Thursday, April 23, 2009

Sabar.. Ada batasnya...

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Foto dari Mstar



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Writ saman yang saya failkan pada hari ini adalah susulan laporan polis saya tempoh hari berkenaan dengan lebih kurang 6 artikel berunsur fitnah dan berniat jahat telah ditulis dan disiarkan oleh www.pahangdaily.blogspot.com dan yang seumpamanya dari September 2008 hingga ke hari ini.

Artikel-artikel tersebut telah menuduh bahawa saya kini sedang terlantar akibat sakit tenat, kemaluan bernanah dan termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badan untuk membuang air besar. Tuduhan-tuduhan ini dilemparkan kononnya akibat daripada sumpah laknat yang telah saya lafazkan.

Namun, disebalik kemunculan saya di balai polis Damansara tempoh hari yang dengan jelas membuktikan dakwaan mereka itu tidak berasas, satu laporan polis pula dibuat oleh mereka kononnya untuk mereka mempertahankan dakwaan dan fitnah jahat tersebut. Tidak cukup dengan itu, pelbagai lagi tuduhan-tuduhan dilemparkan yang ternyata tidak berasas.

Memandangkan sikap angkuh dan keterlaluan mereka ini, maka saya dan seluruh keluarga merasakan adalah wajar bagi kami untuk mengambil tindakan undang-undang pada hari ini.

Pembohongan besar yang disiarkan oleh Pahangdaily.blogspot.com seperti :

Difahamkan “Anu”nya kini telah semakin bernanah dan beliau sukar untuk membuang air kecil. Tambah parah lagi beliau juga kini termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badannya untuk membolehkan beliau membuang air besar dan sebagainya.”

Ini adalah satu contoh pembohongan besar dan fitnah jahat yang tidak benar samasekali. Saya tidak pernah sakit sebagaimana yang didakwa oleh mereka. Tahap kesihatan saya adalah ditahap yang terbaik

Nama penulis yang menulis artikel-artikel tersebut juga tidak pernah didedahkan. Inilah yang dikatakan ''baling batu, sembunyi tangan''. Kononnya berani kerana benar, tetapi apabila disuruh tampil, tiada seorangpun yang mahu mengaku bertanggungjawab menulis dakwaan-dakwaan tersebut. Walaubagaimanapun, kami mempunyai bukti yang kukuh bagi mengaitkan individu terbabit.

Saya doakan agar penulis ini kembali ke jalan yang benar serta diberi taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin..


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!


SAIFUL BUKHARI


p/s: Saman-saman ''yang lain'' akan menyusul selepas perbicaraan utama Julai ini bagi mengelakkan daripada kes terjejas.


Terdahulu:

Laporan Polis terhadap PahangDailyOnline


Artikel-artikel fitnah Pahang Daily Online dari September 2008 hingga kini:


http://pahangdaily.blogspot.com/2009/03/kontroversi-terkini-isu-saiful-saman.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/02/eksklusif-gara-gara-sumpah-laknat.html( sini, sini atau sini).
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/01/konspirasi-hebatnya-saiful-bukhari.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/12/eksklusif-saiful-bukhari-berhijrah-enam.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/11/eksklusif-saiful-nampak-sihat-muncul-di.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/10/eksklusif-terbongkar-lagi-penyakit.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/09/gempar-keluarga-saiful-bukhari-buat.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/09/isu-liwat-gempar-saiful-bakal-buat.html


Monday, April 20, 2009

Harapkan pagar, pagar makan padi..



(Klik disini jika tidak dapat menonton)

Video diatas merupakan rakaman yang ''tidak disengajakan'' ketika saya ingin mengambil gambar mereka berdua menerusi telefon bimbit kepunyaan bapa saya. Video ini diambil di rumah DSAI di Segambut, sebelum berlepas ke Ceramah Harga Minyak Naik DSAI di AU2, Keramat pada 8/6/2008.

Ini adalah pertemuan pertama bapa bersama DSAI. Ternyata bapa cukup gembira. Impian bapa yang selama ini menjadi peyokong kepada DSAI dari tahun 1998 untuk bertemu DSAI telah saya realisasikan pada hari tersebut.

Di kesempatan itu juga, bapa mengucapkan ribuan terima kasih kepada DSAI kerana memberikan saya peluang untuk bekerja bersama beliau. Malangnya, kegembiraan dan rasa bangga bapa terhadap anaknya itu tidak bertahan lama dan musnah akibat perbuatan terkutuk yang telah DSAI lakukan kepada anaknya sendiri.

Kata bapa, ''Harapkan pagar, pagar makan padi''


Akan bersambung...


Hari Kebenaran, 71 hari lagi..

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon anda semua berdoa agar perbicaraan pada 1hb Julai 2009 ini akan dijalankan tanpa ada sebarang halangan. Berat hati saya merasakan bahawa beliau sekarang ini masih lagi berusaha untuk melengahkan perbicaraan, mencetus sesuatu 'perkara besar' bagi mengalih perhatian atau seboleh-bolehnya cuba membatalkan perbicaraan ini.

Selain daripada itu, perlu diingat bahawa beberapa hari selepas Hakim Mahkamah Tinggi menolak keputusan Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah dan menetapkan tarikh perbicaraan, peguam beliau telah memfailkan permohanan rayuan terhadap penghakiman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Sama ada permohonan diterima atau tidak, diharap sebarang keputusan yang bakal dibuat tidak akan menjejaskan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan. 1hb Julai 2009 ini, genaplah setahun saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga bersabar, janganlah ditambah lagi keperitan kami rakyat kecil ini.

Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar. Setiap yang berlaku itu juga ada hikmahnya. Jikalau ditakdirkan bahawa saya tidak sempat berada didunia ini untuk memberi keterangan, di MASYHAR kelak pasti akan dibicarakan jua.

Saya hanya seorang hamba yang hanya mahu menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh NYA, lebih pada itu saya berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.


Firman Allah s.w.t;

''Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' (Surah Al-Anfal: 46)


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!


SAIFUL BUKHARI



Pautan:

Video 26 Jun?
Imam Ramlang Porigi
Ayah Tok
1 Julai 2009 tarikhnya.. Alhamdulillah

Saturday, April 18, 2009

Prof Ariff - MIER

Professor Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff
Executive Director
Malaysian Institute of Economic Research (MIER)


Where were you on June 26th, 2008 from 12 to 2.30pm?



p/s: He's one of my ''ex-Boss'' Economic Advisor@Think Tank..

Saturday, April 4, 2009

Isu Allah: Tokoh agama bidas Anwar


Oleh ZUHAYATI YAZID
zuhayati.yazid@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 April - Dua tokoh agama hari ini membidas tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu penggunaan kalimah Allah semata-mata untuk tujuan berpolitik.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan kerana melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

''Jika berpolitik, gunalah secara matang jangan bertolak ansur dengan hukum agama, yang salah tetap salah.

"Kalimah Allah bukan untuk buat 'suka-suka,' inilah mereka tak faham sensitiviti Islam. Nama Allah untuk orang Islam saja. Jadi, janganlah nak main api dengan hukum agama,'' tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin PKR itu, beliau menyarankan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Anwar kerana sanggup berbuat demikian semata-mata untuk kepentingan politik.

Tegas beliau, tindakan mengenakan hukuman adalah perlu sebagai pengajaran kerana menggunakan isu akidah dan hak-hak yang melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

"Islam adalah benteng terakhir orang-orang Melayu. Jika sebelum ini status Melayu yang dipersoalkan, kita masih boleh mendongak dan menuding jari di antara satu sama lain.

"Kali ini soal agama. Walaupun Melayu kelihatannya berpecah-belah, tapi soal agama, ia boleh membangkitkan perpaduan dan bakal mencetuskan persengketaan," katanya.

Semalam, Anwar ketika berkempen di Batang Air berkata, tidak salah untuk penganut agama lain menggunakan kalimah Allah kerana ia adalah hak masing-masing.

Katanya, di Malaysia, penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad pula berpendapat, tindakan Anwar itu adalah sebagai taktik politik.

''Ini adalah agenda politik untuk meraih undi memenangi pilihan raya,'' katanya.

Shaikh Ismail berkata, sepatutnya isu sensitiviti agama tidak dibangkitkan sebaliknya agenda membangunkan kedudukan orang Melayu terutama dari sudut ekonomi mesti diberi keutamaan.


Sebelum ini

Petikan dari Agendadaily 5/3/2009

Parlimen, 5 March 2009, Datuk Taib Azamudden Mat Taib, bekas Imam Besar Masjid Negara:

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid, ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama”.