Wednesday, September 2, 2009

Tangguh ke 3 Nov.. Lagi..


Inilah 'hasil' helah atau dolak-dalih tertuduh, beliau buat pelbagai permohonan untuk melewatkan perbicaraan. Mahkamah pula perlu mendengar setiap permohonannya. Setelah keputusan permohanan dibuat, salah satu pihak pasti tidak akan berpuas hati dan membuat rayuan. Rayuan pula akan memakan masa. Tidak puas hati lagi, ke Mahkamah Persekutuan pula. Proses diulang untuk permohanan-permohonanya yang lain.

Perbicaraan sebenar tidak juga bermula. Boleh rujuk artikel yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir, disini..

Namun pada kali ini, DPP terpaksa buat permohonan rayuan terhadap penghakiman tersebut. Jika DPP tidak berbuat demikian, kesannya bukan sahaja terhadap kes saya, malah keseluruhan kes-kes jenayah di negara ini kerana mereka boleh rujuk pada penghakiman tersebut.

Dari sudut peribadi, saya berterima kasih pada pihak DPP kerana telah mempertahankan hak-hak saya sebelum saya menghadapi perbicaraan utama.

Jika ia tidak dipertahankan, saya ibarat seperti pergi berperang(perbicaraan) tanpa senjata dan kelebihan, kerana tertuduh merampasnya sebelum perang(perbicaraan) bermula. Di tambah lagi dengan 12 Peguambela dan segelintir penyokong2 fanatiknya, hanya untuk menyahkan SAYA SEORANG di Mahkamah dan rakyat jelata yang mahukan KEBENARAN.

Lawannya adalah Kerajaan hanyalah 'Imaginasi' beliau. Jika benar beliau berlawan dengan Kerajaan dalam kes ini, sudah lama beliau dalam lokap(tidak dapat jamin), tidak dapat bebas seperti keluar negara(pasport tidak ditahan), dan tertuduh tidak akan berdaya utk melewatkan perbicaraan ini. Lagi kelebihan2 yang tertuduh perolehi sini sini, sini, sini, sini dan sini

Kesimpulannya, matlamat beliau melakukan semua ini hanya untuk melunturkan semangat saya dan berharap saya akan mengalah. Dalam pada masa yang sama, beliau tidak berputus asa mengarahkan orang2nya mencari saya, untuk apa? Wallahualam..

Maaf Datuk Seri, Saya TIDAK akan menyerah kalah! Pantang Berundur Sebelum Ajal!

Saya tidak bergantung pada mahkluk, saya bergantung pada Allah swt.. Walaupun perit menahan sabar, namun saya tetap akan terus bersabar, berdoa dan berserah pada Allah swt, kerana saya yakin, pasti ada hikmah disebaliknya.


Kepada Allah saya berserah..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Terkilan.. Namun redha dan tetap hormati keputusan
ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak ZALIM?
How to Muzzle your critics, Special message for politicians by Tun Dr Mahathir
Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
Detik-detik kebenaran
Mahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - Bernama
Menegakkan benang yang basah
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi
WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia

21 comments:

ladybird said...

Banyakkan berdoa Saiful....kerana doa orang teraniaya dimakbulkan Yang Maha Esa.

Tak kira sebesar manapon dugaan yang diberi, pasti ada berita gembira bagi mereka yang bersabar.

Semoga kebenaran tiba jua....

RBF Online said...

yeah ! yeah ! saiful

tahniah atas semangat juangmu yang kental. apa nak takut kamu berada di pihak yg benar dan kamu menuntut hak kamu. lawan tetap lawan.

selagi anwar ali juburi,dok main delay2 court kes lagi byk masyarakat buka mata dan mengetahui siapa anwar babi itu.

dia akan mampus tersungkur di tgn kau saiful. percayalah....

WARIS PAHANG said...

Dulu Waris Pahang sanjung beliau semasa dalam ABIM tetapi kini beliau telah khianati kita.

Tiada Maaf bagi Datuk Seri, Kita TIDAK akan menyerah kalah!.

Tahniah Saiful, jangan putus asa teruskan perjuangan.

AnTi AljUbuRi said...

Assalamu'alaikum ..

Munkin sehingga kini kita belum nampak apakah hikmah yang tersembunyi disebalik setiap kelewatan dan penangguhan ini ..

Namun semakin dilewat dan ditangguhnya dengan berbagai helah dan alasan, rakyat menjadi semakin sedar dan kian melihat wajah sebenar disebalik topeng yang dipakai!!

Saya sentiasa mengingatkan supaya tidak lalai dalam menentukan aspek keselamatan - tanpa sebarang kompromi!!

Kebenaran memerlukan pengorbanan yang tinggi!!

Janggan berputus asa kerana Allah membuka ruang untuk kamu menggunakan senjata doa orang yang terinaya, di bulan yang penuh dengan keberkatan, di waktu berbuka yang sangat mustajab!!

Anonymous said...

SLM BRO..JUSTICE WILL PREVAIL NO MATTER WHAT THEY TRYING TO DO. PLS BRO!..JGN GIVE UP!!..PLSSS!!..WE ALWAYS BY YOUR SIDE BROO!!

Unknown said...

first time abg masuk ziarah blog saiful. jaga diri baik2 saiful. Di bulan ramadhan ini abg doakan keadilan untuk saiful. amin.

kembara putih said...

ada masa la saiful dan kawan2 nak wujudkan bukti baru.

NFH said...

Salam saudara Saiful,

Yakinlah, Allah sentiasa bersama kebenaran. Saya berdoa agar keselamatan Saiful sentiasa dalam jaminan Allah.

Jangan putus asa ye. Banyakkan beristigfar dan bersedekah (kalau mampu). Sentiasa bersyukur atas kurniaanNya. Insyallah Allah akan menolong hambanya yang menolong menegakkan agamaNya.

cari said...

salam bro saiful

sekali lagi brader anwar telah berjaya membodo kan undang2 negara.itu baru jd ketua pembangkang, kalau jd pm esok bro pun mungkin 20 tahun jel'kerja berat'.
dulu lagi telah saya katakan pada saudara, beliau sedang sedaya upaya menangguhkan perbicaraan ini hingga ke pru 13.beliau yakin akan menjadi pm 2-3 tahun dari sekarang. mungkin saudara nanti akan dipenjara bersama tun dr mahathir musuh ketatnya. rilek bro, kebenaran pasti bersam bro memintas kebatilan

salam

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam,
Saya bukan salah seorang peguam Anwar hehehe....
Apa pun syabas masih bertahan.
Saya memang tak sabar-sabar menunggu perbicaraan ini. Saya rasa saudara pun begitu juga

Pembela Melayu said...

salam kasih....perjuangan harus diteruskan walaupun mengambil masa sehingga berpuluh tahun.....kita tetap bersama

Unknown said...

seipol....

kau jaga-jaga sikit... keselamatan kau yang paling penting...

Nuar nie majal beb... macam-macam dia bole buat... si lahanat tu orang-orang dia banyak gile...

kau make sure jangan keluar sorang-sorang... baik kau lepak kat rumah je buat sementara waktu... 3 Nov pun bukan nye lama....

gua dengan geng-geng gua akan datang support lu masa naik court nanti....

gua doakan semoga lu akan peroleh kejayaan semasa bicara nanti...

selamat hari raya beb...

AnTi AljUbuRi said...

Salam Saiful...minta laluan.

Nak sound si Kembara Putih di atas komennya yg bodoh dan sikapnya yang bebal.

Apakah dia ingat kes yang dikemukakkan di mahkamah boleh main main tuduh dan dakwa.

Setiap kes yg dilapurkan akan di siasat oleh IO (Investigation Officer) tujuannya untuk mengumpulkan semua kenyataan/keterangan saksi dan bahan bukti ke atas sesuatu tuduhan yang dibuat. Siasatan yang mempunyai skop yang luas serta penelitian yang mendalam seperti 'kuasa menyiasat' (Power to Investigate) yang telah diperuntukan dalam Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code)

Siasatan terperinci itu kemudian akan disemak oleg SIO (Senior IO) bagi menentukan semua aspek siasatan dan prosidurnya telah dipenuhi, dia akan menilai dan meneliti keterangan dan bukti yang sudah terkumpul, sama ada memadai, mencukupi atau perlu disambung atau ditambah keterangan ... atau tidak ada bukti untuk diteruskan siasatan/ atau sebaliknya pengadu membuat aduan palsu yang berisiko untuk dituduh di Mahkamah.

Setelah lengkap SIO akan mengemukakan IP (Investigation Paper) ke pejabat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri meminta cadangan/pandangan berdasarkan semua bukti dan 'statements' yang sudah dikumpulkan. Pegawai di JSJ akan meneliti di sudut perundangan sama ada statements saksi/bukti mencukupi untuk meneruskan sesuatu pendakwaan. Bagi kes 'besar' .. Unit Perundangan Bkt Aman akan dirujukkan untuk membuat penilaian dan penelitian serta nasihat sebelum sebarang tindakan selanjutnya diambil.

Sekiranya cukup bahan bukti untuk dibuat pertuduhan, mereka akan berbincang/mengemukakan cadangan ke Pejabat Pendakwaraya berdasarkan siasatan yang sudah dilengkapkan.

IP yang sudah siap dan lengkap itulah yang akan dijadikan bahan pertimbangan sama ada mereka akan mengeluarkan arahan supaya pertuduhan dibuat atau siasatan ditutup sekiranya tidak cukup bukti.

Selepas 'sunction to prosecute' dikeluarkan oleh pihak PP barulah polis merangka pertuduhan dan membuat sebutan (mention) di mahkamah !!

Tidak timbul kenyataan bebal yang penuh dengan hasad untuk mengatakan "ada masa la saiful dan kawan2 nak wujudkan bukti baru"

Itulah tahap mentaliti manusia yang menjadi penyokong anu war al juburi ..bodoh!! akbiat dari malas belajar dan berfikir, membaca, mendengar dan menilai, akhirnya menerima sahaja apa yang dikelentongkan oleh al juburi .. lebih teruk lg bila dia cuba mempengaruhi orang lain supaya menjadi kaldai macam dia !!!

Epol... Puak Baholol ni patut dikapak jer kepala mereka tu ...kah kah kah

Pastikan keselamatan diri berada di tahap "Priority ONE"-jangan sekali kali diambil mudah atau dipandang ringan!!

wénkt said...

Ikutkan hati, u publish je semua bukti yg u ada
Cctv semua tu. Bukannya kita takder bukti, tp mahkamah xizinkan.

Unknown said...

Salam,
saudara saiful....

Saya bersoa saudara di berikan kekuatan....

sempena Ramadhan ini, kuatkan semangat, banyakan bersabar...
insya allah, kebenaran pasti akan terjelma...

Orang yang selalu beretorik, akhirnya akan terbongkar dan terbuka juga topeng yang sebenar...
Masanya akan tiba.

Hanya perlu berusaha dan banyak2 bersabar...

Jangan lupa jaga kesihatan dan keselamatan...
Org tue mmg ramai orangnya...
Jadi letakkan segala tindak tanduk saudara, dengan mengutamakan kesihatan dan keselamatan.

Insyaalah,jika saudara di pihak yang benar,Allah s.w.t akan makbulkan doa saudara dan semua umat yang mahukan kebenaran, kebenaran akan berada di landasannya. Kekuatan semangat keadilan bukan lah terletak kepada senarai peguam2 hebat yang dibariskan,Insya allah kehebatan bintang2 peguam yang berbaris itu, tidak akan berjaya menutupi bangkai dan akan dikalahkan oleh doa orang2 yang teranaiya.

Salam Ramadhan.

Cheguman said...

Saya cadangkan kita buat satu pungutan suara rakyat Malaysia bagi mendesak perbicaraan dipercepatkan.

Local Fighter said...

setuju dengan pendapat demang lebar daun,

kumpulkan tandatangan atau cap jari (pakai stampad merah). kita tunjukkan bahawa kredibiliti mahkamah telah jatuh sebab layan petualang sorang ni.

sebenarnya,hakim berhak memutuskan untuk melayan atau menolak permohonan pendakwa atau peguam bela atas kuasa eksekutif beliau.

mahkamah telah dibodoh dan dilembukan oleh petualang bangsa!

Saiful Bukhari said...

Semua: Terima kasih diatas doa, nasihat,sokongan dan dorongan yang diberi. Saya amat menghargainya. Keselamatan memang menjadi keutaamaan saya. Sudah 1 tahun lebih saya terputus dengan dunia luar i.e kedai mamak pun lama dh tak pergi, demi keselamatan. Saya juga tidak akan berputus asa.
Anti: Penerangan yang mantap dan sangat informatif. Diharap saudara kembara serta yg lain membacanya.
Wenkt: Itu yg tertuduh mahu.. Saya melatah..
Demang: Terima kasih

Unknown said...

Tahniah kepada penulis2 upahan...

Unknown said...

Azmi: Janganlah buruk sangka. Saiful tidak mengenali pun penulis-penulis dalam blognya.

Lagi pun tak mungkin Saiful mempunyai wang untuk membayar kerana dia tidak bekerja.

Tolonglah kaji dan selidik siapa sebenarnya pemimpin idola saudara Azmi ini kerana aku pun pernah menjadi penyokong kuatnya dari tahun 1981 sehingga tahun 1998.

YANG HAK PASTI BERDIRI YANG BATIL PASTI JATUH.

Saiful Bukhari said...

azmi: i take that as a compliment ;)
abdul: terima kasih