Friday, February 27, 2009
Maju Setapak.. Alhamdulillah
Pada saya, walau apapun keputusan pada 5hb Mac ini, saya redha kerana saya yakin bahawa Allah s.w.t itu Maha Mengetahui, dan setiap yang berlaku itu saya pasti ada hikmah disebaliknya. Saya hanya mampu bersabar, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada-Nya.
Sebagai mangsa, saya hanya mohon untuk diberikan keadilan dan peluang bagi saya menunaikan tanggungjawab saya iaitu memberi keterangan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan buat barisan pendakwa raya dan pihak-pihak lain yang telibat diatas komitmen dan yang diberikan selama ini. Saya berdoa agar Allah s.w.t memberi mereka kekuatan serta tawfiq dan hidayah untuk berhadapan dengan hari perbicaraan utama kelak.
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
Terima kasih '' Awang Selamat''
Kenyataan Media: Pedengaran Semakan Kehakiman 5 Febuari2009
Akhirnya, kebenaran muncul jua... Terima kasih Imam Ramlang Porigi
Tuesday, February 17, 2009
Terima Kasih " Awang Selamat "..
Keadilan dan kes Saiful – Mingguan Malaysia, 15 Feb 2009
Ketika negara diwarnai banyak isu politik, kita seakan terlepas perhatian kepada banyak hal dan isu lain. Salah satu daripadanya ialah kes perbicaraan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berdasarkan pertuduhan, Anwar, 61, didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan. Sementara menunggu perbicaraan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan dengan jaminan peribadi RM20,000.
Awang terpanggil menyentuh hal ini berikutan kenyataan Mohd. Saiful baru-baru ini, yang kesal dan kecewa dengan sikap Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan. Menurut beliau, Anwar sering memberi pelbagai alasan sehingga memberi kesan terhadap kes tersebut.
Kenyataan Mohd. Saiful itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding yang sepatutnya didengar 5 Februari lalu kepada 25 Februari. Keputusan itu diambil selepas peguam bela Anwar mengemukakan notis bantahan supaya Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden digugurkan daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes itu.
Anwar juga tidak hadir di mahkamah kerana dikatakan mempunyai urusan lain di Ipoh, Perak.
Awang tidak berhak dan tidak berminat campur tangan urusan mahkamah. Namun memandangkan kes tersebut menjadi perhatian umum, semua pihak harus lebih komited untuk menyegerakan perbicaraan sebenar kes tersebut.
Sejak aduan polis dibuat pada Jun dan diikuti Anwar dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos, tahun lalu, sehingga kini hampir tiada perkembangan yang signifikan kepada kes itu yang masih berlegar kepada isu permohonan semakan dan notis bantahan.
Jika begini keadaannya, mungkinkah perbicaraan sebenar akan bermula tahun depan dan ia sesuatu yang tidak mustahil tetapi Awang berharap tidak. Lagi lama kes ditangguhkan, lagi lama keadilan tidak dapat dilaksanakan terutama bagi pihak yang mahu menuntut keadilan.
Perlu diingat, ini bukan soal keadilan untuk Anwar semata-mata, ia juga keadilan untuk Mohd. Saiful, rakyat kecil yang juga ada hak berikutan aduan polis yang dibuatnya. Malah Mohd. Saiful telah tampil membuat sumpah laknat atau mubahalah di masjid mengikut ke hendak syarak. Itupun ada pihak yang cuba mencetuskan keraguan dan memperlekehkannya termasuk dari kalangan pemimpin Islam disebabkan sentimen politik. Anehnya, mereka ini lebih mudah percaya kepada individu yang membuat sumpah berkanun. Dalam kes Mohd. Saiful dan Anwar ini, masing-masing mendakwa di pihak yang benar. Maka usahlah gundah untuk diadili demi mencari kebenaran.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
-----------------------------------------------------------------------------------------
Kepada Awang Selamat,
Saya dan seluruh keluarga amat menghargai tulisan Awang Selamat di ruangan Rencana Mingguan Malaysia ini. Diharap ia dapat membuka mata rakyat yang masih kabur atau sudah lupa dengan kes saya ini. Sekali lagi Rakyat Kecil ini mengucapkan Terima Kasih kepada Awang Selamat.. =)
Ulasan tambahan dan luahan dari saya;
Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengunakan pelbagai cara untuk melengah-lengahkan kes ini, tapi persoalannya sampai bila? Kelak, setelah ketandusan alasan , akhirnya beliau perlu berdepan dengan perbicaraan yang sebenar juga.
Untuk makluman semua, 25 Febuari 2009 ini sebenarnya bukan hari sebutan kes atau hari untuk menetapkan tempat perbicaraan. Sebaliknya, pihak peguam belanya akan mengemukakan notis bantahan untuk melucutkan kelayakan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusof pula. Janganlah terkejut jika selepas ini hakim pula akan dibantah bagi melengahkan lagi kes ini.
Bak kata Awang Selamat “ jika trend ini dibiarkan berterusan, tidak mustahil perbicaraan utama hanya akan bermula tahun depan. Sehingga kini hampir tiada perkembangan yang signifikan kepada kes itu yang masih berlegar kepada isu permohonan semakan dan notis bantahan” .
Alasan Mahkamah tidak adil hanyalah PERSEPSI yang dicanang pihak mereka. Walhal, jika diimbas, banyak kes yang memihak kepada mereka. Cth Raja Petra keluar ISA , Petisyen2 Pilihanraya, Mahfuz vs Utusan, Rayuan kes liwat DSAI di Mahkamah Persekutuan 2004 dan banyak lagi.
Dalam kes saya ini pun, Peguam beliau S.N Nair mengakui Mahkamah adil. Untuk makluman, di mahkamah DSAI tidak duduk di kandang pesalah, tetapi duduk di kerusi empuk di luar kandang. Beliau hanya diberi jaminan BON PERIBADI iaitu dalam bahasa pasarnya tidak perlu bayar melainkan beliau tidak hadir untuk perbicaraan selanjutnya.
Cuba kita imbas, berapa ramaikah pesalah terutama orang miskin yang terpaksa ditahan akibat TIDAK MAMPU membayar wang JAMINAN? Pada hemat saya, defenisi KEADILAN ini hanya dilaungkan jika ia berpihak kepada mereka. Jika tidak, timbulah tuduhan liar seperti Konspirasi, Hakim dibeli dan sebagainya.
Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar dan reda. Sokongan dari Awang Selamat ini dan yang lain-lain amat bermakna bagi saya dalam meneruskan perjuangan.
Sekalipun, jikalau ditakdirkan bahawa saya tidak sempat berada didunia ini untuk memberi keterangan, di MASYHAR kelak pasti akan dibicarakan jua. Saya hanya seorang hamba yang menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh NYA, lebih pada itu saya berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang Batil Pasti JATUH.
SAIFUL BUKHARI
* Merungkai persoalan
* Merungkai persoalan 2
Saturday, February 14, 2009
Titah DYMM Sultan Selangor: ‘Jangan biadab’
KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.
DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.
Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.
Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.
Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.
Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.
Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.
Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.
Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.
(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009
Monday, February 9, 2009
PENGUGUMAN: Laman Blog Saya Mengalami Gangguan
Sejak dua hari lepas, laman blog saya mengalami sedikit masalah. Saya tidak pasti samaada semua pengunjung mengalami masalah yang sama. Yang pasti, saya mendapat banyak maklum balas mengenai masalah ini.
Situasinya, saya boleh melayari dan membaca tetapi pengunjung yang lain tidak. Saya masih berusaha untuk merungkai masalah ini. Dalam pada itu, saya mengalu-alukan cadangan dari anda bagi menyelesaikan masalah ini.
Sekian,
SAIFUL BUKHARI
* Walaubagaimanapun, anda masih boleh membaca posting2 saya melalui link dibawah;
Febuari 2009
1) Karpal to Anwar: STEP DOWN as Pakatan head - Malaysiakini
2) Akhirnya, kebenaran muncul jua... Terima kasih Imam Ramlang Porigi..
3) Kenyataan Media: Pedengaran Semakan Kehahikaman
4) ANWAR TERDESAK: Desak Datuk Yusof Tarik Diri Pula Selepas Isu Tandatangan TS Ghani Patail Bagi Melengahkan Prosiding Kes.
5) Akuan Bersumpah Di Julang, Sumpah Laknat Dihina
6) 7 Days To Go, Let's Recap..
7) Happy Chinese New Year
Januari 2009
8) Jewish MP makes Israeli troops Nazi link
9) Hubungan Anwar-US-Israel: PKR Cuba Menegakkan Benang Yang Basah
10) Anwar dan Israel: Apabila Tali Barut Terjerut
11) Lend A Helping Hand To Our Brothers And Sisters In Palestine
12) Tun Dr Mahathir Di Rancangan Blog TV 1 Malam Ini!!
13) Pengganas Zionist Terus Menyerang, Rakyat Palestin Terus Menderita, Dunia Tidak Mampu Berbuat Apa.... Mengapa?
2008
14) Salam Maal Hijrah..
15) Teringat.
16) Salam Lebaran Buat Mama..
17) Tugas-tugas sebagai seorang ''Coffee Boy'' kepada DSAI
18) Bertunang Anak MUMTAZ JAAFAR??
19) Buat Rakyat Malaysia..
Sunday, February 8, 2009
Karpal to Anwar: STEP DOWN as Pakatan head - Malaysiakini
In an outburst that could have deep implications for the Pakatan Rakyat alliance, DAP chairperson Karpal Singh today openly urged Anwar Ibrahim to step down as the leader of the alliance.
He blamed Anwar for the disarray in Pakatan which was caused by the PKR leader's continuous rhetoric of forming government with the aid of defectors from Barisan Nasional.
Dap leaders lim kit siang lim guan eng karpal singh 220808Karpal also had harsh words for his colleagues in DAP, especially party veteran Lim Kit Siang and party secretary general Lim Guan Eng - for their inconsistent stand on party hopping.
But the brunt of his anger was on Anwar, whom the veteran politician said had caused trouble in the opposition alliance.
Karpal did not mince his words when he said that Pakatan needed a new leader.
"He (Anwar) has created enough trouble and it is time for him to BERTAUBAT (repent).
Continue reading... - Malaysiakini-
1) Karpal asks Anwar to step down - The Star
2) Anwar tidak layak jadi pemimpin PKR - Karpal (Utusan)
3) Karpal anggap Anwar tidak layak jadi ketua Pakatan Rakyat - Berita harian
4) Anwar Unfit To Be Pakatan Rakyat Leader, Says Karpal - Bernama
* Adakah ini satu sandiwara? Walaubagaimanapun, saya masih tidak dapat maafkan kebiadaban beliau yang begitu angkuh ingin menyaman DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Daulat Tuanku!!
Saturday, February 7, 2009
Akhirnya, kebenaran muncul jua.. Terima kasih Imam Ramlang Porigi
Baru-baru ini, saya ada terbaca satu artikel menarik di Malaysiakini. Artikel tersebut bertajuk ''Saya 'kambing hitam' saksi sumpah Saiful'' dimana satu pendedahan terbaru telah dibuat oleh Imam Ramlang Porigi, saksi sumpah saya tempoh hari. Kali ini, beliau mendedahkan bahawa Pengarah Jawi pula yang mengatur sumpah tersebut. Ia jelas bertentangan dengan pendedahan beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa Pegawai Khas DS Najib yang mengatur sumpah tersebut. Maka dengan itu, izinkan saya mengulas mengenai pengakuan terbaru ini.
Menjawab persoalan Imam Ramlang:
1) Pendedahan beliau kali ini secara tidak langsung membuktikan bahawa beliau telah melakukan satu FITNAH dan PEMBOHONGAN BESAR semasa kempen pilihanraya di Permatang Pauh yang lalu.
Sebelum ini beliau menuduh dan memfitnah bahawa PEGAWAI KHAS DS NAJIB yang mengarah dan mengatur sumpah tersebut.
Ini buktinya:
SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?
RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.
Wawancara penuh oleh Suara Keadilan(Klik untuk baca)
2) Pegawai Khas DS Najib sebelum ini telah menafikannya. Kata beliau , tidak mungkin beliau yang mengatur dan berada disitu kerana diwaktu dan pada hari tersebut beliau berada di PULAU PINANG.
Sila baca: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=357231
Sebenarnya Imam Ramlang Porigi sedar bahawa beliau telah melakukan kesilapan. Saya percaya bahawa beliau telah dihasut oleh pihak-pihak tertentu supaya melakukan Fitnah tersebut.
Ia juga secara jelas membuktikan bahawa beliau telah dimanipulasi oleh penghasut-penghasut beliau yang mempunyai niat jahat dan terdesak untuk menyakinkan rakyat di Permatang Pauh bahawa kononnya berlaku konspirasi dalam upacara sumpah laknat tersebut.
Sehingga ke hari ini, beliau tidak pula mengaku atau menafikan bahawa beliau telah MEMFITNAH Pegawai Khas DS Najib.
Ulasan ini bukan untuk memalukan Ustaz Ramlang Porigi tetapi untuk saya menegakkan kebenaran. Ia juga sebagai pengajaran kepada yang lain kerana akhirnya kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Saya doakan agar beliau kembali ke jalan yang benar serta mendapat taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin..
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!
SAIFUL BUKHARI
* Selain beliau, terdapat lebih 60 orang yang menyaksikan upacara sumpah didalam Masjid tersebut. Mereka terdiri daripada para wartawan, AJK2 Masjid, para jemaah dan tidak lupa juga Jutaan penonton di kaca tv.
Thursday, February 5, 2009
KENYATAAN MEDIA : Pendengaran Semakan Kehakiman 5hb Februari 2009
KENYATAAN MEDIA
Saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini ingin menyatakan seperti berikut :
Bahawa saya amat kesal, kecewa dan berdukacita dengan sikap Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang masih lagi cuba untuk melengah-lengahkan perbicaraan utama bagi pertuduhan liwat keatas beliau yang mana saya adalah merupakan pengadu bagi kes tersebut.
Alasan demi alasan dan isu ditimbulkan yang dapat dilihat memberi kesan kelewatan untuk perbicaraan utama dimulakan.
Terbaru iaitu pada tarikh pendengaran untuk Semakan Kehakiman iaitu pada 5hb Febuari 2009 dimana sepatutnya Semakan Kehakiman itu didengar tetapi telah ditangguhkan atas alasan bahawa pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim ingin membuat permohonan untuk ‘disqualified’ seorang Timbalan Kanan Pendakwaraya daripada mengendalikan kes tersebut.
Saya amat berharap agar pihak-pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar perbicaraan utama dapat dimulakan tanpa sebarang alasan lain untuk melengahkan perbicaraan utama.
Bertarikh pada 5hb Febuari 2009.
MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN
* Menjawab persoalan pengunjung, sila lihat komen
ANWAR TERDESAK: Desak Datuk Yusof Tarik Diri Pula Selepas Isu Tandatangan TS Ghani Patail Bagi Melengahkan Prosiding Kes.
Anwar bantah Mohd. Yusof ketuai pendakwaan
Oleh KAMARIAH AHMADKUALA LUMPUR 5 Feb. – Mahkamah Tinggi yang sepatutnya mendengar permohonan semakan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini terpaksa menangguhkan prosiding pada 25 Februari ini.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membuat penangguhan setelah peguam bela Anwar mengemukakan notis bantahan supaya Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden digugurkan daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes itu.
Pada prosiding yang bermula pukul 10.28 pagi ini, Mohd. Yusof yang kini Peguam Cara Negara II memberitahu mahkamah bahawa beliau bertindak mewakili pihak pendakwa dalam permohonan tersebut.
Namun menurut Mohd. Yusof, peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar telah memberi notis bantahan meminta beliau digugurkan daripada mengendalikan pendakwaan kes liwat dan juga permohonan itu.
Sulaiman bangun mengesahkan perkara itu sambil memohon maaf kerana ia dibuat tanpa kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Peguam bela memberitahu, Anwar telah memberi arahan agar Mohd. Yusof tidak mengendalikan pendakwaan terhadapnya kerana dikatakan terlibat dalam siasatan kes mata lebam beliau pada 1998.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.
Anwar tidak hadir bagi prosiding ini. Menurut seorang lagi peguam belanya, S.N. Nair, Anwar mempunyai urusan lain di Ipoh, Perak hari ini. – Utusan
Monday, February 2, 2009
Akuan Bersumpah Di Julang, Sumpah Laknat Dihina
Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat dihadapan
Pesuruhjaya Sumpah YONG YOKE THYE
*Merungkai persoalan, sila lihat komen..