Tuesday, August 11, 2009

Mohon GUGUR seluruh pasukan Pendakwaan pula...

*ulasan saya dibawah*
Dari Utusan

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah perisytiharan agar barisan pendakwa raya sedia ada dikecualikan daripada mengendalikan pendakwaan kes liwat bekas pembantu yang dihadapinya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran membuat semakan kehakiman itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini pada pukul 11.35 pagi ini.

Dalam permohonan itu, beliau menamakan Peguam Cara I, Datuk Idris Harun; Peguam Cara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan barisan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin sebagai pihak responden.

Turut dinamakan sebagai responden ialah Pendakwa Raya dan kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan akhbar peguam belanya, Sankaran Nair, permohonan itu difailkan kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didakwa bertindak berat sebelah dan prejudis dalam pendakwaan kes itu memandangkan terdapat laporan polis dibuat terhadap Abdul Gani oleh Anwar. - Utusan

[Ulasan] Tiada kesudahan. Begitulah dolak-dalih terbaru tertuduh bagi melengahkan perbicaraan ini lagi. Beliau harus sedar bahawa seluruh rakyat sudah muak dengan semua dolak-dalihnya. Tidak kira sama ada yang percaya atau tidak, rata-rata mereka tidak sabar mahu Perbicaraan Utama dijalankan secepat mungkin bagi mengetahui kebenaran sebenar. Sudah setahun lebih ia ditangguh atas pelbagai sebab dan alasan.

Memetik luahan seorang sahabat saya di Facebook mengenai dolak-dalih terbaru ini; "Mungkin selepas ini dia akan minta gugurkan juga hakim dan bangunan mahkamah itu" . Seorang lagi; "Anwar nak gugurkan hakim serta pendakwaraya. Nak senang, Anwar lantik diri dia sendiri aje jadi pendakwaraya dan hakim. Tapi Anwar boleh buat macam tu kat tanjung rambutan."

Setiap permohonan akan memakan masa dan helah seperti ini hanya dibuat bagi melambatkan perbicaraan, boleh rujuk artikel yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir, disini..

Walaubagaimanapun, seperti yang saya nyatakan di artikel Penantian:Hari ke-400; "Hari ini hari yang ke 400, biarlah hari yang ke 500, 600, 1000 sekalipun saya tetap akan tunggu dan bersabar".

Kepada DS Anwar Ibrahim, janganlah selepas ini anda mempersalahkan orang ramai jikalau mereka bersikap prejudis(percaya saya diperlakukan sedemikian oleh DS) kerana sikap dolak-dalik Datuk Seri kini jelas bertentangan dengan prinsip DS sebelum ini iaitu ''LAWAN TETAP LAWAN''. Berani kerana benar, takut kerana..........


Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, Kepada Allah saya berdoa dan berserah..

Yang HAK pasti berdiri, Yang Batil Pasti Jatuh!

SAIFUL BUKHARI

Pautan

ISA 'zalim, minta gugur kes saiful tak zalim? - Utusan
ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak ZALIM?
How to Muzzle your critics, Special message for politicians by Tun Dr Mahathir
Kes Teoh Beng Hock: DSAI tidak layak bicara soal keadilan
Terkilan.. Namun redha dan tetap hormati keputusan
Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
Detik-detik kebenaran
Mahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - Bernama
Menegakkan benang yang basah
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi
WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia

17 comments:

Azizi Burn said...

aku geram sangat niii.bila lagi si nuar nak masuk bicara??

saiful, jangan putus asa

NFH said...

Astaghfirullah...

Apa nak jadi dengan pengkhianat bangsa ni?

Maaf Saiful, saya memang harap sangat Saiful bersabar dengan dugaan yang sengaja diada-adakan oleh pengkhianat tu.

Tabahkan hati, berserah segala-gala padaNya. Saya harap pihak pendakwa tidak gentar dengan mainan peliwat tegar ni.

Hmm..nampak sangat dia bersalah! Terang lagi bersuluh

Unknown said...

Hey,

I heard you'll be charged in Syariah court come 25th Aug...betul ?

Anonymous said...

Dajjal tu melampau sebab mahkamah selalu berpihak padanya...
ikut kehendak dan layan kerenah nya.
Ingat............jgan sampai semua rakyat hilang kepercayaan pada mahkamah

pisau said...

bro..jangan putus asa,lagi dia tangguh lagi rakyat akan nampak wayang penipu haram jadah ni

Saiful Bukhari said...

Azizi: Tidak akan putus asa
Faiza: Insyaallah, saya tetap akan tabah. Ini semua kerja Allah, kita lihatlah shj ''result'' nya nanti..
Firdaus:Alhamdulillah.. Im ready for it.. But the question now is whats the purpose of being charge or witness in any court if he himself doesnt want this case to be heard?
EM: Semoga pihak2 'berwajib' membaca komen saudara ini.
Megat: Insyaallah.. Tk diatas sokongan

Mv Agusta said...

Saiful, inilah kebijaksanaan peguambela yang rata-ratanya keling paria

Saiful Bukhari said...

jamil: Bijak macam mana sekalipun, kebenaran tetap kebenaran.

Unknown said...

Saya berharap agar saudara terus bersabar dan jangan putus asa. Ingatlah Allah bersama orang yang sabar.

Tak apa lepas nanti kita lihat nuar akan tergagap gagap nak jawap di mahkamah.

Saiful Bukhari said...

Infiniti: Insyaallah. Tk

hilbert said...

Salam 1malaysia serta salam sejahtera Saiful,

Itulah. Semakin saya melihat reaksi mahkamah terhadap tuntutan "luar biasa" Anwar Ibrahim semakin kuat tandatanya bermain didalam pikiran saya.

Saya sebut sebagai "luar biasa" sebab mungkin belum pernah berlaku dimana-manapun tempat juga, seseorang yang telah diletak sebagai suspek terhadap sesuatu kes "meminta digugurkan" orang yang mendakwa dia.

Jika akan berlaku perkara yang sedemikian apa gunanya Anwar Ibrahim menggunakan 8 khidmat peguambela dia? Mereka itu semua nantinya di mahkamah nak berhujah dengan siapa kalau pengadu tidak diwakili oleh pihak pendakwa? Satu lagi, apakah Anwar Ibrahim sendiri yang nak menentukan senarai nama-nama bagi pihak pendakwa yang akan mereka tentang di mahkamah kelak?

Apakah Anwar Ibrahim nak letak Karpal Singh atau banyak lagi peguam yang terdapat didalam DAP dan PKR yang memang pakar didalam soal memutar-belit fakta dan sejarah negara sebagai barisan pedakwaraya yang baru?

Dalam pada pihak-pihak tertentu yang terlalu melayan kemahuan Anwar Ibrahim, saya melihat ada satu perkara yang tidak baik semakin menjalar dalam bidang perundangan di negara ini dan ini memang tidak sihat bagi sistem keadilan di negara kita, iaitu kecenderungan pihak-pihak tertentu menerima maklumbalas hanya berlandaskan kepada perasaan hati sendiri dan bukannya suara hati orang ramai.

Maksud saya ialah, hampir setiap apa saja kemahuan Anwar sebelum ini dipenuhi...jadi apakah kemahuan dia kali ini supaya kesemua barisan pendakwa digugurkan juga akan didengar,didengar,didengar...

Oleh itu, jika pihak yang berwajib mahu dilihat sebagai adil di mata Anwar serta pengikut serta para penyokong beliau saja... tetapi dalam pada itu, adakah pihak-pihak ini sedar atau tidak bahawa ianya juga akan dilihat dan pasti akan dirasa sebagai tindakan yang tidak adil bagi rakyat biasa, rakyat kebanyakan serta orang ramai keseluruhannya dimana golongan inilah yang sebenar-benarnya untuk diberi KeADILan yang sewajarnya jika diri mereka dianiaya.

Perkembangan ini semua tentu sekali akan membingungkan kita...semuanya seperti tidak terarah. Berkecamuk.

Kepada saudara Saiful, jaga diri selalu...dan bulan Ramadhan dah semakin hampir, semoga anda dan seluruh keluarga akan terus diberi kekuatan jiwa serta dikurniakan dengan keberkatan daripadaNya.

Terima kasih.

Zara Zuleika said...

menangis aku baca news article tu. apa lagi DSAI ni...

Saudara Saiful, saya seorang yg percayakan tntang "karma" iaitu setiap kejahatan yang dilakukan kpd org lain, Allah pasti akan balikkan kepadanya. Sabar aje dulu. Kita tunggu dan lihat apa yg Allah janjikan untuknya.

Dia boleh memutarbelitkan mahkamah dunia. Tetapi mahkamah Allah, dia tak boleh nak "gugurkan kes" or "gugurkan peguamcara" etc...

InsyaAllah...

azman said...

Assalamualaikum sdr.

Tak boleh ke dipihak pengadu membuat apa apa tindakan untuk mempercepatkan?.Mengapa mahkamah terlalu berlembut dengan peliwat ni?(Mahkamah telah terpedaya dengan tindak tanduknya yg akan menggunakan media antarabangsa)hebatkah peliwat ini????

Kami sedar penantian itu satu penyeksaan,dan kami selalu mendoakan semuga sdr didalam keredaan Allah jua.

Cheguman said...

Dari satu segi, tindakan Anwar itu menguntungkan kerajaan sebab semakin ramai rakyat yang mempersoalkan perjuangan Anwar. Cuma, saudara lah yang terpaksa menanggung bahananya.

warisan melayu said...

Salam 1Malaysia,

Dear Saiful, be cool & be patient for all of this...bersabar la wahai sahabatku, ingatlah dugaan ini dtg dariNYa.

Sy akan sentiasa bersama dengan anda dlm mengharungi ini semua...

PaKMie said...

Salam Saiful n kwn2...

Setiap tingkah laku dan perbuatan Anwar melenggah2 pembicaraan itu sebenarnya memakan diri beliau sdri...

Disebalik perbuatannya itu menambahkan lagi kepercayaan org ramai terhdp kerakusannya kpd perbuatan jahatnya itu.

Jika Anwar terbuti bersalah dlm Pembicaraan kes ini sdh tentu memberi impak yg besar dlm kehdpannya bkn setakat meruntuh semua sekali kareer politiknya. Keluarganya akan menjadi buruan. Anwar akan diburu oleh perasaannya sdri. Suatu hari nanti jika Anwar bersalah beliau tdk ubah spt anjing kurat...

Sabar Saiful...kebenaran tetap menunggu anda!!! anda tdk kesorangan dlm kes ini.

Asalamualaikum dan salam sejahtera.
WWW.Pakmie.blogspot.com

AnTi AljUbuRi said...

Alahai al juburi ..

Semua nak kasi gugur..

Kes nak kasi gugur..

Pendakwaan pun mahu kasi gugur..

Sulaiman SUDAH gugur!!

Lepas tu .. tangguh lagi

Minta hakim pula digugurkan ..

harap al juburi jangan gugur lagi

supaya rakyat dapat menyaksikan

bagaimana Saiful Bukhari mengugurkan Al Juburi di atas kejahatannya sendiri!!!

Gugurlah kejahatan, apabila datang kebenaran !!!

Saiful..hanya doa yang dapat ku bekalkan untuk mu!!