Friday, September 4, 2009

Gugur barisan DPP: "Ia Tidak Berasas, Mempersenda Keadilan!" - Tegas Pn See

Gambar semasa ceramah di Bukit Gelugor, P.Pinang, PRU-12.
Saya(berbaju biru) dibelakang tertuduh. Video di sini
[Ulasan saya dibawah]

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwatnya merupakan satu pencabulan terang-terangan dalam proses mahkamah.

Dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Peguam Kanan Persekutuan, See Mee Chun berkata, mahkamah sepatutnya menolak permohonan itu berasaskan yang Anwar memohon untuk melarang pasukan pendakwaan melaksanakan tugas berkanun mereka.

‘‘Permohonan ini tidak berasas. Hujah kami adalah permohonan ini digugurkan atau ditolak dengan kos,’’ kata Mee Chun.

Beliau berkata, pendakwaan berhubung kes liwat itu tidak boleh dikaji semula oleh Mahkamah Rayuan.

“Usaha itu adalah ‘‘benar-benar’’ serangan ke atas kuasa Peguam Negara mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau juga berhujah bahawa permohonan Anwar adalah untuk melemahkan kejayaan pendakwaan dalam perbicaraan jenayah.

Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai ‘‘sama seperti mempersenda keadilan’’.

Beliau menamakan Peguam Cara I, Datuk Idrus Harun; Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam menandatangani sijil Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah, jelas menunjukkan yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan ‘‘main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya’’.

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Mee Chun juga berhujah bahawa ‘‘kebimbangan munasabah bagi berat sebelah dan/atau wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah’’ oleh para responden terhadapnya adalah tidak berasas.

Katanya, semua isu berkait dengan perbicaraan liwat pada 1998, telah diputuskan oleh mahkamah dan Inkuiri Suruhanjaya Diraja.

Sebelum itu, peguam bela Anwar, R. Sivarasa berhujah bahawa permohonan semakan kehakiman perlu diberikan untuk menahan responden daripada melaksanakan kuasa mereka terhadap anak guamnya.

- Utusan
-------------------------------------------

[Ulasan saya]: Tahniah Pn See Mee Chun, Peguam Kanan Persekutuan diatas ketegasan Puan dalam mendaulatkan Undang-Undang daripada ia terus dipijak pihak tertuduh. Bayangkan jika semua OKT yang didakwa bertindak seperti tertuduh, hatta huru-haralah sistem perundangan/kehakiman kita.

Mana tidaknya, tertuduh kali ini memohon agar semua barisan pendakwaan digugurkan atas alasan mereka dilantik oleh Peguam Negara. Jika dibenarkan, maka tiada siapa yang boleh mendakwa tertuduh kerana kuasa melantik barisan pendakwaan hanya pada Peguam Negara.

Ironinya, Peguam Negara yang samalah yang akan didesak pihak tertuduh untuk mendakwa secepat mungkin sesiapa sahaja musuhnya yang disyaki/dituduh melakukan kesalahan. Namun, apabila diri sendiri didakwa, Peguam Negara yang sama tidak dibenarkan mendakwa serta beribu alasan lain diberi. Sungguh hiprokrit...

Benar kata Pn See, permohonan ini sememangnya tidak berasas dan seperti mempersendakan keadilan. Namun, bagi saya, pihak tertuduh tidak memperdulikan semua itu. Asalkan, beliau dapat menangguhkan Perbicaraan Utama selama mana yang mungkin. Selain itu, tertuduh juga mahu kes ini digugurkan sebelum ia dibicarakan.

Barangkali, inilah keismewaan OKT bertaraf VVIP. Jika rakyat biasa, mungkin sudah lama ia tidak akan dilayan.

Keputusan permohonan ini akan diputuskan pada 15 September 2009. Sama-sama kita nantikan.


Kepada Allah saya berserah..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan

Saiful persoal Anwar dapat keistimewaan?- Utusan
Justice Delayed; Justice Denied - Gelagat Anwar
"All Star" Vs The Truth
Tangguh ke 3 Nov.. Lagi..
Peguam Anwar, adalah Peguam Chin Peng (Raja Aziz) - Mykmu
Kes Teoh Beng Hock: DSAI tidak layak bicara soal keadilan
Sumpah Laknat: Genap Setahun
Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Penantian: Hari ke 400
Tangguh: Mainan Anwar cari 'keadilan' - Utusan
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi

16 comments:

Local Fighter said...

Saudara Saiful,
Saya agak hairan kepada sistem perundangan kita seperti dipermainkan?

Sebelum ni tak pernah saya dengar,sebab peguambela sakit perut kes ditangguhkan.

Orang ramai dah lihat mahkamah sudah hilang kredibiliti. Manakah keadilan jika layanan mahkamah berbeza-beza? Ini double standard namanya!!

Kalau rakyat marhaen yang kena..prosiding tak kelam-kabut macam ni.

Anwar ingat mahkamah tu hak dia ker? Hakim-hakim dimahkamah pun terlampau mengikut kata-kata Anwar. Kenapa? Saya bukan menghina mahkamah tapi inilah realiti dalam kes saudara ini.

Ingat, gaji,elaun dan segala kemudahan para hakim ditanggung oleh kerajaan. Buat kerja tu biarlah serius. Kalau tak nak,berhenti jadilah peguam Anwar!!

Saiful Bukhari said...

Fighter: Salam Saudara, bukan saudara shj yg hairan, malahan ramai diluar sana. Mungkin pengunjung yg Arif tentang undang2 dapat memberi ulasan dan pandangan mengenai persoalan ini. Tk

Kulup_Arapayung said...

Ini gara-gara kelemahan kerajaan yg memerintah dan kakitangannya. Kebanyak kakitangannya berkerja sambil lewa.Pendakwa begitu lemah sebab itu banyak kes terlepas.Baru baru ini ada 3 atau 4 kes rasuah yg melibatkan orang besar lepas.Jarang sekali kita dengar kes-kes orang besar didapati bersalah dimakhamah.

hilbert said...

Salam sejahtera Saiful, salam 1Malaysia, salam Ramadhan serta selamat berpuasa...

Sebagai rakyat biasa, rakyat yang tidak punya apa-apa kepentingan untuk negara..namun saya sangat berbangga hidup di dalam negara Malaysia ini yang aman, damai, harmoni, sejahtera dan selamat. Saya harap suasana seperti ini akan berterusan dan akan berkekalan untuk selamanya.

Tetapi adakah dengan perkembangan yang sering berlaku seperti sekarang ini akan memungkin kita untuk terus dapat mengecapi suasana bahagia didalam Malaysia ini sebagaimana yang kita harapkan melalui doa kita siang dan malam?

Adakah keADILan yang kita cari selama ini cuma akan kita perolehi apabila kita dipihak yang kuat walaupun pihak itu belum tentu dipihak yang benar TETAPI pasti kita akan hampa untuk mendapatkan keADILan itu jika kita dipihak yang lemah walaupun kita sebenarnya dipihak yang benar?

Apakah pihak tengah tidak melihat situasi seperti ini sekarang akan membawa semula rakyat biasa yang teraniaya seolah-olah belum pasti mendapat keADILan mutlak apabila dilihat ia seperti diadili dengan cara undang-undang rimba atau hutan. Siapa kuat dia akan tetap menang walaupun dia ganas, bengis, kejam TETAPI bagi yang lemah pasti akan menjadi mangsa dan terus-terusan menjadi mangsa, mangsa fitnah, mangsa cercaan, mangsa cacian, mangsa keadaan.

Biar apa-apapun diharap Saiful selalu menjaga diri, waspada selalu, yang penting jangan lemah semangat.

Apa yang dapat saya lihat dari usaha Anwar untuk terus menangguh dan terus menangguhkan kes ini, mungkin Anwar sendiri tidak menyedari bahawa tindakan beliau itu seolah-olah seperti dia sendiri tidak mahu melepaskan tuduhan liwat terhadap dirinya.

Jika sampai sepuluh tahun kes liwat itu ditangguhkan, maka selama itulah Anwar akan menanggung beban tuduhan terhadap dia. Iya, seperti seorang yang sedang memikul sesuatu benda dibahunya, lebih kurang..selagi dia enggan untuk melepaskannya..maka selagi itulah dia akan terpaksa menanggung sengsara menahan berat bebanan barang tersebut diatas bahu dia.

Apakah Anwar tidak berhasrat untuk melepaskan bebanan itu secara bijaksana? ...secara profesional? ...Secara orang yang selalu melaungkan "KeADILan untuk semua" "Ketelusan Hakim" "Kejujuran"..dan sebagainya yang baik-baik ???

antianwaribrahimdotcom said...

saya antara yang mengikuti kes ini secara berterusan dengan penuh minat. kadang2 tu marah jugak dengan permainan lawak bodoh anwar tu. kalau semua OKT buat kerja mcm anwar, alamatnya sampai bila kes tidak akan diadili. tapi lepas ni kalau ada rakyat biasa yg buat macam anwar sial buat, akan dilayan ke tidak? nampaknya sesuatu yang tempang berlaku di sini. mudahnya anwar mendapat segalanya demi "keadilan" diri sendiri.

Raja Mogudan said...

hakim yang sebenarnya di sini ialah ALLAH, tunggu dan lihat saja lah apa hukuman yang diterima nanti

RBF Online said...

berapa byk dia belit silakan,berapa banyak di nak putar silakan. yang pasti , anwar akan tersungkur di kaki kau saiful

AnTi AljUbuRi said...

Caya lah ...

Nampaknya Saiful sudah faham sedikit sebanyak ttg perundangan.

Nampaknya Saiful lebih faham fungsi dan tugas Peguam Negara berbanding dengan seorang bekas TPM.

Al juburi bersungguh sungguh untuk menyingkirkan/menggantung tugas Ghani Patail dan Musa Hassan - itulah keadilan yang ditonjolkan oleh anu war al juburi sebagai Ketua Pembangkang, belum lagi dia menjadi Ketua Kerajaan. Mengapa anu war al juburi sangat memusuhi mereka berdua??

Mereka berdualah yang telah berjaya memecahkan telor tembelang pertama milik anu war al juburi pada tahun 1998!!! Kalaulah tidak kerana mereka berdua, anu war al juburi akan kelihatan harum dan wangi sebagai (PM)??

Mereka tidak perlu disalahkan, kalau al juburi sendiri menternak telor tembelang. Tun Haniff lebih awal tercium bau tembelang anu war al juburi seawal tahun 1993, tetapi jenis anjing yang dah biasa makan tahu, tak dapat dimakan dihidunya juga !!!

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya bertemu buku dengan (ruas) Saiful!!!

Secara peribadi, saya juga tidak bersetuju apabila al juburi dibebaskan dengan jaminan bon .. bagaimana kesalahan yang setara dengan rogol yang membawa hukuman 5 ke 20 tahun dan boleh disebat lalu dibiarkan lepas dgn hanya jaminan. Akibat dari kebebasan sementara menunggu keputusan kes, dia mencari helah untuk melengah lengahkan kes .. mungkin sehingga dia tidak layak untuk disebat kerana umurnya yang dah tua!!

Namun... contempt of courts .. masih belum boleh dikuatkuasakan kerana kes masih belum dibicarakan hanya akan di sebut semula (to be re-mentioned pada Nov 3) ...(kurang pasti).. lantaran itu 'jurubicaranya' terus terus menjajakan lapuran pusrawi yang tidak boleh diguna pakai.

Pelik juga, bila dia juga menjajakan lapuran HKL, sedangkan dia mendakwa masih belum menerimanya??!!

"Saiful masih terbelenggu dalam kemerdekaan!!" akibat 'silat pulut' anu war al juburi...

Saiful Bukhari said...

Kurup: Integriti
Hilbert: Salam sejahtera, salam 1Malaysia juga buat saudara. Benar kata hilbert, rakyat biasa/bawahan akan sentiasa ditekan golongan atasan/berkuasa. Walaubagaimanapun saudara, saya tetap percaya dan optimis bahawa, sekuat mana pon seseorang itu, betapa besar kuasa yg mereka miliki, kebenaran tetap kebenaran, tidak ada sesuatupun yg dapat memusnahkannya kecuali Tuhan. Insyaallah, saya akan sentiasa berwaspada dan menjaga diri. Sebab itu, sdh setahun lebih sy tidak kemana2. Kerna, orang2nya 24 jam mencari saya. Tidak mengapa, asalkan selamat. Tragedi Mendiang Teoh Beng Hock perlu dijadikan iktibar...

AntiPkrSwk: VVIP didahulukan..
srixon: Insyaallah.
RBF: Sy tidak mempunyai apa2, semuanya datang dan berlaku dengan izin Allah.. Kebenaran yang akan menyedarkannya.
AntiAl-J: Pada hemat sy, mereka yg tidak mempunyai ilmu perundangan pun sudah boleh hidu muslihatnya. Its to obvious. Terima kasih diatas pandangan dan nasihat yg diberi. Sy amat menghargainya. Diharap, pelawat yg membaca juga akan mendapat manfaatnya.

kamal said...

INILAH NASIB RAKYAT BAWAHAN YANG SENTIASA MENJADI MANGSA ANWAR YANG TERUS MEMPERSENDAKAN UNDANG UNDANG.KALAU BENAR ANWAR MERASAKAN DIRINYA TIDAK BERSALAH KENAPA DILEWAT LEWATKAN DENGAN BERBAGAI BAGAI ALASAN BAGI MENGGELAKAN KES INI DARI TERUS DIKETAHUI OLEH RAKYAT.

SEBENARNYA ANWAR TIDAK BERANI UNTUK BERHADAPAN DENGAN SAIFUL DIMAHKAMAH KERANA SEGALA KEPUASAN NAFSU ANWAR SELAMA INI AKAN DIKETAHUI OLEH SELURUH DUNIA.KERANA ITULAH ANWAR SENGAJA MELEWATKAN TARIKH DAN AKAN MENCARI BERBAGAI ALASAN BEGI MELEWATKAN DAN CUBA UNTUK MEMBUANG KES INI.
TAPI KENAPA SEBAGAI SEORANG YANG DILIBATKAN DENGAN SATU KES YANG BERAT ,PAS TERUS MAHU MENJADIKAN ANWAR SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN.KERANA BAGI PAS YANG PERLU ADALAH MENDAPAT SOKONGAN DARI MEMPERTAHANKAN ASAS PERJUANGAN PAS ITU SENDIRI.

SILA JEMPUT KE http://kamalfarsya.blogspot.com/

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Sdr. Saiful dan semua,

Betul sebagaimana kata ramai bahawa rakyat semakin muak dengan penundaan demi penundaan terhadap kes sdr. Pemerhatian random yang dibuat menunjukkan bahawa rakyat semakin keliru dengan keadaan. SDr ada menyatakan bahawa sudah lama tidak keluar rumah etc kerana faktur keselamatan, dengan erti kata tidak merdeka sepenuhnya walaupun negara sudah 52 tahun merdeka. Tapi tak mengapalah Sdr. Saiful, sebenarnya HANYA FIZIKAL SDR SAHAJA YG TIDAK MERDEKA, TETAPI JIWA, PEMIKIRAN DAN HATI ALHAMDULILLAH MERDEKA TETAPI SEBALIKNYA BERLAKU KEPADA PAK SHEIKH KITA, FIZIKAL MERDEKA TETAPI JIWA, PERASAAN, PEMIKIRAN TERBELENGGU DENGAN DOSA/NODA YG DILAKUKAN. Itulah hikmahnya Saiful. Lihat sahaja Tun M dan DSAI, siapa yang nampak lebih tenang dan gembira dalam meneruskan kehidupan sebagai orang biasa?. Cukup nyata Allah s.w.t tunjukkan.
Saya juga penant menunggu tapi itulah ujian Allah s.w.t, INGAT PERISTIWA PENAWANAN SEMULA KOTA MEKAH OLEH NABI S.A.W?. BUKAN SEKEJAP MASANYA YG DIAMBIL OLEH NABI UNTUK BERJAYA- MENUNJUKKAN ADA KETIKA KEJAYAAN AKAN DATANG TAPI AGAK LAMA SEDIKIT. SO, BE TAWAKKAL.Ikhlas.

Saiful Bukhari said...

Kamal: Beliau tidak takut dengan saya, beliau takut pada kebenaran.
Ahmad: W'salam.. Terima kasih diatas info dan analisis yg diberi. kata2 saudara sedikit sebanyak meningkatkan semangat juang saya. Perjuangan Rasulullah akan dan sentiasa saya jadikan panduan dan pedoman bagi menegakkan kebenaran. Kerna sesungguhnya, Beliaulah ikon Kebenaran sepanjang zaman. Sekian. Salam

Unknown said...

salam saiful.

Abg dulu masa reformasi thn 98 pun abg sokong anwar, masa tu abg umor 30thn, anak seorg.

Duduk di JB, rata2 GLC masa tu ada internet, so tiap2 hari la abg tgk internet cerita anwar.Print dan edarkan ke mak bapak di rumah.

semua buku reformasi thn 98-03 abg beli, abg mmg suka cari kebenaran sendiri, tak harapkan utk dgr cerita dari mulut org lain. abg cari dan analisa sendiri.

kes thn 98 abg ikut rapat tapi masa tu almaklumlah sentimen anwar menguasai diri. mmg tak npk kebenaran.

sehingga lah dr.m retired. abg mula reverse semula dan analisa satu persatu.

tapi masa tu pemikiran abg dah semakin neutral, dan anggap ini semua hanyalah percaturan politik.

sbb tu abg boleh jamin anwar mesti boleh terlepas dlm rayuan dia yg terakhir. tapi terlepasnya anwar kali tu besar hikmahnya.

sehinggalah tercetusnya kes saiful, abg dah tak teragak2 utk sokong saiful. logiknya mudah, kalau dgn azizan, sukma, dulu anwar boleh klentong sbb kes tu berlaku suatu masa dulu.

tapi kes saiful baru saja berlaku, sudah tentu masa ketika dan bukti semua masih lengkap.

tapi mcm biasa la member2 opis semua masih tak percaya dan masih keras sokong anwar.

tapi abg tak peduli, mcm thn 98 dulu abg lah org pertama yg sokong anwar dari kalangan adik-bradik dan kawan2.

tapi kali ini abg juga yg pertama yg sokong saiful. tapi kali ni abg dah umur 40an dan dah ada anak 3 org, anak2 pun sudah besar.

pada pendapat abg, there is no turning back for anwar, sure he'll going down for this time.

anwar ni kalau dipenjara mcmana sekalipun tapi anggapan org ramai masih kata dia hero, dia tetap akan segar bugar dlm penjara.

nak lemahkan anwar ialah dgn buatkan semua org disekelilinginya cabut lari. tak ada penyokong. masa tu baru dia lemah.

dia cukup takut kalau org lain tau tembelangnya. tgk saja masa kes 98. dia boleh arahkan mohd said utk paksa ummi dan azizan keluarkan SD utk nafikan kes dia. sbb masa tu dia dah panic. dia nak lakukan damage control.

saiful kena fokus pada kes ini dan jaga diri baik2.

terima kasih.

ikhlas
abgUcup

Cheguman said...

Sebagaimana kejatuhan ramai pemimpin lain dalam catatan sejarah, maka Anwar juga tewas dengan nafsunya...

Saiful Bukhari said...

Sandhurst: W'slam.. Terima kasih kerana sudi berkongsi ttg kisah lalu. Alhamdulillah, Allah telah buka hijjab bg abg melihat kebenaran. Diharap, kisah abg ini dpt memberi kesedaran terutama pada mereka yg masih mempercayainya. Sekian
Demang: ...dan byk lagi faktor

Unknown said...

Saudara Saiful, pada tahun 1998 apabila Anwar dipecat, orang Melayu paling marah pada TDM termasuklah saudara pada masa itu.

Anwar dianugerah Allah dengan kepetahan berucap. He's a great orator. Itu sebab dia mudah untuk menghasut rakyat menyokongnya. Tetapi dia telah menyalahgunakan anugerah itu pada jalan yang tidak betul. Kerana dia, orang Melayu berpecah belah. Kalau dia benar-benar terinaya tak mengapalah. Tetapi dia membohongi rakyat khasnya orang melayu.

Yang benar tetap benar. Walaupun ramai orang tidak percaya apa yang Dr.Mahathir dedahkan, tetapi Allah maha mengetahui segala-galanya perbuatan kita, niat kita. Akhirnya mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara walaupun beliau telah di bela oleh lebih sepuluh orang peguam yang terhandal dan ditambah dengan khidmat bomoh-bomoh.

Kita ingat Anwar akan insaf di dalam penjara. Rupanya tidak. Cita-citanya untuk menjadi PM masih membara. Baginya setapak lagi untuk menjadi PM telah diragut oleh Dr. Mahathir (pada sangkaannya). Mungkin Anwar terlupa. 'Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(SURAH A-LI 'IMRAAN Ayat 26)

Saiful, yakinlah kalau saudara dipihak yang benar Allah akan tunjukkan. InsyaAllah.