Sunday, August 30, 2009

Salam Kemerdekaan!

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang Ke-52

Semoga bumi bertuah ini terus Merdeka, senantiasa dilimpahi rahmat
oleh-Nya dan dilindungi daripada ancaman musuh yang boleh
memusnahkan kejayaan dan kemakmuran yang
negara kecapi selama ini..

Ayuh kita BERSATU mempertahankannya!

Usah lagi Dijajah!!

Salam Kemerdekaan
- Mohd Saiful Bukhari Azlan-



Wednesday, August 19, 2009

''All Star'' Vs The Truth

"All Star": Dari kiri, Karpal 70, Raja Aziz,73, Datuk Param 68

*Terkini 3.00am: 12 orang Peguambela keseluruhannya.
"Selain daripada barisan peguam baru itu dan Nair, Anwar diwakili
oleh R. Sivarasa, Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad,
Leela J. Jesuthasan, Latheefa Koya, Mohd. Razlan Jalaludin
dan Saiful Izham Ramli."
- Utusan

Dalam kesibukan tertuduh beriaya-iya mahu gugurkan kes sebelum perbicaraan dan yang terkini mahu seluruh pasukan pendakwaan digugurkan, terbaru beliau telah merombak dan melantik pasukan peguambela yang baru. Sungguh menghairankan..

Rombakan/lantikan ini dibuat berikutan penarikan diri Sulaiman Abdullah, Ketua Peguambelanya tempoh hari atas alasan ''tidak sihat''. Boleh baca disini

Kini, tempat Sulaiman Abdullah digantikan dengan Raja Aziz Addruse, 73, seorang peguam senior yang sangat berpengalaman. Selain itu, beliau juga melantik nama-nama besar seperti Karpal Singh,69, Datuk Param Cumaraswamy, 68, dan Datuk CV Prabakharan. Portal berita MalaysiaKini mengelarkan barisan peguambela tertuduh yang baru ini ''All-Star''.

Persoalannya sekarang, bagaimana dengan barisan peguam-peguam bela Anwar sebelum ini? Adakah mereka masih kekal atau 4 nama besar ini sahaja yang akan membelanya? Apa sebabnya? Mungkin mereka(pasukan yang lepas) tidak cukup hebat untuk hapuskan kebenaran, perlu ditambah dengan yang lebih berpengalaman agaknya. Wallahualam..

Apapun, saya bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sekalipun. Kebenaran tetap kebenaran, walau sehebat mana sekalipun peguambelanya, ia tidak dapat hapuskan kebenaran. Itu janji dan firman Allah swt;

Dan katakanlah:"Telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah perkara yang batil; sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap"
- Surah Al Israa', Ayat 81
-

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada mereka semua. Diharap, pasukan baru ini lebih rasional dan berani berbanding yang lepas kerana pasukan yang lepas hanya mahu lari dari perbicaraan, bukan untuk berlawan secara 'gentleman' di Perbicaraan sebenar.

Selain daripada itu, mohon semua peguambela yang baru dilantik ini menjaga kesihatan agar perbicaraan berjalan dengan lancar(tidak mahu insiden Sulaiman Abdullah berulang).

See you guys in Court, Insyaallah..

Kepada Allah saya berserah.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL Pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan

Peguam Anwar, adalah Peguam Chin Peng (Raja Aziz) - Mykmu
Karpal Singh antara Peguam baru Anwar - Utusan
Sumpah Laknat: Genap Setahun
Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Penantian: Hari ke 400
Mohon GUGUR seluruh pasukan pendakwa pula
Tangguh: Mainan Anwar cari 'keadilan' - Utusan

p/s: Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan buat semua. Semoga kita semua peroleh keberkatan dan rahmat dari Allah swt di bulan yang mulia ini.. Insyaallah

Saturday, August 15, 2009

Sumpah Laknat: Genap Setahun



Pada hari ini, 15hb Ogos 2009, genaplah setahun saya melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan. Tujuan saya melafazkan sumpah tersebut adalah untuk mempertahankan dakwaan saya(kebenaran). Ini kerana selepas sahaja membuat laporan polis, jutaan cacian dilemparkan kepada saya dan keluarga kononnya ia semua fitnah.

Pada mulanya, ia sepatutnya merupakan Mubahalah(kedua2 bersumpah). Idea untuk bermubahalah ini bukan datang dari pihak saya, ia disarankan sendiri oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri dan disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz. Boleh rujuk disini, sini, dan sini

Jadi selepas mendengar saranan tersebut, pada 7 July 2008, saya telah mempelawa beliau(DS Anwar) untuk bermubahalah, buktinya disini . Namun setelah pelbagai dolak-dalih diberi untuk tidak melakukannya, jadi saya terpaksa melakukannya sendiri demi untuk mempertahankan kebenaran.

Walaupun ia menimbulkan pelbagai kontroversi, kecaman, kutukan, fitnah, penipuan dan cacian, saya terima dengan hati terbuka. Namun yang pasti, saya telah melafazkannya. Tertuduh sehingga ke hari ini(sudah setahun) masih berdolak-dalih untuk melakukannya.

Salah satu kekeliruan:
"Sumpah dengan junjung Al Quran untuk tentu kebenaran" -Nik Aziz - 4 Julai 2008
"Sumpah Pegang Quran Tiada Dalam Islam"- Nik Aziz - 16 Ogos 2008

Wallahualam..

Kepada Allah saya berserah..


Yang HAK pasti BERDIRI yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan:

Nik Aziz dan Harakah - RBF
Penantian: Hari ke 400
Penipuan Imam Ramlang Porigi - Siri 1
Penipuan Imam Ramlang Porigi - Siri 2
Akuan Bersumpah Dijulang, Sumpah Laknat di hina
Hanya sekadar menegakkan kebenaran..
Buat Rakyat Malaysia..
Tangguh: Mainan Anwar cari 'keadilan' - Utusan

Tuesday, August 11, 2009

Mohon GUGUR seluruh pasukan Pendakwaan pula...

*ulasan saya dibawah*
Dari Utusan

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah perisytiharan agar barisan pendakwa raya sedia ada dikecualikan daripada mengendalikan pendakwaan kes liwat bekas pembantu yang dihadapinya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran membuat semakan kehakiman itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini pada pukul 11.35 pagi ini.

Dalam permohonan itu, beliau menamakan Peguam Cara I, Datuk Idris Harun; Peguam Cara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan barisan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin sebagai pihak responden.

Turut dinamakan sebagai responden ialah Pendakwa Raya dan kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan akhbar peguam belanya, Sankaran Nair, permohonan itu difailkan kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didakwa bertindak berat sebelah dan prejudis dalam pendakwaan kes itu memandangkan terdapat laporan polis dibuat terhadap Abdul Gani oleh Anwar. - Utusan

[Ulasan] Tiada kesudahan. Begitulah dolak-dalih terbaru tertuduh bagi melengahkan perbicaraan ini lagi. Beliau harus sedar bahawa seluruh rakyat sudah muak dengan semua dolak-dalihnya. Tidak kira sama ada yang percaya atau tidak, rata-rata mereka tidak sabar mahu Perbicaraan Utama dijalankan secepat mungkin bagi mengetahui kebenaran sebenar. Sudah setahun lebih ia ditangguh atas pelbagai sebab dan alasan.

Memetik luahan seorang sahabat saya di Facebook mengenai dolak-dalih terbaru ini; "Mungkin selepas ini dia akan minta gugurkan juga hakim dan bangunan mahkamah itu" . Seorang lagi; "Anwar nak gugurkan hakim serta pendakwaraya. Nak senang, Anwar lantik diri dia sendiri aje jadi pendakwaraya dan hakim. Tapi Anwar boleh buat macam tu kat tanjung rambutan."

Setiap permohonan akan memakan masa dan helah seperti ini hanya dibuat bagi melambatkan perbicaraan, boleh rujuk artikel yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir, disini..

Walaubagaimanapun, seperti yang saya nyatakan di artikel Penantian:Hari ke-400; "Hari ini hari yang ke 400, biarlah hari yang ke 500, 600, 1000 sekalipun saya tetap akan tunggu dan bersabar".

Kepada DS Anwar Ibrahim, janganlah selepas ini anda mempersalahkan orang ramai jikalau mereka bersikap prejudis(percaya saya diperlakukan sedemikian oleh DS) kerana sikap dolak-dalik Datuk Seri kini jelas bertentangan dengan prinsip DS sebelum ini iaitu ''LAWAN TETAP LAWAN''. Berani kerana benar, takut kerana..........


Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, Kepada Allah saya berdoa dan berserah..

Yang HAK pasti berdiri, Yang Batil Pasti Jatuh!

SAIFUL BUKHARI

Pautan

ISA 'zalim, minta gugur kes saiful tak zalim? - Utusan
ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak ZALIM?
How to Muzzle your critics, Special message for politicians by Tun Dr Mahathir
Kes Teoh Beng Hock: DSAI tidak layak bicara soal keadilan
Terkilan.. Namun redha dan tetap hormati keputusan
Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
Detik-detik kebenaran
Mahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - Bernama
Menegakkan benang yang basah
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi
WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia

Tuesday, August 4, 2009

Malaysia's Chameleon: Anwar Ibrahim - The Economist, July 30th

Foto, The Economist
Definisi Chameleon@Kameleon:

1) Mana-mana satu dari pelbagai jenis cicak kecil yang boleh berubah warna menurut sekitarnya; cicak kameleon
2)Adalah sejenis binatang berwarna hijau(seperti cicak), balik sumpah, sumpah-sumpah.
3) (Kiasan) Orang yang mengubah kelakuan atau pendapat supaya sesuai dengan keadaan; talam dua muka

(Sumber - Kamus Elektronik Besta/Oxford-Fajar)

Pautan;
Economist describes Anwar as a Chameleon - Rocky Bru

The Economist described Anwar Ibrahim as Chameleon - A Voice
Chameleon Brother Anwar Bin Ibrahim - Pasquale
Anwar's Western friends starting to realise he has a forked tongue - Syamsul Yunos

Sunday, August 2, 2009

Penantian: Hari ke 400


Hari ini genaplah 400 hari dari tarikh saya membuat laporan polis iaitu pada 28 Jun 2008. Ia juga merupakan jumlah hari sehingga kini(akan bertambah), dimana saya terpaksa menunggu hari Perbicaraan Utama untuk kunjung tiba.

Untuk makluman, walaupun Perbicaraan Utama belum bermula, mengikut rekod, dari hari pertama pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, sudah lebih kurang 15 kali perbicaraan ini ditangguh. Perbicaraan Utama sepatutnya bermula pada 1 Julai 2009.

Ia ditangguh atas pelbagai sebab dan alasan. Selain dari menunggu keputusan bantahan/permohonan, Ia termasuklah dengan tertuduh membawa isu yang tidak relevan i.e sijil tidak sah konon kerana kes mata lebam 10 tahun dahulu(memakan masa lebih kurang 11 Bulan, M.Sesyen>M. Tinggi>M.Rayuan), memohon untuk dapatkan bahan bukti dan dokumen asal, memohon untuk gugurkan kes sebelum bicara, ketua peguambela 'sakit'(akhirnya tarik diri) dan pelbagai alasan lagi.

Setiap kali perbicaraan/permohonan pula, ia akan memakan masa beberapa hari ataupun berbulan lamanya untuk didengar dan diputuskan. Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir telah mengulas mengenainya(undang2 diperkotak-katik). Walaupun ia ditulis secara umum, namun senarionya persis seperti apa yang sedang berlaku dalam kes saya. Boleh rujuk disini.

Harus berapa lama lagi saya perlu tunggu? Kebiasaannya, isunya adalah tertuduh atau mangsa dalam satu perbicaraan perlu menunggu hari hakim membuat keputusan(Judgement Day) yang kadang kala memakan masa yang agak lama, tapi dalam kes saya, tunggu hari perbicaraan utama pun sudah memakan masa lebih setahun.

Setiap hari ia ditangguh maka risiko(keselamatan saya dan saksi) semakin bertambah. Ini kerana penjenayah(tertuduh) masih bebas. Saya tidak mahu menuduh tertuduh mengancam keselamatan saya namun dari segi logik akal, mereka yang terdesak akan sanggup berbuat apa sahaja.

Selain itu, setelah menanti untuk sekian lama, tertuduh pula mohon supaya pertuduhan digugurkan sebelum perbicaraan(gugur kes).

Sudah banyak artikel saya telah tulis sebelum ini. Boleh rujuk di slot pautan di penghujung entri ini.

Walaubagaimanapun, saya tetap sabar dan redha dengan percaturan Yang Maha Esa. Jika dilihat dari sudut yang positif, saya bersyukur kerana sebenarnya banyak hikmah disebalik kelewatan ini. Itulah kebesaran Allah swt. Saya tidak mahu sebut hikmah-hikmah tersebut, mungkin anda boleh fikirkannya sendiri.

Kepada tunang tersayang, bapa, adik dan seluruh keluarga yang masih bersabar, tidak putus asa memberi sokongan dan dorongan, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Walaupun banyak dugaan yang terpaksa mereka tempuhi sepanjang perjuangan ini I.e dicerca, dimaki, ada yang dibuang kerja kerana saya(kerajaan dan swasta), mereka tetap tabah. Saya doakan semoga Allah terus memberi kekuatan dan keberkatan pada anda semua.

Begitu juga kepada sahabat-sahabat saya , terutama sekali sahabat-sahabat Blogger, 'Forumer', walaupun tidak pernah bertemu, saya amat menghargai jasa-jasa anda sekalian. Saya amat terharu dengan sokongan yang telah anda semua berikan selama ini. Saya berdoa semoga berkat keikhlasan bantuan/sokongan anda semua dibalas Allah S.W.T

“Perjuangan belum selesai, hanya mereka yang cekal dan tabah akan berjaya” - Tun Dr Mahathir (saya edit sedikit). Justeru, saya akan terus cekal dan tabah! Hari ini hari yang ke 400, biarlah hari yang ke 500, 600, 1000 sekalipun saya tetap akan tunggu dan bersabar. Kebenaran tetap kebenaran, tidak ada apa yang bisa menghapuskannya melainkan Allah swt. Jika tidak dibicara Mahkamah Dunia sekalipun, di Mahkamah Akhirat(Mashyar) PASTI akan dibicarakan jua!


Kepada Allah saya berdoa dan berserah..

Yang HAK pasti berdiri, Yang Batil Pasti Jatuh!


SAIFUL BUKHARI

p/s: Terima kasih diucapkan buat Awang Selamat diatas artikel ''Gugurkan Kes Saiful?'' di Mingguan Malaysia pada hari ini. Saya dan seluruh keluarga amat menghargainya. Semoga ia dapat membuka mata masyarakat dan pihak yang berwajib.


Pautan

ISA 'zalim, minta gugur kes saiful tak zalim? - Utusan
ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak ZALIM?
How to Muzzle your critics, Special message for politicians by Tun Dr Mahathir
Kes Teoh Beng Hock: DSAI tidak layak bicara soal keadilan
Terkilan.. Namun redha dan tetap hormati keputusan
Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
Detik-detik kebenaran
Mahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - Bernama
Menegakkan benang yang basah
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi
WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia

Saturday, August 1, 2009

ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak ZALIM?


Sila jawab persoalan ini wahai DS Anwar Ibrahim! Jangan jadi hipokrit..

Sudah, lebih dari setahun saya tunggu untuk beri keterangan di Mahkamah. Kini beliau sedang cuba sedaya upaya untuk menafikan hak saya untuk memberi keterangan di Mahkamah serta mendapatkan perbicaraan yang adil.

2hb September ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan tertuduh(DS Anwar Ibrahim) iaitu permohonan untuk MENGUGURKAN PERTUDUHAN(Gugur Kes) beliau SEBELUM IA DIBICARAKAN.

Persoalan saya, apa bezanya tindakan beliau memfailkan permohonan itu dengan ISA(tahan 'tanpa bicara') yang dituduh kononnya zalim?

Kes saya ini berbeza dengan kes yang lain kerana walaupun saya pengadu/mangsa, namun saya dicop seolah-oleh seperti OKT(Orang Kena Tuduh) dimata umum, OKT pula mangsa.

Jika permohonan itu berjaya(kes gugur), tidakkah ia merupakan satu bentuk penganiayaan kepada saya selaku pengadu/saksi utama. Pelbagai tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia dilempar kerana tidak mempercayai saya. Tetapi apabila saya bersedia untuk memberi keterangan, masing-masing seperti cacing kepanasan.

Walaupun perit menahan diri dari mendedahkan segala bukti yang ada, saya tetap bersabar kerana saya perlu menghormati Mahkamah. Alhamdulillah, Allah melindungi saya daripada dijerat tertuduh yang sering mahu mengheret saya membicarakan ia di media(luar mahkamah), kerana akhirnya banyak tindakan beliau seperti tidak ''consistent'' dalam membuat kenyataan bakal menjerat dirinya kelak.

Kepada Allah saya berdoa dan berserah..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan

How to Muzzle your critics, Special message for politicians by Tun Dr Mahathir
DSAI tidak layak bicara soal keadilan
Terkilan.. Namun redha dan tetap hormati keputusan
Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
Detik-detik kebenaran
Mahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - Bernama
Menegakkan benang yang basah
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi
WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia