Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Assalammualaikum wrbt,

Semalam, seharian saya bermuhasabah(post-mortem) tahun 1430, dan merangka azam/matlamat serta pelan untuk tahun 1431.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai apa outcome(hasil) daripada sesi muhasabah(post-mortem) tersebut, cukup untuk saya memanjatkan rasa Syukur ke hadhirat Illahi diatas petunjuk & hidayah yang diperoleh dariNya. =)

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak pernah sekali menyesal akan keputusan "penghijrahan" saya pada tanggal 28hb Jun 2008 lalu. "Pada hemat saya, biarlah diri ini dihina oleh jutaan manusia dan hilang segala nikmat dunia ini daripada dihina Allah swt, hidup dalam jiwa yang tidak tenang dan ditarik nikmat di akhirat akibat tidak berani menegakkan yang Hak"

Insyaallah, saya akan terus istiqamah dan bersabar dalam perjuangan ini. Tidak sesekali saya akan menyerah kalah walaupun sudah lama menanti(lebih kurang satu tahun setengah) ekoran daripada dolak-dalih tertuduh yang nyata ingin menawan dan melemahkan saya sebelum perbicaraan sebenar dalam "Peperangan Psikologi"/"Psychological Game" yang direkanya ini.

Saya tiada apa-apa. Saya hanya ada Allah swt sebagai tempat saya bergantung dan memohon pertolongan. Syukur Alhamdulillah, Allah telah memberi saya pertolongan, taufiq dan hidayah untuk mengharunginya dengan penuh tenang dan sabar. Kisah pejuangan dan kesabaran Rasulullah SAW dalam menegakkan yang HAK juga sentiasa dijadikan panduan dan pedoman dalam perjuangan ini.
 
Bagi saya, semua yang berlaku ini ada hikmahnya, dan Alhamdulillah, sikit demi sedikit saya dan mungkin anda sendiri telah melihat hikmahnya.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak berdoa dan memberi sokongan moral pada saya, termasuk rakan-rakan bloggers, forum dan rakan-rakan di laman-laman sosial seperti di Facebook.

Kepada anda yang ingin melakukan pengHijrahan, Selamat berhijrah saya ucapkan. Usah gentar, Yakin pada Allah swt, Insyaallah anda akan dapat keberkatan dan pertolongan dariNya.

Salam Maal Hijrah 1431 diucapkan buat semua! =)

Kepada Allah saya berserah..



Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAFUL BUKHARI 

Pautan

p/s:Untuk mengikuti perkembangan dan berinteraksi dengan saya dengan lebih dekat lagi, boleh add saya di www.facebook.com/saifulbukhari . Terima kasih. Salam perkenalan & Salam Maal Hijrah!(nota: Hanya "valid" profil yang akan saya terima.Tk)

    21 comments:

    Anonymous said...

    Salam Maal Hijrah to u ...
    there's nothing more to say to such a brave man like urself but to be patient and lets faith takes
    its own course for the best.
    for me...u seorang yang berani kerana benar...bukannya seperti that fella yang kerap memutarbelitkan fakta dan memanupulasi sistem kehakiman demi utk menyembunyikan sifat "iblis"nya tu.
    u can count me in as one of thousands perhaps millions of malaysians who really sympatise with u thus we really want to know the whole truth regarding that fella's wrongdoings.
    just be strong and be confident with urself...
    salam...

    Jeffry said...

    SLM MAAL HIJRAH BRO..SEMOGA DI TAHUN BARU INI JUGA BAKAL MEMBERI KEKUATAN DAN KEYAKINAN BARU KPD BRO DAN SEKELUARGA..INSYALLAH

    ady said...

    wahhhh bermuhasabah kan diri.. bagus.. kenang2lah dlm2 diri ko tu betul.. dlm perjuangan ini ko tidak akan sesekali menyerah kalah yer... tapi KALAU betui ler apa yg anwar buat tu ..senang2 ko menyerah plak ... tak ingat Tuhan ke masa tu ???? oyaaa banyak lagi ke duit ko masa ko keje dulu utk menampung hidup ko sekarang ? tak habis2 lagi ke duit tu ... ???? sorry kalau banyak sangat soklan ... aku byk soklan pasai aku byk berfikir yg logik...

    Saiful Bukhari said...

    Anon11.05: Appreciate the support. Thank u
    Bro Jeff: Thanks bro. Semoga bro juga memperoleh yg sama. Salam perjuangan
    Ady: Salam Maal Hijrah. Kebenaran tidak datang bergolek, sabar dan mohon padaNYa. Insyaallah, saudara akan memperolehnya. Salam

    hilbert said...

    Salam Ma'al Hijiriah 1431,
    belum terlambat juga untuk saya menyampaikan ucapan selamat menyambut awal Muharram 1431H kepada saudara...

    kepada Ady yang turut memberi komen, diharap anda mampu mengHIJRAHkan pandangan mengenai sesuatu perkara dari terlalu terikat dengan pemikiran yang dulunya mungkin dikira benar sebagai apa yang difikirkan sebelum ini kepada berani memikir serta menerima hakikat sebenarnya. Oleh itu sempena dengan kehadiran Tahun Baru Hijiriah 1431 semoga banyak benda yang masih berdebu dapat dibersihkan dari jiwa selaras dengan maksud sebenar MAAL HIJRAH itu sendiri...

    Kepada saudara Saiful, teruskan perjuangan anda demi untuk mendapatkan keADILan...

    Anonymous said...

    Salam maal hijrah, semoga anda terus yakin dengan Allah, kerana Allah sentiasa di pihak yang benar walaupun lambat di harap anda terus istiqamah dan bersabar menghadapi dugaan yang maha berat ini.

    Bagi sdr Ady, semoga Allah membuka hati anda mencari kebenaran, kerana minda anda sudah tertutup untuk mengetahui kebenaran buat masa ini. Amin...

    Anonymous said...

    saudara saiful, saya kagum dengan semangat dan kesabaran saudara dalam mengharungi kehidupan ini, untuk komen dan mengkritik memang mudah, semudah abc ibarat kata orang 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang mimikulnya'. saya percaya bukan semua manusia mampu menempuh kehidupan ini sepertimana yang saudara alami. sama juga denga dsai. cumanya saudara lebih kental jika dibandingkan denganya kerana saudara tidak sebebasnya dan mempunyai pengaruh yang boleh dijadikan sebagai pengubat hati yang lara.
    saya yakin jika saudara di pihak yang benar satu hari nanti saudara pasti akan bertahta dihati masyarakat. insyaallah

    Anonymous said...

    Salam saiful,

    Banyak2 bersabar n bertaubatlah..semoga Allah membantu pihak yang benar..mari lah same2 kite prepare ke alam barzakh..ape2 yang kat didunia ni tak kekal pun..kan? kalau yang salah tak dapat balasan kat dunia, kat akhirat..sure dapat punyer..so takyah risau sgt..kan?

    Anonymous said...

    semoga laknat allah turun keatas anda segera

    kebenaran said...

    saudara anon, sekurang-kurangnya saiful dah bersumpah dan sedia dilaknat sekiranya tidak benar, DSAI berani ke? dan saudara sendiri jika rasa DSAI tu benar sedia ke dilaknat allah jika permintaan saudara keatas saiful hanya berupa tuduhan semata-mata?

    Seruling Senja said...

    Salam Maal Hijrah khas buat Saiful dan sekalian saudara2 pembaca budiman. Semoga semangat penghijrahan Rasulullah saw dan para sahabat dan ahli keluarga mereka...segar mekar didalam hati sanubari kita.
    Berhijrah dari lalai kepada ingat, membazir kepada bercermat, lemah kepada kuat, malas kepada rajin, khayal kepada khusyuk, takut kepada berani...pendek kata segala sifat mazmumah kepada mahmudah!

    Tak lupa kepada yg masih meminta Allah menurunkan laknat atas Saiful kerana kununnya memfitnah AIB, saya sarankan, tuan2 mohon dalam sujud terakhir dalam solat, mintalah, hajatkanlah kelaknatan itu dr Tuhan kamu atas sdr Saiful yg sangat kamu benci ini dengan syarat dalam doa itu juga meminta YA TUHAN, JIKA SAIFUL ITU BERKATA BENAR, TURUNKANLAH LAKNAT ITU ATAS DIRIKU DAN SELURUH KETURUNANKU SERTA ORANG2 YANG MENUDUH SAIFUL BERKATA BOHONG, KEKAL LAKNAT ITU SEHINGGA HARI KIAMAT..!!! AMINNN!

    SAYA MINTA PADA YG YAKIN SEYAKIN-YAKINNYA SAIFUL MEMFITNAH, BERDOALAH DENGAN SEBERAPA JUJUR DAN IKHLAS PADA TUHAN KAMU. KALAU MAMPU, KUMPULKANLAH KALAU BOLEH PENUH SATU STADIUM BOLASEPAK.
    SEMOGA KAMU SEMUA SELAMAT....

    ady said...

    anon 1055pm.. pls laaaa toksah ler nak sebut sampai bertahta di hati masyarakat .. speak for yourself cukup ler tak payah ler nak berckp bagi pihak masyarakat ... plssss laaa kalau betui dua2 ni buat keje tu .. org macam ni ko nak bertahta di hati ... plsss laaa...

    Anonymous said...

    Salam, tahnaih ada kekuatan dihati saudara, harap kita boleh berhubung, saya ada hujah untuk saudara hadapi anwar.

    Sang Bukabau said...

    Harap2 lepas ni kamu tak fatwakan Yusuf Qardhawi sesat selepas ziarahnya keatas Anwar Ibrahim sebagaimana kamu tuduh Tuan Guru Sheikh Mahmud sesat pula.

    http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2009/03/tok-ayah.html

    Saiful Bukhari said...

    Sang Bukabau: Saya yang fatwakan? Tahun 1995 ia difatwakan oleh mufti selangor. Sy masih bersekolah rendah. Mengenai Yusof Qardawi, sy rasa beliau sendiri percaya pd prinsip keadilan, mahu ia dibicarakan utk melihat kebenaran. Sekian

    Johari said...

    Keadilan hanya dapat ditegakkan sekiranya mendengar kedua-dua belah pihak. Dengar sebelah pihak kemudian terus jatuh hukum. Itu mahkamah kangaroo.

    Anonymous said...

    Salam Alaik,

    Sempena Ma'al Hijrah ini sy terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada Dr Yusuf Qardawi kerana telah diberi penghargaan sebagai Tokoh Ma'ah Hijrah 2009.

    Sy berharap anda tidak kecewa kerana beliau telah tegasnya menyokong Anwar Ibrahim dan memberi tekanan terhadap Putrajaya dalam masa yang sama.

    I hope God will show Dr Yusuf Qardawi the "right path" because for the love of God, all the readers in this blog seemed to think that you're better than everybody just because of that Oath.

    God Bless you sir and your die hard readers.

    AnakMerdeka said...

    Kepada sesiapa yang berdoa agar lahanat Allah diturunkan kepada Saiful, beranikah berdoa begini,

    "Ya Allah, kiranya Saiful telah memfitnah Anwar Ibrahim, maka engkau lahatlah dirinya dan keluarganya, tetapi kiranya memang Saiful berada dipihak yang benar, maka engkau lahanat diri aku dan keturunan aku, kerana aku telah berdoa agar dia (Saiful) dilahanat olehMu"

    Sesiapa berani, AM sediakan doa itu untuk diamalkan selepas solat lima waktu, setiap hari. Semoga hati kita semua akan merasa puas dan aman.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    One Pip said...

    Saya ada satu soalan, dari beberapa kenyataan saudara, jelas saudara tidak sehaluan dari segi pegangagan politik dengan Anwar. Kenapa saudara memohon untuk bekerja dengan Anwar sedangkan pendirian politik saudara amat berbeza dengan PKR?

    azman said...

    Assalamualaikum sdr saiful

    Kpd sdr ady...jeles la tuuu....ko ni kan mmg la tipikal melayu tau..PHD..terus bersarang dihati ko kannnn
    Bawak bawak la bertobat sebelum ko mampus....

    AnakMerdeka said...

    AM nak tolong (mintak izin) untuk menjawab soalan One Pip.

    Cuba ketepikan sentimen parti seketika. Pandanglah kepada Saiful sebagai seorang manusia yang teraniaya dan sedang menunggu masa untuk mendapat keadilan.

    Ramai orang (termasuk AM) yang pernah terlalu taksub dengan Anwar. Anuar Saari, Ezam dan lain-lain lagi, juga pernah taksub dengan Anwar.

    Andakah 'ketaksuban' bermaksud kita akan mengiakan apa sahaja kesalahan dan kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang?

    Sedangkan seorang anak, yang ada pertalian darah dengan bapanya sanggup membuat laporan polis akibat dirogol oleh bapanya itu.

    Adakah kita akan bertanya kepada si anak, "mengapa engkau sanggup menjadi anak, atau mengaku dia sebagai ayah enkau sebelum engkau membuat laporan polis?"

    Kesimpulannya, Saiful memang pernah taksub dengan Anwar. Sebab itu dia memohon kerja dengan Anwar. Itu pendapat AM.

    Tetapi bila merasakan bossnya itu telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang majikan kepada pekerjanya, maka Saiful telah melaporkan perbuatan Anwar itu kepada pihak berkuasa.

    AM terlalu yakin, ada ramai lagi mangsa Anwar di luar sana, tetapi hanya Saiful seorang yang ada keberanian untuk membuat pendedahan.

    www.anak2merdeka.blogspot.com