Monday, November 30, 2009

Kes Gugur Esok? Saya bakal dipenjara?



Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Esok pagi , di Mahkamah Tinggi Jln Duta, adalah keputusan permohonan tertuduh untuk gugurkan pertuduhan sebelum dibicarakan.

Implikasi terhadap diri saya jika kes ini digugurkan sebelum dibicarakan adalah amat besar, ke tahap boleh disaman tertuduh dan lebih teruk saya pula yang bakal dipenjarakan. Ini kerana secara tidak langsung ia membuktikan kononnya laporan polis yang saya buat tidak berasas, menipu. Sedangkan saya langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri dengan memberi keterangan serta bukti-bukti di Mahkamah jika ia tidak dibicarakan.

Adakah ini Adil? Anda fikirlah sendiri..

Walaubagaimanapun, Saya berkeyakinan penuh pada mahkamah dan saya percaya bahawa hari perbicaraan penuh untuk saya memberi keterangan tetap akan tiba tidak lama lagi. Namun, yakin sahaja tidak cukup.

Justeru, saya mohon kepada anda sekalian, tidak kira sama ada yang percaya atau tidak supaya BERDOA agar perbicaraan kes saya ini TIDAK DIGUGURKAN bagi anda sendiri mengetahui Kebenaran yang sebenar. Selagi ia dibiarkan begitu sahaja, selagi itulah ia akan menjadi satu persoalan yang tiada kesudahannya.

Diam tidak bermakna kalah, diam tidak bermakna takut, diam bermakna saya sabar dan berhati-hati dalam mengatur langkah.. Dan sabar itu adalah senjata mukmin yang paling afdal dan sangat digeruni lawan. Sudah 1 1/2 tahun saya bersabar menanti hari perbicaraan untuk tiba, jika kes ini gugurkan, haruskah saya bersabar lagi?

Alhamdulillah, banyak hikmah yang diperolehi selama 1 1/2 tahun penantian saya ini. Berkat kesabaran dan doa, sudah ramai diluar sana semakin hari semakin meragui kredebiliti tertuduh yang sehingga hari ini berdolak dalik daripada ia dibicarakan. Ini ditambah lagi dengan sokongan padu dari individu2, blogger2, forum2, media cetak dan elektronik dalam membantu saya menegakkan kebenaran ini.

Ada banyak lagi hikmah2nya, tapi saya tidak mahu sebut disini.

Untuk makluman, ramai juga diantara mereka(penyokong, rakan dan barisan pimpinan tertuduh) memberikan sokongan dan simpati dalam diam. Walaupun ada diantara mereka yang masih enggan percaya, namun mereka semua bersetuju agar kes ini dibicarakan bagi mengetahui kebenaran dan kesahihannya, bukannya lari dari perbicaraan. Terima kasih diucapkan kerana bersikap rasional dan adil.

Sudahlah bersumpah laknat pun beliau enggan, kini bicara di Mahkamah dengan dibarisi 12 Peguam handal pun beliau masih mahu berdolak dalih daripada ia dibicarakan.

Selagi hayat dikandung badan, selagi itu saya akan terus istiqamah dan berjuang habis-habisan demi menegakkan kebenaran. Saya tidak bergantung pada sesiapa, hanya pada Allah swt tempat saya bergantung.

Sama-sama kita nantikan keputusan Mahkamah esok.

Kepada Allah saya berserah..



Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan:

p/s: Maaf lama tidak kemaskini(update) blog ini. Untuk mengikuti perkembangan dan berinteraksi dengan saya dengan lebih dekat lagi, boleh add saya di www.facebook.com/saifulbukhari

    41 comments:

    Anonymous said...

    anda bukan berhadapan dengan manusia tetapi dengan sekumpulan binatang

    Allahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar!!!!

    RBF Online said...

    lawan saiful lawan

    lawan tetap lawan

    kami tetap dibelakang mu

    saya,parpukari,gap,garamanis den beberapa lg rakan akan ke mahkamah esok utk memberi sokongan kpd anda

    Mat Dunia said...

    Salam.Tepat kata cik saiful...cik saiful hanya bergantung pada Allah SWT...Allah maha mengetahui.Biar pun kes ini digugurkan diharap cik saiful bersabar dan redha.Kebenaran sudah pasti akan datang membuat semua tunduk pada cik saiful...insyaAllah...

    pisau said...

    teruskan perjuangan bro, jangan putus asa. insyaallah yang hak pasti berdiri

    AnTi AljUbuRi said...

    Kalau ia benar belaku, kes digugurkan ... itu satu mala petaka kepada sistem keadilan!!!

    Namun saya yakin, Saiful tidak keseorangan dan berseorangan dalam menghadapi 'kezaliman seekor munafik' .. sesumpah yang takut bersumpah/mubahalah ..

    Yakinlah Saiful, Allah pasti bersama-sama orang yang Ikhlas dan Benar!!! dan doa saya sentiasa mengiringi mu setiap masa ...

    PAPA GOMO said...

    kalau gugur hancurlah sistem kehakiman negara. Pembangkang telah pun menguasai badan Kehakiman Negara.

    namun harus diingat suara rakyat akan lebih kuat jika keadialan buat saiful diTINDAS.

    SESTER said...

    DIGUGURKAN? YARABBI!!!

    kalau betul la digugurkan, maka memang lah terbukti keadilan manusia ni memang flawed. Tertuduh boleh tolak pulak pendakwaan. Macam perbicaraan penjenayah perang pulak.

    Double standard! Sedangkan penjenayah rogol pun dipenjarakan. Mentang2lah tertuduh tu ada pangkat berbanding seorang pakcik pedofile pemandu bas berusia 50 tahun...

    Marilah kita sama2 berdoa agar rancangan dia gagal

    Hassan said...

    Silap besar jika Najib lepaskan Anwar kali ini. Lupakah beliau tentang apa yang berlaku pada Pak Lah? Sejarah jangan di ulang Pak Najib oii!! Kalau tak nak lama jadi PM lepaskanlah Anwar tu.

    Anonymous said...

    gugurlah kes, sumbat kao kedalam penjara. baru kita happi

    Cheguman said...

    Nampaknya Anwar berjaya meliwat undang-undang negara tanpa rela. Bagi yang melihatnya pula tidak boleh berbuat apa-apa.

    Jika saudara tewas besok... tidak, saudara tidak tewas sebaliknya Anwar yang berjaya memperkosa keadilan.

    Jika Anwar berjaya, ia hari yang amat malang bagi negara kita.

    Malaysian 2020 said...

    Apo nak dikato..Berani kerana Benar
    Takut kerana Salah...!!!Jangan bagi
    peluru kpd seteru...nanti hidupmu
    bercelaru...Kesian mu,muda2 nak kena jel...Semoga Allah mengampuni
    dosa yang bersalah,dan membantu kpd
    yang benar........

    Hashim said...

    Ni macam mintak belas kasihan judge je aku baca blog ni ....

    Anonymous said...

    salam saiful,

    jangan risau, saya berkeyakinan 200% kes ini akan dibicarakan!

    para hakim kita berpegang kepada prinsip equal justice. rule of law yng sebenar ialah right to be heard.

    jangan risau saudara. doa kami bersama anda..

    hilbert said...

    Salam sejahtera Saiful,

    Saya percaya serta yakin demi keadilan bahawa kes ini tidak akan digugur.

    Walau apapun ianya pasti akan dibicarakan.

    Harap anda tabah, sabar dan tenang sentiasa. Kuatkan semangat.

    Harap kebenaran dapat ditegakkan dan salam perjuangan dari kami semua di Sarawak.

    Anonymous said...

    saipul..saipul..Kau dah pun bersumpah, jadi apa yang kau takutkan?

    PAPA GOMO said...

    Janganlah kerana D.S.Anwar Ibrahim ini bergelar Dato Sri maka tidak perlu kes Liwat ini dibicarakan. Janganlah kerana D.S.Anwar Ibrahim bekas TPM maka Gugurkan sahaja kes Liwat ini. Apakah Saiful Bukhari tidak punya maruah? Apakah kerana Saiful Bukhari rakyat biasa maka tidak berhak baginya mendapat pembelaan?
    http://justice4saiful.blogspot.com/2009/11/mahkamah-akan-gugurkan-kes-liwat.html

    Anonymous said...

    ...dulu puak pembangkang atau nama glamour yg tak berdaftar iaitu PR telah riuh rendah satu dunia menuduh badan kehakiman telah dirosakkan oleh Tun Mahathir..tapi kini nampaknya situasi telah terbalik, mereka pula yang seolah-olah telah menguasai badan tersebut..kita lihat keputusan kes liwat Saiful tu esok..jeng jeng jeng..kita lihat siapa yang akan menguasai siapa...

    ..mungkinkah Menteri Undang2 pihak PR akan mengistiharkan bahawa mulai 1 Dis.2009, sistem kehakiman negara telah pulih sepenuhnya..

    Rakyat Marhean
    1 Undi

    antianwaribrahimdotcom said...

    salam saudara saiful.
    doa kami di sarawak sentiasa bersama saiful sekeluarga.

    mudah-mudahan anwar ibrahim dan konco-konconya dilaknat dan dijahanamkan oleh allah. (doa ini pernah diajar oleh nik ajis)

    Johari said...

    Kalau kes liwat Anwar Ibrahim digugurkan, maka akan berakhirlah tempat rakyat biasa untuk mendapat keadilan. Keadilan akan dilihat hanya kepada orang yang berpangkat dan berduit.

    Hari ini seluruh rakyat Malaysia akan mengikuti dengan penuh minat keputusan mahkamah.

    Rizwan said...

    Aku simpati dgn kau...

    Abdul said...

    Hashim, Saiful hanya meminta keadilan untuk dirinya.

    Dia hanya meminta supaya dia dibenarkan untuk membuat penjelasan di mahkamah. Itu sahaja.
    Kalau mahkamah mendapati dia berbohong hukumlah dia. Tetapi amat menghairankan kenapa Anwar takut sangat untuk dibicarakan kalau benar dia dipihak yang benar.

    Abdul Hayee said...

    Sdra Saiful, kamu bertenang dan bersabarlah kerana Allah beserta dengan orang yang benar dan sabar.

    Abdul Hayee said...

    Sdra Saiful, kamu bertenang dan bersabarlah kerana Allah beserta dengan orang yang benar dan sabar.

    Local Fighter said...

    Salam Saudara,

    sokongan untuk melihat kes ini diadili di mahkamah semakin meningkat.

    Semakin lama ditangguh, maka semakin hilang kredibiliti Anwar Ibrahim.

    Mahkamah pun akan dicop sebagai tempat penjenayah dilepaskan, bodoh sungguh!!

    Mahkamah kita telah dicalit dengan tahi. Sekarang saya jijik dan jelek tengok muka hakim yang asik nak tangguhkan kes saudara dengan alasan bodoh tahap sampah Si tertuduh dan 12 peguam jakunnya!

    Ahzab said...

    Anon 7.30 PM: Aku hairan masih ada orang yang tidak mahu melihat keadilan ditegakkan kerana taksub kepada seseorang.

    Ahzab said...

    Anon 7.30 PM: Aku hairan masih ada orang yang tidak mahu melihat keadilan ditegakkan kerana taksub kepada seseorang.

    RBF Online said...

    tahniah saiful ! yang benar tetap benar.

    hi hi hi lembik lah lutut pak sheikh naik turun mahkamah 2 bukan bermula january ni

    ctfza said...

    saiful.. tahniah.. kes tidak digugurkan..

    at last, kemenangan akan berpihak kepada yang benar.. sy doakn segala yg terbaik utk anda.. amin..

    "Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!"

    Anonymous said...

    Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

    Only god knows the truth...better repent before its too late.

    Unknown said...

    mmg la rasa nye sistem keadilam mcm dah berpihak pd pembangkang jer skrg ni...byk kes yg depa menang...lagi bangga la mereka tu...harap adil dan biar saksama....tanpa mengira apa pun,lagi satu jangan nak lengah²kan kes dengan pelbagai tuntutan dan sebagainya...jgn dilayan benda yang tak logik dan tak penting.

    AnDeH said...

    Salam,
    tahniah kes anda masih tidak digugurkan..sementara 25hb Januari 2010 nnt lekaslah berdoa serta berusaha apa yg perlu unt membuktikan kebenaran yg d akui dgn sumpah setahun yg lalu.. . Allah sentiase bersame org2 yg benar..

    Smg segale2nye akan berakhir dgn kebenaran amiinnn

    Anonymous said...

    Perbanyakkan solat sunat dan solat hajat. Penuhi masa dgn membaca quran dan berdoa. selepas itu tawakal lah pd Allah. Allah maha mengetahui. Allah maha adil. saudara telah juga bersumpah muhabalah. Yg salah tetap akan menerima pembalasannya, kalau tak didunia di akhirat. Ingat , itu janji Allah. Teruskan perjuangan dgn berani dan tabah.

    ice.

    AnakMerdeka said...

    Hari ini 1hb Dec 2009.

    Keputusan Mahkamah ialah, kes akan dibicarakan selama sebulan bermula 25hb Januari.

    Anwar Ibrahim merancang. Allah juga merancang. Akhirnya, rancangan Allah juga yang menjadi kenyataan.

    Jika kes tidak dibicarakan, secara peribadi AM tidak takut jika Saiful dipenjarakan (lagipun AM bukan kenal Saiful :). Tetapi yang kita semua harus takut ialah bencana dari Allah S.W.T.

    Jangan lupa, ketika Anwar mengatakan mahkamah tidak adil dan hakim mengikut telunjuk pemerintah, entah-entah dalam diam dia sedang mencari jalan bagaimana caranya untuk 'membeli' hakim-hakim berkenaan.

    Semoga tahun baru nanti (2010) kita akan mendapat hadiah tahun baru yang cukup menggembirakan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan KEADILAN.

    Untuk Saiful, percayalah Allah itu sungguh besar kuasanya. Maha bijaksana dan maha penyayang. Ingatlah Allah sentiasa memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya. Amin.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    Saiful Bukhari said...

    Salam. Terima kasih semua. Alhamdulillah.. Berkat doa dan sokongan anda sekalian, Mahkamah hari ini menolak permohonan tertuduh.

    Insyaallah, Akan terus istiqamah dan bersabar dalam perjuangan ini.

    Yang HAK pasti BERDIRI!

    Anonymous said...

    Orang macam ni harus dibicarakan supaya mangsa mangsa nya yang dulu dan kini dapat bersuara dan menegakkan keadilan.

    Jangan mereka ni terus bebas dengan kegiatan yang tak bermoral hanya kerana mereka mempunyai wang dan pangkat.

    Semoga Saiful terus bersabar menghadapi dugaan.

    Anonymous said...

    Allah sentiasa bersama orang yang benar lagi sabar dan tabah. Hanya pada Allah kita mohon pertolongan pasti beroleh kemenangan.

    doktor_xp said...

    assalamualaikum...
    biarpun saya lebih menyokong barisan pembangkang, tetapi saya mendoakan agar saudara saiful berjaya. tak kisahlah saudara saiful benar atau salah, yang penting kita sama-sama berdoa agar yang salah menerima hukuman. saya takkan sokong mana-mana yang salah, tetapi saya akan mendoakan kemenangan bg pihak yang benar. harap saudara sabar dan tabah. INSYA ALLAH, kejayaan pasti milik orang yang benar. walaupun di dunia, mereka terlepas, ingatlah siksaan ALLAH di akhirat sangatlah pedih. wallahualam

    doktor_xp said...

    assalamualaikum...
    biarpun saya lebih menyokong barisan pembangkang, tetapi saya mendoakan agar saudara saiful berjaya. tak kisahlah saudara saiful benar atau salah, yang penting kita sama-sama berdoa agar yang salah menerima hukuman. saya takkan sokong mana-mana yang salah, tetapi saya akan mendoakan kemenangan bg pihak yang benar. harap saudara sabar dan tabah. INSYA ALLAH, kejayaan pasti milik orang yang benar. walaupun di dunia, mereka terlepas, ingatlah siksaan ALLAH di akhirat sangatlah pedih. wallahualam

    Anonymous said...

    semoga Allah tunjukkan dlm kadar yg segera saper bnr dan saper salah..
    x kira lah saiful ker, AI ker yag benar, yg penting ianya adalah keputusan yag tulen, tidak ada keraguan..
    kami dah tak nak sama-sama menanggung dosa..bimbang andainya selama ini meyokong org yang dilaknat Tuhan..

    sdr Saiful: hanya anda dan Allah saja yg tau apa yg berlaku..

    Bekas Penyokong Anwar said...

    Anwar tak perlu berbelanja wang yang terlalu banyak dengan membayar 12 orang peguam untuk membelanya dan tak perlu menempuh jalan yang berliku-liku sekiranya Anwar berani bersumpah mubahalah seperti yang dilakukan oleh Saiful.

    Yakin dan percayalah sekiranya Anwar sanggup melakukannya, sudah barang tentu kebanyakan orang ramai akan menyokongnya. Jalan yang mudah tidak diambil oleh Anwar kenapa??? kenapa??? kenapa???

    Sama-samalah kita fikirkan.

    Anonymous said...

    REMEMBER! Allah will judge us One by One