Thursday, March 5, 2009

Syukur...


Alhamdulillah, saya dan keluarga memanjatkan rasa syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya selesailah sudah perbalahan yang akan menjangkau 7 Bulan lamanya hanya kerana tempat untuk mendengar perbicaraan.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya redha dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t mengenai keputusan samaada kes ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen atau Tinggi. Pada saya, tempat untuk dibicara ini tidaklah penting, yang penting bagi saya dan keluarga adalah tarikh untuk perbicaraan utama bermula.

Ini kerana, sepanjang 9 Bulan dari hari saya membuat laporan polis, saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga teruk dicemuh oleh masyarakat. Mereka mahu mendengar keterangan saya dan bukti untuk mereka menilai kesahihannya. Namun, saya tidak dapat berbuat demikian selagi perbicaraan tidak bermula. Walaupun perit menahan diri dari mendedahkannya, saya tetap bersabar kerana hanya mahu menghormati Mahkamah.

Dalam pada itu, pada hemat saya adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak mempertikaikan integriti dan ketelusan Mahkamah oleh kerana hanya untuk kali ini sahaja keputusan tidak mengikut kehendak pihak defendan. Ini kerana, bermula dari hari beliau didakwa, sudah banyak peluang dan kelonggaran yang telah diberi.

Antara peluang dan kelongaran yang telah diberi;
1) Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
4) Perdana Menteri sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya.

Walau apapun, saya berdoa agar pada 10hb Mac ini, tarikh perbicaraan dapat ditetapkan dan tiada lagi alasan-alasan dari pihak beliau untuk melengahkan lagi kes ini.

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah s.w.t itu Maha Mengetahui.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI



** Buat Pahang Daily Online (PDO), sudah lah tu... Masih lagi mahu mempertahankan kebatilan. Selain dari masyarakat luar, ahli2 parti anda di Pahang juga banyak memberikan saya galakan supaya mengambil tindakan kerana fitnah-fitnah anda sering menjejaskan kredibiliti dan nama baik parti anda. Jika berani dan rasa anda benar , sila dedahkan identiti penulis fitnah-fitnah tersebut supaya peguam saya dapat serahkan writ saman. Apapun, saya doakan agar pihak PDO insaf dan diberi petunjuk, tawfiq dan hidayah oleh Allah s.w.t.


10 comments:

Tai said...

Bagus saudara. Teruskan perjuangan. Tuhan sentiasa bersama saudara. Tuhan tidak akan membiarkan hambanya teraniaya. Banyakkan berdoa dan meminta pertolongan padanya.

Rupanya pahangdaily ni ada dua no? Satunya pahangdaily.com rasanya bukan itu yang dimaksudkan bukan?

kadiology said...

alhamdulillah syabas. nampak gayanya ke high courtlah kita.

aku kagum tengok ko ni jenis tak mudah patah semangat, mempunyai keyakinan tinggi dan amat berani. hang lawan ketua pembangkang ni beb, dah tu ketua pembangkang yang punyai pengaruh yang kuat, mahu tak berani? aku ingat dulu zaman anuwar dalam parti kerajaan, ramai betul yang menikus dengan mamat nih. tapi ko antara segelintir yang berani untuk menegakkan kebenaran dan dedahkan tipu helah dia. ni baru pendekar beb. aku rasa orang macam ko dan umi hafilda ni baru betui betui berani walau pon masyarakat pandang lekeh. tapi apa pandangan masyarakat tu tak penting. yang penting apa yang Allah lihat.

aku sebenornye dah perhatikan selok belok anuwar ni sejak masa dia naib presiden lagi, dan dari dulu aku tengok dia mempunyai perangai yang lain macam. ntah kenapa bebudak angkat dia ni jadik hero pon aku tak paham. walhal dia ni tin kosong aje. dah tu banyak putaq belit. yang hebat tu kalau dia tipu, muka dia selamba! tapi sebab dia karisma tinggi, dah tu imej warok la konon2, maka ramai jugak yang tertipu dengan mamat ni termasuk la pak lebai dan professor.

tapi aku tak nafi anuwar ni memang seorang yang begitu cerdik. dia seorang strategist yang begitu licik, mempunyai pengaruh di mana2 hatta sampai ka amarika, dan pakar dalam menggunakan pendekatan saikologi terlampau untuk tekan lawan secara mental. akhirnya mereka lemas dan breakdown. hang tengok la apa anuwar cakap ramai melopong, padahal cakap dia bukan semua betul pon. dah tu kalau ada isu yang tidak popular terhadap dia, dia akan secara licik 'side step' isu tersebut dengan mengungkitkan benda lain seperti konspirasi! dah tu sebelum perbicaraan bermula, dia akan kata dia tak akan dapat keadilan. apa yang berlaku semua selepas tu boleh di jangka, apa apa kebenaran yang timbul pon penyokong dia akan kata 'ahh ni semua konspirasi dan tidak keadilan!'

aku kira ramai yang tewas dengan anuwar ni kecuali tun dr m. itu pon aku rasa buat beberapa ketika tun pon termakan kelentong anuwar ni.

mengenali siapa manusia ni, ko harus kuatkan azam dan semangat. anuwar akan coba sedaya opaya untuk lemaskan ko dari pelbagai segi termasuk le saikologi, tekanan, media, politik dan ntah apa2 lagi. buktinya ko pon tahu dia lengah2kan masa. tu baru satu aje beb. dia akan cuba macam2 tektik lagi. tapi hang redah aje. kebenaran pasti muncul!

aku tengok ko cerdik, tak mudah melatah. dari gaya penulisan ko aku agak karakter ko macam mana. cerdik dan kuat semangat. aku rasa pasal ni la anwar kecut perut kot dan meraban tak tentu hala. memang banyak kali anwar meraban beb. boleh nampak muka cengkung dia dalam tv. anwar ni dalam pandai macam mana pon, kalau hang one setp ahead dia, dia akan meraban. tapi hang jangan dalam comfort zone lagi. perjuangan belum selesai. jangan biarkan apa apa ruang untuk anuwar henyak ko. ko mesti one step ahead. hang tahu la loyar2 anuwar nih, semuanya kaki putaq. depa akan putaq2 sampai ko pon pening dan terkulai.

akhir kata kami harap hang teruskan perjuangan. kalau ada masa lapang mai la jumpa kami. kami selalu lepak ampang hari jumaat malam sabtu dekat2 kosas sana. hang akan terkejut sebenarnya penyokong hang adalah ramai. errr sebenarnya bukan penyokong hang la tapi memang yang anti anuwar.

sebelum undur diri. ada sedikit pesanan. aku takut gak dalam tulis2kat blog ni ada masalah perundangan ke, so aku harap kalau ko lepaskan komen atau tulis blog, mintak pandangan loyar hang la dulu okey. maklumlah, macam aku cakap, anuwar ni akan guna mana2 ruang untuk batalkan kes ni. kita jangan bagi dia can!

salam.

PARPUKARI said...

SALAM BRO SAIFUL, AKU RESPEK BRO DI ATAS KEBERANIAN KAU MELAWAN SI MAT KUNYIT TU.....AKU TETAP AKAN PERJUANGKAN KEBENARAN UNTUK KAU BRO...RAMAI JUGAK BLOGGER YANG PROMO BELA SAIFUL NI...YANG PENTING ANWAR MESTI DIBONGKARKAN KEJAHATAN DIA, DIA MANUSIA YANG KEJI BRO, AKU MEMANG TAK PERNAH SUKA DIA,DIA NI KUAT MAIN WAYANG BRO..

KALAU ADA KELAPANGAN DATANGLAH KE BLOG SAYA...

TAKE CARE BRO

http://parpukari.blogspot.com/

anonymous said...

salam kadiology.
aku setuju dgn kata2 ko tu.aku xboleh nak kat apa2 lagi dah.kesedaran mcm ni lah yg akan menjadi benteng buat kita dlm mempertahankan agama,bangsa dan negara,menjadi bencana buat anwar,pengikut2 dan ideologi2 songsangnya.

buat saiful,teruskan perjuangan..saudara tidak keseorangan dlm berjuang menentang kebatilan.

Saiful Bukhari said...

Assaalammualaikum saudara Kardiology,

Sememangnya, inilah komen yang terpanjang yang pernah saya terima.. =) Saya amat menghargai kesudian saudara Kardiology untuk meluangkan masa menulis mengenai kes saya dan juga kecelaruan dan sejarah silam Anwar.

Maaf kerana lambat reply. Bukan apa, saya perlu berhati2 dalam sebarang bentuk penulisan saya. Al maklum sajalah.. Terlalu ramai ''Doktor''.. Bukan Doktor perubatan, tp Spinning Doctor.. =P Tersilap ayat, habis di ''Spin'' kannya..

Mengenai DSAI, saya setuju dengan pendapat saudara. Sebagai seorang yang pernah bekerja dan mengetahui sedikit sebanyak rahsianya, beliau memang seorang yang cerdik, berkarisma, dan berpengetahuan luas.

Tetapi, apa gunanya jika kecerdikan dan kelebihan yang dikuniakan oleh Allah swt itu, diguna untuk menjatuhkan dan mengadaikan agama, bangsa dan negara sendiri?

Mengenai tekanan (e.g DSAI, lawyer2nya, penyokong dn lain2 lg..) ,

Mereka (pihak2 yang menindas saya) perlu sedar bahawa ''Kuasa manusia'' tidak akan dapat mengatasi Kuasa Maha Pencipta. Sebagai hambanya yang 'daif', saya hanya mampu berserah kepada-Nya.

Mungkin peguam2 beliau blh ''spin'' mcm untuk timbulkan keraguan tetapi amat sukar bg mereka untuk melenyapkan kebenaran kerana Yang Hak tetap Hak, Yang Batil tetap Batil.

Mengenai tindak tanduk saya,

Sesungguhnya, segala yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu dari saya sendiri. Saya hanyalah hamba Allah yang menjalankan tanggungjawab yang diberi..

Mengenai Strategi,

Saya berpegang kepada prisip IKHLAS, SABAR, BENAR... Selain itu, BERDOA kepada Allah swt supaya sentiasa dilindungi dari ancaman dan diberi tawfiq dan hidayah dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Rasulullah saw pula dijadikan ikon perjuangan dan sirah perjuangannya pula dijadikan rujukan serta tauladan.

Alhamdulillah, ia ternyata berkesan.

Mengenai tulisan dan pendedahan,

Saudara tidak perlu bimbang. Sebenarnya, sebelum saya post sesuatu artikel, saya akan rujuk kepada Peguam terlebih dahulu supaya ia tidak menyahali undang2 atau memberi kesan negatif pd kes. Apabila beliau bagi greenlight, barulah saya paparkan untuk khalayak umum. Walaubagaimanapun, terima kasih diatas keperihatinan saudara.

Buat rakan2 saudara, sampaikan salam pada mereka.. Sama-samalah kita teruskan perjuangan ini..

Terima kasih sekali lagi buat saudara Kardiology diatas sokongan yang diberi.. =)

Sekian

Saiful Bukhari

Saiful Bukhari said...

Kepada saudara Sedingin Salju,

Terima kasih diucapkan.. Selain menjadi 'pengulas tetap' dihampir setiap posting saya, anda juga tidak jemu2 memberikan saya sokongan.. =)

Mengenai pahang daily tu, benar, memang ada dua.. Sebab itu didalam laporan dan kenyataan media saya menyebut alamat penuhnya iaitu pahangdaily.blogspot.com bagi mengelakkan kekeliruan

Saudara Parpukari,

Terima kasih diatas sokongan yang diberi.. Sebenarnya, saya adalah salah seorang peminat setia blog Parpukari.. Saya juga amat terharu dengan penglibatan saudara dalam kempen menyokong saya itu.. Semoga Tuhan membalas jasa baik saudara itu.

Saudara Anonymous,

Terima kasih =)

Tai said...

Yang benar, tetap akan benar. Kuasa tuhan, tiada siapa dapat melawan. Biarlah Anuar dengan kesombongannya.

hishas said...

assalamualaikum saiful...

apa khabar... semoga sihat sejahtera.. semoga bersabar menghadapi dugaan... doakan yang terbaik... take care bro!!

Ummu afif said...

Salam Saiful...

Sekadar ingin tukar fikiran.. mungkin sedikit provokasi. Jika seseorang itu berzina, dan didapati saksi, serta dilapurkan kepada hakim ia akan dijatuhkan hukuman seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu rotan atau rejam mengikut syarat2nya. Begitu juga dengan kes yang saiful hadapi, tetapi sedikit kemusykilan kenapa saiful harus membuka pekung di dada, memeberitahu pada semua orang yang saiful dan Anwar melakukan perkara itu.. yang sepatutnya saiful simpan, dan bertaubat semoga Allah memberi keampunan kepada kedua2 yang terlibat. Tetapi sekarang dah terlewat... bila saiful menghebahkan perkara ini... ini telah membawa keaiban pada diri, keluarga dan tunang saiful.. kesian dia orang. Saya suka jika perkara ini diadili dengan undang2 Islam... sebab jika hukuman Islam dijalankan dan orang yang terlibat menerimanya dengan ikhlas, sabar... InsyaAllah di akhirat nanti tak perlu lagi hukuman dari Allah SWT.

Insan yang sangat lemah... Allahuakbar

Saiful Bukhari said...

W'slm Saudara Ummu Afif,

Terdapat sdkt kesilapan fakta disini. Pertama, saya tidak menghebahkanya. Sy membuat laporan polis secara tertutup dan ditulis sendiri di wad OSCC/kecemasan HKL. Laporan saya dibocorkan 1 jam kemudian kepada media dan orang ramai.

Kedua, saya tidak sanggup hidup dalam penipuan dan sentiasa dalam keresahan apabila setiap hari milihat/bergelumang dengan penipuan. Bukan stkt pada diri sendiri, malah pada seluruh negara.

Saya berserah kepada Allah s.w.t utk menerima/menolak saya. Yang penting, pada hemat saya, saya telah menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkannya