Tuesday, February 9, 2010

Laporan Polis






Saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan iaitu pengadu bagi Kes pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan pada masa ini yang mana saya adalah didalam proses memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai saksi pertama. Saya pada hari semalam,  8/2/10 telah menerima satu email dari individu yang tidak dikenali. Didalam email tersebut, apabila saya membacanya ianya mengadungi satu pernyataan yang disiarkan didalam Fanpage Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tertulis seperti berikut:

“ ANAZ ZAHARI: Kepada rakan2 sekalian…sape2 yg mengenali ataupun berjumpa dgn saiful bukhari azlan dimana2 saja,anda diwajibkan membunuh beliau dgn apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat…”

Saya lampirkan disini sesalinan kandungan gambar “printscreen” Wall Fanpage Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana individu tersebut telah membuat pengumuman/”shoutout” yang dilampirkan pada email saya tersebut.

Adalah jelas pernyataan tersebut dibuat oleh individu yang dikenali sebagai Anaz Zahari yang berdaftar dengan laman Facebook.com.

Saya dengan ini menyatakan bahawa ini adalah satu ancaman bunuh keatas diri saya dan ini adalah suatu ancaman yang serius. Saya bimbangkan keselamatan diri saya dan keluarga.

Ini sahaja laporan saya.


(MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN)
 9hb Februari 2010

p/s: Dipecayai, beliau telah delete/disable profil. Ini dibuktikan apabila saya Google keyword "Facebook Anaz Zahari", ia masih ada. Namun, apabila klik pada link tersebut, "profil not found".
http://www.facebook.com/people/Anaz-Zahari/100000055703387

20 comments:

NFH said...

Salam Saiful,

Kuatkan semangat dan tabahkan hati dalam menghadapi hari mendatang sehingga selesai kes ini ye.

Saya yakin Allah sedang memberi pertolongan kepada Saiful.

Saya doakan agar Allah menunjukkan kebenaran.

Selamat berjuang untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara

SAIFUL PENYELAMAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!

hilbert said...

Salam sejahtera Saiful,

harap saudara terus berada dalam keadaan yang baik-baik saja.

kita semua harap agar orang yang bertanggungjawab membuat ugutan itu segera dikesan.

sebenarnya saya sejak beberapa hari yang lepas dapat tahu perkara ini dari laman blog PAPAGOMO serta sebuah laman facebook 'bujang senang hati gembira' maka saya mengharapkan supaya perkara ini segera diambil perhatian oleh pihak yang berwajib.

kepada Saudara Saiful, jaga diri selalu, tabahkan hati, kuatkan semangat dan salam perjuangan dari kami di Bumi Kenyalang.

Abdul Hayee said...

Saudara Saiful,

Berhati-hatilah. Kalau keluar jangan berseorangan.

Lebih baik memakai pakaian keselamatan seperti jacket kalis peluru apa keluar rumah.

Dan akhirnya teruskan berdoa dan banyakkan berzikir.

Orang yang desperate sanggup berbuat apa sahaja.

Saya doakan semoga saudara dipelihara Allah dari ancaman bunuh.AMIN!!!

Mantan Pemuda UMNO Bahagian Tapah said...

Elok sangat la tu saiful, jangan kita biarkan alam cyber ini dilenjan dengan perangai buruk sesuka hati dan macam mereka itu kebal. Mamat tu dah tentu terkucil dan tak tidur malam. Berani buat,berani tanggung.

dubaque said...

salam saiful,

insyaallah saiful, insyaallah seluruh keluarga dan saiful selamat dan aman hendaknya. Hanya orang-orang yang bodoh jer yang berfikiran kolot macam tu

all the best!! let the truth be told and istighfar bebanyak amin88x

Anonymous said...

Salam Bro,

Semoga peroleh kekuatan, jangan tunggu lagi dan buat laporan Polis, Cilaka ni ingat Malaysia takdak undang undang kot!

Husin

Anonymous said...

Salam. Selamat Berjuang kepada Saudara Saiful. Allah sentiasa bersama orang-orang yang tekun dan sabar. Doa orang yang teraniaya juga segera dimakbulkan.

Semoga tenang dan dilindungi selalu.

Anonymous said...

salam saudara saiful,

keji betul saudara anas ni. baling batu sorok tangan.

buat malu melayu (given the benefit of the doubt) je..

cheers.

firdausf

Anonymous said...

Sabar saudara saiful pihak polis akan siasat sampai ke lubang cacing hingga tertangkap manusia yg kurang ajar ni

Anonymous said...

Salam saiful,
Anda usah risau..kami pembela melayu sedang memerhatikan anda dari jauh..kami berjanji akan menjaga keselamatan anda walau tak kira dimana anda berada, mengenai individu yang hendak menganiaya anda itu, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya..tabahkan hati dan ingat Allah selalu, insyaallah anda akan dilindungi Allah.

Anonymous said...

salam,

sy yg cintakan KEBENARAN. jika saiful berada di pihak yg benar, tiada yg saya doakan dan harapkan melainkan Allah swt mengurniakan anda kekuatan jiwa dan raga menghadapi ini semua. diberikan kekuatan yg luar biasa utk anda menyatakan yg benar biarpun berbagai helah dilakukan bagi menghalang saudara dari menyatakannya dan terusan dinafikan hak utk keadilan dan diadili seadilnya di mahkamah. saya doakan allah beri jiwa yg berdusta itu kegerunan dan ketakutan dan biarlah ia nampak di mata sesiapa pun jua. sy berharap dlm 'tempoh bertenang' ini agar diteruskan muhasabah, zikir dan membaca al quran. moga akhirnya kebenaran akan menyinar, kebatilan dan kemusnahan pd yg berdusta. insya allah. moga laknat dan kemusnahan kepada yg menafikan kebenaran akan disaksikan oleh mata kepala kita sendiri.

Mama kebenaran said...

Sabar sajalah Epol.
Mama percaya sebarang khianat tidak memmberi bekas.
Memang begitulah kalau hidup kita melibatkan al-juburi.
Dia menyakitkan kita teramat sangat.
Allah sentiasa bersamamu.

Anonymous said...

Salam.

Saya simpati dengan nasib anda. Anda mangsa dalam hal ini namun penyokong taksub nampak desperate nak mempertahankan bos mereka.

Banyak bersabar. Dalam dunia hari ini manusia telah banyak terpedaya. Yang buat jahat disanjung, yang dianiaya semakin dikutuk dan dikeji. Kepada yang membenci anda mudah-mudahan ALLAH membalas dengan yang setimpal. Semoga anda tabah pertahankan kebenaran anda.

kalam said...

Sabarlah saiful ramai rakyat msia diluar sana yg menyokong anda,ini semua perangai manusia yg senteng akal fikirannya.Bila taksub membabi buta inilah padahnya hingga kebenaran didepan mata pun dibutakan.Percaya pada ketentuan ALLAH sesungguhnya ia takkan menzalimi mahluknya yg teraniya.Teruskan berjuang walaupun banyak ranjau yg menghalang dan melintang jalan.

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdra Saiful,
saya kagumi kesungguhan sdra dlm menghadapi liku2 hidup ini.

Bersabarlah byk2 dan berhati2lah. Doa saya semoga sdra tabah menghadapi dugaan, Insya Allah.

Wassalam,
Hantu Siber

annfrendly said...

salam..semoga kamu lebih tabah menghadapi dugaan..
saya sekeluargan amat bersimpati dan menyokong kamu..
ibubapa serta saya betul2 yakin kamu berada dipihak yang benar. semoga kemenangan menyebelahi kamu... Amin.

Diharapkan pihak polis akan menangkap Anaz zahari secepat mungkin dan menjatuhkan hukuman yang sewajarnya supaya menjadi pengajaran pada orang lain agar tidak sewenang2nya menganiaya insan lain.

M. Razi said...

Assalamualaikum Saiful...

Harap terus kekal tabah dan bersabar menghadapi keadaan sekarang. Allah tidak sekali-kali membiarkan hambaNYA yang bergantung sepenuhnya kepada Dia, dibiarkan bersendirian. Semoga Allah akan mendedahkan kebenaran nanti.

Sekian...

Anonymous said...

xsabar nak tgk sapa betul o salah..
Allah maha Adil..Kalau pihak makhamah tipu,di akhirat nnt boleh ditentukan..sekarang pon makahmh pon kdg2 xbtl..xpaham btl...Dunia skrg hanya ada duit kita boleh beli apa saja..Rasuah org bgai..So..Fikirlah..Bila mati..Kita bukan sapa2..Amal ibadat kita akn dinilai..

Azman PB said...

semoga tabah dalam menghadapi segala dugaan.

Alhamdulillah said...

assalamualaikum...

saya ingin berikan pandangan bagi saudara saiful....

akaun facebook I HATE SAIFULBUKHARI

awak boleh buat report kepada facebook itu sendiri dan nyatakan awaklah saiful bukhari yang sebenar...

Harap jangan biarkan facebook page itu berpanjangan...