*typo error: Message= Mesej
Pautan:Wednesday, May 12, 2010
Friday, April 9, 2010
Harapan Tanpa Suara
HARAPAN TANPA SUARA
Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Korus:
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Di manakah ibu di manakah ayah
Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Korus:
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah
Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah
Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan
Untuk mendengar lagunya, boleh klik di sini
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya amat mengalu-alukan insiatif dan usaha murni akhbar Utusan Melayu ini. Sememangnya, jenayah membuang/membunuh bayi ini tidak dapat diterima oleh seorang manusia yang waras dan bertamadun. Saya menganggap mereka ini lebih hina dan kejam dari binatang.
Atas semangat kemanusian, Marilah kita bersama-sama berganding bahu tanpa mengira agama dan bangsa membanteras jenayah yang tidak bertamadun ini. Ia satu dosa yang amat besar, tidak kira agama mana sekalipun.
Sirami diri dengan iman dan pegangan agama yang betul.
Stop Killing Babies!
SAIFUL BUKHARI
Thursday, March 25, 2010
Terus Bersabar..
*Ulasan saya dibawah*
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh, akan disoal balas di Mahkamah Tinggi di sini oleh pihak pembelaan pada 10 Mei ini.Mohd Saiful sepatutnya disoal balas pada 8 Feb setelah pihak pendakwaan selesai membuat pemeriksaan utama pada 5 Feb tetapi kes itu tertangguh kerana Anwar memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri kerana didakwanya berat sebelah tetapi hakim itu membuat keputusan untuk tidak menarik diri.
Dalam prosiding pada 18 Feb, mahkamah menetapkan Khamis untuk sebutan sehingga menunggu selesainya rayuan Anwar berhubung keputusan Hakim Mohamad Zabidin untuk tidak menarik diri.
Bagaimanapun, pada 16 Mac, Anwar menarik balik rayuannya itu dengan alasan mahu supaya kes itu dipercepatkan.
Pada Khamis, Hakim Mohamad Zabidin menetapkan 10 hingga 14 Mei, 31 Mei hingga 4 Jun, 14 Julai hingga 23 Julai dan 2 Ogos hingga 30 Ogos untuk menyambung semula perbicaraan.
Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya, di sebuah apartmen di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Apabila mahkamah bersidang pada Khamis, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, meminta mahkamah menetapkan tarikh seawal minggu depan bagi meneruskan perbicaraan kes itu.
Bagaimanapun, peguam utama Anwar, Karpal Singh, berkata beliau dan Anwar perlu menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung. Anwar ialah Anggota Parlimen Permatang Pauh manakala Karpal ialah Anggota Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP.
Mohamed Yusof berkata bahawa itu tidak boleh dijadikan alasan tetapi Karpal menjawab bahawa beliau dan Anwar mempunyai tanggungjawab untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Karpal mencadangkan Julai sebagai tarikh yang sesuai kerana beliau boleh hadir sekiranya kes itu ditetapkan sepanjang bulan itu.
Bagaimanapun Hakim Mohamad Zabidin berkata tarikh itu terlalu lewat dan mencadangkan pula ia dijalankan pada Mei, dan selepas pihak-pihak terlibat berbincang dalam kamar hakim kemudiannya, tarikh-tarikh itu dipersetujui.
-- BERNAMA
---------------------------------------
[Ulasan Saya]
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Pagi tadi, saya hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk sebutan semula kes setelah ia ditangguhkan ekoran rayuan(sudah ditarik balik) DSAI untuk mengugurkan Hakim tempoh hari.
Menurut peguam saya, sesi sebutan kes secara kebiasaannya hanya untuk menetapkan tarikh perbicaraan. Namun, saya hanya bersiap sedia jikalau sekiranya perbicaraan dimulakan serta merta. Insyaallah, saya tetap bersedia untuk disoal balas seperti sesi-sesi yang tertangguh sebelum ini.
Hangat juga semasa sesi rundingan tarikh tadi. Dikatakan pihak DSAI pada mulanya mahu sambung bulan Julai, atas alasan antara lain DSAI perlu hadir sidang parlimen, dan beberapa sebab lain. Berbeza dengan pendirian beliau pada minggu lepas, di mana beliau mahukan kes ini dibicarakan secepat mungkin. Boleh rujuk artikel ini
Namun pihak DPP bertegas untuk ia dimulakan seawal mungkin.
Setelah dirunding, inilah tarikh yang akhirnya disepakati dan dimuktamadkan YA Hakim. 10/5-14/5, 31/5-4/6, 14/7-23/7, 2/8-30/8.
Saya terima dan menghormati keputusan tersebut.
Akhir kalam, pada pihak-pihak dan rakan-rakan yang senantiasa mendoakan, membantu dan memberi sokongan, dengan rasa rendah diri, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya amat menghargainya. Semoga Allah membalas jasa baik anda sekalian.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya akan terus tenang, sabar, berdoa dan istiqamah.
Kepada Allah saya berserah..
SAIFUL BUKHARI
Monday, March 8, 2010
Happy Birthday Mama.. Al-Fatihah.
Pusara Allahyarhammah
Me with My Beauty Queen. 1986, 1 year old.
Semasa beliau menghembuskan nafas terakhir, saya dan keluarga berada disisinya. Beliau pergi dengan penuh tenang dan Alhamdulillah, Kalimah Syahadah adalah ungkapan terakhirnya..
“Ya Allah, tempatkanlah Roh Mama ditempat yang terbaik di sisi Mu, cucuri Rahmat keatas Rohnya, terima segala amalan dan amal jariahnya, ampunkanlah segala kesalahannya, dan satukanlah saya, adik dan seluruh kaum kerabat saya di syurga kelak bersama Allahyarhamah Mama.. Amin.”
Happy Birthday Mama.. Miss you.. Al-Fatihah..
SAIFUL BUKHARI AZLAN
Monday, February 22, 2010
Terus tenang dan sabar
Video dari Artikel Sumpah Laknat: Setahun Berlalu
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Prosiding Tangguh
Seperti yang anda semua sedia maklum, perbicaraan ditangguhkan lagi buat kali keberapa pun saya tak pasti, mungkin ke-25, wallahualalam. Kali ini, ia ditangguhkan bagi memberi laluan pada pihak tertuduh untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan setelah YA Hakim menolak permohonan mereka supaya YA Hakim menarik diri dari mendengar perbicaraan.
Ratusan soalan/persoalan diajukan terutama dari para penyokong tertuduh pada saya selepas saya selesai memberi keterangan untuk sesi Pemeriksaan Utama(Examination-In-Chief) oleh pihak pendakwaan.
Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawabnya kerana saya masih lagi dalam proses memberi keterangan. Soalan-soalan seperti itu hanya akan dijawab semasa sesi soal balas(cross-examine) oleh pihak tertuduh yang sehingga ke hari ini belum bermula.
Setiap hari(selepas sesi Pemeriksaan Utama selesai), seawal pagi saya sudah tiba dan bersedia dibilik saksi untuk menyambung pemeriksaan keatas saya bagi sesi pemeriksaan balas(cross-examine).
Tekanan
Pelbagai usaha “halus” dan tekanan digunakan untuk melemahkan semangat saya. Antaranya desakan memohon untuk gugurkan pertuduhan.
Saya mohon pada semua pihak untuk memberi ruang pada Mahkamah untuk mengadili kes saya ini.
Mohon untuk kes saya ini tidak dijadikan isu-isu lain oleh pihak-pihak berkenaan. Kes ini adalah melibatkan aduan saya kepada pihak polis melalui laporan polis yang saya buat keatas DSAI. Ia diklasifikasikan sebagai kes jenayah, bukan yang selainnya.
Sudah lama saya sudah bersabar (lagi 4 bulan genap 2 tahun).
Dugaan
Pelbagai bentuk tekanan dilakukan pada saya dan keluarga oleh pihak-pihak berkenaan. Dalam bentuk tulisan, ceramah, di alam siber dan pelbagai lagi. Yang terbaru, Facebook “I Hate Saiful Bukhari”. Pelbagai kata-kata yang tidak baik dan kesat yang dilemparkan keatas saya di situ.
Tidak mengapa, saya redha dan akan terus bersabar.
Pada hemat saya, biarlah diri ini dilemparkan kata-kata yang tidak baik dan kesat, yang mana lebih baik daripada daripada dihina Allah SWT kerana tidak berani menegakkan yang HAK.
Saya mendoakan agar mereka diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT agar diperlihatkan kebenaran suatu hari nanti. Saya sedikit pun tidak marah atau terasa hati.
Doa dan Iltizam
Walauapapun pelbagai tekanan, dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, Insyaallah, saya akan terus tenang, berdoa, istiqamah dan sabar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kepada Allah saya Berserah
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Untuk Facebook, hanya profile ini(sudah penuh) dan page ini kepunyaan saya. Selain dari itu, ia adalah palsu. Mohon untuk tidak accept/add profil tersebut. Terdapat banyak maklumat mengenai yang saya terima dari rakan2 FB. Antaranya, pengakuan palsu. Harap maklum.
Firman Allah:
'' Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. '' (Surah An-Nisaa: 135)
Pautan:
- Di sebalik bantahan Australia - by Noraini Razak, Mingguan Malaysia.
- Anwar can't use the same "playbook" - by Leslie Lau, The Malaysian Insider
- "Karpal Singh: There is no more delaying tactics" - By Kumbang
- Peguambela, Peguamcara, Peguamtunda - by Husin Lempoyang
- Anwar perlu Game-Plan baru - by Gelagat Anwar
Saturday, February 13, 2010
Trial, Delay, Cross-Examination, Facebook & Happy Chinese New Year!
Maaf lama tidak update blog, tidak berkesempatan. Berikut adalah beberapa perkembangan terkini tentang diri saya:
Perkembangan perbicaraan:
Pada ketika ini, saya di dalam proses untuk di soal balas(cross-examine) oleh pihak peguambela tertuduh. Walaubagaimanapun perbicaraan ditangguhkan buat sementara ke 18hb Feb 2010 untuk Mahkamah membuat keputusan tentang permohonan peguam tertuduh supaya Yang Arif Hakim yang mendengar kes ini menarik diri daripada mendengar kes.
Maklum balas perbicaraan:
Maaf, saya tidak boleh memberi apa-apa komen tentang keterangan saya kerana kes ini masih diperingkat perbicaraan dan kerana saya belum selesai memberi keterangan di Mahkamah.
Mengenai mengapa untuk insiden, ia dibicarakan secara "tertutup" juga saya tidak dapat mengulasnya. Ia dibuat atas permohonan pihak tertuduh dan saya menghormati keputusan Yang Arif Hakim untuk membenarkannya.
Mengenai mengapa untuk insiden, ia dibicarakan secara "tertutup" juga saya tidak dapat mengulasnya. Ia dibuat atas permohonan pihak tertuduh dan saya menghormati keputusan Yang Arif Hakim untuk membenarkannya.
Persediaan:
Saya tetap bersedia untuk menyambung proses saya memberi keterangan. Akan terus istiqamah, berdoa dan bersabar..
Doa dan sokongan:
Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan semua pihak, saya dapat bertahan sehingga ke hari ini dengan penuh tenang dan sabar. Terima kasih diatas doa dan sokongan yang diberikan. Saya amat menghargainya. Semoga Allah membalas jasa-jasa anda.
Satu sahaja saranan saya, dalam kita menyampaikan/menegakkan Kebenaran, jadikanlah Rasulullah sebagai contoh dan panduan. Baginda melakukannya dengan penuh berhemah, tenang dan sabar walaupun di caci dan di cerna musuh-musuhnya dengan amat dasyat sekali..
Insyaallah, dengan IzinNya, Kebenaran akan bangkit jua..
Facebook:
Untuk makluman, akaun Facebook saya sudah penuh(max 5000 sahabat). Justeru, atas perbincangan dengan rakan-rakan FB lain, mereka mencadangkan supaya membuka FB Page. Saya namakan ia sebagai FriendPage, bukan FanPage. Salam perkenalan
Tahun Baru Cina:
To all who is celebrating Chinese New Year, I would like to wish you all a Happy New Year.
May you have a prosperous year ahead. Gong Xi Fa Chai!! ;)
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Akaun FanPage “Justice 4 Saiful Bukhari” telah digodam oleh individu2 yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana akaun FB individu yang membuka FanPage tersebut untuk saya telah digodam. Harap Maklum.
Tuesday, February 9, 2010
Laporan Polis
Saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan iaitu pengadu bagi Kes pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan pada masa ini yang mana saya adalah didalam proses memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai saksi pertama. Saya pada hari semalam, 8/2/10 telah menerima satu email dari individu yang tidak dikenali. Didalam email tersebut, apabila saya membacanya ianya mengadungi satu pernyataan yang disiarkan didalam Fanpage Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tertulis seperti berikut:
“ ANAZ ZAHARI: Kepada rakan2 sekalian…sape2 yg mengenali ataupun berjumpa dgn saiful bukhari azlan dimana2 saja,anda diwajibkan membunuh beliau dgn apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat…”
Saya lampirkan disini sesalinan kandungan gambar “printscreen” Wall Fanpage Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana individu tersebut telah membuat pengumuman/”shoutout” yang dilampirkan pada email saya tersebut.
Adalah jelas pernyataan tersebut dibuat oleh individu yang dikenali sebagai Anaz Zahari yang berdaftar dengan laman Facebook.com.
Saya dengan ini menyatakan bahawa ini adalah satu ancaman bunuh keatas diri saya dan ini adalah suatu ancaman yang serius. Saya bimbangkan keselamatan diri saya dan keluarga.
Ini sahaja laporan saya.
(MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN)
9hb Februari 2010
p/s: Dipecayai, beliau telah delete/disable profil. Ini dibuktikan apabila saya Google keyword "Facebook Anaz Zahari", ia masih ada. Namun, apabila klik pada link tersebut, "profil not found".
http://www.facebook.com/people/Anaz-Zahari/100000055703387 .
Friday, January 29, 2010
Tangguh Lagi?
Assalammualaikum dan Salam sejahtera,
Permohonan Penangguhan Tertuduh
"Kuala Lumpur 28 Jan - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengemukakan permohonan pada saat-saat akhir bagi menangguhkan perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan bermula Selasa depan. Beliau memfailkan notis rayuan pada 10 Disember tahun lalu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin yang menolak permohonannya itu pada 1 Disember tahun lalu." - Utusan 29/1/09 -
[Ulasan saya]Untuk makluman, walaupun Perbicaraan Utama belum bermula, mengikut rekod, dari hari pertama pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, sudah lebih kurang 20 kali perbicaraan ini ditangguh dek kerana permohonan2nya sebelum ini.
Selama ini, Hanya SATU sahaja permintaan saya, iaitu untuk memberi keterangan di Mahkamah. Namun, setelah sekian lama saya menanti dengan sabar, beliau masih berusaha sedaya upaya untuk menafikan HAK saya.
Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 2hb Febuari ini sama ada permohonan penangguhan beliau diterima atau sebaliknya.
Akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, kepada Allah saya berserah...
SAIFUL BUKHARI
Saturday, January 23, 2010
Al-Fatihah..
Sebagai anak Negeri Johor Darul Takzim, patik mohon untuk merafak sembah setinggi-tinggi takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Semoga Roh Almarhum Baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.
Al-Fatihah..
Friday, January 15, 2010
Hari Kebenaran semakin hampir.. Mohon doa dan bimbingan..
Terus Berdoa, Istiqamah dan Sabar..
Tahun 2010/1431: Tahun Kebenaran
Hari Kebenaran yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bakal tiba. Syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan Izin-NYA, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini.Dalam meniti hari-hari terakhir episod penantian yang bakal menjangkau satu tahun setengah ini, persiapan rapi perlu dilakukan bagi memperlengkapkan diri sebelum masuk ke gelanggang perbicaraan nanti. Akan tetapi, pada hemat saya persiapan yang dilakukan secara bersendirian mesti banyak kelemahan-kelemahannya.
Maklumlah, ilmu pun tidak secukup mana dan ini baru pertama kali saya akan beri keterangan di mahkamah.
Justeru, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak.
Kepada yang sudi membimbing , bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , diruangan komentar entri ini, atau di Facebook saya
Nasihat dan bimbingan oleh pakar-pakar dan profesional yang berkenaan dan para ilmuan juga amat dialu-lukan.
Kesudian anda untuk membimbing dan membantu saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa anda.
Akhir kalam, saya berharap agar pihak tertuduh tidak lagi berdolak dalih untuk menangguh perbicaraan yang bakal berlansung pada 25hb Januari 2010 ini nanti.
Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Kepada Allah saya berserah..
Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
p/s: Atas faktor 'keselamatan', saya ingin mohon maaf terlebih dahulu kerana saya tidak dapat membalas email-email yang dihantar. Identiti pengirim juga akan dirahsiakan. Hanya kiriman di Facebook akan dibalas. Harap maklum. Terima kasih
Pautan
- Justice 4 Saiful Bukhari Facebook Fanpage - Kadiology, MyKmu (created by Gomo)
Wednesday, January 6, 2010
Sokong kalimah Allah untuk bukan Islam: DSAI Kufur?
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Diatas merupakan video ucapan tertuduh mengenai Isu Kalimah Allah semasa PRK Batang Ai tempoh hari.
Berikut pula adalah fatwa atau pendirian Datuk Dr Haron Din baru-baru ini:
"Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada KEKUFURAN. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik." - mStar -
Jika benar fatwa/pandangan Ustaz Haron Din ini, saya doakan semoga terduduh(DSAI) diberi hidayah dan kembali ke jalan yang benar...
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
p/s: Kepada pada pengunjung yang mempunyai Facebook, mari kita rapatkan saf menyokong kumpulan "MENENTANG PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH GOLONGAN BUKAN ISLAM". Disaat saya menulis ini, sudah 98,143 ahli dikumpulkan. Semoga Agama suci kita terus terpelihara. Amin.. Allahuakhbar!
Thursday, December 31, 2009
Tahun 2010/1431:Tahun Kebenaran. Insyaallah..
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadirat Allah swt kerna dengan limpah kurnia dan IzinNya, saya dapat melalui tahun 2009 ini dengan penuh tenang dan sabar.
Banyak kisah pahit dan manis telah saya dan seluruh keluarga tempuhi sepanjang tahun ini. Apabila saya menoleh kebelakang, saya juga tidak sangka bahawa kami dapat/telah menempuhinya. Itulah kebesaran Allah.
Saya menganggap tahun 2009 adalah tahun peralihan dan tahun menimba ilmu buat saya. Banyak ilmu, hikmah, kekuatan, taufiq serta hidayah yang saya perolehi dariNya yang akan saya jadikan permata hidup untuk bekalan pada tahun-tahun yang mendatang hatta ke akhirat. Syukur Alhamdulillah..
Insyaallah, berkat doa dan sokongan semua pihak selama ini, pada tahun 2010/1431 ini, kebenaran akan bangkit dengan IzinNya. Tahun 2010/1431, Tahun Kebenaran!
Menang atau kalah bukan matlamat saya. Kerna pada hemat saya, tugas yang diamanatkan olehNya pada saya hanya untuk menyampaikan Kebenaran. Dan dalam perjuangan ini, tempatnya adalah di Mahkamah, dengan memberi keterangan serta segala bukti-bukti yang ada. Lebih daripada itu saya serah sepenuhnya kepadaNya.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih pada semua pihak yang telah banyak berdoa, memberi sokongan dan membantu secara langsung atau tidak sepanjang tahun 2009 ini. Insyaallah, segala pengorbanan dan penat lelah anda selama ini tidak akan sesekali saya sia-siakan. Semoga Allah memberi kekuatan dan membalas jasa-jasa anda sekalian.
Perjuangan belum selesai. Nikmat dunia telah saya korbankan demi sebuah Kebenaran. Saya akan terus istiqamah dan bersabar dalam perjuangan ini, tidak sesekali saya akan menyerah kalah.
Saya tidak mempunyai apa-apa, hanya Allah swt tempat saya bergantung. Jika ditakdirkan saya tiada didunia ini lagi, teruskanlah sehingga Kebenaran itu bangkit!.
Saya percaya, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Kepada Allah saya berserah
Selamat Tahun Baru 2010, Salam Maal Hijrah 1431
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
Wednesday, December 30, 2009
6hb Januari: Rayuan permohonan tertuduh di Mahkamah Persekutuan
PUTRAJAYA 29 Dis. - Rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan semua dokumen penting pendakwaan dan contoh spesimen Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 6 Januari ini.
Tarikh tersebut dimaklumkan melalui faksimile yang dihantar oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di sini ke pejabat peguamnya, S.N. Nair hari ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan pendakwa raya dan menolak rayuan balasnya bagi mendapatkan dokumen-dokumen tersebut.
Pada 6 November lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Hasan Lah sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar dia dibekalkan dengan dokumen pendakwaan bagi menyediakan pembelaannya.
Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud turut menolak rayuan balas pemimpin pembangkang itu supaya dia diberikan spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) yang telah diuji milik Mohd. Saiful Bukhari, 24, yang juga pengadu kes.
Pada 16 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan Anwar agar pendakwa raya membekalkan dokumen-dokumen penting bagi membantu beliau menyediakan pembelaannya.
Antara dokumen tersebut ialah rakaman percakapan Mohd. Saiful Bukhari; Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi; pemilik kondominium, Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga lagi saksi.
Dokumen lain yang gagal diperoleh oleh Anwar termasuk laporan perubatan pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), laporan kimia dan senarai saksi pendakwaan.
Ia juga melibatkan rakaman Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dari pondok pengawal di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara dan kawasan lif Blok 11 kondominium itu di antara 25 dan 27 Jun tahun lalu.
Ketua pembangkang itu menghadapi tuduhan meliwat mangsa di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.
- Utusan
-----------------------------------------------
[Ulasan Saya]Alhamdulillah, setelah 2 Bulan menunggu tarikh permohonan rayuan ini didengar, akhirnya Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 6hb Januari 2010 untuk mendengar rayuan bagi permohonan tertuduh tersebut. Saya amat berharap bahawa prosiding itu nanti tidak akan mengambil masa yang lama untuk diputuskan.
Saya berkeyakinan penuh pada Mahkamah dan saya percaya bahawa hari perbicaran penuh/Hari Kebenaran untuk saya memberi keterangan tetap akan tiba tidak lama lagi. Ikut jadual, pada 25hb Januari 2010, 26 hari sahaja lagi.
Menjelang 25 Januari 2010 ini, mohon doakan agar tiada lagi penangguhan perbicaraan. Juga, harap tiada lagi permohonan-permohonan yang boleh melengahkan perbicaraan penuh bagi saya memberi keterangan. Saya sudah lama bersedia untuk beri keterangan. Pada pihak berkenaan, cukuplah selama ini 1 1/2 tahun prosiding perbicaraan penuh terpaksa ditangguhan kerana permohonan-permohonan serta dolak-dalih tertuduh.
Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, saya akan terus istiqamah dan bersabar. Kepada Allah saya berdoa dan berserah..
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang Batil pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
- 26 hari ke Hari Kebenaran -
Pautan
- Tangguh ke 3 Nov.. Lagi..
- Sumpah Laknat: Genap Setahun
- Penantian: Hari ke 400
- Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah 1431
Assalammualaikum wrbt,
Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak pernah sekali menyesal akan keputusan "penghijrahan" saya pada tanggal 28hb Jun 2008 lalu. "Pada hemat saya, biarlah diri ini dihina oleh jutaan manusia dan hilang segala nikmat dunia ini daripada dihina Allah swt, hidup dalam jiwa yang tidak tenang dan ditarik nikmat di akhirat akibat tidak berani menegakkan yang Hak"
Insyaallah, saya akan terus istiqamah dan bersabar dalam perjuangan ini. Tidak sesekali saya akan menyerah kalah walaupun sudah lama menanti(lebih kurang satu tahun setengah) ekoran daripada dolak-dalih tertuduh yang nyata ingin menawan dan melemahkan saya sebelum perbicaraan sebenar dalam "Peperangan Psikologi"/"Psychological Game" yang direkanya ini.
Saya tiada apa-apa. Saya hanya ada Allah swt sebagai tempat saya bergantung dan memohon pertolongan. Syukur Alhamdulillah, Allah telah memberi saya pertolongan, taufiq dan hidayah untuk mengharunginya dengan penuh tenang dan sabar. Kisah pejuangan dan kesabaran Rasulullah SAW dalam menegakkan yang HAK juga sentiasa dijadikan panduan dan pedoman dalam perjuangan ini.
Bagi saya, semua yang berlaku ini ada hikmahnya, dan Alhamdulillah, sikit demi sedikit saya dan mungkin anda sendiri telah melihat hikmahnya.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak berdoa dan memberi sokongan moral pada saya, termasuk rakan-rakan bloggers, forum dan rakan-rakan di laman-laman sosial seperti di Facebook.
Kepada anda yang ingin melakukan pengHijrahan, Selamat berhijrah saya ucapkan. Usah gentar, Yakin pada Allah swt, Insyaallah anda akan dapat keberkatan dan pertolongan dariNya.
Salam Maal Hijrah 1431 diucapkan buat semua! =)
Kepada Allah saya berserah..
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAFUL BUKHARI
Pautan
p/s:Untuk mengikuti perkembangan dan berinteraksi dengan saya dengan lebih dekat lagi, boleh add saya di www.facebook.com/saifulbukhari . Terima kasih. Salam perkenalan & Salam Maal Hijrah!(nota: Hanya "valid" profil yang akan saya terima.Tk)
Semalam, seharian saya bermuhasabah(post-mortem) tahun 1430, dan merangka azam/matlamat serta pelan untuk tahun 1431.
Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai apa outcome(hasil) daripada sesi muhasabah(post-mortem) tersebut, cukup untuk saya memanjatkan rasa Syukur ke hadhirat Illahi diatas petunjuk & hidayah yang diperoleh dariNya. =)
Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai apa outcome(hasil) daripada sesi muhasabah(post-mortem) tersebut, cukup untuk saya memanjatkan rasa Syukur ke hadhirat Illahi diatas petunjuk & hidayah yang diperoleh dariNya. =)
Insyaallah, saya akan terus istiqamah dan bersabar dalam perjuangan ini. Tidak sesekali saya akan menyerah kalah walaupun sudah lama menanti(lebih kurang satu tahun setengah) ekoran daripada dolak-dalih tertuduh yang nyata ingin menawan dan melemahkan saya sebelum perbicaraan sebenar dalam "Peperangan Psikologi"/"Psychological Game" yang direkanya ini.
Saya tiada apa-apa. Saya hanya ada Allah swt sebagai tempat saya bergantung dan memohon pertolongan. Syukur Alhamdulillah, Allah telah memberi saya pertolongan, taufiq dan hidayah untuk mengharunginya dengan penuh tenang dan sabar. Kisah pejuangan dan kesabaran Rasulullah SAW dalam menegakkan yang HAK juga sentiasa dijadikan panduan dan pedoman dalam perjuangan ini.
Bagi saya, semua yang berlaku ini ada hikmahnya, dan Alhamdulillah, sikit demi sedikit saya dan mungkin anda sendiri telah melihat hikmahnya.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak berdoa dan memberi sokongan moral pada saya, termasuk rakan-rakan bloggers, forum dan rakan-rakan di laman-laman sosial seperti di Facebook.
Kepada anda yang ingin melakukan pengHijrahan, Selamat berhijrah saya ucapkan. Usah gentar, Yakin pada Allah swt, Insyaallah anda akan dapat keberkatan dan pertolongan dariNya.
Salam Maal Hijrah 1431 diucapkan buat semua! =)
Kepada Allah saya berserah..
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAFUL BUKHARI
Pautan
p/s:Untuk mengikuti perkembangan dan berinteraksi dengan saya dengan lebih dekat lagi, boleh add saya di www.facebook.com/saifulbukhari . Terima kasih. Salam perkenalan & Salam Maal Hijrah!(nota: Hanya "valid" profil yang akan saya terima.Tk)
Friday, December 11, 2009
Gugur Kes Tanpa Bicara: Bukti penyokong tertuduh juga MAHUKAN perbicaraan
Ketua AMK, Saudara Sam
Foto by Malaysiakini
Mahu dibicarakan! Tegas penyokongnya
Foto GAP
Berikut adalah kenyataan saya diblog ini pada 30hb Nov 2009;
"Untuk makluman, ramai juga diantara mereka(penyokong, rakan dan barisan pimpinan tertuduh) memberikan sokongan dan simpati dalam diam. Walaupun ada diantara mereka yang masih enggan percaya, namun mereka semua bersetuju agar kes ini dibicarakan bagi mengetahui kebenaran dan kesahihannya, bukannya lari dari perbicaraan. Terima kasih diucapkan kerana bersikap rasional dan adil". - 30hb Nov 2009 (klik disini)
Dalam kenyataan saya itu, saya ada menyatakan bahawa walaupun ada diantara penyokong tertuduh masih enggan percaya, namun majoriti mereka bersetuju agar kes ini dibicarakan di Mahkamah bagi mengetahui kebenaran dan kesahihannya.
Hatta inilah buktinya. Berikut adalah desakan penyokong tertuduh pada hari ini;
"Kira-kira 30 anggota PKR mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini. Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut mereka, prosiding Mahkamah Syariah boleh berjalan serentak dengan prosiding di mahkamah sivil." Malaysiakini,13hb Dis 2009
Alhamdulillah, setelah lama mereka(penyokong tertuduh) berdiam diri dan bersabar menanti bila perbicaraan ini akan berjalan, akhirnya pada petang tadi mereka bersuara dan meluahkan perasaan dihati yang sudah lama dipendam.
Walaupun mereka mendesak agar kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah, namun mereka juga turut mahukan kes ini dibicarakan di Mahkamah Sivil seiring dengan Mahkamah Syariah. Kesimpulannya, mereka mahukan kes ini DIBICARAKAN. Ternyata, mereka semua mahukan kebenaran. Ia sama sekali bertentangan dengan hasrat tertuduh yang sebelum ini mahu kes ini langsung tidak dibicarakan.
Pada hemat saya pula, Insyaallah, saya sudah lama bersedia untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.
Buat tertuduh, penyokong anda pun telah bersuara. Mereka mahukan KEBENARAN. Jadi, janganlah berdolak-dalih lagi untuk berdepan dengan perbicaraan.
Penyokong anda seru "Lawan Tetap Lawan"(tulisan banner pada gambar diatas), bukan "Tangguh Tetap Tangguh", seperti kata kolumnis Awang Selamat.
Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, saya akan terus istiqamah dan bersabar. Kepada Allah saya berdoa dan berserah..
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang Batil pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
p/s: Terima kasih Saudara Sam!
Pautan
Subscribe to:
Posts (Atom)













