Tertuduh bersama peguamnya,(dr tengah) S.N Nair, Karpal Singh
Foto by Bro Freddy
"Di luar mahkamah, seorang lagi peguam Anwar, Sankaran Nair menyatakan, notis rayuan dijangka difailkan esok dan pihaknya juga akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sama ada ingin mengemukakan permohonan menangguhkan perbicaraan atau sebaliknya."Utusan, 2/12/09
"Karpal kemudian memberitahu media bahawa satu notis rayuan akan difailkan di Mahkamah Rayuan pada Rabu." Bernama 2/12/09
Berikut adalah kenyataan peguam pihak tertuduh diluar Mahkamah selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan tertuduh untuk mengugurkan kes sebelum bicara tempoh hari.
Jika diteliti pada kenyataan tersebut, pihak tertuduh berhasrat untuk mengemukan notis rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari. Katanya "esok", esok itu bermakna Rabu, 2 Disember 2009. Namun sehingga ke hari ini(setelah seminggu), tiada khabar memberitahu bahawa mereka telah failkan notis tersebut.
Pada kenyataan yang sama juga, pihak tertuduh berkata mereka mahu "mengadakan perbincangan terlebih dahulu sama ada ingin mengemukakan permohonan menangguhkan perbicaraan atau sebaliknya" Utusan, 2/12/09
Hatta, persoalan saya adalah adakah pihak tertuduh berhasrat untuk kemukan rayuan? Jika tidak, syukur alhamdulillah..
Bukan bermaksud untuk mencampuri urusan, sekadar ingin bertanya. Masa juga tinggal 45 hari sahaja lagi ke hari perbicaraan utama. Jika ada rayuan, dan jika ia tidak dapat diselesaikan sebelum 25hb Januari 2010 ini, kemungkinan besar perbicaraan utama tidak dapat dijalankan.
Setiap permohonan atau rayuan akan memakan masa yang lama. Sebagai contoh, rayuan pihak tertuduh di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan dokumen dan bahan bukti asal juga belum diketahui tarikh pendengarannya lagi walaupun sudah lebih kurang sebulan notis rayuan dibuat.
Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, akan terus istiqamah dan bersabar. Kepada Allah saya berdoa dan berserah..
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang Batil pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
15 comments:
salam saiful,
semoga rintihan anda sampai ke ketua hakim negara kerana hanya beliau mempunyai kuasa untuk tenyeh kepala si nuar ni supaya tak tangguh lg kes
SLM BRO..NAMPAKNYA MEREKA MASIH NAK BERTEKA TEKI ATAUPUN CUBA NAK TANGGUHKAN LG TARIKH PERBICARAAN. KNP DIORANG KALUT SGT? INI KE CARA MEREKA NAK MENGETAHUI KEBENARAN?
HARAP BRO BERSABAR DGN KARENAH ANUWAR SBB DIA DH SEMAKIN KETAKUTAN. LMBT LAUN DIA MENYERAH JUGAK!
salam saudara saiful. siang td kami rancak mendengar dan berbincang mengenai kes liwat anwar bangsat masa kini termasuk juga yg sebelum ini.
penceramah tersebut ialah kawan rapat anwar bangsat pada suatu masa dahulu. banyak info yg kami dapat.
tegasnya, anwar kali ni trnyata mati akal dan tercari2 kesilapan teknikal dlm urusan mahkamah bg melengahkan kes dan lebih bagus sekiranya kes ini digugurkan. segala keputusan terserah kepada mahkamah. moga anwar dihumban sekali lagi ke dalam penjara!
kami mendoakan saudara sentiasa tabah dan sabar dgn dugaan allah.
Salam sejahtera Saiful,
Boleh tahan juga foto Karpal Singh, Anwar dan S.N. Nair.
Melihat gambar Karpal dengan Anwar begitu saya teringat waktu Karpal Singh mendesak kerajaan BN terutamanya Tun Dr Mahathir supaya segera mengambil tindakkan ke atas Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai TPM Malaysia. Tau-tau sajalah Karpal Singh itu...peguam hebat katakan...
Reaksi Karpal Singh adalah berkaitan dengan siasatan ke atas Anwar berhubung dengan buku "50 dalil, mengapa Anwar tidak boleh jadi PM". Siasat punya siasat, maka semakin terciumlah bau-bau yang tersembunyi.
Tetapi sangat pelik, apabila Anwar telah disabit dengan kesalahan tersebut tetiba saja angin Karpal Singh berubah arah. Tapi yang paling mengejutkan apabila Karpal Singh telah sanggup untuk menjadi peguambela Anwar yang dulunya dikatakan oleh Karpal Singh sebagai tidak bermoral dan disarannya pula agar harus segera bertaubat...
Yang menjadi persoalannya ialah, "berwibawakah" seseorang itu tidak kira apa juga dia punya profession apabila pendiriannya seringkali beriubah mengikut keadaan tak ubah seperti pokok lalang yang tegak berdiri tetapi akan condong mengikut mana arah tiupan angin ?
Walau bagaimanapun, melihat kepada masa yang semakin suntuk bagi pihak tertuduh berkaitan dengan kes ini maka tidak mustahil juga akan ada lagi usaha-usaha terdesak yang mungkin akan terus mereka lakukan...namun adalah besar harapan kita semua supaya kes ini tidak akan ditangguh lagi selepas ini.
Dr Sid: W'salam, harap2 begitulah..
Jeff: Dia ada 30hari utk buat rayuan(dr 1/12/09), lagi lewat lagi blh "buy time".
Anti: Insyaallah, sama2 doa2kan. Salam buat rakan2 di Sarawak!
Hilbert: Tepat & tuntas analisis saudara. Saya sertakan buktinya sekali. Iaitu kenyataan Karpal Singh di Parlimen pada tahun 1997 http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=29063&highlight=
semua: Blh add saya di Facebook utk berinteraksi. Tk
Assalamualaikum sdr.Saiful
Pihak Anu arr tetap akan membuat rayuan,kerana itu adalah peluang untuk melambatkan proses mahkamah.Dan cara itu akan membuatkan mahkamah tidak dapat membuat keputusan dengan cepat.
Kepada saudara..harus diingat bahawa mereka mempunyai 12 kepala yang telah terlatih untuk mematahkan segala hujah saudara, jadi saudara kenalah betul betul melatih minda saudara supaya saudara tidak diperbodoh bodohkan oleh mereka.
Saya dan ramai lagi yang akan mendoakan semuga saudara Saiful didalam perlindungan Allah jua.
W'salam En Azman,Terima kasih. Sbb Insyaallah, doa2kan agar saya diberi kekuatan agar tidak "diperbodoh2kan" mereka. Beliau bergantung pada makhluk, sy bergantung pada Allah. Sekian
Hak untuk merayu adalah hak Anwar (dalam kes ini). Tetapi yang kita pertikaikan ialah kenapa dia tak rayu cepat-cepat. Agaknya dia nak tunggu 20hb baru nak rayu?
Yang keduanya, kenapa Anwar tidak mahu menggunakan secukupnya peluang ini (perbicaraan) untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah dan telah dianiaya oleh Saiful? Kenapa sibuk sangat nak suruh gugurkan kes?
Kalau ada orang yang masih tak faham lagi tipu muslihat Anwar, tak tahu lah.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Saiful, perlu diingat, 'Allah mendahulukan doa orang-orang yang teraniaya, sakli pun dari seorang lelaki kafir"...... yakinlah Allah memakbulkan doa anda.... InsyaAllah....
Mana taknya, Bukan main mengamok Anwar bila si Sankaran Nair dan Karpal Singh bila mereka ini menyataakan akan menghantar rayuan untuk MenGUGURkan kes Liwat ini sebelum perbicaraan kepada Mahkamah. Umum mengetahui Mahkamah yang lepas telah pun menolak permohonan Anwar Al Juburi bagi mengugurkan kes liwat nya ini.
he he he..jahanam anwar bro....kita tunggu game apa lagi depa main kan
salam
doa saya semoga kemenangan berpihak kpd sdra agar seluruh dunia akan tahu siapa sebenarnya anwar..
saya tahu anwar gentar untuk berdepan dgn sdra di mahkamah
kuatkan semangat,
terus berjuang..!
Saudara Saiful,
dlm sembahyang saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda, buat pengetahuan saya dulu mmg suka anuar tetapi selepas melihat rentetan kes saudara seperti saya mendapat hidayah yg pemimpin saya puja selama nie memang munafik..kuat penipu ! mana pergi slogan lawan tetap lawan/ sumpah..kalu berani kerana benar..suma tue tak de dalam diri anuar..dia sperti ketakutan !!!..tetapi saya masih hairan ramai lagi mengagumi pemimpin durjana nie..saya akan terus doakan anda sihat serta mendapat perlindungan dari Allah. InsyaAllah... Mail.
Salam abg saiful...
saya di sini ingin menyatakan sokongan penuh pada abg walau apa jua keputusan mahkamah yang mahu tangguh atau teruskan perbicaraan..
Saya teringin nak tengok bilamana kebenaran tertegak.. di mana bila DSAI di dedahkan siapa dirinya yang sebenar...
Agar pengikut "begik" beliau sedar akan keburukan sebenar diri pemimpin mereka..
Berdoa sebanyaknya pada ALLAH agar abg sentiasa bersama denganNya dan tidak terkeluar dari landasan ISLAM yang SEBENAR...
WASALAM..
Maka jelaslah bahawa Anwar Ibrahim yang kononnya hebat dan berani lawan tetap lawan tersungkur ditangan Saiful Bukhari.
Bukankah sah terang dan nyata bahawa Anwar sudah siang-siang mengaku bersalah apabila dia takut untuk berdepan dengan Saiful di mahkamah. Hanya orang yang yakin dia bersalah sahaja takut untuk dibicarakan. Dan Anwar pasti yakin dia bersalah.
Lihat Saiful, dia sudah bersedia bila-bila masa sahaja untuk berdepan dengan Anwar. Kenapa? Kerana dia yakin dia dipihak yang benar. Bila dia dicabar untuk bersumpah mubahalah, dia dengan penuh tawadduk melakukannya di masjid Wilayah K.L.
Sebaliknya bila Anwar dicabar, berbagai-bagai alasan diberi untuk mengelak daripada bersumpah.
Orang yang yakin dia dipihak yang benar tak perlu mengambil sampai 12orang peguambela untuk membelanya. Memadai seorang sahaja.
Saiful menyerah diri pada Allah tetapi Anwar kepada peguam2 yang kebanyakannya bukan beragama Islam.
Karpal Singh dulunya mendesak TDM supaya mengambil tindakan terhadap Anwar. Hari ini dia pula yang membelanya.
Lagi lama perbicaraan ini tertangguh, lagi banyak sokongan orang ramai kepada Saiful. Allah akan pimpin hati manusia untuk menilai dan menyokong yang benar.
Kalau kita imbas kembali, masihkah anda ingat bahawa hampir 95% yang melayari blognya mencerca, memaki-hamun, mencarut, mengumpat, mengeji dan sebut sahaja apa juga sifat mazmumah semuanya telah dilemparkan terhadap sdra Saiful.
Tetapi hari ini orang yang dulunya memaki hamun Sdra Saiful banyak yang sudah sedar apabila menerima hidayah dari Allah dan tidak malu untuk memohon maaf daripada sdra Saiful.
Diharap mereka yang melayari blog sdra Saiful ini yang tidak suka padanya akan berfikir berpandukan IMAN bukan EMOSI.
Saudara Saiful teruskan berdoa, teruskan solat hajat dan teruskan beristiqamah. Yakinlah dengan pertolongan ALLAH.
kalau boleh..jangan lah masuk politik..penuh dengan kekotoran..sampai tak tau mana yang betul dan salah..kita hidup di dunia ni pun tak lama..paling lama pun 80-90 tahun..masuk kubur nanti penuh dengan seksaan.
Post a Comment