Saturday, July 18, 2009

Pendakwaraya fail rayuan

Dari Utusan

KUALA LUMPUR 17 Julai - Pendakwa raya hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan agar sebahagian besar dokumen dan barangan berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali sampel-sampel asid deoksiribonukleik (DNA) diserahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Notis rayuan tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara I, Datuk Idrus Harun difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3.45 petang ini.

Pihak pendakwaan juga dijangka memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah tersebut pada Isnin ini.

Sementara itu, peguam Anwar, Sankaran Nair ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah menerima notis rayuan itu melalui faksimile lewat petang ini.

Beliau juga memberitahu, Anwar telah mengarahkan supaya pihaknya memfailkan rayuan balas.

Pendakwa raya mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan pihaknya menyerahkan dokumen dan barangan tersebut dalam tempoh tujuh hari selepas membenarkan permohonan Anwar itu.

Walaupun membenarkan sebahagian besar dokumen itu dibekalkan, hakim tersebut menolak permohonan Anwar agar dibekalkan atau dibenarkan meneliti sampel-sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd. Shaiful Bukhari Azlan dan pada barang-barang yang diambil dari kediaman pemuda itu.

Jelas Hakim Mohamad Zabidin, sampel-sampel tersebut hanya boleh diteliti oleh pihak pembelaan setelah ia dikemukakan di mahkamah sebagai barang kes kerana kesemua sampel itu kini telah dibungkus dan dimeterai oleh ahli kimia dari Jabatan Kimia.

Antara dokumen dan barangan yang dibenarkan dibekalkan ialah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal dan dua buah lif blok 11 Kondominium Desa Damansara, nota-nota ahli kimia yang menganalisis sampel-sampel DNA, salinan nota doktor Hospital Kuala Lumpur dan senarai saksi.

Beliau turut membenarkan salinan kenyataan saksi-saksi termasuk pengadu yang direkodkan oleh pihak polis di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan diserahkan kepada pasukan pembelaan.

Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

[Ulasan Saya] Alhamdulillah.. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya pada Allah swt. Namun jika ia ditolak juga, saya redha. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan:

Terkilan.. Namun redha dan tetap hormati keputusan
Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
Detik-detik kebenaran
Mahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - Bernama
Menegakkan benang yang basah
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi
WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia

6 comments:

AnTi AljUbuRi said...

Assalamualaikum ..

Saya yakin anda mampu bersabar .. dan ketahuilah bahawa perkara ini akan berlarutan dan semakin hari semakin 'gawat', takut benar al juburi nak bertemu dengan bekas pembancuh kopinya!!

Pemidato yang tidak pernah menolak sebarang jemputan untuk beraksi di atas pentas dan rostrum seantero dunia tiba tiba mencari segala lubang jarum untuk mendapatkan helah, melarikan diri dari mendengar suara Mohd Saiful Bukhari Azlan dari Kandang Saksi Mahkamah Tinggi Kuala LUmpur!!!!

Hebat juga budak muda yang bernama Mohd Saiful ini, sehingga hampir mencirit beritkan seorang Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, seorang Punaisihat Parti Berbilang Kaum yang boleh menundukkan Nik Aziz untuk bersekongkol dengan Kit Siang dan Karpal Singh sambil menghilangkan istilah 'menegakkan Negara Islam' dari kotak pemikiran orang PAS ...

Anda mempunyai kekuatan yang luar biasa!!!! sekuat Bom Atom "Little Boy" yang digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dengan kuasa ledakan sekuat 6.3 × 10 ganda13 joules = 63 TJ (terajoules)yang membunuh 66,000 nyawa sekali gus!!

Bayangkanlah ketakutan al juburi untuk menerima ledakan 'Little Boy' dari bekas 'cofee boy' nya...dan dia wajar menerimanya!!!!!

Saiful Bukhari said...

Semua ini milik Allah. Sebagai hamba, saya hanya menjalankan amanah yang telah diberi-Nya. Hujah saya adalah kebenaran, itu sahaja. Insyaallah, saya akan tetap bersabar.

Pembela Melayu said...

HANCUR...HANCUR
HANCUR ANWAR!!!

LAWAN..LAWAN
LAWAN ANWAR!!!

LAWAN TETAP LAWAN

KEADILAN UNTUK SAIFUL

ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!

Unknown said...

Saiful.. Saiful.. Saya sungguh kesian tengok awak... Apakah awak mempercayai bahawa akan ada perbicaraan kes liwat si Al Juburi dalam masa terdekat ini?

Apakah awak mengharapkan apabila semua kemahuan Al Juburi ibni Al Munafikun diturutkan atau dibantah dari pihak pendakwaraya, akhirnya nanti Anwar akan dibicarakan di mahkamah???

Percayalah cakap saya, setiap perbicaraan yang telah ditetapkan tarikhnya oleh mahkamah bagi kes liwatnya terhadap awak tidak akan dapat dijalankan setiap kali ia telah dirancangkan. Tak usahlah awak kata "lepas ini tiada alasan lagi untuk menangguhkan perbicaraan". Apakah itu sifat Al Juburi untuk membiarkan dirinya dibicara dan didapati bersalah???

Kesian kat awak.. awak umpama menunggu bulan jatuh ke riba.

AL JUBURI IBNI AL MUNAFIKUN AKAN PASTIKAN PERBICARAAN KES LIWATNYA TIDAK DAPAT DILAKUKAN DENGAN CARA MENANGGUH.. DAN TERUS MENANGGUH.. DAN TERUS MENANGGUH.. DAN TERUS MENANGGUH.. SEHINGGALAH SAMADA AWAK MENARIK BALIK DAKWAAN TERHADAPNYA ATAU TUDUHAN TERHADAPNYA DIGUGURKAN.

Satu-satunya cara untuk membolehkan perbicaraan ini boleh dilakukan adalah dengan HANYA cara PAKSAAN sahaja tanpa melayan kehendak dan tipu muslihat Al Juburi... Sudah cukup kita melayan semua karenahnya. Sepatutnya mahkamah pula melayan karenah awak pulak. Kalau setakat layan dia saja mana adil kalau tak layan karenah awak jugak.

Sekarang lihat... apa yang Al Juburi ibni Al Munafikun lakukan sekarang ini??? Membuat laporan polis dengan mendakwa afidavit palsu dikemukakan bagi kes liwatnya yang terbaru... Apa yang awak nak sabar lagi??? Sabar yang tiada penghujungnya??? Bersabar tanpa usaha tuhan takkan tolong awak!!! Ingat.. Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri.

Awak harus melakukan sesuatu untuk menundukkan Al Juburi supaya dapat diseret masuk kedalam mahkamah... dan kemudian bertawakal pada Allah... Kalau anda berdiam diri tanpa usaha... Allah takkan tolong awak. Berusaha bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik... insyaallah Allah tolong.

Kalau sentiasa berlembut dan menuruti kehendak Al Juburi dan bila perbicaraan nanti dan dia didapati bersalah, apakah anda pasti dia tidak menuduh itu adalah konspirasi untuk menjatuhkannya???

Kalau kita sudah boleh baca tentang teori konspirasi munafik ini akan tetap juga berlaku walaupun kita telah cuba berlembut dan memberi banyak kelonggaran kepadanya, mengapa kita kena teruskan perkara yang membuang masa ini iaitu dengan terus melayan kehendak nafsu serakahnya??? Bukankah lebih baik seret dia saja kedalam mahkamah serta merta!!! Biarlah apa orang lain kata tidak adil dengan perbuatan itu... kerana kalau diberikan segala kelonggaran pun akan tetap dikatakan tidak adil.

Godisuno said...

assalamualaikum,
berani kerana benar, takut kerana salah. Rakyat yang waras pemikiran dan mampu menggunakan logik akal dengan baik akan memahami sebenarnya kenapa Anwar tampak takut dan berusaha melengah-lengahkan perbicaraan mahkamah. Pertuduhan yang Anwar war-warkan dimedia pembangkang dan di alam maya menunjukkan ketakutan itu dengan jelas. Lakukan sembahyang hajat dan bermunajat kepada Allah. Doa orang teraniaya terlalu dekat dengan Allah.

Malaysia said...

semoga saiful sentiasa berada dipihak yang benar, kebenaran lambat laun akan menunjukkan siapa Anwar sebenarnya.

jangan takut sekiranya jika kita benar, pegang kata2 kitab alquran.