Thursday, June 18, 2009

Anwar Mohon Buang Tuduhan Sebelum Bicara

Gambar semasa ceramah di Bukit Gelugor, P.Pinang, PRU-12.
Saya(berbaju biru) dibelakang DSAI. Video di sini
[Ulasan saya dibawah]
Dari Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam permohonan yang difailkan oleh peguamnya, S.N.Nair, Anwar, 62, juga memohon perintah membatal dan membebaskan beliau dan sebuah perintah menangguh perbicaraan kes liwatnya yang ditetapkan dari 1 hingga 24 Julai ini.

Dia menamakan Pendakwa Raya sebagai responden dalam permohonan tersebut.

Nair memberitahu pemberita bahawa permohonan itu difailkan atas dasar bahawa tuduhan keseluruhan itu adalah satu persendaan, tidak masuk akal dan tidak mempunyai asas sama sekali.

"Tidak ada kes terhadap anak guam saya," katanya, sambil menjelaskan pihak pembelaan tegah berpendirian bahawa tuduhan terhadap Anwar itu adalah satu konspirasi politik.

Nair juga memberitahu bahawa beliau menerima empat dokumen -- rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), laporan kimia, kenyataan saksi Anwar dan laporan perubatan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan-- dari pengawai penyiasat semalam tetapi masih menunggu dokumen lain.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Sementara itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan mendengar permohonan Anwar Isnin ini bagi mahkamah memerintahkan pendakwaan menyediakan semua dokumen berhubung dengan tuduhan liwat itu.

-- BERNAMA

[Ulasan saya]: Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di Mahkamah Dunia, tidak mengapa, saya redha.. Kerana kelak semasa di Masyar (Mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.. Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa.

Firman Allah:

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. ( Surah Al-Nahl, Ayat 127)

Firman Allah:

'' Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. '' (Surah An-Nisaa: 135)


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan:

Berjayakah Anwar gugurkan kes sebelum perbicaraan? - Cyber1trooper
Mohd Saiful Bukhari Azlan by Syed Akhbar Ali
“Brader Anwar II ” Will Be Playing Soon by Syed Akhbar Ali
Keadilan untuk Anwar?
1 Julai tarikhnya.. Alhamdulillah..
Syukur..
Maju Setapak.. Alhamdulillah..
Kenyataan Media: Pedengaran Semakan Kehakiman 5 Febuari2009
Penipuan Imam Ramlang Porigi

[Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi tips2 persiapan untuk ke Mahkamah, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , atau diruangan komentar entri ini]

27 comments:

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

POLITIK MALAYSIA DAH BANYAK BERUBAH. RAKYAT SUDAH BOLEH MENERIMA PEMIMPIN YANG TERPALIT DENGAN SKANDAL CAM KES ELI DAN SOI LEK.

TAPI RAKYAT MASIH TAK BOLEH TERIMA PEMIMPIN YANG MENIPU MASYARAKAT ATAU MEMPERALAT AGAMA UNTUK POLITICAL 'MILEAGE' NYA.

AKU SELALU MENDENGAR 'ORANG ITU' DENGAN PENUH BERSEMANGAT MELAUNGKAN KATA-KATA LAWAN TETAP LAWAN.

AKU PUN SAMA MACAM RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG LAIN TERNANTI2 PERBICARAAN KES KAU NI.

HERAN JUGA AKU, KENAPA PERLU DIBATALKAN JADUAL PERLAWANAN SEBELUM MASUK GELANGGANG EK?

Frodo Baggins said...

Saiful ... aku pun tak terkata.

Andai itu takdir-Nya, pasti dirimu sedang diuji oleh Allah yg Maha Esa. Bersabarlah, sesungguhnya kebenaran pasti akan terbukti akhirnya..

Benar, andainya kau tewas di dunia ini, di akhirat kelak dia pasti tidak akan terlepas drpd hukum Allah yang Maha Besar.

Tawakkal & Berdoa saiful, aku dan sahabat2 lain bersama anda ...

Wassalam
-kucing pembela-

hilbert said...

Salam sejahtera saudara Saiful,

Jadi apakah dokumen yang dimaksudkan oleh Nair itu asli atau salinan. Jika itu hanya salinan tak apa, tetapi jika yang asli MENGAPA boleh jadi begitu ?

Saya sangat hairan, dimana "slogan..lawan tetap lawan" PKR tu??? Belum mandi dah basah..,belum tidur dah bermimpi..,belum berlawan dah mengalah..., betul-betul PENGECUT lah Anwar dan PKR ni..., Jantan apa dia orang tu...

Saya sangat hairan jika benar( pegawai penyiasat pihak mana tidak jelas..apakah penyiasat peribadi Anwar atau pendakwa) telah memberi dokumen itu kepada pihak Anwar atas persetujuan SIAPA???...

Jika diambilkira dari kata-kata peguam Anwar iaitu Nair yang menyebut sebagai berkata "Tidak ada kes terhadap anak guam saya"., jadi bagaimana dia boleh berkata sedemikian sedangkan perbicaraan untuk menentukan samada benar ada tidak benar ada kes sebab perbicaraan ini belum lagi bermula ?

Jika betul-betul bagi Nair ini bahawa yang Anwar tiada kes tetapi kenapa dia selaku peguam Anwar berkeras untuk mendapatkan segala bahan bukti itu..???

Jika berpandukan kepada kenyataan Nair itu, boleh secara teori saya dapat menelahkan disini bahawa sesudah mereka mendapatkan sebahagian bahan bukti itu, maka mereka telahpun menghapuskannya supaya tuduhan terhadap Anwar akan digugurkan.

Jadi sekiranya kejadian seperti itu kemungkinan memang ada berlaku, tentu ada pihak yang akan tertanya-tanya siapakah yang sebenarnya mengawal serta menentukan tindakan pihak mahkamah ? Anwar kah atau Hakim ?

Kepada saudara Saiful, harap anda bertenang saja, kalau boleh kurangkan dari membuat kenyataan sebelum perbicaraan...bimbang pulak akan mengganggu perjalanan perbicaraan kelak.

Tabahkan hati dan kuatkan iman... kami sentiasa tetap bersama anda...

Cheguman said...

Jika perbicaraan ini dibatalkan, maka terbuktilah Anwar BERSALAH sebab hanya yang bersalah sahaja yang takut dibicarakan.


"KEADILAN UNTUK RAKYAT BIASA"

"KEADILAN UNTUK YANG TERANIAYA"

"KEADILAN UNTUK yang berani ke mahkamah"

Rizwan said...

Saiful,

jangan mengalah selagi tak sampai tarikh itu. Insya Allah, kita akan heret anak haram itu ke sungai buloh!

PARPUKARI said...

Bro, kalau mahkamah menerima apa yang diminta oleh si DAJJAL itu, maka aku akan mula attack sesiapa yang patut pulak lepas ni!

Wahai pihak berkuasa, kami mahukan keadilan untuk Saiful, kenapa takut sangat dengan haramjadah agen yahudi tu?

Bro, aku tetap akan perjuangkan untuk kau mendapat keadlian bro!

ladybird said...

Bersabarla Saiful, kerana kebaikan akan dibalas kebaikan, dan kejahatan juga akan dibalas kejahatan. Hanya masa yang akan menentukan.

Aku said...

salam saudara saiful,

inshallah kami semua tetap akan bersama saiful dan menyokong saiful.. jangan putus asa.. tetap berjuang mempertahankan maruah saiful dan keluarga hingga ke titisan akhir.. jika rasulullah melancarkan erang kerana maruah seoran wanita ditarik hijabnya oleh yahudi di khalayak ramai, jadi tetaplah teguh berdiri di atas jalan perjuangan menebus maruah dan harga diri saiful sebagai seorang muslim dan hamba Allah yg teraniaya.

Syeikh YB said...

aku baca dua belah belah pihak.pihak aiful dan ihak anwar.Hari pembalasan akan tiba

PAPA GOMO said...

SALAM BRO....
HE HE HE LUCU PULAK BILA ANWAR BUAT LAWAK LAGU NI...HA HA HA

ADA KA PATUT BILA DAH KENA TUDUH PI PANJAT NAIK MAHKAMAH KATA BUANG AJA KES SAYA NI..

HUA HUA HUA

APALAH GILO BEBENOR SI NUAR AL-JUBURI TU...

KAH KAH KAH

Saiful Bukhari said...

The Accused against the ISA= Detention without trial. My Self= The Accused refused trial, wanted to drop charges b4 trial.. May Allah help me

Saiful Bukhari said...

Prihatin: Mohon kerjasama. Semasa perbicaraan, kesemua soalan2 saudara akan terjawab. Doakan 1 Julai 2009 tiada penangguhan tarikh perbicaraan.

tokapi said...

Sepol.. ape pendapat ko mengenai "pendedahan" oleh loyer anwar kononnya kandungan report HKL yang kate x de ape-ape kesan tusukan di ko nyer *tuut* tu? Aku rase derang cube nak buat trial by media ataupun sebagai "insurance"... nanti kalau tak memihak pada dier, dier kate ni konspirasi bermodalkan "pendedahan awal" yang entah betul entah tidak tu..

setuju?

al-battar said...

Semoga Allah SWT menurunkan bala dan laknatNya ke atas siapa yang menipu dalam kes ini semasa di dunia lagi agar kebenaran diketahui umum semasa di dunia lagi dan tak perlu menunggu hingga ke padang mahsyar kerana masalah ini membabitkan masa depan Agama Islam di Malaysia...Amin Amin Amin
Ya Allah Yang Maha Adil Lagi Maha Mengetahui.

Saiful Bukhari said...

Tokapi: Saya setuju dgn pendapat saudara. Jika benar beliau mempunyai bukti yg sgt kukuh, mengapa hingga mahu kes ini digugurkan sebelum ia dibicara? Bukankah ia blh menjadi medan utk beliau ''membelasah'' sy?

Saya tidak akan terpedaya dengan sebarang provokasi beliau. Ini bukan apa, beliau cuba utk membuat saya didakwa MENGHINA MAHKAMAH kerana mendedahkan hal berkaitan kes sebelum ia dibicarakan.

Sudah setahun saya bersabar utk tidak mendedahkan segala bukti2 yg ada, jadi tidak ada guna utk saya menghancurkan segala penat lelah selama ini. Tinggal 11 hari shj lagi.

Doa2kan spy tiada penangguhan atau kes dibuang sebelum bicara.

Berilah sy peluang utk memberi keterangan di Mahkamah

Kepada ALLAH saya berserah..

Al-battar: Amin yarabbalalamin..

AnTi AljUbuRi said...

Diharap Saudara Saiful Bukhari Azlan tidak melatah dengan segala macam helah dipihak lawan. Itu merupakan lumrah dalam 'sepak terajang' mahkamah.

Hatta dalam kes mencuri sebiji telur ayam sekali pun, sekiranya pihak peguambela dibayar untuk menangkis tuduhan, bermacam macam alasan, helah dan hujjah akan dimajukan untuk menggugurkan kes. Telor yang sebijik itu akan terus dipersoalkan, sama ada diambil dan disimpan secara betul dan selamat atau tidak oleh pegawai penyiasat, munkinkah telor itu bertukar atau ditukar, apakah tanda dan seal yang digunakan, berapa hari di simpan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia, di mana di simpan, siapa menyimpan, apa bukti dokumen serah menyerah untuk tujuan menyimpan itu, siapa yang menghantar ke Jab Kimia dan siapa pula yang menerima lapuran pemeriksaan Jab Kimia itu . Telor itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk disahkan bahawa itu telor ayam dan kalau pun sudah disahkan, pihak peguambela akan terus mempersoalkan pula apa yang membezakan antara telor ayam dan telor itik, atau dipersoalkan pula apakah tidak ada persamaan antara telor ayam dan telor ular .. begitulah diantara perkara yang boleh dipersoalkan sehingga kepada perkara yang titik bengik sekali pun demi untuk mempertahankan anak guamnya.
Kalau pun terbukti itu telor ayam, apakah pula bukti bahawa OKT mengambil telor ayam si pengadu, kena pula buat ujian bahawa DNA telor itu berkait dengan DNA ayam si pengadu.

Bukan senang untuk mensabitkan sesuatu kesalahan kecualilah dalam clear cut case. Umpama kereta saya di curi, di sana anda nombor pendaftaran , ada nombor body dan anda nombor chasis, tiba tiba tiba anda ditahan kerana memandu kereta tersebut, tidak mudah untuk saya mensabitkan kes curi tersebut walapun anda sebenarnya yang mencuri, paling lebih pun anda dikenakan tuduhan menyimpan barang curi.

Maaf kerana bertele tele memberi contoh ..

Motifnya hanyalah supaya Saudara Saiful tidak melayan sepak terajang mereka di luar Mahkamah, kerana di dalam Mahkamah sekali pun, Saudara Saiful tidak boleh melayan sepak terajang seumpama itu secara bersendirian, kerana semuanya akan dijawab dan dilibas oleh pihak Pendakwaan melalui 'buah' perundangan. Sdr Saiful hanya boleh bercakap melalui lidah Peguamcara kerana di Mahkamah ialah perbicaraan di hadapan Hakim di mana yang bercakap ialah Peguamcara dan Peguamcara. Sdr Saiful ialah pengadu yang akan dipanggil sebagai Saksi Utama aka PW1 ke kandang saksi sebagai 'pendebat' utama dan pertama, selepas itu anda akan menyaksikan 'bunga' dan 'buah' dari kedua dua belah pihak melalui kandang saksi sementara al juburi akan mendengarnya dari kandang orang salah ... hehehe mahkamah menggunakan bahasa 'kandang'!

Saiful mungkin memerlukan seorang peguam pemerhati untuk memberi nasihat, atau anda sebenarnya diwakili oleh Peguam Negara .. minta dan ambillah nasihat dari mereka.

Semoga di Mahkamah nanti saya berpeluang menghampiri dan berjabat tangan dengan anda!! InsyaAllah

Saiful Bukhari said...

Anti Al-J: Terima kasih diatas nasihat dan penjelasan yg saudara berikan. Saya amat menghargainya.

Insyaallah, sy tidak akan melatah di luar/didalam Mahkamah nanti.

Selama ni pun, beliau yg byk melatah.

Harap ramai yg membaca komen saudara ini. Kerana ramai yg masih lagi beranggapan bhw kes ini adalah antara peguam saya dan peguam anwar, walhal ianya antara DPP & Peguam Anwar. Saya hanya sbg pengadu/saksi utama.

Zamri Idrus akan berperanan selaku Peguam Pemerhati saya sepanjang perbicaraan.

Insyaallah kita akan berjumpa diMahkamah nanti. =)

Salam

Kal said...

"wamakaru wamakaraAllah" manusia hanya merancang..tetapi perancangan Allah lebih tepat dan adil..."jika anda berada ditempat yang benar,,buktikan kepada semua.."Berkata benar walapun pahit"" kelak kau disanjung tinggi...jika tidak...Disana...terbukti segala kebatilan...

Prihatin said...

Terima kasih bro Saiful kerana memberikan respon kpd soalan sy. Sy berharap bro Saiful bertenang dan mampu mengawal emosi semasa perbicaraan kelak. Kami semua mengharapkan perbicaraan berjalan dgn lancar. Thanks bro.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

RBF Online said...

lepas dunia tapi tak lepas akhirat.
hantu ini akan guna apa saja cara untuk elakan ke mahkamah. lidah dia lidah setan sebab itu dia pandai putar belit

Amin Baek said...

salam saiful,
semoga yg benar akan beroleh kejayaan..
semoga yg salah akn dberi hukuman stimpal..
xsabar menunggu 1Julai ni..

Aku sntiasa support hang saiful..
jika tidak di mahkamah buatan manusia,dia akn trus dhakimi di mahkamah Allah..
wallahuallam

Dariku said...

Saudara Saiful,

Saudara berjuang untuk mendapat keadilan di mahkamah, itu saya hormati. Apa pun crita disebalik itu, sama ada benar atau tidak, saya atau sesiapan tiada hak utk mengulas ketika ini. Biarkan mahkamah berjalan.

Namun saudara juga mesti menghormati yang jalan Anuar utk mengenepikan perbicaraan ini juga sebahagian hak beliau. Jangan sampai orang membuat tafsiran yang saudara sedang 'pre-empty' jika ditakdirkan perbicaraa ini digugrkan.

Masih ramai orang diluar sini yang tahu menilai, berkredibiliti di dalam membuat ulasan.

Saiful Bukhari said...

Semua: Terima kasih diatas sokongan anda semua. Insyaallah, saya tidak akan mengalah. Semoga Allah membalas jasa2 anda semua.

Anak Nusantara: Salam, Beliau yg mahu kes ini digugurkan, bkn saya. Sy hanya memberi respon terhadap tindakan/tuntutan beliau. Harap maklum

Cheguman said...

Jika Anwar boleh cuba mempengaruhi rakyat di luar mahkamah untuk menyebelahinya, kenapa saiful tidak boleh?

JAMILKUCING said...

pelik kenapa semua komen menyokong.wei bodoh kalau nak menipu pun betul betul la. agy pukiman. setiap subuh insyaallah aku akan berdoa ko di laknat allah hendaknya. kalau dsai macam yg ko kata biar allah yg tentukan tetapi kau bersekongkol dgn musuh dsai tu yg tak ada orang yg waras nak percaya bodoh.

dah tak pergi blueboy ke.

Saiful Bukhari said...

Cheguman: Biasalah tu chegu, sy ni rakyat biasa shj, DSAI itu seorang VVIP. ''Double Standard''

Jamil Kucing: Harap beristigfar.

AnTi AljUbuRi said...

Anda tahu siapa jamilkucing???

Seekor lagi manusia munafik yang ceritanya dapat di baca di http://jamilkucingpondan.blogspot.com dan di http://jamilismail.blogspot.com

Semoga Saiful tidak terkesan dengan cakap munafik yang gila babi itu !!!!