Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadirat Allah swt kerna dengan limpah kurnia dan IzinNya, saya dapat melalui tahun 2009 ini dengan penuh tenang dan sabar.
Banyak kisah pahit dan manis telah saya dan seluruh keluarga tempuhi sepanjang tahun ini. Apabila saya menoleh kebelakang, saya juga tidak sangka bahawa kami dapat/telah menempuhinya. Itulah kebesaran Allah.
Saya menganggap tahun 2009 adalah tahun peralihan dan tahun menimba ilmu buat saya. Banyak ilmu, hikmah, kekuatan, taufiq serta hidayah yang saya perolehi dariNya yang akan saya jadikan permata hidup untuk bekalan pada tahun-tahun yang mendatang hatta ke akhirat. Syukur Alhamdulillah..
Insyaallah, berkat doa dan sokongan semua pihak selama ini, pada tahun 2010/1431 ini, kebenaran akan bangkit dengan IzinNya. Tahun 2010/1431, Tahun Kebenaran!
Menang atau kalah bukan matlamat saya. Kerna pada hemat saya, tugas yang diamanatkan olehNya pada saya hanya untuk menyampaikan Kebenaran. Dan dalam perjuangan ini, tempatnya adalah di Mahkamah, dengan memberi keterangan serta segala bukti-bukti yang ada. Lebih daripada itu saya serah sepenuhnya kepadaNya.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih pada semua pihak yang telah banyak berdoa, memberi sokongan dan membantu secara langsung atau tidak sepanjang tahun 2009 ini. Insyaallah, segala pengorbanan dan penat lelah anda selama ini tidak akan sesekali saya sia-siakan. Semoga Allah memberi kekuatan dan membalas jasa-jasa anda sekalian.
Perjuangan belum selesai. Nikmat dunia telah saya korbankan demi sebuah Kebenaran. Saya akan terus istiqamah dan bersabar dalam perjuangan ini, tidak sesekali saya akan menyerah kalah.
Saya tidak mempunyai apa-apa, hanya Allah swt tempat saya bergantung. Jika ditakdirkan saya tiada didunia ini lagi, teruskanlah sehingga Kebenaran itu bangkit!.
Saya percaya, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Kepada Allah saya berserah
Selamat Tahun Baru 2010, Salam Maal Hijrah 1431
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
12 comments:
Insyaalah ~ kami doakan lu saiful! Happy new year ...
semoga segala-galanya akan terbongkar juga. dan saudara saiful dapat bersihkan nama. saya doa saudara berjaya. eh silap, KITA berjaya! dont worry saiful, we are with you.
insyaAllah...yang hak akan menang yg batil kan jatuh. Semoga yg bersalah cepat2 insaf dan bertaubat. peluang untk mengakui kesalahan masih ada. Di dunia tlepas di akhirat, mampuih hg kena lanyak dalam neraka. Takutnya aku kena azab neraka!!!
saiful,kenapa tak pergi mahkamah syariah..??
kita orang islam,mesti bicara cara islam dan hukuman juga cara islam..
Rasanya ramai dah mula sedar dan insaf akan kesilapan lalu.
Moga dengan perbicaraan ini dan keputusan yang akan memihak kepada Saiful (InsyaAllah) kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan lenyap.
Semua orang berhak untuk berdoa dan bercakap. Tetapi Allah maha mengetahui doa dan kata-kata yang benar. Dan akhirnya nanti, doa orang yang teraniaya akan diperkenankan olehNya. Amin
www.anak2merdeka.blogspot.com
Anon 742am
Kalau cerita masuk syurga and seksa neraka ni hang tak payah citer tru comment hang ni pun aku rasa si Saiful ni dah lama tau.dan hang bukan Allah yang tentukan Saiful ni nanti kena lanyak dalam neraka ke tak.Ugama kita yang sentiasa menitikberatkan keadilan,Allah swt telah membenarkan sumpah laknat,yakni salah satu cara untuk mencari keadilan dimana dibuat sesuka hati akan menerima padah dari Allah. Di atas dunia manusia pula mencipta mahkamah untuk tujuan keadilan.Nah orang bahlol pun boleh faham apa yang aku tulis dalam cara mencari keadilan dunia dan akhirat.apa yang mat jubur tu dah buat dalam mencari keadilan yg dilaung laungkannya? Pergi mahkamah? Bersumpah laknat? Dua dua pun bukan.So kau sendiri pun boleh pikir apa yang tak kena dgn mat jubur pengkhianat bangsa tu. Jangan main tulis pakai bontot,pakai otak!
Semoga KEBENARAN dapat ditegakkan di Mahkamah nanti dengan izin ALLAH.
I hope 2010 will be a better year for you. Good Luck. All this while I believe you.
yakin kah kamu dengan apa yang kamu lakukan ini....???
Kesabaran adalah suatu perkataan yang mudah disebut tapi suatu perkara yang sukar dihadapi.. semoga Allah s.w.t melipat gandakan kesabaran saudara menghadapi ujian ini, saya sebagai saudara seagama dan sebangsa sentiasa menyokong KEBENARAN DAN HAQ semoga saudara mendapat keadilan yang sgt saudara harapkan.. yang pasti ALLAH tidak akan jauh dan sentiasa dekat kepada hambanya yang bersabar dengan istiqamah berdoa meminta hajat dan petunjuk kepadaNYA.. Salam Perjuangan Kebenaran daripada saya kepada saudara..wasalam..
Sdra Saiful telah melakukan sumpah laknat sebagai langkah awal untuk membuktikan kebenarannya. DS Anwar tak berani nak melakukan sumpah laknat.
Sdra Saiful pada bila-bila masa sahaja sanggup berdepan dengan Anwar di Mahkamah. Anwar pula membuat macam-macam dalih dan alasan untuk tidak dibicarakan di Mahkamah.
Siapakah yang benar??? Saiful atau Anwar???
Bersama-samalah kita renong dan fikirkan.
to anoy 3.22,
mahkamah tinggi syariah?bangang sangat la ko dan nuar brahim ni.kes pengunaan nama allah,tak pulak nuar mintak kes ni dibicarakan di mahkamah tinggi syariah.hipokrit la ko,bangang.kalau berani buat la sumpah macam si saiful ni.dia kan nak jadi PM,bukan org biasa2 je.kalau aku la,kalau aku tak bersalah,org suruh aku bersumpah,10 kali aku bersumpah.apa ada hal.berani kerana benar.faham...bangang.
Post a Comment