Keratan Muka Hadapan Utusan 2/12/09
*Ulasan saya dibawah
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa ia tidak boleh membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan meliwat terhadapnya hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan kerana mahkamah perlu mendengar keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan terlebih dahulu.
Pada peringkat ini, katanya, mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Cara Negara Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bahawa laporan-laporan tersebut terhad kepada pemerhatian dan pemeriksaan fizikal dan tidak konklusif sedangkan kes pendakwaan lebih berlandaskan kepada keterangan lisan, keterangan forensik dan keterangan lain.
Beliau berkata dalam kes ini elemen penting untuk pihak pendakwaan ialah membuktikan bahawa adanya kemasukan zakar tertuduh ke dalam dubur pengadu.
"Terpulang kepada pihak pendakwaan bagaimana ia ingin membuktikan elemen tersebut," kata Mohamad Zabidin.
Beliau berkata sudah semestinya laporan perubatan merupakan satu daripada keterangan yang boleh diguna, sama ada oleh pihak pendakwaan untuk menyokong keterangan berhubung isu kemasukan, atau oleh pihak pembelaan untuk menimbulkan keraguan berhubung keterangan berkenaan, atau untuk menunjukkan tidak terdapat kemasukan.
Anwar pada 17 Jun lalu membuat permohonan membatalkan pertuduhan terhadapnya setelah mengaku tidak bersalah pada 10 Mac terhadap dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 24, bekas pembantu peribadinya, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 27 Jun tahun lepas.
Mohamad Zabidin juga berkata isu kedua yang mahkamah mengambil perhatian adalah dakwaan pemohon kononnya pertuduhan terhadap beliau mempunyai niat jahat dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.
Beliau berkata hujah pemohon melalui afidavitnya yang mengkaitkan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan insiden "mata lebam" pada 1998 dengan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes terbaru boleh menyebabkan mereka boleh bersikap berat sebelah adalah tidak dapat diterima.
"Beban untuk membuktikan terdapat niat jahat di pihak pendakwa dalam membawa pertuduhan terkini terhadap pemohon terletak di bahu pemohon. Afidavit pemohon ada menyenaraikan Tan Sri Gani dalam apa yang didakwa cuba putar belit atau mencipta keterangan terhadap pemohon dalam tahun 1998.
"Walaupun begitu, tidak ada apa-apa yang menunjukkan perkara yang sama berlaku dalam kes terkini," kata Mohamad Zabidin.
Beliau berkata hanya dengan menunjukkan bahawa barisan pendakwaan yang mengendali kes terbaru ada pengetahuan tentang peranan Gani dalam kejadian 1998, tidak cukup untuk mahkamah mendapati dalam kes terkini mereka akan bersikap berat sebelah.
Mohamad Zabidin menetapkan tempoh sebulan bermula 25 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes walaupun peguam Karpal Singh membantah kerana anak guamnya ingin memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Karpal kemudian memberitahu media bahawa satu notis rayuan akan difailkan di Mahkamah Rayuan pada Rabu.
Anwar turut hadir di mahkamah pada Selasa.
-- BERNAMA
----------------------------------------------
Dengan itu, Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 25hb Januari 2010. Walaubagaimanapun, menurut peguam belanya Karpal Singh, tertuduh akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada rabu ini. Diharap, ia tidak memakan masa yang lama untuk didengar dan diputuskan..
Perjuangan masih belum selesai, masih banyak lagi halangan dan cabaran yang menanti dihadapan. Saya berharap agar tiada lagi mana-mana pihak membuat apa-apa helah untuk menghalang perbicaraan ini daripada diteruskan. Insyaallah, walau apapun yang bakal terjadi, saya akan terus Istiqamah dan Bersabar, TIDAK SESEKALI saya akan menyerah kalah!
Akhir kalam, saya bersyukur dengan apa yang diperolehi setakat ini. Ia akan dijadikan pemangkin dan pembakar semangat untuk saya meneruskan perjuangan.
Pada mereka yang telah banyak memberi sokongan dan doa, jutaan terima kasih diucapkan. Saya benar-benar terharu dengan doa dan sokongan yang diberi.
Sudah 1 1/2 tahun saya menunggu dengan sabar untuk beri keterangan di Mahkamah. Namun saya yakin, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...
Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. KepadaNya saya berserah..
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH
SAIFUL BUKHARI
Pautan
- Permohonan Anwar ditolak - Utusan
- Mohd Saiful: Bersyukur, tapi banyak halangan - Utusan
- Anwar kena percepatkan perbicaraan kes - Rencana, Utusan
- Anwar's Trial set in January - Debra Chong,MI
- Anwar tetap dibicara - Bharian
- Mengapa Anwar takut bersumpah? - Hafiz Firdaus Abdullah [Must Read!]
- Mohd Saiful harap tiada lagi helah lengah perbicaraan
- Tanda-tanda awal Anwar bakal tewas - Cyber1Trooper,AIDC
- Tulisan Anwar tiada sambutan - Cyber1Trooper,AIDC
- Anwar gagal buang kes liwat - House PK
37 comments:
Alhamdulillah syukur!
Insya Allah pada 25hb Jan 2010, kita akan dapat mengikuti perbicaraan yang akan mendapat perhatian seluruh dunia.
Bagi Saiful, teruskan beristiqamah, teruskan berdoa, teruskan solat hajat dan teruskan membaca Al-Quran.
Dan jaga kesihatan diri.
Salam,
tahniah saudara saiful. sesungguhnye Allah sentiase bersame2 org yg sabar dan benar. Sementare menanti 25hb jan tue, perbanyakkan amal dan tingkatkan ketaqwaan agar yg batil dan yg benar akan d tunjukkan oleh Allah semasa d dunia ini lagi, insya Allah. Wallhu a'lam .. .
(Andeh,n9)
Salam,
tahniah saudara saiful. sesungguhnye Allah sentiase bersame2 org yg sabar dan benar. Sementare menanti 25hb jan tue, perbanyakkan amal dan tingkatkan ketaqwaan agar yg batil dan yg benar akan d tunjukkan oleh Allah semasa d dunia ini lagi, insya Allah. Wallhu a'lam .. .
(Andeh,n9)
asm dan tahniah bro..
di masa ulasan ini dinukil..tidak terhenti-henti pihak tertuduh menaip dalam blognya merintih hiba akan ketidakadilan mahkamah keatasnya (kononnya ). begitu juga dengan penyokong dan pencinta beliau
tahniah bro sekali lagi, amal makruf nahi batil
Alhamdulillah bro! Be strong! Dedahkan segala kemungkaran si agen yahudi ni bro!
Salam. Terima kasih semua. Alhamdulillah.. Insyaallah, Akan terus istiqamah dan bersabar dalam perjuangan ini.
Yang HAK pasti BERDIRI!
Salam,
Bersabar saudara saiful..Kebenaran akan terbukti akhirnya..kuat kan semangat dan teruskan berdoa..kami akan sentiasa menyokong saudara..
HANCUR ANWAR IBRAHIM!!!
BUTUHLA SAIFUL
Segala macam wayang telah dimainkan untuk mengalih perhatian dan tumpuan kepada kes 'pengliwatan anu war aljuburi' ...
Semuanya membayangkan seolah oleh di sana ada konspirasi... ada penipuan .. ada yang mahu disorokkan oleh 'pendakwa'... ada campurtangan ..berat sebelah ... dsbnya.
Semoga Saiful tidak 'exausted' atau 'letih' apatah lagi 'latah' dengan segala macam kerenah yang disenghajakan itu!!
Pastikan tumpuan kamu terhadap keselamatan diri tidak terabai dan hendaklah sentiasa waspada dan cemburu dengan setiap orang yang tidak berkaitan dan persekitaran yang tidak menjamin keselamatan ...
INGATlah bahawa keselamatan anda menjadi keutamaan tanpa sebarang kompromi ...
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu dengan RahimNya!!
Salam Saiful,
Syabas kerana harapan untuk melihat perbicaraan diteruskan semakin berjaya setelah permohonan tertuduh untuk menggugurkan kes telah ditolak oleh mahkamah.
tetapi yang pasti tertuduh akan terus mengemukakan rayuan demi rayuan di mahkamah tanpa mahu membuktikan samada beliau bersalah ataupun tidak...
Sdr. Saiful, teruskan perjuangan sdr. atas nama agama, bangsa dan negara. NO FEAR!NO FEAR! NO FEAR!
ice.
Salam saudara,
Bagus keputusan ni. Saya juga teringin sangat nak mengikuti perbicaraan ini. Semoga KEBENARAN akan menyerlah..
SALAM BRO...
Syukur kehadrat Ilahi....
apa pun we all ready dah bro..ha ha ha
meh baca sini baik punya artikel...
"Lu jangan main main sama gue Nuar! Sudah banyak uang gue di laburkan pada Lu. Berjuta wang nya gue hantar buat sokongan lu masa pemilu. Mana janji-janji manis mu Nuar? mana hasil dari pelaburan Gue? Gue sudah mula bosan sama kamu Nuar!---
lagi sambungan......
http://www.papagomo.com/2009/12/gempar-orang-kaya-indonesia-tuntut.html
salam,
alhamdelillah teruskan perjuanganmu saiful.. semoga Allah membantu saiful di dalam setiap langkah dalam menegakkan keadilan buat diri saiful dan keluarga seterusnya rakyat malaysia..
kami semua di sini sentiasa berdoa untuk saiful inshallahhhh..
Salam,
Tahniah dan syabas.
Saudara Saiful, saya ingin perkatakan di sini bahawa di sebalik isu mahkamah saudara ini ingin saya hubungkan perkara ini dengan isu yang ditimbulkan oleh Tok Guru Nik Aziz dahulu.
Masih ingatkah dulu ketika mula-mula pertuduhan dimulakan, Tok Guru adalah salah seorang yang menafikan sumpah laknat yang dibuat oleh saudara dan kerana ketokohannya dan ilmunya dalam agama, ramai rakyat malaysia yang mempercayainya. Umum tahu majoriti rakyat yang beragama Islam tetap menghormatinya disebabkan ilmu agamanya walaupun banyak kali berlaku krisis dalam kepimpinannya.
Saranan saya ialah, disebabkan beliau adalah salah orang yang dihormati di negara ini, saya ingin mencadangkan saudara Saiful datang ke Kelantan dan berjumpa sendiri dengan beliau secara peribadi untuk meminta nasihat dan pandangannya sendiri berkaitan kes mahkamah saudara. Saya percaya dan ramai lagi di luar sana percaya Tok Guru pasti akan menegakkan Islam dan menyokong pihak mana yang benar. Mintalah sokongan dari beliau jikalau saudara adalah betul-betul insan yang teraniaya.
Tok Guru tahu Islam tidak membenarkan pemimpin yang moralnya teruk dan jika betul-betul tuduhan liwat saudara adalah betul, Tok Guru sebagai pendokong Islam wajib menyokong pihak yang benar dan menghalang seorang pemimpin yang tidak bermoral daripada memimpin negara dan berterusan daripada membuat perkara buruk beliau.
Mintalah daripada beliau untuk membuat doa dan sembahyang hajat beramai-ramai bagi mencari petunjuk dan menurunkan seksaan kepada mana-mana pihak yang betul-betul bersalah. Saranan saya, selagi saudara di pihak yang betul, janganlah takut dan bab kata pepatah Melayu, Berani kerana Benar dan Takut kerana Salah.
Walaubagaimanapun, sentiasalah berwaspada terhadap segala kemungkinan yang akan berlaku.
Sekian, terima kasih.
Ipoh: Insyaallah, akan terus istiqamah dan bersabar
Anon: Tak tahu nak reply apa.
Anti: Syukur alhamdulillah, kes tidak digugurkan. Insyaallah saudara, spt yg saya katakan sebelum ini, keselamatan adalah priority saya sejak awal lagi. Namun, terima kasih kerana saudara sentiasa istiqamah memperingatkan saya dalam hal ini. INsyaallah saudara, Allah Maha Berkuasa. Yang HAK Pasti Berdiri. Give up or surrender tiada dalam kamus hidup saya. Semoga Allah terus memberikan saya kekuatan
Hilbert: Salam saudara. Masih awal utk ucapkan syabas tp terima kasih diucapkan ;) Benar kata saudara, beliau akan buat rayuan2. In fact, rayuan2 utk permohonan lain pun belum selesai lagi. Tak pa lah saudara, ke semuanya akan berakhir juga, lain mengelak sampai bila? Saya akan terus bersabar. Terima kasih diatas sokongan yg diberi selama ini.
Anon: Will do! Yes No FEAR!
Merah: Terima kasih. Ya, mmg semua mahukan perbicaraan ini dijalankan bagi mengetahui kebenaran yang sebenar
Gomo: Lu the best bro!!
Aku: Amin..Terima kasih saudara.. ;)Alhamdulillah, berkat doa semua pihak.
F1nger: Terima kasih diatas saranan dan nasihat yg diberi. Ya. mmg benar, TGNA ada mengeluarkan ulasan berikut, tp jika saudara nak tahu, diatas saranan TGNA di Media lah saya melakukan sumpah laknat dgn cara sedemikian. Buktinya ada disini.
http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2009/08/sumpah-laknat-genap-setahun.html
Insyaalah, Jika ada rezeki, selepas selesai semua, saya akan jumpa. Itu pun jikalau beliau sudi. Namun buat masa sekarang, pd hemat saya, keadaan dan masa tidak sesuai. sekian
Saya mewakili Melayu Singapura berdoa semoga kebenaran dapat dibuktikan. Syabas Saiful, anda seorang yang berani. Ramai disini yang menyokong anda. Teruskan perjuangan. Jangan menyerah kalah! Jemput ke Singapura.
saiful,
ingt Allah akan tetap membalas kejahatan yg kita lakukan. kalau tidak di dunia, di akhirat nanti... di hadapan semua.
Allah Maha Berkuasa!
bro...fitnah itu besar dosanya
ingatlah akhirat, jgn kerana sedikit habuan kamu letakkan diri kamu dlm kehinaan...igt allah bro...wsalam
SaLam......
Saya cuma mendOakan mOga ALLAH akan menunjukkan kebenaranNYA... Tiada apa dan siapa yang dapat menyembunyikan sesuatu dari pengetahuanNYA..mOga saudara akan diberi kekuatan dlm menempuh segala dugaan....amin..
~~anna~~
Orang yang waras dan terbuka fikirannya tentu akan bertanya kenapa Anwar TAKUT hendak menghadapi Saiful di mahkamah kalau betul dia tidak bersalah.
Peguam-peguam terhebat seramai 12 orang di negara ini telah diperolehi untuk membelanya. Itu pun tak yakin lagi.
Bagi penyokong taksub Anwar, saya berdoa semoga Allah memberi mereka taufik dan hidayah untuk melihat kebenaran.
Memanglah susah kerana saya pun dulu pernah dikelirukan oleh Anwar.
kita bakal saksi wayang sarkis kali kedua.. outcome nye dah boleh diduga ... semua akan memainkan peranan yg berat sebelah .. saksi kan lah wahai rakyat malaysia akan kebodohan bangsa sendiri..
HANCUR...HANCUR...HANCUR KEADILAN..
HIDUP...HIDUP...HIDUP LA KO BANG NUAR DALAM PENJARA...
Berkata Benar Itu Memang Pahit
ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!
if you're right, just go the court with smile on your face, don't worry.
salam saudara saiful...
dalam menghadapi situasi ini, ana rasa ada baiknya anda berjumpa TGNA sebelum perbicaraan bermula untuk menunjukkan anda sebetulnya berada dipihak yang benar sebagaimana yang didokong oleh anda dalam mencari keadilan. Ketokohan TGNA dalam ugama menjadikan kawan dan lawan menghormatinya. Tidak perlulah timbulkan keraguan menasabah untuk meyakinkan para penyokong bang nuar jika anda betul-betul seorang yang beriman dan percaya dengan adanya balasaNya.
Jika masa menjadi pertaruhan kerana tidak sesuai, adakah perjumpaan dengan TGNA akan mempengaruhi keputusan mahkamah dan menjadikan mahkamah dalam keadaan yang gundah gelana dalam mencari keadilan munasabah untuk anda? percayalah, jika nada berjumpa dengan ustaz/ulama lain, nescaya para penyokong bang nuar akan mencipta cerita yang ustaz/ulama itu telah diupah sepertimana yang terjadi semasa sumpah anda dahulu...
Tidak ada apa yang berkuasa selain dariNya dan ingatlah bahawa pembalasan syurga dan neraka adalah sememangnya wujud setelah tiba masanya yang hanya diketahui oleh Allah yang memang sangat mengetahui perkara dunia dan akhirat...kejadian terhadap anda juga tidak dapat dilarikan kebenaranya di padang masyhar...
insyaallah kebenaran akan terbukti nanti...semoga anda kuat semangat dan beringat selalu bahawa fitnah adalah dosa besar.
sekian wasallam.
SLM SAIFUL.Teruskan perjuangan!
Anon 4.54, anda naif! anda begitu menyucikan TGNA! Anda mendewakan TGNA! Adakah bertemu TGNA selesai semua masalah.Bukan TGNA tak tahu perangai anwar dulu dan sekarang.Bukan TGNA tak pernah bertentangan dgn anwar semasa anwar TPM dahulu.Kenapa TGNA bersekongkol dgn anwar skrg? Kerana bencikan BN dan menfatwakan BN kafir/islam plastik. PKR pun plastik juga sbb tidak ikut perlembagaan Islam PAS! Tapi kenapa TGNA dan anwar boleh hadir dan ceramah satu pentas!
Siapa suruh doakan laknatullah pada PM? Dalam agama istilah laknatullah kita gunakan pada iblis dan syaitan sahaja! Mereka bersama dan berkongsi fikiran untuk menghancurkan BN.Strategiknya, bagaimana boleh sdr saiful bertemu TGNA? Saiful bukan politician, ia menegakkan haknya sendiri!
walauapa pun tindakan saudara, kena ingat... Allah sentiasa mengetahui perihal hambaNya. Saya memang ada sedikit keraguan kpd kes saudara kerana saudara masih muda sedangkan Anuar sudah berumur..kekuatan fizikal agak berbeza. Namun, lambat laun kita akan mengetahui siapa yg benar dan salah. Cuma, Janganlah kita mengorbankan agama dan maruah kita demi kepentingan dunia yg sedikit dan hina ini.
walauapa pun tindakan saudara, kena ingat... Allah sentiasa mengetahui perihal hambaNya. Saya memang ada sedikit keraguan kpd kes saudara kerana saudara masih muda sedangkan Anuar sudah berumur..kekuatan fizikal agak berbeza. Namun, lambat laun kita akan mengetahui siapa yg benar dan salah. Cuma, Janganlah kita mengorbankan agama dan maruah kita demi kepentingan dunia yg sedikit dan hina ini.
Saya sokong jumpa TGNA. Kalau tak, cakap la apa pun orang tak percaya ni konspirasi govt..bla2.Anwar sangat bijak. Cite kat TGNA secara ikhlas. Kalau tak pun jumpa EX Mufti Perlis.
Saya nak cite dulu tahun 98 waktu DSAI kene strip TPM rasa macam sungguh tak puas hati. Yg sebab saya ubah fikiran lepas saya berjumpa dgn sorang ahli keluarga saya yg pernah berkhidmat ngan DSAI ni dia cite kat saya siapa sebenarnya dia.
Saya yakin saudara di pihak yang benar tapi kalu ada bahan bukti yg lebih clear macam rakaman video ke baru org lain percaya. Kalau tidak susah. Apapun tak sabar nak tunggu 25 Jan.
Wasalam
Saya bersetuju dengan TUQWAN bahawa Saiful tidak perlu berjumpa dengan Dato Nik Aziz kerana dia bukan ulama tulin. Dia orang politik. Dia selalu berhujah bukan mengikut hukum Agama Islam tetapi mengikut kepentingan politik partinya iaitu PAS.
Mana mungkin seorang ulama berkata yang berikut:
1. Boleh berkawan dengan syaitan.
2. Boleh berkata bahawa Tuhan pun mencarut kerana nak mempertahankan
seorang prof yang menulis buku bertajuk SHIT (TAHI).
3. Sanggup bershubahat untuk melepaskan Pemimpin Tertinggi PAS yang telah ditangkap berkhalwat di sebuah hotel.
4. Seorang ulama tidak akan mendoakan supaya diturunkan musibah kepada pemimpin Islam.
5. Menolak kerjasama sesama Islam tetapi sanggup bersekongkong dengan Parti DAP yang anti orang Melayu dan menolak Islam.
6. Dia tidak membantah apabila Pemimpin tertinggi PAS menggelar Anwar dengan nama Al...... Bermakna dia dah tahu awal-awal bahawa Anwar suka melakukan hubungi luar tabii.
7. Membenarkan patung Budha yang terbesar dan tertinggi didirikan di negeri Kelantan.
Ulama sejati akan berkata benar walaupun pahit.
ady: Janganlah mudah menuduh bangsa sendiri bodoh. Mungkin yang bodoh itu anda sendiri. Mungkin kerana ketaksuban kepada seseorang pemimpin sehingga tidak nampak sedikit pun cacatnya.
Saiful pun pada satu ketika dulu begitu taksub pada Anwar tetapi apabila terkena pada dirinya sendiri barulah dia insaf dan sedar siapa Anwar sebenarnya dan telah memohon maaf secara terbuka kepada Tun Dr.Mahathir. (baca postingnya yang lepas didalam blognya).
Saya pun begitu juga. Saya terpikat dengan kehebatannya berpidato dan sanggup mengikut dia ke mana juga majlis yang dihadiri olehnya di negeri saya.
Tun Dr. Mahathir juga turut terpukau dengan lakunannya yang begitu realistik. Di depan dia puji melanggit tetapi di belakang dia merancang untuk menjatuhkan bossnya.
Jadi ady janganlah terlalu emosi. Muhasabah dulu.
Saudara,
Apa apa pun outcome dari kes ini, hanya Allah, DSAI dan You yang tahu kebenarannya. Kebenaran tetap akan terbela..tidak di dunia, di akhirat pasti.
Hanya satu nasihat saya, kalau benar..teruskanlah, tapi kalau palsu, henti dan bertaubatlah. Outcome dari kes ini besar impactnya pada bangsa dan ugama kita. Habuan dunia tidak sampai ke mana. Bukankah baginda nabi SAW penah bersabda..Dunia ini dibandingkan dengan akhirat, bagi org yang beriman tidak bernilai langsung waima dengan nilai sebelah kepak nyamuk. Fikir fikirkan lah sebelum terlambat.
Ibnu Ihsan
K.T
harap ada yang boleh sponsor Saiful pegi ke merata dunia untuk ceritakan apa yang terjadi....rasa nya kalo cerita kat luar takde masalah kot..tak termaktub dalam undang-undang Malaysia..biar satu dunia tau siapa Anwar..
Salam mr saiful,
Apabila baca comment2 di atas, memang pelbagai cadangan dan pandangan yang diberi kepada mr saiful untuk menghadapi saat2 itu yang xpasti samada ianya akan diteruskan atau digugurkan juga akhirnya kerana rayuan demi rayuan akan dilaksanakan. Memang dari segi logik, agak mustahil yang muda boleh kalah pada yang tua. tapi, biler fikirkan nafsu. sememangnya nafsu xkenal usia. kanak-kanak, yang muda, tua, lelaki dgn lelaki apatah lagi perempuan dengan perempuan. lebih dasyat lakukan sendirian, dengan binatang ataupun benda. Betapa kuatnya penangan nafsu. itu baru nafsu begitu, belum lagi nafsu makan, nafsu menfitnah dan sebagainya.
Cadangan saya, xperlulah saudara jumpa sesiapa untuk sementara waktu sehingga berakhirnya perbicaraan. Cukuplah sekadar memohon pertolongan daripada ALLAH dan keluarga terdekat. Khidmat orang luar memanglah amatlah kiter perlukan. Tapi, takut nanti akhirnya memakan kes saudara sendiri. Ke kiri pun susah ke kanan pun susah. Orang akan berkata ape pun tak kira yang menyokong DSAI, TGNA, kerajaan dan sebagainya.
Saya tidaklah menyokong mana-mana pihak, samada saudara ataupun DSAI. Saya doakan moga kebenaran akan menyerlah dan diterima oleh semua pihak. Dan mengambil iktibar di atas ape yang berlaku demi agama, bangsa dan negara.
salam. semoga saudara dlm keadaan baik-baik belaka. Saya mengikuti dari mula anwar dipecat hinggalah sekarang. Dan pegaduhan sesama islam sudah memeningkan kepala kita semua. Cuma lagi pening saya kos guaman kedua-dua pihak mungkin melambung. Dari mana anwar dapat dana itu tak perlu tahu. Mungkin ada yang mengatakan anwar sebenar anak orang kaya. Ya, memang benar. Dan saudari saiful saya tak tahu dana mana encik dapat. Tapi cuma nasihat saya pada saudari biarkanlah. itulah kata-kata saya. Kita perlu fokus apa yang kita akan tempuh masa depan. Saya rasa encik lebih berjaya menumpukan matlamat atau kerjaya saudari daripada menumpukan sepenuhnya dengan naik turun mahkamah. Tapi saya boleh nasihat saja. Apa-apa pun semoga saudari dapat tempuh segala menjalani kehidupan ini dengan penuh semangat tanpa putus asa (give up) ok . Jumpa lagi.
Terima kasih diatas ulasan2 TGNA. Saya tetap dengan pendirian saya sblm ini "Jika ada rezeki, selepas selesai semua, saya akan jumpa. Itu pun jikalau beliau sudi. Namun buat masa sekarang, pd hemat saya, keadaan dan masa tidak sesuai. sekian"
Buat masa ini, saya tidak akan berjumpa.
NAsir: Terima kasih!
Anon10.26, Pykg Islam, Ibn Hasan: Disbbkan saya mahukan akhiratlah saya korbankan diri saya didunia ini. Sekian.
Yahzah: Dalam kes saya, sy tidak memerlukan peguam, semua DPP. Peguam sy hanya bertindak sbg peguam pemerhati, semua mampu bayar. Salam
Semua: Terima kasih! Add saya di Facebook, blh berinteraksi dgn lebih dekat. Salam
Post a Comment