala yang telah Engkau jatuhkan pada kami hari ini adalah nikmat taubat yang engkau berikan kepada kami.Sedarkan Ummat Islam Melayu ya Allah..supaya mereka kembali pada-Mu dan jalan Nabi-Mu Muhammad(saw).Bukan jalan yang penuh benci sesama Ummat ya Allah.

Kasihi kami Ya Allah..doronglah kami kepada-Mu ya Allah. Haspuslah keegoan dan riya' dari hati kami ya Allah.

Ya Allah Engkaulah yang berhak ke atas jiwa,ruh dan tubuh kami. Jemputlah kami dengan lilitan shahadah di seluruh kewujudan kami ya Allah.

ya Allah,kami pohon sekali lagi ya Allah..bantulah saudara kami Saiful Bukhari.Buktikanlah penerimman-Mu yang maha Agung terhadap sumpah beliau.Jatuhkanlah penzalim walau di mana mereka berada.

Kami bersama-sama pengadilan-Mu ya Allah.Menerima apa sahaja hukuman pengadilan -Mu ya Allah.Buktikan siapa yang bersalah dan siapa yang tidak bersalah ya Allah. Hapuskanlah perosak agama-Mu dan kumpulan-kumpulan mereka ya Allah. Masukkanlah kami di dalam rahmat dan keampunan-Mu ya Allah.

Haspukanlah budaya tunding jari dari kalangan kami ya Allah.Sedarkanlah kami yang kami ini pendosa yang perlu meletakkan kasih sayang dan belas kasihan di dalam diri kami untuk Ummah RasulAllah(saw).

Demi Rasul-Mu yang paling Engkau cintai ya Allah..terimalah doa kami wahai pemilik hamba2-Mu.

ya Rahman Ya Raheem ya dzaljalali wal ikram.Ya Allah Ya Allah.

Allahumma Ameen!!

ehsan said...

kalo saudara betol2 hendak menang..
saudara ceritakan kepada media kerajaan skrg mcm mana si AIB boleh liwat saudara..
sy bercakap berdasarkan pendapat..
kebanyakkan org betol2 sangsi dgn kes saudara ini dimana saudara dgn rela hati atau saudara dipaksa untuk diliwat...
ceritakanlah hal sebenar kpd media..
biar seluruh rakyat Msia tahu cerita sebenar bermula dari saat saudara diliwat..
saya percaya dgn cerita tersebut,rakyat mula memberi support kpd saudara..

Saya mengaku saya mmg pro pakatan tetapi kebanyakkan penyokong2 pakatan tidak mempercayai saudara walaupun saudara telah membuat sumpah laknat..

ape yg saya inginkan dan semua org inginkan hanyalah cerita sebenar bermula saat saudara diliwat...

jika saudara berani,luahkanlah semuanya..
jjika tidak sesiapa pon tidak mempercayai saudara..

Saiful Bukhari said...

Kadio: Thanks bro.. Mmg mantap. Harap Wong dan yg lain2 membacanya.
Aku: Terima kasih diatas doa yang diberi. Saya amat terharu dan menghargainya. Semoga Allah membalas jasa2 saudara. Salam ramadhan

Ehsan: Di Mahkamah. Diluar boleh didakwa kerana menghina Mahkamah(masuk penjara). Saya sudah lama bersedia utk beri keterangan. Semua, tidak kira sesiapapun, kita ada satu "common ground", iaitu utk mengetahui KEBENARAN.

Spt saranan saya pada saudara Wong, Adalah lebih baik saudara Mohon dan minta tertuduh spy hentikan dolak dalih bg mengetahi kebenaran. Ini no telnya 017-2802211 +17037252544(US) anwar.ib@gmail.com.
anwar.ibrahim@aiassociate.com

Sekian

FNSyareena said...

Wahai Encik Saiful Bukhari, apa yang boleh saya katakan disini, sabarlah. dan banyak-banyakkan berdoa.
InsyaALLAH. kebenaran akan diketahui. Sesungguhnya, kita sudah sedia maklum, ALLAH bersama orang-orang yang benar. Banyak2kan berdoa.
yea? Saya sokong anda walau apa pun. :)

saleh said...

sumpah perlu dibuat oleh yang menuduh ke orang yang kena tuduh?

Saiful Bukhari said...

syareena: terima kasih ;)
Saleh: Baca ini http://jasindaily.blogspot.com/2008/07/sumpah-dengan-junjung-al-quran-untuk.html

Melati said...

Saudara,
Bersabarlah... Yang benar itu akan berdiri juga.

Saya nasihatkan saudara sentiasa melakukan solat tahajud, solat taubat dan solat hajat untuk melancarkan proses urusan mahkamah tanpa dolak-dalih bekas TPM itu... semoga proses penerimaan doa kita semakin mudah diterima Allah S.W.T..

insyaAllah!biarlah dia dengan sandiwaranya, kerana penyokongnya pasti akan berasa pelik...

"Kenapa pemimpin aku ini sentiasa melambatkan perbicaraan... Kalau dia mahu rakyat tahu yang dia itu tidak bersalah, pasti dia akan segerakannya"

Saya nampak rayuannya untuk melewatkan perbicaraan hanyalah memakan dirinya sendiri.

Usahlah saudara bergundah gulana. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.. dan Dia ada perancangan yang paling hebat!