Tuesday, February 17, 2009

Terima Kasih " Awang Selamat "..


Keadilan dan kes Saiful Mingguan Malaysia, 15 Feb 2009

Ketika negara diwarnai banyak isu politik, kita seakan terlepas perhatian kepada banyak hal dan isu lain. Salah satu daripadanya ialah kes perbicaraan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan pertuduhan, Anwar, 61, didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan. Sementara menunggu perbicaraan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan dengan jaminan peribadi RM20,000.

Awang terpanggil menyentuh hal ini berikutan kenyataan Mohd. Saiful baru-baru ini, yang kesal dan kecewa dengan sikap Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan. Menurut beliau, Anwar sering memberi pelbagai alasan sehingga memberi kesan terhadap kes tersebut.

Kenyataan Mohd. Saiful itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding yang sepatutnya didengar 5 Februari lalu kepada 25 Februari. Keputusan itu diambil selepas peguam bela Anwar mengemukakan notis bantahan supaya Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden digugurkan daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes itu.

Anwar juga tidak hadir di mahkamah kerana dikatakan mempunyai urusan lain di Ipoh, Perak.

Awang tidak berhak dan tidak berminat campur tangan urusan mahkamah. Namun memandangkan kes tersebut menjadi perhatian umum, semua pihak harus lebih komited untuk menyegerakan perbicaraan sebenar kes tersebut.

Sejak aduan polis dibuat pada Jun dan diikuti Anwar dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos, tahun lalu, sehingga kini hampir tiada perkembangan yang signifikan kepada kes itu yang masih berlegar kepada isu permohonan semakan dan notis bantahan.

Jika begini keadaannya, mungkinkah perbicaraan sebenar akan bermula tahun depan dan ia sesuatu yang tidak mustahil tetapi Awang berharap tidak. Lagi lama kes ditangguhkan, lagi lama keadilan tidak dapat dilaksanakan terutama bagi pihak yang mahu menuntut keadilan.

Perlu diingat, ini bukan soal keadilan untuk Anwar semata-mata, ia juga keadilan untuk Mohd. Saiful, rakyat kecil yang juga ada hak berikutan aduan polis yang dibuatnya. Malah Mohd. Saiful telah tampil membuat sumpah laknat atau mubahalah di masjid mengikut ke hendak syarak. Itupun ada pihak yang cuba mencetuskan keraguan dan memperlekehkannya termasuk dari kalangan pemimpin Islam disebabkan sentimen politik. Anehnya, mereka ini lebih mudah percaya kepada individu yang membuat sumpah berkanun. Dalam kes Mohd. Saiful dan Anwar ini, masing-masing mendakwa di pihak yang benar. Maka usahlah gundah untuk diadili demi mencari kebenaran.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


-----------------------------------------------------------------------------------------


Kepada Awang Selamat,

Saya dan seluruh keluarga amat menghargai tulisan Awang Selamat di ruangan Rencana Mingguan Malaysia ini. Diharap ia dapat membuka mata rakyat yang masih kabur atau sudah lupa dengan kes saya ini. Sekali lagi Rakyat Kecil ini mengucapkan Terima Kasih kepada Awang Selamat.. =)


Ulasan tambahan dan luahan dari saya;

Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengunakan pelbagai cara untuk melengah-lengahkan kes ini, tapi persoalannya sampai bila? Kelak, setelah ketandusan alasan , akhirnya beliau perlu berdepan dengan perbicaraan yang sebenar juga.

Untuk makluman semua, 25 Febuari 2009 ini sebenarnya bukan hari sebutan kes atau hari untuk menetapkan tempat perbicaraan. Sebaliknya, pihak peguam belanya akan mengemukakan notis bantahan untuk melucutkan kelayakan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusof pula. Janganlah terkejut jika selepas ini hakim pula akan dibantah bagi melengahkan lagi kes ini.

Bak kata Awang Selamat “ jika trend ini dibiarkan berterusan, tidak mustahil perbicaraan utama hanya akan bermula tahun depan. Sehingga kini hampir tiada perkembangan yang signifikan kepada kes itu yang masih berlegar kepada isu permohonan semakan dan notis bantahan” .

Alasan Mahkamah tidak adil hanyalah PERSEPSI yang dicanang pihak mereka. Walhal, jika diimbas, banyak kes yang memihak kepada mereka. Cth Raja Petra keluar ISA , Petisyen2 Pilihanraya, Mahfuz vs Utusan, Rayuan kes liwat DSAI di Mahkamah Persekutuan 2004 dan banyak lagi.

Dalam kes saya ini pun, Peguam beliau S.N Nair mengakui Mahkamah adil. Untuk makluman, di mahkamah DSAI tidak duduk di kandang pesalah, tetapi duduk di kerusi empuk di luar kandang. Beliau hanya diberi jaminan BON PERIBADI iaitu dalam bahasa pasarnya tidak perlu bayar melainkan beliau tidak hadir untuk perbicaraan selanjutnya.

Cuba kita imbas, berapa ramaikah pesalah terutama orang miskin yang terpaksa ditahan akibat TIDAK MAMPU membayar wang JAMINAN? Pada hemat saya, defenisi KEADILAN ini hanya dilaungkan jika ia berpihak kepada mereka. Jika tidak, timbulah tuduhan liar seperti Konspirasi, Hakim dibeli dan sebagainya.

Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar dan reda. Sokongan dari Awang Selamat ini dan yang lain-lain amat bermakna bagi saya dalam meneruskan perjuangan.

Sekalipun, jikalau ditakdirkan bahawa saya tidak sempat berada didunia ini untuk memberi keterangan, di MASYHAR kelak pasti akan dibicarakan jua. Saya hanya seorang hamba yang menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh NYA, lebih pada itu saya berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang Batil Pasti JATUH.



SAIFUL BUKHARI



* Merungkai persoalan

* Merungkai persoalan 2

17 comments:

Tai said...

Encik, bersabarlah, pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Ingat, tuah sentiasa memakbulkan doa orang yang teraniaya dan dizalimi.

Anonymous said...

downloadlaa buku ni...Represent Yourself in Court: How to Prepare and Try a Winning Case
it may help a bit...to be ready mentally & physically

http://rapidshare.com/files/196688826/RepresentYourself.rar

thinking about u while reading it here http://www.sinlesslinks.com/eBooks/?&offset=50. They hv nice collection of books to share

Saiful Bukhari said...

Terima kasih saudara Sedingin Salju kerana sentiasa memberikan saya nasihat dan semangat.. =)

Kepada Saudara Crocs, terima kasih diatas cadangan buku2 ini. Ia amat membantu bg saya persiapan saya semasa perbicaraan kelak..

Insyaallah saya akan membacanya.. =)

WARIS PAHANG said...

Saya sentiasa menyokong perjuangan anda untuk menegakkan kebenaran walaupun anda tidak mengenali saya.

Sebenarnya ramai orang seperti saya yang mentokong perjuangan anda ini.

Jangan anda rasa bahawa anda keseorangan. Kuatkan semangat semoga kebenaran terserlah jua.

Percayalah kepada Allah tuhan yang esa dan taatilah segala perintahnya.

dafhar said...

Allah itu Maha adil dan mengetahui.

looking at the evidence and circumstance, ur a big liar and opportunist. i hope u will repent b4 the day of calling.

Joeking said...

Saya kagum dengan semangat Saiful untuk menegakkan kebenaran. Usaha Saiful ni sebahagian dari jihad. Jangan benarkan manusia bertopengkan agama (Anwar) menjadi pemimpin negara ini.

Boleh Saiful ulas mengenai alibi Anwar yang mengaku dia berada di kondo pada tarikh dan masa liwat dikatakan berlaku tetapi bersama 4 saksi lain.

Saiful Bukhari said...

Kepada Saudara Joeking,

Terima kasih.. Bg mengelakkan daripada dituduh menghina mahkamah, saya harus berhati2 dalam mendedahkan bukti di khalayak umum.. Tp kalau clue tak salah rasanya..

''Clue''nya, salah sorang dari Alibi beliau adalah seorang Professor yang menjadi Pengerusi di sebuah badan pemikir Ekonomi di Malaysia.. =)

Joeking said...

Terima kasih atas clue tadi.
Anwar nampak cam confident je. Memang dasar munafik agaknya. :)

Harap Saiful terus tabah dan jangan termakan dengan soalan perangkap para lawyer yang bersubahat dengan Anwar. Saya yakin sebahagian dari lawyer itu tahu siapa Anwar sebenarnya. Tapi memang dasar lawyer yang tak takut akhirat.

Saya dan keluarga akan tetap menyokong kamu Saiful.

Unknown said...

Saudara Saiful,

Saya percaya yang benar akan tetap benar, dan banyaklah bersabar menghadapi dugaaan ini.Percayalah lambat laun segalanya akan terbongkar jua.Banyakkan amal ibadatmu dan memohon petunjuk dari ALLAH S.W.T.

Prihatin said...

Salam bro Saiful,

Tahniah kerana bro masih bersabar menempuh dugaan menjelang hari perbicaraan kelak yg nampaknya seringkali ditangguhkan. Keyakinan bro nampaknya semakin meningkat menerusi posting blog dan sy sokong semangat yg bro ketengahkan demi menegakkan kebenaran.

Menerusi tulisan bro bertajuk 'Tugasan seorang coffee boy', bro ada menyatakan yg salah satu tugasan yg dikendalikan ialah mengatur perjumpaan DSAI bersama ahli2 parlimen yg ingin melompat parti. Jika tidak keberatan, bolehkah bro Saiful menceritakan serba sedikit mengenai hal ini? Sy berpendapat tiada salahnya kerana hal ini tiada kaitan dgn kes perbicaraan di mahkamah kelak. Jika bro sudi, ceritalah serba sedikit mengenai :-

- Berapakah bilangan ahli parlimen sebenarnya yg telah dipertemukan dgn DSAI

- Apakah respon mereka slps perjumpaan dgn DSAI? Adakah mereka benar2 ingin melompat parti?

- Adakah benar kata-kata DSAI mengenai jumlah 30+ ahli parlimen yg benar2 sudah confirm akan melompat parti sebelum 16 sept lepas?

Hal ini sgtlah menarik jika bro Saiful dpt mengupas dgn lebih lanjut. Supaya kita semua lebih mengetahui siapakah sebenarnya manusia yg bernama Anwar Ibrahim ini. Jujurnya, sy tidak menyebelahi mana2 pihak setakat ini tetapi sy amat teruja dan lebih yakin dgn bro Saiful oleh kerana penerangan yg jelas dan tidak gentarnya bro Saiful terhadap lawannya. Berbanding dgn DSAI yg agak kelam kabut serta sikap ingin melengah2kan perbicaraan. Diharap masyarakat semua dpt membuat pertimbangan yg sewajarnya tanpa mengira sentimen politik.

Terima kasih bro Saiful. Wassalam.

Aku said...

salam,

saudara saiful tabah menghadapi ujian dan terima kasih kerana membuat sumpah mubahalah dengan ikhlas.selagi anwar tidak menyempurnakan sumpah mubahalah itu, dia wajib disyaki oleh orang ramai tapi malangnya tak tahulah dimana buta hati mereka sehinggakan menuduh saudara saiful pulak yang nak kenakan si anwar al juburi tu. Anwar memang munafiq besar.banyak dolak daliknya seperti orang gila mabuk kuasa.Inshallah Allah sentiasa bersama-sama orang yang dizalimi dan akan menghukum orang yang menzalimi.

PARPUKARI said...

SAYA AKAN MENYOKONG KAMU SAIFUL, SILALAH KE BLOG SAYA YA...

http://parpukari.blogspot.com/

Anonymous said...

Saiful, what happen here in Malaysia and unto you especially fitting very much to the bigger agenda's of the army of dajjal laknatullah. These are the people that promote equal rights not equal justice, freedom of speech, but ironically we are not allowed to criticised them, what more kutuking them! Practicing homosexuality. Ini memang amalan iblis dan syaitan. Remember the time your kes baru meletup, saya terperanjat besar dengan statement yg keluar dari penyokong2 al-Juburi..."Apa ada pasal, aku tak kesah kalau betul anwar kaki liwat, he is far more better PM than anyone else!!".

Not me man, no way hose...! Any kaki liwat will never be my leader of choice..!!!
Anyway, just to kill your time, that is on your side I assume, try You Tube this site...The Arrivals. Relate very close to Anwar and the gengs, very2 close.

Stay Strong...

Saiful Bukhari said...

Terima kasih kepada Parpukari, prihatin, Aku dan Seruling Senja diatas sokongan dan kata2 semangat.. =)

Menjawab soalan Prihatin:

Nampaknya saudara Prihatin amat mengambil berat tentang kes saya ini. Terima kasih saya ucapkan. Maaf lambat reply, saya tak online dah beberapa hari.

Mengenai Ahli2 Parlimen yang kononnya hendak lompat parti, saya tidak nafikan ada. Tetapi, beliau tipu kononnya ada 30 walhal 6 pon tak confirm nak lompat.

Saya tidak dapat mendedahkan secara 'detail' nama2 mereka memandangkan senario politik sekarang pon dah cukup kelam kabut.

Selain dari mengatur pertemuan, saya juga adalah perantara utk DSAI dan wakil/ahli parlimen yang hendak melompat.

Antara tugas penting(walaupun menyesal) yang berjaya saya lakukan adalah mengenai Parti SAPP keluar dari BN.

Saya telah mengatur pertemuan pertama Dato' Yong Teck Lee (Pres SAPP) dan DSAI di Royal Pacific Hotel, Hong Kong awal Mei 2008. Seterusnya beberapa siri pertemuan dan rundingan.

Skrg ni saya yakin Parti SAPP terutamanya Dato' Yong Teck Lee telah menyesal dan sedar ditipu Anwar Ibrahim. =)

Selanjutnya saya akan dedahkan dilain waktu..

Aku said...

salam,

ni ikhlas dari saya.. bagi sesiapa yang menyokong dan 'support' saiful bukhari.. saya ada lancarkan kempen 'Supporting saiful Bukhari' kat blog saya.. Saya tak pernah kenal Saudara saiful langsung tapi sapa-sapa setuju,letak la gambar support tu kat blog anda semua Inshallah..Mari kita tekan Anwar ramai-ramai supaya tidak melengah-lengahkan kes di mahkamah dengan dolak-daliknya lagi jikalau dia mahu buktikan kebenaran(walaupun sekarang ini nampak seperti dia hendak lari dari mahkamah)

http://4.bp.blogspot.com/_E6kDsTpjC-s/SZTzbR5cZ3I/AAAAAAAAAAU/67amNjTPLQQ/s1600-h/340x.jpg

Saiful Bukhari said...

Terima kasih saudara Aku, saya amat terharu dan menghargainya..

Yang HAK pasti BERDIRI
Yang BATIL pasti JATUH!!


Saiful Bukhari

Prihatin said...

Terima kasih kerana sudi menjawab soalan-soalan sy bro Saiful walaupun bro agak bz sdg mempersiapkan diri di dlm kes mahkamah kelak.

Yang HAK pasti BERDIRI
Yang BATIL pasti JATUH

Wassalam.