Tuesday, March 3, 2009

Hanya sekadar menegakkan kebenaran..



KENYATAAN MEDIA:

LAPORAN POLIS ( Pahangdaily.blogspot.com)

1) Setelah bersabar untuk sekian lama, saya dan seluruh keluarga merasakan adalah wajar bagi kami membuat satu laporan polis memandangkan sudah lebih kurang 6 artikel berunsur fitnah dan berniat jahat telah ditulis dan disiarkan oleh pahangdaily.blogspot.com ini dari September 2008 hingga ke hari ini. Pahangdaily.blogspot.com ini adalah portal berita yang dipercayai didalangi oleh sebuah parti politik dan beroperasi di negeri Pahang.

2) Saya juga dengan ini menafikan sekali lagi bahawa saya kononnya sedang sakit tenat oleh kerana termakan sumpah laknat. Tahap kesihatan saya adalah amat baik.

3) Pembohongan besar yang disiarkan oleh Pahangdaily.blogspot.com seperti :

Difahamkan “Anu”nya kini telah semakin bernanah dan beliau sukar untuk membuang air kecil. Tambah parah lagi beliau juga kini termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badannya untuk membolehkan beliau membuang air besar dan sebagainya. (Artikel penuh disini) sini, sini atau sini.

Ini adalah satu contoh pembohongan besar dan fitnah jahat yang tidak benar samasekali.

4) Saya memohon agar pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan dengan segera ke atas penulis dan pengendali laman web tersebut dan berharap agar blogger yang lain supaya lebih beretika dan bertanggungjawab diatas penulisan masing-masing. Begitu juga kepada yang menyebarkannya melalui email berantai.

5) Saya juga dalam proses meneliti segala maklumat yang ada sebelum memfailkan tindakan saman keatas pihak Pahangdaily.blogspot.com


MAHKAMAH

6) Mengenai keputusan Mahkamah 5hb Mac ini, saya redha dengan apa jua keputusan kerana saya yakin bahawa Allah s.w.t itu Maha Mengetahui, dan setiap yang berlaku itu saya pasti ada hikmah disebaliknya. Saya hanya mampu bersabar, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada-Nya.

7) Sebagai mangsa, saya hanya mohon untuk diberikan keadilan dan peluang bagi saya menunaikan tanggungjawab saya iaitu memberi keterangan ketika perbicaraan penuh kelak.


IMAM RAMLANG PORIGI

8) Di dalam wawancara bersama Malaysiakini pada awal Februari lalu, beliau telah menyatakan bahawa Pengarah Jawi pula yang mengatur sumpah tersebut. Ia jelas bertentangan dengan pendedahan beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa kononnya Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Prof Madya Khairil Annas yang mengatur sumpah tersebut.

9) Saya yakin Imam Ramlang Porigi sedar bahawa beliau telah melakukan kesilapan. Saya percaya bahawa beliau telah dihasut oleh pihak-pihak tertentu supaya melakukan Fitnah tersebut.

10) Justeru, saya doakan agar beliau kembali ke jalan yang benar serta mendapat taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin. (Pendedahan saya sebelum ini)

SAIFUL BUKHARI

* Gambar dari AgendaDaily


Artikel-artikel fitnah Pahang Daily Online dari September 2008 hingga kini:


http://pahangdaily.blogspot.com/2009/03/kontroversi-terkini-isu-saiful-saman.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/02/eksklusif-gara-gara-sumpah-laknat.html( sini, sini atau sini).
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/01/konspirasi-hebatnya-saiful-bukhari.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/12/eksklusif-saiful-bukhari-berhijrah-enam.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/11/eksklusif-saiful-nampak-sihat-muncul-di.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/10/eksklusif-terbongkar-lagi-penyakit.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/09/gempar-keluarga-saiful-bukhari-buat.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/09/isu-liwat-gempar-saiful-bakal-buat.html


Pautan Media:

Saiful lodges police report against blog - The Star
Saiful Buat Laporan Polis Berhubung Fitnah Mengenai Kesihatannya - Bernama
Saiful muncul …buat laporan polis terhadap laman blog - Agenda Daily

14 comments:

Sahabat Nizam said...

salam

go saiful.
u have my full support

Sahabat Nizam said...

salam

go saiful.
u have my support.

kapt khairul

GAP KEMBALI said...

salam saiful
gap dan 200 blog indie anti anwar lahanat akan bersamamu ! lawan teruskan perjuangan. ayuh hancurkan kepala munafik dari muka bumi ini !

Putera Hijau said...

Boy,

Seperti biasa uncle dan keluarga semua terus berada bersama sama Boy dalam meredah ujian Allah swt nie..dan harapan uncle semoga Boy masih terus tetap dalam tawakal dan rahmatNya.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Tiada kerisauan bagi orang yang arifin dalam perjalanan menuju Maha Pencipta itu adalah ujian semata mata utk meningkatkan martabat dan mencapai redhaNya bukanlah dengan semudah kata kata.

Pernah uncle mendengar ucapan dari seseorang yang uncle sangat hormati "Bagaimana aku mengatakan aku kaya sedangkan Allah swt memiliki segalanya...dan bagaimanakah aku mengatakan aku miskin sedangkan aku punya Allah swt"

Cukuplah Allah bagiku.

Rizzat said...

Salaam Saiful. Rizzat ere, one year ur junior back in du.

One day+ away frm ur day in court, wishing u all the best bro. Hope u get all the help u need from family + friends, and also the judiciary taikos. Dont wanna see case dropped coz of technical reasons etc.

Ak akan follow the proceedings from the most drama-state in our country, haha. Added u in fb as well.

Once more, good luck brother.

shahrul hafiz said...

Teruskan saiful..
jangan mengalah..
serlahkan segala pembohongan puak2 jahat PR..
dedahkan sape sebenarnya anwar..
biar juak2 mereka tahu sape aljuburi..

HAPUSKAN ANWAR IMRAHIM!!!!

Tai said...

Teruskan perjuangan. Tuhan akan sentiasa bersama orang benar dan jujur.

Joeking said...

Salam

tabah kan diri dan sentiasan ingat apa yang kamu lakukan ialah sebahagian jihad untuk menegakkan kebenaran dan sekaligus mendedahkan dajal akhir zaman Anwar Ibrahim yang bertopengkan Islam untuk meraih kuasa.

Tai said...

Tahniah kepada anda sebab kes anda dipindah ke mahkamah tinggi. Mungkin ini pertolongan tuhan buat anda.

Prihatin said...

Salam bro Saiful,

Sy menyokong penuh hasrat Saiful yang telah membuat laporan polis berkenaan cerita fitnah yg disebarkan oleh blog tertentu. Sy telah meneliti tulisan blog tersebut dan nampaknya tuduhan2 yg dilemparkan hanya sekadar khabar angin yg tiada asasnya. Sebagai org Islam, adakah wajar kita menghebahkan cerita2 khabar angin seperti itu sedangkan kita sendiri di dalam keraguan terhadap cerita2 tersebut.

Bro Saiful, di sini sy juga ingin menyatakan soalan berkenaan dakwaan seksyen 377B oleh mahkamah. Di harap bro Saiful dpt meceritakan serba sedikit mengapakah dakwaan yg dibuat terhadap DSAI ialah di bawah seksyen 377B iaitu 'liwat secara suka sama suka' sedangkan bro Saiful sendiri menyatakan bahawa kejadian liwat ini merupakan kejadian paksa tanpa kerelaan. Percanggahan ini membuatkan masyarakat keliru serta kredibiliti bro Saiful terjejas. Sy faham jika bro Saiful memberi penjelasan, kemungkinan ianya akan menganggu proses mahkamah, akan tetapi sy berharap bro Saiful dpt ceritakan sedikit mengenal hal ini. Sy tidak sanggup melihat bro Saiful diberi mcm2 tohmahan dari masyarakat sekeliling. Sy amat berharap bro Saiful dpt menjelaskan serba sedikit tentang perkara ini.

Terima kasih bro.

Yang HAK pasti berdiri
Yang BATIL pasti jatuh

Anonymous said...

Like ur style...Cool n Relax...ignore je apa yg depa tulis...let the mahkamah do their work n "doa" that the truth will prevail.

Saiful Bukhari said...

Terima kasih semua diatas kata2 semangat yang diberi.. Saya amat menghargainya.. Saya akan terus maju kehadapan dan tidak sesekali undur walau setapak pun.. =)

Kepada saudara Prihatin,

Soal mengklasifikasikan kes (cth 377A, 377B, 377C atau lain2) adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara menerusi penilaian kertas siasatan oleh Pegawai Penyiasat(IO) iaitu Polis.

Jadi saya tidak mahu jadi LEBIH SUDU DARI KUAH untuk komen atau menerangkannya.

Cari buku Malaysian Penal Code anda akan lihat huraian 377B yang sebenar-benarnya. Menurut peguam, Ia tidak semestinya ''consensual'' /''suka sama suka''.

Walau apapun, saya amat konsisten mengatakan bahawa SAYA TIDAK RELA di atas apa yang berlaku sepanjang siasatan dijalankan. Begitu juga didalam laporan polis dan kenyataan di media.

Saya dan keluarga juga pd mulanya membantahnya tetapi setelah diberi penerangan barulah kami faham dan terima seadanya..

Setiap yang berlaku itu ada hkmahnya.. Saya yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui.. Saya redha..

Sekian

Aku said...

salam saiful,

teruskan berjuang mempertahankan maruahmu dan keluarga serta berbakti kepada agama bangsa dan negara.Allah sentiasa bersama orang orang yang tenang dan sabar disamping doa-doa kami semua juga turut mengiringi kamu supaya dapat menegakkan keadilan yang sebenar dan bongkarkan siapa sebenarnya si anwar itu.

dan tahniah kepada saiful kerana kes berjaya di bawa ke mahkamah tinggi alhamdulillah..

Prihatin said...

Terima kasih bro Saiful kerana penjelasan yang berkesan. Bak kata bro Crocs, bro Saiful begitu Cool n Relax.

Sy kagum dgn kesabarab bro Saiful dan harap semua rintangan dpt ditempuhi dgn jayanya kelak.

Terima kasih bro. Wassalam.

Yang HAK pasti berdiri
Yang BATIL pasti jatuh