Sunday, September 6, 2009

"Tangguh tetap tangguh" - Awang Selamat

                                                            *Update- 7/9/09


                                                             - Anwar tidak perlu takut - Utusan
                                                             - Anwar tak patut tangguh kes liwat - Utusan
                                                             - Dirumah Anwar pun kecoh - X-PKR
    -----------------------------

    [Ulasan saya dibawah]
    Dari Utusan Mingguan

    HARAPAN banyak pihak dan orang ramai untuk mengikuti perbicaraan sebenar kes dakwaan liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, dalam masa terdekat, tidak kesampaian.

    Sejak kes tersebut disebut pertama kali Ogos lalu, sampai kini, ia belum dapat dibicarakan antaranya kerana Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan untuk penangguhan. Nampaknya motto baru Anwar ialah Tangguh Tetap Tangguh berbeza dengan Lawan Tetap Lawan ketika kempen pilihan raya umum lalu.

    Terbaru, kes tersebut akan dipanjangkan lagi pada bulan Oktober. Maknanya, sudah dua kali Ramadan dan Aidilfitri terpaksa dilalui oleh Saiful dengan perasaan tertekan menanti kesnya. Awang sudah banyak kali menulis tentang penangguhan perbicaraan utama kes berkenaan dan tidak terkejut dengan perkembangan tersebut. Selanjutnya di Mingguan Malaysia, 6 September 2009

    AWANG SELAMAT
      ----------------------------------------------

      [Ulasan] Terima kasih Awang Selamat serta seluruh warga Utusan Melayu kerana prihatin dan tidak putus-putus membela nasib saya untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

      Saya ini hanya insan kerdil(tiada pengaruh dan kuasa), lawan saya pula adalah antara 100 orang yang terpengaruh di dunia(Times Top 100 2008), bagaikan tikus dengan gajah. Hatta, penulisan dan liputan berita yang diberi sedikit sebanyak telah/dapat membantu dalam perjuangan saya dalam mendapatkan keadilan yang tidak kunjung tiba ini.

      Setuju dengan Awang, kali ini, motto tertuduh ''Tangguh tetap Tangguh'', bukan lagi ''Lawan tetap Lawan''. Ada juga rakyat diluar sana kata ''Lari tetap Lari'' dan macam-macam lagi.

      Mengenai dua Aidilfitri dan Ramadhan yang terpaksa dikorbankan, saya redha. Bukan sahaja itu, malah banyak lagi yang terpaksa saya korbankan. Tidak mengapa, adat perjuangan, mesti perlu berkorban. Namun, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada serta ketenangan yang diberi-Nya.

      Saya pasti, banyak hikmah disebalik semua ini kerana Allah swt Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

      Akhir kalam, walaupun kita tidak pernah bertemu/kenal, keikhlasan serta sokongan Awang dan Utusan Melayu amat saya dan seluruh keluarga hargai. Semoga budi dan jasa Awang serta warga Utusan sekalian dibalas Allah swt. Amin

      Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

      SAIFUL BUKHARI

      Pautan

      Kerajaan perlu jelaskan kenapa kes Anwar tertangguh lama- Utusan
      Terima kasih ''Awang Selamat''
      Terima kasih ''Awang Selamat'' - II
      Penantian: Hari ke 400
      ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak zalim?
      Sesumpah Malaysia: Anwar Ibrahim - The Economist
      ''All Star'' Vs The Truth
      Sumpah Laknat: Genap Setahun
      Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
      Penipuan Imam Ramlang Porigi

      36 comments:

      hilbert said...

      Salam sejahtera Saiful dan selamat berpuasa...

      Yang membuat saya semakin bertambah hairan dan pelik sekarang ini ialah apabila saya dapati Anwar Ibrahim iaitu yang tertuduh(Pemangsa) semakin bebas bergerak ke sana kesini baik didalam negara mahupun ke luar negara.

      TETAPI, kenapa sdra Saiful iaitu mangsa didalam kes ini pula yang terus terkurung dan terbelenggu serta tidak boleh bebas untuk keluar kemana-mana dengan bebas dan aman melainkan jika hanya ada urusan perlu dimahkamah?

      Berapa banyak sudah masa muda sdra Saiful terbuang begitu sahaja semata-mata kerana akur dengan keputusan "tangguh demi tangguh" yang telah dibuat.

      Mampukah keADILan untuk ditegakkan jika beginilah seterusnya langkah yang diambil ? Tiada kepastian. Tiada titik noktahnya.

      Saiful Bukhari said...

      Salam sejahtera juga Saudara Hilbert,
      Nak buat mcm mana, Selagi belum beri keterangan, selagi itu terpaksa berhati2.. Saya 'tiada'=Tersenyum OKT. Tragedi Mendiang Teoh Beng Hock perlu dijadikan iktibar. Terima kasih kerana prihatin.

      ladybird said...

      Banyakkan bersabar Saiful, kami semua bersama anda hingga ke akhirnya...

      Cheguman said...

      Anwar: "Tangguh Tetap Tangguh"
      Demang: "Tetap Sokong Saiful"
      Rakyat: "Makin Tak Percaya Anwar"

      Sebenarnya tu semua bukan motto tetapi itulah realiti sekarang.

      Bagi saya, hanya yang berjuang untuk dunia dan akhirat sahaja yang akan menang secara hakikat.

      Sebagaimana kata saudara Saiful, di dunia mungkin lepas, tetapi di akhirat...

      zulkifli said...

      Prinsip"innocent until proven guilty". Inilah sebabnya kenapa orang yang kena tuduh boleh membuat apa saja yang dibenarkan oleh undang-undang. Tiada apa tekanan patutnya dirasakan kalau sipenuduh menganggap dia tidak membuat tuduhan palsu.
      Dalam kes ini, yang terdedah kepada risko reputasi dan lain lain ialah DSAI. Tiga bulan selepas kes ini selesai, orang akan bertanya "siapa saiful bukhari?", apabila nama ini disebut. Orang akan bercakap mengenai konspirasi politik akibat tindakan saiful sendiri yang menemui Najib Razak, musuh politik DSAI.

      sri hartamas

      Malaysia Classifieds said...

      May the truth prevail.
      May we also change and hopefully progress for the better in tandem with global economic climate.
      May the culture of peace (non-violence) be on earth.

      Regards,
      Dennis Joshua
      Iklan Malaysia
      malaysia classifieds

      bronaga said...

      sabar dan bertawakal kepada Allah swt. Mimpi ngeri nuar beraim just around the corner...

      hilbert said...

      Salam Sdra Saful,

      Semoga sejahtera selalu.

      Disini sekali lagi saya nak menyentuh mengenai penangguhan demi penangguhan terhadap kes liwat ini yang seperti akan mula menjadi amalan biasa oleh pihak yang 'berkaitan".

      Tetapi tanpa pihak yang "berkaitan" itu sedar bahawa tindakan tangguh menangguh sesuatu perbicaraan itu sebenarnya pada pandangan saya atau juga mungkin orang lain pada akhirnya akan melunturkan kepercayaan serta keyakinan orang ramai khususnya rakyat biasa terhadap sistem keadilan di negara ini.

      Dalam isu 'tangguh terus tangguh' kes liwat ini saya juga merasakan perlunya pihak-pihak tertentu khususnya kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat keseluruhannya mengapa dan apa yang sebenarnya berlaku sehingga kes ini gagal untuk dibicarakan. Kerajaan ataupun pihak yang "berkaitan" harus mencari jalan bagaimana supaya kes ini tidak terus menjadi bahan permainan pihak-pihak yang berkepentingan.

      Rakyat perlu dan memang berhak untuk mengetahui segala perjalanan kes ini, kerna kes ini secara tidak langsung telah membabitkan soal kepentingan kami sebagai rakyat biasa. Jangan biarkan rakyat biasa hidup didalam keadaan yang serba merana hanya kerana khuatir akan dituduh sebagai tidak adil oleh pihak tertentu atau VIP.

      Lantaran itu saya sangat bersetuju dan menyokong penuh saranan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA)YB Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa(PROWARIS) Feris Omar dan juga Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) Syed Anuar Syed Mohamad yang mahu kerajaan, menteri yang bertanggungjawab didalam soal perundangan serta juga Peguam Negara agar menjelaskan kepada rakyat mengenai isu "tangguh terus tangguh" kes liwat itu memandang tindakan kerap menangguhkan perbicaraan kes ini telah menyebabkannya dipersoalkan oleh seluruh rakyat negara ini.

      Diharap ada lagi pihak lain yang akan membuka mata dan bersuara mengenai perkembangan kes liwat ini supaya kewibawaan badan kehakiman di Negara kita akan terus mendapat kepercayaan dan keyakinan tinggi dari semua pihak.

      Kepada sdra Saiful, diharap anda akan senantiasa terus mendapat kekuatan diri, kekuatan semangat dan ketabahan hati. Doa daripada kami semua akan selalu mengiringi setiap langkah yang anda atur demi untuk mendapatkan secebis keadilan.

      Salam perjuangan daripada rakyat kepada rakyat dan salam Ramadhan...

      Saiful Bukhari said...

      Ladybird,bronaga: Insyaallah.. Sy akan sentiasa bersabar. Tidak akan sesekali memusnahkan slh satu senjata saya, iaitu sabar.. Kerna sesungguhnya, sabar itu adalah senjata mukmin. Namun, pd hemat sy, sy tidak hanya blh bersabar, perlu terus berusaha dan berdoa.
      Zul: Bkn tertekan, Jutaan manusia mencaci sy kononnya sy buat tuduhan palsu, dan sy tdk diberi peluang langsung utk membela diri. Prinsip "innocent until proven guilty", ask him to prove that he's innocent then. Ini tidak, langsung tidak mahu bicara dan selagi blh tidak mahu sy memberi keterangan dimahkamah. Its that justice? Media kata Tertuduh jumpa PM baru2 ni, pergi 'minta nyawa', Konspirasi? Jika benar PM berkonspirasi dlm hal ini, takkan beliau biarkan dia BEBAS, sudah lama kes ini berjalan dan beliau sudah dlm lokap. Satu lagi, utk pengetahuan en Zul, tunang sy dibuang kerja dari BERNAMA kerana kes saya. Mohon di RTM dan Media Prima semua ditolak. Konspirasi apa ni? Harap dpt bezakan antara isu politik dan isu JENAYAH. Sekian.
      Dennis: Thank u..
      Demang: Terima kasih.. Akhirat is the ULTIMATUM.
      Hilbert: Salam sdr.. Terima kasih diatas pandangan saudara. Harap ia dibaca oleh pihak yg disasarkan. Kesimpulannya, mereka perlu BERANI. Undang2 sepatutnya tidak kenal siapa, VVIP atau rakyat biasa, semua sama. Sekian. Salam sejahtera.

      ghostWRITER said...

      kebenaran akan muncul jua.. InsyAllah.. Bersamalah kita nantikan..

      anakmuda
      http://ohpolitik.blogspot.com
      http://mildotcom.blogspot.com

      abe MIE 'TERJAH' said...

      http://pkrpasdap.blogspot.com

      Bebas aje anwar tapi suruh dia pergi ke somalia...jadi ketua lanun kat sana

      maria said...

      inilah cara DSAI dan rakan2nya..sabar je la saiful..kalau betul u di pihak yang benar, insyaallah satu hari nanti akan nampaklah kebenarannya, vice versa.

      zulkifli said...

      saiful

      terima kasih kerana menerangkan situasi yang saiful hadapi. Bersabarlah banyak-banyak. Allah bersama orang yang bersabar.

      princemafia said...

      Saiful, betulkah dakwaan ini dekat address ni ataupun sekadar fitnah? tolong beri perhatian dan penjelasan.

      http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/09/12/7286/

      TQ
      Sallahuddin

      Saiful Bukhari said...

      Zul: Sama2 En Zul
      Maria,daak: Insyaallah.. Terima kasih
      Abg Mie:Lama tak singgah?
      prince: Rujuk tarikh artikel itu ditulis. Ia ditulis sept tahun lepas. Jika benar, mengapa sehingga skrg ia tidak terjadi? Sekian

      hilbert said...

      Salam sejahtera,

      Saudara Saiful, saya telah melihat semakin banyak pihak yang telah bersuara tentang kes liwat ini yang kerap kali ditangguhkan.

      Terbaru, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz serta Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah turut mempersoalkan tindakan Anwar yang seringkali memohon untuk menangguhkan kes itu serta bermacam-macam lagi permohonan lain semakin menjadi tandatanya seluruh masyarakat.

      Terima kasih kepada mereka berdua kerana prihatin dengan suara-suara rakyat biasa seperti kita. Diharapkan suara-suara daripada pemimpin seperti mereka itulah mampu untuk memberi tekanan kepada tertuduh agar jangan mencipta berbagai-bagai helah lagi bagi mengelak diri untuk dibicarakan.

      Gedung Akal said...

      Mari kita lihat dari positif dan kebaikannya penangguhan kes ini. 1) Pihak pendakwa mempunyai banyak masa untuk buat kajian dan penelitian. Mana yang tidak kuat hujah dan bukti boleh dicari dan ditambah.
      2)Pihak Anwar berpeluang mendapatkan laporan polis yang dibuat oleh sdr saiful maka baharulah proses keadilan dapat berjalan lancar.
      3)Memberikan kyakinan kepada sdr saiful untuk keluar bersemuka dan memberikan penerangan kepada masyarakat. ayuh Saiful berikan penerangan terbuka dan berani kepada masyarakat agar lebih ramai rakyat Malaysia yang percayakan sdr. Dalam keadaan sekarang saya kira daripada 26 juta rakyat Malaysia barangkali hanya beberapa ratus orang yang percayakan Sdr. Saiful dan jutaan yang lain anggap sebagai penipuan dan mainan politik. Orang politik mungkin tidak akan ceritakan perkara sebenara kepada sdr. saiful tetapi gunakanlah kebijaksanaan saiful untuk menilai sitiuasi ini.

      Jadilah lebih berani dan matang dan keluarlah berikan penerangan kepada seluruh rakyat dengan jujur dan lebih meyakinkan. Ingat Saiful Kenyataan Peguam, ahli politik dan autoriti akan dipandang sebagai satu penipuan dan putar belit-melainkan kenyataan dan penerangan dari mulut saiful sahaja yang lebih dipercayai.
      Sumpah sudah boleh dibuat main sekarang dan janganlah yakin yang sumpah sdr saiful itu satu petanda yang rakyat menerima apa yang terjadi sebagai benar.
      Ayuh...keluar dan berikan penerangan kepada rakyat dengan berani, yaki dan jujur. Allah bersma2 orang yang benar!

      Tok Jerai said...

      Assalamualaikum Saiful.

      Shabas kerana maseh tetap berdiri dengan hati yang teguh hingga ke saad ini, melihat kepada keadaan saudara berada dipihak yang benar.

      Cuba pembaca tengok dalam blog PK rakaman anuar sedang berucapa untuk memperjelaskan Isu, lihat betoi betoi dia sering gabuih peloh didahi, nampak macam rimas saja, padahai tempat tu ada econ, kalau tak pun sekurang2nya ada kipaih angin.

      Nampaknya ramai orang dikelilin dia dok perati, pasai depa tak berpeloh pun, nak buat macam mana tak becakap orang dok desak bila becakap rasa demam tak demam, kebah tak kebah, peloh jagung pun keluak
      lah..

      Saiful! Percayalah anda bukan seorang, tegak terus, kerana anda bukan memegang benang basah tetapi anda memegang BESI KARSANI.

      SELAMAT BERPUASA.

      shahboy said...

      salam bro.. kini ramai dah nampak tembelang seorang mamat yang bernama anwar ni.. the truth will came soon and i hope you will have all the strength to fight for malaysia, Islamic and also muslim right..

      jangan biarkan mamat ini menggadaikan agama kita lagi.. we all support you bro..
      salam!!!

      Saiful Bukhari said...

      hilbert: Masih ada yg prihatin.
      gedung: Sbb itu sy tidak putus2 mendesak agar perbicaraan ini dpt disegerakan, agar sy dpt memberi keterangan, di Mahkamah, bukan diluar. Sedangkan sumpah, Ulamak pon tak percaya, apa lagi jika sy hnya menerangkan diluar saya. Jadi mahkamah adalah tempat yg terbaik. Perlu bijaksana. Sekian
      Tok: Alhamdulillah Tok, kuasa Allah..
      Shahboy: Insyaallah bro.. Doa2kan.. Kirim salam semua.

      ctzai said...

      Salam saudara Saiful. Semoga sihat sejahtera!

      Saya doakan semoga Saiful akan terus tabah, sabar dan tenang dalam menghadapi ujian yang hebat ini. TUHANlah yang lebih sayangkan saudara Saiful.

      Ujian hebat ini bukan shj utk saudara seorang ttp kepada pencinta2 kebenaran yang lain. Bukan mudah utk berhadapan dgn seorang public figure ternama spt lawan saudara tersebut. Ttp TUHAN jugalah yg akan mempermudahkan sst pekerjaan yang susah.

      Kebanyakan orang hanya melihat beliau dari jauh dan menyanjungnya sbg hero keadilan. Ttp saudara bukan shj telah dizalimi bahkan terpaksa berhadapan dgn kecaman & kutukan dan sekaligus berani serta berjaya mengheretnya ke mahkamah. Bukankah itu sst yg pelik dan tak terfikir dek akal!

      Selalu ingat bhw saudara bukan keseorangan! Perjuangan saudara merupakan kemuncak kepada runtuhnya sistem yang batil dan akan tertegaknya sinar Islam yang suci dan adil!

      Terima kasih!

      AnTi AljUbuRi said...

      Assalamualaikum ..

      Minta laluan!

      Pelik rasanya tulisan si Gedong Akal..

      Apa tujuannya untuk mengatakan "Pihak pendakwa mempunyai banyak masa untuk buat kajian dan penelitian. Mana yang tidak kuat hujah dan bukti boleh dicari dan ditambah."

      Tak terlintas difikiran aku yg bodoh ini bahawa pihak pendakwaan bertindak separuh masuk semasa membuat tuduhan. Sekirannya tidak dikaji dan diteliti terlebih dahulu, bolehkah pihak Polis mencadangkan/mengemukakan kepada AG untuk tindakan lanjut.

      Sebaliknya adakah AG tidak meneliti kertas siasatan sebelum mengeluarkan 'sunction to prosecute'? Kes separuh masak sudah tentu tidak akan mendapat kebenaran untuk pendakwaan.

      Apakah dia ikhlas bila mengatakan 'Mana yang tidak kuat hujah dan bukti boleh dicari dan ditambah', atau adakah dia tidak dapat menyurukkan apa yang tersembunyi di dalam hatinya?? apa maksudnya bukti boleh dicari dan ditambah? Ini bukan karangan yang boleh ditokok tambah atau diubah dan bukan juga research yang boleh ada penemuan baru untuk membatalkan teori lama. Lapuran Perubatan, Lapuran DNA/Cap jari dan Lapuran Kimia, lapuran berkaitan audio video mesti sudah diperolehi sebelum pertuduhan dibuat

      Ini kes liwatlah, melibatkan 2 individu, tanpa penglihatan orang ketiga (?) Saiful bertanggung jawab untuk membuktikan dakwaannya melalui barisan Pendakwaraya. Itu yang hendak dilakukannya di mahkamah, bukan menjaja cerita dipentas ceramah.

      Beberapa perkara yang menjadi intipati pendakwaan

      -tempat kejadian - sebuah kondo mewah 11-5-1 .. Bukit Damansara
      - waktu kejadian - 3.01pm-4.30pm 26/6/2008
      -akan dibuktikan bahawa mereka berdua ada di sana pada tarikh dan masa tersebut.
      -melalui saksi terdiri dari pengawal yang bertugas, jiran/penduduk yang nampak kehadiran mereka.
      -rakaman CCTV dari bilik pengawal dan dari setiap penjuru unit kondo.
      -rekod kemasukan kenderaan melalui guard house
      -apa yang berlaku diantara mereka di dalam bangunan hanya akan diketahui apabila Saiful menceritakannya di mahkamah kelak..
      -bukti DNA/sebarang sisa dan bekas yg dikenal pasti
      -penemuan forensik dan cap jari ditempat kejadian.
      -lapuran pemeriksaan doktor pakar yang sah (maksudnya dia tahu bahawa pemeriksaannya itu adalah untuk membantu siasatan kes jenayah dan lapurannya akan dijadikan bukti perbicaraan)
      -Lapuran kimia yang berkaitan
      -mana tau kalau Saiful sempat buat rakaman melalui h/p atau sebagainya?? :)
      - selebihnya sudah tentu banyak 'Circumstantial evidence' yang akan dikemukan atau disebut Qarinah dalam perundangan Islam


      Maaf Saiful .. panjang dah ni ..

      AnTi AljUbuRi said...

      cont..

      Apakah Anu war belum dapat salinan repot yg dibuat oleh Saiful? Mustahil, bahkan dia sudah dapat salinan lapuran perubatan dan salinan cctv. Takkan statement saksi pun nak kena bagi kat dia sebelum perbicaraan. Percakapan aduan dan saksi bawah sek 112 Kanuan Acara Jenayah adalah milik polis sebagai panduan pendakwaan sehingga ditender dalam mahkamah. Kesaksian dalam mahkamah melalui percakapan saksi sendiri, bukan tulisan atau statement kecuali coutioned statment sek 113CPC yang mungkin boleh menjadi bahan bukti.

      Apa pasal anu war al juburi kecoh sangat? Bukankah dia kata dia ada alibi- buktikanlah dia tak ada di sana pada tarikh dan waktu tersebut. Buktikan pada tarikh dan waktu tersebut dia bersama sama sekumpulan orang lain yang tak mungkin dia boleh meliwat Saiful pada waktu itu.

      Dia berhak untuk mengetahui berapa orang saksi pendakwaan yang akan dipanggil, serta senarai nama mereka (bukan butiran peribadi), tetapi tidak semestinya dia boleh diberitahu apakah kesaksian yang akan mereka nyatakan dalam mahkamah.

      Mengapa dia beria ia sangat hendakkan benda benda tersebut?? siapakah yang mencuri masa untuk mencari hujjah, atau dia mencuri masa untuk mencari saksi pendakwa untuk diugut dan di turn over?? mencari bukti untuk dimusnahkan - apa perlunya rakaman asal cctv??

      Sungguh pelik si Gedong Akal (Kudung Akal?) seolah oleh mencabar Saiful untuk keluar menerangkan kepada masyarakat. Apa motif cakap dia ni? Apa urusan Saiful dengan masyarakat? Apa kena mengena rakyat sokong atau tidak dalam kes perbicaraan kis liwat??

      Di luar sana, bukan sedikit manusia yang telah dirosakkan presepsi mereka oleh al juburi. Sepatutnya mereka mencabar anu war bermubahalah untuk menunjukkan dia benar dan jujur dalam menolak dakwaan Saiful sekali gus membersihkan namanya dan memelihara maruah keluarganya.

      Seterusnya mereka wajar mendesak Anu War al juburi supaya berani tampil ke Mahkamah, bukan bercakap di atas pentas sesuka hati, tanpa ada orang boleh bersoal jawab. Kalau berani sangat.. buat forum dua hala secara terbuka .. bukan syok sendiri sorang diri atas pentas dalam gelangang sendiri!

      Naif sungguh pemikiran dan pengetahuan KUDUNG AKAL bila dia suruh Saiful keluar buat penerangan kepada masyarakat , seolah oleh menafikan peranan mahkamah .. dan tidak dapat membedzakan mana tindakan yang betul dan mana yang tidak.

      Alimuddin Shahid said...

      Salamun Alaikum

      Pertama kali saya komen diblog anda. Sejujurnya saya tidak tahu siapa salah. Namun anda telah selesaikan bahagian anda dgn bersumpah. Betul salah Allah Maha Tahu.

      Walau caranya dipertikai, anda telah lakukan. Berbanding pihak satu lagi. Kenapa beliau tidak mahu dibicara?

      Saya melihat dari sudut kewajaran, hak sesama yg terlibat. Utk saudara, saya linkkan satu video berkaitan dari blog saya : http://alimuddin.blogspot.com/2009/09/angkara-politik-1.html

      Jazakallah Khair

      AjymNarnia said...

      Apa jua persoalan yg ditanya kepada Saiful dapat dijawap dgn bernas oleh Saiful...terutama tentang artical yg disuruh baca oleh princemafia...yg mana tarikhnya pun 12 sept tahun lepas.... hingga kini tak ada pun berlaku sebagaimana manipulation yg dibuat...itu semua cerita palsu...syabas...

      Anonymous said...

      dunia ini hanya pinjaman. dunia ini pentas lakonan. yang baik yang jahat semua berlakon. pentas ini singkat sekali. pentas ini pasti lenyap ditelan dek sengkakala yang hancurnya bumi ditelan tiupannya. waktu itu tiada lagi lakonan. waktu itu lakonan tinggal kenangan. waktu itu realiti seluruhnya. jawaplah dihadapan tuhanmu. yang baik ke syurga abadi. yang buruk ke neraka nan mendidih sekali.

      Saiful Bukhari said...

      naga: W'slm//Terima kasih.. Insyallah.. Tidak mengapa, sy redha..
      Al-j: W'slm..Terima kasih saudara.. Diharap saudara gedung akal dan yg lain baca dan fahaminya..
      Alimudin:w'slm. Saya telah lakukan apa yang termampu.. Selainnya, terserah pada semua utk menilai. Insyaallah, kebenaran akan dapat ditegakkan jua.
      Ajym: Hanya menyatakan perkara yg benar..
      Kejora: Sbb itu kita perlu bersedia menjalankan segala perintah yg diberi-Nya, walaupun ia memerlukan satu pengorbanan yang amat besar i.e maruah mahupun nyawa, kerna spt yg saudara nyatakan, kelak diakhirat, kita akan dipersoalkan.

      Unknown said...

      Salam saiful.

      Semoga anda terus tabah.

      InsyaAllah Anwar akan ditumpaskan.

      Banyakkan berdoa.

      Nasionalis1982 said...

      Salam...

      Artikel saya berkenaan 'keADILan' versi Anwar.

      http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/09/manusia-yang-bernama-anwar-ni-memang.html

      AIDCclub

      Saiful Bukhari said...

      Taming: Insyaallah
      6th: Terima kasih

      Unknown said...

      Saiful, tak dapat dinafikan bahawa Utusan Malaysia telah banyak menyedarkan pembacanya tentang kes yang tertangguh sekian lama.

      Orang ramai sudah mula curigakan Anwar Ibrahim yang sedaya upayanya cuba mengelak daripada dibicarakan.

      Hanya orang yang rasa dirinya bersalah sahaja yang takut untuk menghadapi perbicaraan.

      Apakah Anwar bersalah???

      Marilah kita semua sama-sama berdoa semoga perbicaraan sebenar dapat berjalan mulai 3hb November 2009 ini. AMIN!

      YANG HAK PASTI BERDIRI DAN YANG BATIL PASTI JATUH.

      ady said...

      wei abdul... Utusan banyak menyedarkan org .. apa eko waras ke tak ? utusan meloya tu ler yg byk pecahkan perpaduan org.. hanya org yg buta tuli jer yg percaya apa yg utusan tu cetak...

      Saiful Bukhari said...

      ady: semoga ditemukan kebenaran

      Unknown said...

      ADY: "hanya org yg buta tuli jer yg percaya apa yang utusan tu cetak.."

      Sebenarnya yang buta dan tuli itu adalah diri kau sendiri. Kau asyik membaca harakah dan keadilan sahaja sehingga otak kau menjadi tak berapa betul.

      Utusanlah yang telah membangkitkan semangat orang melayu untuk menuntut kemerdekaan. Belajarlah sedikit sejarah. Kenangilah jasa orang yang pernah berjasa pada Alif, Ba dan Ta.

      Kucing Hitam said...

      melayu-melayu bodoh memang percaya yang saiful tak bersalah. semoga saiful dilaknat "tuhan".

      Kucing Hitam said...

      jabatan kehakiman, jais (jabatan agama "ISLAM") semuanye korup. memang melayakkan aku jadi atheist. terima kasih sebab murtadkan aku ye saiful. harap2 jumaat minggu depan "kiamat" so cepat2 la yang "hak" dengan "batil" tu terdedah. tapi kan, kalau kiamat, kau takut ke? tapi kiamat tu wujud ke? bahakbahakbahak.. agama memang senang menakutkan org2 bodoh. fuck.