Sunday, August 2, 2009

Penantian: Hari ke 400


Hari ini genaplah 400 hari dari tarikh saya membuat laporan polis iaitu pada 28 Jun 2008. Ia juga merupakan jumlah hari sehingga kini(akan bertambah), dimana saya terpaksa menunggu hari Perbicaraan Utama untuk kunjung tiba.

Untuk makluman, walaupun Perbicaraan Utama belum bermula, mengikut rekod, dari hari pertama pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, sudah lebih kurang 15 kali perbicaraan ini ditangguh. Perbicaraan Utama sepatutnya bermula pada 1 Julai 2009.

Ia ditangguh atas pelbagai sebab dan alasan. Selain dari menunggu keputusan bantahan/permohonan, Ia termasuklah dengan tertuduh membawa isu yang tidak relevan i.e sijil tidak sah konon kerana kes mata lebam 10 tahun dahulu(memakan masa lebih kurang 11 Bulan, M.Sesyen>M. Tinggi>M.Rayuan), memohon untuk dapatkan bahan bukti dan dokumen asal, memohon untuk gugurkan kes sebelum bicara, ketua peguambela 'sakit'(akhirnya tarik diri) dan pelbagai alasan lagi.

Setiap kali perbicaraan/permohonan pula, ia akan memakan masa beberapa hari ataupun berbulan lamanya untuk didengar dan diputuskan. Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir telah mengulas mengenainya(undang2 diperkotak-katik). Walaupun ia ditulis secara umum, namun senarionya persis seperti apa yang sedang berlaku dalam kes saya. Boleh rujuk disini.

Harus berapa lama lagi saya perlu tunggu? Kebiasaannya, isunya adalah tertuduh atau mangsa dalam satu perbicaraan perlu menunggu hari hakim membuat keputusan(Judgement Day) yang kadang kala memakan masa yang agak lama, tapi dalam kes saya, tunggu hari perbicaraan utama pun sudah memakan masa lebih setahun.

Setiap hari ia ditangguh maka risiko(keselamatan saya dan saksi) semakin bertambah. Ini kerana penjenayah(tertuduh) masih bebas. Saya tidak mahu menuduh tertuduh mengancam keselamatan saya namun dari segi logik akal, mereka yang terdesak akan sanggup berbuat apa sahaja.

Selain itu, setelah menanti untuk sekian lama, tertuduh pula mohon supaya pertuduhan digugurkan sebelum perbicaraan(gugur kes).

Sudah banyak artikel saya telah tulis sebelum ini. Boleh rujuk di slot pautan di penghujung entri ini.

Walaubagaimanapun, saya tetap sabar dan redha dengan percaturan Yang Maha Esa. Jika dilihat dari sudut yang positif, saya bersyukur kerana sebenarnya banyak hikmah disebalik kelewatan ini. Itulah kebesaran Allah swt. Saya tidak mahu sebut hikmah-hikmah tersebut, mungkin anda boleh fikirkannya sendiri.

Kepada tunang tersayang, bapa, adik dan seluruh keluarga yang masih bersabar, tidak putus asa memberi sokongan dan dorongan, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Walaupun banyak dugaan yang terpaksa mereka tempuhi sepanjang perjuangan ini I.e dicerca, dimaki, ada yang dibuang kerja kerana saya(kerajaan dan swasta), mereka tetap tabah. Saya doakan semoga Allah terus memberi kekuatan dan keberkatan pada anda semua.

Begitu juga kepada sahabat-sahabat saya , terutama sekali sahabat-sahabat Blogger, 'Forumer', walaupun tidak pernah bertemu, saya amat menghargai jasa-jasa anda sekalian. Saya amat terharu dengan sokongan yang telah anda semua berikan selama ini. Saya berdoa semoga berkat keikhlasan bantuan/sokongan anda semua dibalas Allah S.W.T

“Perjuangan belum selesai, hanya mereka yang cekal dan tabah akan berjaya” - Tun Dr Mahathir (saya edit sedikit). Justeru, saya akan terus cekal dan tabah! Hari ini hari yang ke 400, biarlah hari yang ke 500, 600, 1000 sekalipun saya tetap akan tunggu dan bersabar. Kebenaran tetap kebenaran, tidak ada apa yang bisa menghapuskannya melainkan Allah swt. Jika tidak dibicara Mahkamah Dunia sekalipun, di Mahkamah Akhirat(Mashyar) PASTI akan dibicarakan jua!


Kepada Allah saya berdoa dan berserah..

Yang HAK pasti berdiri, Yang Batil Pasti Jatuh!


SAIFUL BUKHARI

p/s: Terima kasih diucapkan buat Awang Selamat diatas artikel ''Gugurkan Kes Saiful?'' di Mingguan Malaysia pada hari ini. Saya dan seluruh keluarga amat menghargainya. Semoga ia dapat membuka mata masyarakat dan pihak yang berwajib.


Pautan

ISA 'zalim, minta gugur kes saiful tak zalim? - Utusan
ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak ZALIM?
How to Muzzle your critics, Special message for politicians by Tun Dr Mahathir
Kes Teoh Beng Hock: DSAI tidak layak bicara soal keadilan
Terkilan.. Namun redha dan tetap hormati keputusan
Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
Detik-detik kebenaran
Mahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - Bernama
Menegakkan benang yang basah
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi
WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia

32 comments:

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
SYABAS UNTUK LU DAN SELURUH KELUARGA!!! SELAMA 400 HARI INI JUGALAH LU DAN KELUARGA TABAH DALAM SEGALA CABARAN DAN FITNAH YANG MELANDA.

KITA AKAN MENGHERET PESALAH CELAKA ITU KE MUKA PENGADILAN!!!

WE ALL SUPPORT SAIFUL BUKHARI!!!

Emptynest said...

Saiful, we are with you. Why is the government letting yang tertuduh bebas kesana kemari menghuruharakan negeri? Why isn't he arrested for menghina mahkamah for discussing issues yang masih dalam perbicaraan? Why does he get away? dimana keadilan? Ayuh rakyat semualet's unite for Saiful.

Saiful Bukhari said...

Gomo: Ia juga berkat doa dan sokongan bro dan sahabat2 bro(bloggers) selama ini.. Terima kasih!

Emptynest: Very much appreciated. For the questions, no comment.. But i think dats the benefit of being a politician. ''Semua lepas''

Anonymous said...

SLM BRO..SEMOGA SETIAP HARI YG DI HITUNG AKAN DIBERIKAN KEKUATAN PD BRO. SAYA AKAN TERUS BERSAMA MEMBERIKAN SOKONGAN TAK BERBELAH BAGI PD BRO DAN KELUARGA

Saiful Bukhari said...

Jeff: w'slm.. Terima kasih!

hilbert said...

Salam 1Malaysia buat Saiful dan seluruh keluarga,

Mudah-mudahan Tuhan terus memberi kekuatan kepada anda serta keluarga anda dan juga peguam anda bagi menghadapi hari-hari yang seterusnya.

400 hari memang jangka masa yang sangat lama bagi sesebuah Mahkamah untuk mengadili sesuatu kes. Perkembangan seperti ini tidak sesuai lagi buat masa ini dan tidak seiringan dengan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh kerajaan sekarang. 1Malaysia. Rakyat DiDahulukan. ..dan mungkin bererti bukan pemimpin politik yang harus DiDahulukan.

Jadi kita sebagai rakyatlah yang harus didahulukan, seperti apa yang telah diberikan kepada kes kematian misteri mendiang TBH. Belum pun sampai sebulan kes itu berlaku, sudah kecoh satu dunia mendesak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat itu.

Saya bukannya bermaksud nak mempertikaikan konsep 1malaysia itu, malah saya sangat menyokong dan ianya sangat baik dan sesuai untuk Malaysia yang punya penduduk dari berbagai kaum.

Jadi bagi saya lah, sesuatu yang baik seperti "konsep 1Mlaysia" itu haruslah juga diterjemahkan didalam mana-mana tindakan ataupun keputusan tanpa mengira mana-mana institusi ataupun apa-apa bidang.

Saya berpendapat adalah lebih baik juga sekiranya konsep 1Malaysia ini diperluaskan dan seterusnya diterapkan kedalam pentadbiran di Mahkamah. Maksud saya seandainya ada kes yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu ke Mahkamah yang melibatkan antara rakyat dengan pemimpin politik, maka Hakim-hakim hendaklah bertindak mengikut konsep 1Malaysia itu...rakyat yang jadi mangsa harus didahulukan dan "kewibawaan" Mahkamah DiUtamakan.

Maaf sekiranya saya ada menyentuh sedikit soal Mahkamah. Tetapi bagi saya, dalam soal ini saya berpandangan bahawa kita sebagai rakyat harus juga mempunyai pandangan bebas dan tidak terlalu terikat. Jadi untuk kebaikan bersama kita kena menegur juga mana yang tidak kena. Tegur bukan bererti kita menghina.

Kerana dalam kes ini semakin ia selalu ditangguhkan bagi saya ianya semakin menimbulkan tandatanya dalam hati saya...2hb September pulak...

?ingat tak projek 16 September 2008 dulu yang telah gagal...walaupun telah gagal namun mereka telah meneruskan permainan dengan mencipta satu pembentukan "kabinet bayangan".

Saya selalu ingat apa yang telah berlaku di Honduras baru-baru ini..dan apa yang telah menimpa nasib Presiden Manuel Zalaya, penyingkiran beliau menyaksikan pihak-pihak melaksanakan perundangan dinegara itu turut terlibat sama dalam penggulingan kerajaan Zalaya itu. Tidak sangka kan??..

Diharap Malaysia akan terus Makmur dibawah pentadbiran YAB Datuk Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri.

Apa-apapun harap 2hb September tidak ditangguh-tangguh lagi.

KeADILan harus diberikan kepada Rakyat.

Terima Kasih.

AnTi AljUbuRi said...

Jangan ragu, saya tetap bersama anda dan mendoakan supaya anda selamat dan tabah menunggu - walaupun seribu tahun lagi!!

INGAT: keselamatan diri-priority one!!

Saya sentiasa 'merayau' di alam cyber dan melakukan apa yang mampu untuk menyedarkan rakyat yang tertipu oleh al juburi.

Sejak semalam setiap posting saya akan akhiri dengan kata kata : "ISA zalim, gugur kes sebelum bicara tidak zalim?"-http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
Ada halangan??

Terlintas juga di hati nak buat 'topeng' wajah Saiful - Ada halangan??

(Lawaknya - takut kena sondol ngan al-juburi pulak .. wakakakkakkkk)

p/s delete mana yg perlu!

joe FZR said...

ALLAH BERSAMA ORG YANG BENAR...

Encik Kari Pintar said...

dosa memfitnah, lebih buruk dari dosa membunuh...

semoga anda insaf... dan tinggalkanlah puak2 toghut...

Allahuakbar!!!

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Selamat berjuang

bosanla said...

Salam saudara,
hanya allah yg tahu saudara di pihak yg benar atau tidak.. jika saudara dipihak yg benar.. cuba lah dekat kan diri dgn allah.. pergi lah mohon petunjuk di mekah.. mengerjakan haji atau umrah.. semoga allah beri petunjuk kpd mereka.

tq

Cahaya Biru said...

Assalamualaiku,

Bagi kami sekeluarga doakan semoga keadilan akan muncul di pihak yg benar walau pun tidak di dunia ini, ia akan datang juga dia akhirat nanti di mahkamah Allah.. Kerana Allah maha berkuasa..

Amin

abangijam said...

dari demi hari saya makin membenci anwar ibrahim.dulu sayalah penyokongnya...tiba2 bila baanyak membaca dari web pembankang dan pro kerajaan sendiri..saya sedar anwar ibrahim tidak ikhlas dalam perjuangannya..dan dia seorang penipu...sayangnya ramai lagi yang menyokongnya...Saiful..saya harap kes ini cepat2 diselesaikan agar pekung PENGKHIANAT itu terdedah..

wehavethenumbers said...

mudah untuk kata "sabar', tapi hanya empunya badan yg tahu beban nya. nak plak bila melawan seorang hamba Allah yg dianggap "dewa" oleh pengikut2 nya.

anyway, semoga ko & keluarga cekal mengjadapi ujian Allah nie. Aku doakan semoga kes nie dibicarakan secepat mungkin supaya seluruh rakyat Malaysia dpt tahu kebenarannya.

Jomulo said...

Salam...
apa yg aku nk ckp adlh YG BENAR ITU TETAP AKAN BENAR DAN YG SALAH ITU TETAP AKAN SALAH...kebenaran akan muncul gak satu hari nanti....harap saudara tabah menghadapi dugaan ini...

ahmad zainul abidin said...

Seperti komen yg lepas, cuma antara 2:

1. Jubur anda ada kuasa ajaib. Sudah masuk banyak kali pun, tetapi tetap tidak terkesan.

2. Anu Anwar ada kuasa ajaib. Boleh masuk tanpa meninggalkan kesan.

BUT listen, Allah mencipta alam semesta dan isinya dengan imbangan. Dia mencipta yg ghaib yg disampaikan kepada kita melalui wahyu yg perlu kita beriman tanpa soal. Dia mencipta sains agar manusia tidak menjadi bengong tanpa logik, sebab dan akibat.

Bontot anda bukan dlm perkara ghaib. Ia sains yg boleh dilihat dan diperiksa logik, sebab dan akibatnya.

Atas penipuan ini maka anda terpaksa membuat imej polishing dan mengulang2kannya. Anda perlu menyebut nama Allah sebanyak2nya, anda perlu guna istilah2, anda perlu ke mekah, ke jabal nur, ke gua hira'... utk mengukuhkan penipuan yg teramat bodoh. Maka seluruh rakyat Malaysia membeli akhbar dan membazirkan masa dengan membaca cerita bodoh ini.

Dlm kes ini, polis seperti bodoh. Menyerbu rumah pengedar dadah tanpa ada dadah di dalamnya. Walaupun maklumat sudah diperolehi dari risikan. Biasanya polis akan mengintip hingga berpeluang menangkap secara red handed utk memudahkan urusan mahkamah.

Dalam kes anwar, polis menjadi bodoh. Walaupun sudah ada maklumat tapi tindakannya macam budak sekolah main polis2.

Letak akal di tempurung lutut. Itu anda. Jgn anggap org sama bodoh macam tuan.

Saiful Bukhari said...

Zainul Abidin: Saya dengan berbesar hati menjemput saudara datang ke Mahkamah sepanjang perbicaraan berlangsung, mendengar dan melihat sendiri bukti2 yg bakal didedahkan. Atau jika tidak sabar, boleh call DSAI- 0172802211/anwar.ib@gmail.com, buat appointment, minta dia tunjuk segala laporan/dokumen, imej CCTV dan sebagainya yang telah diserahkan kpdnya sejak sekian lama. Sekian

Cheguman said...

Saiful,
Hebatnya ujian yg saudara lalui. Allah menguji hambanya mengikut kemampuan masing-masing.

Apapun, demonstrasi terbaru merupakan satu kerugian besar pada pembangkang. Rakyat rata-rata mula mempersoalkan tindakan tersebut dan dengan segera mengaitkan bahawa itu adalah helah Anwar untuk mengalih tumpuan rakayt daripada kes dia dan saudara.

Saiful Bukhari said...

Hilbert: Setuju! Rakyat bawahan didahulukan, bukan Orang Politik/Bangsawan didahulukan
Anti: Terima kasih diatas peringatan dan sokongan. Topeng? dh mcm 'Vendeta' nanti ;)
Joe: Insyaallah
Kari: Terima kasih. Saya sedia maklum. Semoga Allah membuka hijjab utk melihat kebenaran buat saudara
Abg Mie: Terima kasih. Selamat berjuang buat abg mie juga
Bosan: Kalau blh, mmg dah lama saya pergi. Namun keadaan tidak mengizinkan. Insyaallah, Allah berada dimana2.
Cahaya: terima kasih. Saya amat menghargainya.
Abangijam: Alhamdulillah, syukur.. Insyaallah, doa2kan agar Mahkamah tidak lagi melayan kerenahnya.
WHNumbers: Insyaallah, terima kasih diatas doa dan sokongan saudara.
Jomulo: Insyaallah! Terima kasih

Saiful Bukhari said...

Demang: Saya redha

ja.taipan181 said...

Setuju buat topeng saiful bila hadir ke mahkamah. Biar brader BABI tu tau yang saiful tidak bersendirian.

NFH said...

Salam Saudara Saiful,

Kata Saiful,
"Jika dilihat dari sudut yang positif, saya bersyukur kerana sebenarnya banyak hikmah disebalik kelewatan ini. Itulah kebesaran Allah swt. Saya tidak mahu sebut hikmah-hikmah tersebut, mungkin anda boleh fikirkannya sendiri."


Mengikut perkiraan saya, antara hikmahnya buat Saiful adalah:

1.Pengunjung blog ini semakin bertambah dari hari ke hari. Ini menunjukkan rakyat sudah semakin prihatin sekaligus gelisah dengan tundaan demi tundaan kes ini.

2.Perubahan positif dari ruangan komen jelas menunjukkan lebih ramai yang menyokong Saiful berbanding setahun yang lepas ataupun 400 hari yang lepas. Jika adapun komen-komen negatif amat mudah ditafsirkan tahap pemikirannya yang cetek. Biasanya mereka hanya tahu menghina mahupun mengguna retorik kosong yang dimainkan pihak Anwar.

3. Media telah mula menyebelahi pihak Saiful. Dapat kita baca kisah penderitaan Saiful di akhbar-akhbar utama negara.

4.Saya kira lebih lama kes ini tertangguh, akan lebih banyak simpati rakyat berpihak pada Saiful.

Apapun, saya faham Saiful hanya mahu memberi kenyataan yang pahit itu di mahkamah atas nama kebenaran.

Dan saya rasa hikmah yang paling besar ialah hari kebenaran itu merupakan hari yang akan menyelamatkan negara kita ini dari manusia keji bernama Anwar.

Ya benar Saiful, sekarang Saiful telah menjadi aset terpenting negara terutama dalam menyelamatkan orang Melayu dari terus khayal dengan retorik kosong dan berpecah belah.Dapatkah Saiful bayangkan?

Marilah sama-sama kita berdoa agar Saiful mendapat harinya di mahkamah.Insyallah..Amin

p/s- Saya bersimpati dengan segala dugaan Saiful sekeluarga. Semoga Saiful sekeluarga tabahkan hati.

Selamat berjuang di bulan Ramadhan. Saya sentiasa mendoakan agar Allah melindungi hambanya yang benar dan teraniaya.

Yana World said...

Salam saudara,

Maaf mencelah. Saya nie kurang sikit hal-hal politik dan memang kurang sikit dengan isu-isu semasa politik. Bukan aper, semua pihak ingin menyatakan kebenaran masing (walhal ntah betul ntah tidak). Tapi, sebagai warganegara Malaysia saya mesti ambil tau kan? Kes saudara nie memang kadang-kadang terfikir juga betul ke berlaku perkara begitu? Bila dikenangkan, tak mustahil juga perkara begitu berlaku. Contohnya memang dari zaman jahiliyah dan para anbiya' lagi ada kisah-kisah begini. Cuma, kebenaran atau tidak samada dari pihak saudara ataupun daripada pihak DSAI hanya ALLLAH sahaja yang tahu.

Sekiranya saudara menjadi mangsa. Saya amat bersimpati dan semoga ALLAH mempermudahkan urusan serta membantu saudara dalam menegakkan kebenaran. begitu juga sebaliknya jika DSAI yang menjadi mangsa.

Kes saudara nie memang susah untuk membuktikan keadilan sebab masyarakat taksub dan lebih mengenali DSAI berbanding saudara. Mungkin mereka merasakan saudara hanya satu daripada permainan politik negara. Tapi, sekiranya mereka berada ditempat saudara. Baru mereka sedar betapa susahnya untuk membuktikan segala-galanya.

Saya juga kurang pemahaman mengenai prosuder mahkamah. Tapi, secara lojiknya saya tertanya-tanya. Begitu senangkah untuk mendapatkan bahan-bahan bukti dari mangsa kes. Contohnya kes saudara yang DSAI dibenarkan untuk mendapatkan bahan-bahan bukti saudara. Macamna pula dengan kes-kes lain? Kes rogol ke, bunuh ke.. Boleh ke camtu?? Senangnya..

Dan yang amat saya kesali, kenapa kes pembunuhan SU parti politik tertentu tu diambil tindakan segera. Sedangkan kes saudara yang semua orang nanti-nantikan sentiasa ditangguh? Pelik juga...

Apa pun, semoga ALLAH sentiasa merahmati dan memberkati negara kita sentiasa aman dan sentosa. Tak rela negara kita dijajah dan tergadai kerana sikap kita sendiri.

Assalamualaikum..

AjymNarnia said...

Zainul Abidin:)

Silalah dtg ke mahkamah jika ingin tahu. Dan kalau terjumpa Anwar sila nasihatkan padanya supaya jgn lah menangguhkan lagi kes ini... kenapa harus takut jika ianya benar...

Syabas Saiful atas keberaniaan anda...

hardyzs said...

Salam saudara..

Politik Pakatan Rakyat adalah politik yang tak matang. Mereka sanggup membelakangkan Al-Quran apabila masih mencaci dan mencela lawan mereka. MEreka sanggup dilaknat Allah S.W.T asalkan hajat jahat mereka sampai. Sebagai contoh, Anwar Ibrahim sendiri memohon untuk menggugurkan kes sedangkan ianya tidak dibicarakan sendiri. Kenapa dia nak menggugurkan kes kalau dia berasa di pihak yang benar?. Seperti kanak2 yang da buat salah, apabila parent tanya pasti akan mengelak untuk menjawab.

BErsabarlah saudara, walau saya tak tahu samaada saudara berada di pihak yang benar atau salah, pasti yang salah akan di dikenakan hukuman. kalau di dunia dia lepas, kita ada MAHKAMAH AKHIRAT untuk mengadili perkara ini. ALLAH S.W.T Maha Besar.

Salam Perjuangan Buat Saudara.

zam said...

salam abang saiful..
teruskan berdoa..dan banyakkan bersabar..Allah sentiasa berada disisi orang2 yang sabar..suatu hari nanti kebenaran pasti akan menjelma jua..

zam said...

tertarik untuk saya mengenali diri anda dgn lebih dekat lagi..Salam perkenalan..mcmna sya boleh berhubung dgn saudara?...

ladybird said...

Selamat Berjuang Saiful....

Orix Concepts said...

Slogan "Lawan Tetap Lawan" dah masuk longkang.

Filter King said...

saipol...satu jer aku hairan....naper masa si nuar tu nak jolok pongok hang,,,,hang bagi...si tua bangka tu mana larat nak banding ngan hang gagah perkasa....pikir pikir pikir...pelik tapi benar..cuba kawan2 pakat renung dan fikir sejeka apa yg aku cakap kan nih,,,

Saiful Bukhari said...

Siti: Ada saya ckp sy benarkan? Bukan hanya saudari yang hairan, malahan jutaan diluar sana, tidak kira pada yg percaya atau tidak. Hanya melalui perbicaraan masing2 dapat meceritakan kebenaran masing2.

Ini, selagi boleh beliau tidak mahu sy memberi keterangan di Mahkamah. Selain itu, pelbagai dolak dalih dilakukannya utk melewat2kan malah ketahap mahu mengugurkan kes ini sebelum bicara. Mungkin saudari patut hairan mengenai ini juga?

Sekian.

Anonymous said...

Siti Rathmi: Kan baik kalau sdri boleh pujuk idola sdri supaya jangan menangguh-nangguhkan lagi perbicaraan ini. Semuanya akan dijelaskan di mahkamah nanti.

Sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu bila perbicaraan ini dapat dijalankan. Sdra Saiful sendiri juga mahu ia dijalankan segera.

Yang takut menghadapi perbicaraan ini hanya Anwar. Kenapa perlu takut kalau yakin tak bersalah. Lagi pun dia dah engage 12 lawyer untuk membelanya. Takkan pasang 12 peguam pun tak yakin lagi. He!He!