Monday, February 2, 2009

Akuan Bersumpah Di Julang, Sumpah Laknat Dihina


Semenjak dari hari saya bersumpah lagi, saya mahu mempersoalkan perkara ini tetapi memandangkan isu ini dibangkitkan semula pada hari ini, maka saya luahkan lah.
Bukan hendak mencampuri urusan politik yang semakin keruh ini , tetapi sekadar renungan kepada semua umat Islam.

Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat dihadapan

Pesuruhjaya Sumpah YONG YOKE THYE

Sumpah Laknat di Rumah Allah, dilafaz kepada ALLAH s.w.t


Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini tidak mahu menyahut sumpah saya. Pada saya, tidak mengapa kerana itu adalah hak beliau. Yang menjadi persoalan saya ialah beliau dan penyokong-penyokong beliau lebih mengagung-agungkan Akuan Bersumpah(SD) daripada Sumpah Laknat yang dilafazkan didalam Masjid iaitu Rumah Allah s.w.t dan sanggup dilaknat jikalau berdusta.

Sekadar renungan untuk dijadikan pedoman.
SAIFUL BUKHARI

*Merungkai persoalan, sila lihat komen..


26 comments:

Pemuda UMNO Permatang Pauh said...

Allah telah mencampakkan rasa takut dalam hati mereka untuk bersumpah.

Saudara di pihak yang benar.

IPOH MALAY said...

sabarlah epol..

memang akhir zaman macamni.. yang salah tu yang diagung-agungkan.. sampai yang betul pun takleh nak buat apa...

contoh ada di mana-mana..

US.. Israel..

yang kononnya 'lebih bersih dari orang lain ' tu la yang sebenarnya lebih korup.

AloQStaQ said...

Kalau depa buat, apapun tak pa, apapun betul, semuanya depa kata ikut lunas-lunas sebenar!

Kalau kita yang buat? ... benda yang betul pun depa tetap kata salah, depa akan tetap kritik, kutuk, makihamun dan menidakkan segalanya apa yang kita buat! ...

Kaum apakah itu? Rujuklah AlQuran. Sejak zaman berzaman dulu Allah dah nampak perkara ini akan berlaku kepada generasi Ummat Nabi Muhammad. Sudah lama ayat AlQuran menyatakan sedemikian.

Bagi depa, SANGAT OK sehingga depa sanggup bersekongkol dengan musuh Islam (semuanya tak apa bagi mereka)!

Tapi, bila kita bersatu dengan MCA,MIC dll dikatakan perkauman/kafir pulak?...

Akhirnya, KITA TERUS DIPERSALAHKAN, HANYA DEPA AJA YANG BETUI DALAM DUNIA INI ..

Inilah style Yahudi hidup dimukabumi ini. Teruskan perjuangan kita, Saiful! DEMI ALIF, BA, TA ...


AloQStaQ
http://www.KMU.net.my

Tai said...

Bersabar. Ingat, tuhan ada. Tuhan sentiasa akan bersama orang-orang yang benar. Doa orang yang dizalimi dan teraniaya akan dimakbulkan tuhan.

MOHD FUAD YAHAYA said...

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui di dalam hati setiap umat manusia ini tentang apa yang mereka hendak/akan/telah lakukan.

Jika kita dipihak yang benar, pasti akan ada pembalasan dikemudian hari.

ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA
http://parimbunis.blogspot.com

OrangKB said...

Saya kat sini bagi pendapat yang neutral. Saya x cakap Saiful salah, saya tak cakap DSAI salah.

Kenapa orang tak caya kat Saiful:
1.Banyak perkara Saiful x cerita kepada masyarakat. Itu nak rahsia, ini nak kena cerita kat mahkamah dll. Macam mana kes liwat tu terjadi, DSAI buat apa kat kondo tu dll - semuanya saiful x cerita. Nama sebenar Uncle Pet Saiful tu pun tak nak cakap. Kalau berada di pihak benar, kenapa takut nak cerita?

2.Keluar berita ttg laporan perubatan oleh Hospital Pusrawi mengatakan tiada kesan Saiful diliwat.
http://siasahdaily.blogspot.com/2008/07/tiada-bukti-saiful-diliwat-pkr-tunggu.html
Uncle Pet bagi alasan, laporan dari Pusrawi tu takleh caya, sebab doktor tu tak periksa dengan teliti. Kata nak tunggu laporan pakar dari HKL tapi sampai skang tiada berita laporan dari HKL ni.

3. DSAI pernah didakwa atas tuduhan yang sama 10 tahun lalu. Dlm perbicaraan dulu, macam-macam cara dibuat utk buktikan DSAI bersalah, dengan tilam diusung ke mahkamah, dll. Tapi sampai skrang takde bukti kukuh.

4. Kes liwat Saiful ni nampaknya hangat cuma ketika PRK Permatang Pauh. Masa tu, semua benda yang ada kaitan dengan Saiful mendapat liputan media TV3 dll. Uncle Pet tu pun banyak kali masuk TV. Lebih-lebih lagi bila dah dekat dengan tarikh pilihan raya masa tu. Tapi skrang, semua dah senyap. Seolah-olah manusia bernama Saiful Bukhari ni tak pernah masuk TV pun. Banyak orang memandang kes liwat cuma satu lagi helah BN untuk menipu penduduk Permatang Pauh.

Atas sebab nilah, ramai orang tak caya kat Saiful. Kalau ada yang caya pun, cuma mereka yang benar-benar benci kat DSAI atas sebab politik, cam orang-orang UMNO. Yang tak minat kedua-dua DSAI dan UMNO macam saya ni pun, dah tak caya kat Saiful.

Berbeza dengan akuan akuan bersumpah Fauzi Muda dia cerita dengan detail, tarikh, siapa terlibat, kereta NAZA KIA dll. Tiada rahsia. Kalau tak sunnguh, dia takkan berani buat macam tu. Kalau dia tipu, buruk padahnya, sebab dia tuduh Datuk Seri Najib TPM Malaysia.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PKR memang suka sumpah dan kencing kita...lama-lama kena sumpah lah anwar..

Saiful Bukhari said...

Assalammualaikum Orang KB,

Terima kasih diatas soalan yang diajukan. Sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui isi hati dan persoalan masyarakat di luar sana. Saya akan cuba menjawab beberapa persoalan saudara.

1)Saya menghormati malah memuji pandangan dan prinsip saudara.
Setiap manusia yang rasional akan hanya mempercayai sesuatu perkara dengan berasaskan bukti dan fakta..

Dalam kes saya, saya telah lakukan apa yang termampu (bersumpah) atas kapasiti seseorang individu.. Saya tidak dapat kemukakan selanjutnya bagi menghormati Mahkamah..

Kalau diikutkan hati, memang marah.. Perbicaraan yang agak lewat ini telah menyebabkan saya dan seluruh keluarga sengsara kerana kami tidak dapat bersuara menegakkan kebenaran..

2)Kelewatan kes ini bukan di bawah kuasa saya. Perbicaraan sering dilengahkan dengan isu yang tiada kena mengena dengan kes.Ada juga campur tangan politik. Akhirnya, sehingga kini, perkara yang penting iaitu tempat dan tarikh belum lagi di tetapkan. Sila rujuk Penghakiman di posting sebelum ini. Amat menyedihkan.

3)Mahkamah adalah tempat terbaik untuk saya mendapat pembelaan. Alasan Mahkamah tidak adil itu hanyalah PERSEPSI yang dicanang pihak mereka. Walhal, jika kita lihat semenjak akhir2 ini, banyak kes yang memihak kpd mereka. Cth Raja Petra,Petisyen2 Pilihanraya, Mahfuz vs Utusan dan sbgnya.

4)Dalam kes saya ini pun, Peguam beliau S.N Nair mengakui Mahkamah adil. Di Mahkamah kalau saudara nak tau, DSAI tidak duduk di kandang pesalah, tetapi duduk di kerusi empuk di luar kandang. Beliau hanya diberi jaminan BON PERIBADI iaitu dalam bahasa pasarnya tidak perlu bayar melainkan beliau tidak hadir untuk perbicaraan selanjutnya.

5)Cuba saudara imbas, berapa ramaikah pesalah terutama orang miskin yang terpaksa ditahan akibat TIDAK DAPAT membayar wang JAMINAN?

6)Mengenai bukti, bukan hendak berahsia. Pada saya, didalam situasi sebegini kita tidak boleh melatah. Saya akui bahawa saya tidak banyak mengeluarkan bukti. Bukan apa, ia pasti akan dimanipulasi. DSAI dan orang-orangnya tidak berjaya dalam provokasi untuk saya mengikut rentaknya, iaitu Perbicaraan Melalui Media. Ahkirnya, ia membawa padah kepadanya. Mengapa? Banyak kenyataan2 beliau bercanggah dan saya akan bangkitkan di Mahkamah kelak.

3)Sebenarnya sudah banyak ' Clue ' yang saya sudah beri. Tetapi setiap kali saya dedahkan, DSAI pasti akan '' Divert '' isu lain.

Sbg Contoh, setelah saya buat pendedahan '' Tugas2 Sbg Seorang ''Coffe Boy'' kpd DSAI''. Mengapa saya guna perkataan ''Coffee Boy''?. Kerana selepas sahaja saya membuat laporan, DSAI dan para pengikutnya berusaha untuk menafikan bahawa saya adalah Pembantu Peribadinya dengan mengatakan bahawa saya sekadar budak pembancuh kopi. Akhirnya, selepas dibongkar baru lah terdiam dan sehingga ke hari ini beliau tidak mahu mengulas MENGAPA beliau bawa saya ke luar negara dan tugas2 saya sebenar.

4)Mengenai kondo Desa Damansara, ia BUKAN MILIK SAYA spt yang dilaporkan. Ia adalah milik En HASSANUDIN teman rapat DSAI. Beliau sangat kaya dan memiliki 3 Unit kondo disitu. Unit 1151,1152,1153 adalah miliknya. Kejadian berlaku di unit 1151 dimana unit tersebut dijadikan sbg rumah tetamu. Lebih drpd itu, saya mohon maaf, tidak dapat hendak cerita.

5)Mengenai Uncle Pet tu, Namanya Mohd Hazlee Bin Mohd Alip. Beliau adik kepada Arwah Ibu saya. Bukan beliau berahsia mengenainya, tetapi media lebih suka menggunakan nama Uncle Pet.

6)Setakat ini, melalui maklumat yang saya terima, segala laporan mengenai kes ini telah diserahkan kepada peguam belanya Disember lalu. Tetapi mengapa beliau tidak heboh? Kerana beliau tidak akan berani mendedahkannya. Bukan sekadar laporan tetapi juga bukti-bukti yang lain.

7)Sesungguhnya, saya hanya mampu berdoa, berserah dan tawakal kepada Allah s.w.t sahaja. Segala tindakan saya dlm kes ini adalah hasil daripada doa yang dipohon dan dilakukan oleh Nya.

Alhamdullilah, Allah s.w.t telah memberi saya pelbagai pertolongan antaranya kesihatan dan akal fikiran untuk bertindak bijak.

Saya mohon saudara Orang KB dan rakan-rakan yang lain doakan supaya perbicaraan ini dapat dipercepatkan..

Sekian,

Assalammualaikum

SAIFUL BUKHARI

Tai said...

Tuhan sentiasa bersama anda.

AloQStaQ said...

Saiful,

Saya mohon keizinan Saiful untuk "mencedok" apa-apa maklumat yang berguna dan amat bernilai dari blog saudara ini untuk di jadikan tatapan dan perkongsian dengan sekalian pelayar web KMU.

Semoga ianya akan memberi faedah kepada seluruh rakyat Malaysia, demi Agama , Bangsa dan Tanahair.

Terima kasih Saiful.
Allah akan membantu anda, Aminnn!

http://www.KMU.net.my


AloQStaQ

Saiful Bukhari said...

Silakan Saudara Aloq Staq,

Silakan.. Sebarkanlah kpd semua..

Sudah tiba untuk saya bersuara, tetapi bukan melatah..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!!

ALLAHHUAKBAR!!!

kingpahat said...

Maaf Saudara Saiful,selama ini saya sangat membenci kamu,tapi bila saya tgk empayar PKR sedang DILAKNAT saya sedar itu adalah musibah dari Allah,semoga kamu akan peroleh kebenaran dan hak kemenangan.

Mohd nizam Mohd Noah said...

Semoga saudara akan mendapat kejayaan dunia dan juga akhirat insyaAllah. Mukjizat yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w Al-quran merupakan kata-kata agung yang indah dan tiada bandingannya dari ALLAH, ini disebabkan dan diingatkan kepada umat Rasulullah s.a.w bahawa umatnya merupakan umat yang amat pandai bermain dengan kata-kata(sasterawan)maka rujuklah Al-Quran untuk menentang orang yang pandai bermain dengan kata-kata. Hanya renungan dan ingatan kita bersama.

OrangKB said...

Terima kasih atas reply tu. Baru clear skit.

Tapi ader satu lagi benda yang saya dan orang lain dok fikir...

Saiful buat apa kat pejabat TPM sekitar Mac - April 2008? Sebab gambar Saiful tu dah jadi modal pihak PKR untuk yakinkan rakyat wujudnya konspirasi. Tengok video ni


http://www.youtube.com/watch?v=5XVp_-ahsQE&feature=related


Ada orang cakap, kalau nak mintak biasiswa, kenapa jumpa TPM? Kenapa tak berurusan dengan JPA ke, MARA ke...Lagipun, masa tu, Saiful dah tak blaja kat U kan? Jadi tak mungkinla mintak biasiswa kot....Any comment?

Ni apa yang masyarakat dok fikir. Judge sendirile...


http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/7438-dsai-dituduh-liwat-sekali-lagi-2.html

kadiology said...

orangKB, meh aku jawab hang.

orangKB:Kenapa orang tak caya kat Saiful:
1.Banyak perkara Saiful x cerita kepada masyarakat. Itu nak rahsia, ini nak kena cerita kat mahkamah dll. Macam mana kes liwat tu terjadi, DSAI buat apa kat kondo tu dll - semuanya saiful x cerita. Nama sebenar Uncle Pet Saiful tu pun tak nak cakap. Kalau berada di pihak benar, kenapa takut nak cerita?

jawapan aku: kang saiful banyak celoteh kang dia kena tuduh hina mahkamah pulak. hang tunggu aje laaa masa mahkamah esok. kang dia cakap plak kang hang jangan tak percaya pulak!

2.Keluar berita ttg laporan perubatan oleh Hospital Pusrawi mengatakan tiada kesan Saiful diliwat.
http://siasahdaily.blogspot.com/2008/07/tiada-bukti-saiful-diliwat-pkr-tunggu.html
Uncle Pet bagi alasan, laporan dari Pusrawi tu takleh caya, sebab doktor tu tak periksa dengan teliti. Kata nak tunggu laporan pakar dari HKL tapi sampai skang tiada berita laporan dari HKL ni.

jawapan aku. ko konfem ke pusrawi kata takde liwat? pusrawi hanya cakap "to rule out sodomy", bukannya "no evidence of sofomy". to rule out membawak maksud pemeriksaan lanjutan di perlukan untuk mengenepikan sodomy. uncle pet tu memang betul, pusrawi bukan hospital pakar dalam kes ini! kes ni perlu pakar forensik, pakar check buntut, dan pakar ntah apa apa lagi! kalau pusrawi kata takde bukti liwat, kenapa pusrawi refer saiful ke HKL untuk pemeriksaan lanjutan lagi? ini maknanya depa sendiri pon takde kepakaran untuk buat apa apa konklusi! lagi satu, laporan HKL adalah bahan bukti yang SEBENAR, ko gila ke HKL nak announce bahan bukti sebelum mahkamah mula? hang tunggu aje leee. anwar pasti kecut!


orangKB: 3. DSAI pernah didakwa atas tuduhan yang sama 10 tahun lalu. Dlm perbicaraan dulu, macam-macam cara dibuat utk buktikan DSAI bersalah, dengan tilam diusung ke mahkamah, dll. Tapi sampai skrang takde bukti kukuh.

jawapan aku: sapa kata takde bukti kukuh. tilam itu hanya sebahagian dari bukti. dan terbukti secara SAINTIFIK yang air mani anwar dan syamsidar berada atas tilam yang SAMA. hakim ariffin jaka menghukum anwar besalah bukan kerana bukti sahaja, tetapi keterangan keterangan saksi.

keterangan azizan adalah berdasarkan PENGALAMAN DIA SENDIRI. takde umat dalam dunia ni yanh boleh reka cerita apa terjadi tentang dia dan anwar jika dia tidak melalui pengalaman itu SENDIRI melainkan dia seorang ultra penipu yang begitu mahir. azizan hanyalah seorang DREBAR. yang dia tak ingat hanyalah tarikh!

orangKB:L 4. Kes liwat Saiful ni nampaknya hangat cuma ketika PRK Permatang Pauh. Masa tu, semua benda yang ada kaitan dengan Saiful mendapat liputan media TV3 dll. Uncle Pet tu pun banyak kali masuk TV. Lebih-lebih lagi bila dah dekat dengan tarikh pilihan raya masa tu. Tapi skrang, semua dah senyap. Seolah-olah manusia bernama Saiful Bukhari ni tak pernah masuk TV pun. Banyak orang memandang kes liwat cuma satu lagi helah BN untuk menipu penduduk Permatang Pauh.

jawapanb aku: ni lagi satu ko tak check fakta ko. laporan polis saiful adalah awal bulan julai. masa tu anwar takde angin pon nak bertanding permatang pauh. masa tu lagi dah hangat. dan ko nak tahu apa? tunmggu la bulan ni dan selepasnya, lagi hangat!


----------

ni aku nak tanya ko pulak orangKB

1) apsalkan, anwar haritu bukan main ribut tetiba lari pi kedutaan turki? alasan dia, orang nak bunuh dia. kenapa skarang dia macam dah tak takut lagi kena bunuh?

2) kau pernah simpan adik angkat indonesia lembut dalam rumah ko sendiri tak selama 14 tahun? sukma tu sapa?

cuba ko tengok senarai ni

a) sukma darmawan sasmidtat madja
= adik angkat anwar selama 14 tahun
b) mior abdul razak
= fesyen designer dan tukang jahit wan azizah
c) ismail harun
kawan sukma
d) hairany mat nafees
= penulis ucapan anwar
e) munawar
= penulis ucapan anwar
f) saiful bukhari
= pembantu peribadi anwar
g) azizan
= drebar wan azizah

soalan aku, siapa antara di atas yang polis kutip dari ntah mana mana dan kemudian paksa dan tuduh 'hah! ni dia budak anwar liwat!

last skali, 3 hakim rayuan yang bersidang, 2 hakim lepaskan anwar. tapikan, hakim tu jugak cakap di akhir penghujahan dia, there is evidence to confirm that sodomy did happen in tivoli villa.

hang tahu anwar cakap apa kat hakim yang lepaskan dia tu? anwar cakap 'THANK YOU'

Saiful Bukhari said...

Terima kasih Saudara Kardiologi.. Saya amat menghargai masa yang telah diluangkan saudara dalam menulis komen tersebut.. =)

Kepada Orang KB, usah terguris hati, Saudara Kardiologi hanya mahu meluahkan pendapat beliau. Kita perlu hormati.

Berkenaan dengan soalan baru saudara Orang KB, cukup untuk saya mengatakan disini bahawa DSAI tahu mengenai perkara ini 1 Minggu setelah saya bekerja dengan beliau.

Malah beliau sendiri yang menyuruh saya pergi INTERVIEW PINJAMAN PELAJARAN MARA untuk mengikuti KURSUS KADET PILOT di APFT, Kota Bharu, pada hari Jumaat 23 May 2008. Pada hari tersebut saya sepatutnya ke Lubok Hantu, Sarawak bersama beliau tetapi beliau suruh saya batalkan supaya saya spt pergi temuduga. Walaupun saya pergi, tp akhirnya saya GAGAL mendapatkan PINJAMAN PELAJARAN tersebut.

Saya ada bukti2 mengenai DSAI mengetahui dan menyuruh saya pergi interview tersebut.. Tunggu dimasa yang sesuai saya akan dedahkan..

Bukan sahaja DSAI, tetapi perkara ini diketahui oleh semua staff di pejabat DSAI..

Itu sahaja yang saya dapat jawab.

Diharap saudara Orang KB dapat bersabar.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!!

Sekian,

Saiful Bukhari.

OrangKB said...

Kpd kadiology, terima kasih atas reply yang tak dialukan tu. Saya nak Saiful sendiri yang jawab. Bukannya awak. Tentang perbicaraan 1998 tu, saya refer kat sini. Sapa cakap saya tak rujuk fakta.


http://en.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim#Charges_of_corruption_and_sodomy


Macam saya cakap, saya neutral. Saya tak nak tuduh sapa-sapa salah selagi mahkamah tak putuskan...Jika tak mungkin saya akan aniaya pihak yang tak sepatutnya pula.

Seperti mana rakyat Malaysia lain, saya cuma nakkan penjelasan Saiful, itu saja. Sebab kes ni dah berbulan lamanya. Tapi masih lagi samar.

Moga pihak yang benar menang.

OrangKB said...

Sdr kadiology, satu lagi saya nak cakap..Empat point yang saya nyatakan tu ialah apa yang rakyat nampak. Bukan saya je, tapi ramai lagi kat luar sana nampak macam tu. Saya tolong sampaikan kat Saiful je. Supaya dia faham situasi dia dan jelaskan kat semua.

Jangan jawab soalan saya kat sini. Cuba jawab kat Siasah ke, blog anwar ke, atau forum untuk Muslimin kat bawah ni, tengok apa reaksi member forum tu...


http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=91&thread_id=4077&pid=52486


Kalau kat sini boleh le ngkau tunjuk belang, sebab yang biasa lepak kat sini semuanya anti-Anwar, berkemungkinan engkau ni pun member UMNO. Jadi bias tu memang ada.

Anonymous said...

nasib baik kita ni umat nabi muhammad s.a.w, umat yang takkan menerima azab secara tiba2 sehingga hari kiamat seperti kaum-kaum terdahulu, saya masih percaya kepada sumpah laknat dari akuan bersumpah. sebagai manusia kita tak mampu menilai siapa salah atau tidak. cuma persepsi saya disokong kuat dengan baculnya DSAI menyahut cabaran anda berjunjungkan Al- Quran bersaksikan ALLAH. Orang KB, anda bukan org yang teraniaya, mahukah anda bersumpah laknat menerima bulat apa yang orang lain sampaikan kepada anda sebagai suatu yang benar. Mahukah anda menerima azab dari sesuatu yang belum terbukti benar ditangan Allah bukan ditangan mahkamah akibat tohmah yang disampaikan oleh manusia lain yang penuh khilaf dan bukan maksum serta boleh memanipulasi fakta. Anda pun baculkan? PERSEPSI saya saiful, anda orang yang benar.

Anonymous said...

[2004] 3 CLJ 737

Dato’ Seri Anwar Ibrahim v.
PP & Another Appeal
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
v.
PP & ANOTHER APPEAL
FEDERAL COURT, PUTRAJAYA
ABDUL HAMID MOHAMAD FCJ
RAHMAH HUSSAIN FCJ
TENGKU BAHARUDIN JCA
[CRIMINAL APPEAL NOS: 05-6-2003 (W) & 05-7-2003 (W)]
2 SEPTEMBER 2004
CRIMINAL PROCEDURE: Charge - Sexual offence - Date of offence as
charged - Whether proved


To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt, on admissible evidence and in accordance with established principles of law. We may be convinced in our minds of the guilt or innocence of the appellants but our decision must only be based on the evidence adduced and nothing else.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Sumpah Orang Kecewa VS Sumpah Orang Teraniaya

"Apabila Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat, Fauzi Muda membuat akuan bersumpah di Mahkamah Sesyen semalam, mendakwa pernah dijanjikan RM50 juta oleh seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) hampir setahun lalu, masih adakah lagi orang yang percaya?

Persoalannya mengapa baru sekarang Fauzi Muda membuat pengakuan? Setelah Pakatan Rakyat Perak huru-hara baru hendak menuding jari kepada orang lain.



Keisidi menulis "Begitu jahat orang PKR ini, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk wang. Fauzi sebenarnya kecewa kerana DS Najib tidak memenuhi tuntutannya iaitu imbuhan wang. Kerana kecewa, dia memfitnah DS Najib kerana cuba merasuahnya RM50juta. Dia ingat DS Najib boleh jampi keluar wang sebanyak itu untuk "disedekahkan" kepada Fauzi..Macam mana DS Najib mahu membicarakan tentang RM50juta di hapadapan ramai orang di tempat terbuka,sungguh tidak lojik langsung.Kita berharap polis menyiasat sedalam-dalamnya kes ini dan mendedahkan kebenaran.Kita mahu penipu dipenjarakan."

Apabila pembangkang membuat akuan bersumpah maka akan ada ulasan daripada pihak kerajaan bahawa akuan bersumpah itu mempunyai agenda tersembunyi. Sementara itu, satu laporan polis dibuat hari ini terhadap Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat itu kerana didakwa memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Timbalan Perdana Menteri menawarkan RM50 juta kepada mana-mana ahli dewan undangan negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat di Perak supaya menyertai Barisan Nasional.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di Ipoh, berkata kenyataan Fauzi yang membuat akuan bersumpah bahawa Najib membuat tawaran berkenaan, adalah berunsur fitnah yang menimbulkan rasa resah, gelisah dan tidak puas hati masyarakat.

Begitu juga apabila ada pihak bersumpah dan melibatkan pemimpin pembangkang ianya juga dilihat seperti ada perkara yang tersirat. Apabila Mohd.Saiful Bukhari b Azlan membuat sumpah laknat mengaku diliwat Anwar yang dibuatnya di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008, apakah reaksi pembangkang pada waktu itu?

Saiful telah difitnah, dihina dan dihamburkan dengan kata-kata nista oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat malah telah diwujudkan satu blog khas anti Saiful. Akuan bersumpah dengan sumpah laknat mana satu yang lebih berat?. Satu akuan yang bernilai RM 9.00 kalau dibuat dihadapan Pesuruhjaya sumpah dengan sumpah yang boleh mendatangkan mudharat kepada pesumpah dan keluarganya jika sumpah itu adalah palsu.

Keboleh percayaan adalah bergantung kepada parti mana atau pihak mana seseorang itu berada. Oleh itu 'sumpah' sekarang bukan untuk membuktikan kebenaran sesuatu perkara tetapi 'sumpah' sudah dijadikan satu alat untuk kepentingan peribadi atau kepentingan politik.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Anas said...

blah la mu.
sumpah pon sebot salah.
dosa fitnah tu same dengan membunuh.
ingatlah, hari kiamat nanti kamuxkan terlepas

afrohead said...

aku berpegang pada berani kerana benar.
sumpah laknat adalah sumpah kepada Allah.
sumpah yang dijanjikan binasa jika penipuan.

sejak dari kes liwat pertama Anwar dulu lagi,
anwar tidak bersumpah walaupun dicabar.

dan dalam kes saiful ini pula,
"saya takkan bersumpah sebab sumpah saya akan dimanipulasi"

hanya orang yang bodoh sahaja yang akan bersumpah laknat jika tahu dirinya salah.

dan lebih bodoh lagi orang yang taksub dengan anwar sehingga tidak menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah untuk berfikir.

jelas dan nyata bukan?
:)

anonymous said...

Salam saudara KB,
betul apa yg saudara saiful katakan tu.klo kes ni masih dalam perbicaraan.mcm2 boleh berlaku.sbg contoh yg paling dekat,individu atau apa2 perkara penting yg boleh dijadikan bukti.jika didedahkan kepada umum,seperti biasa adanya gangguan2 luar yg boleh menjejaskan bukti2 penting tersebut sehingga pihak yg dituduh boleh mempertikaikan bukti tersebut,sememangnya boleh mempengaruhi keputusan mahkamah untuk memihak kepada yg dituduh.saya harap anda faham maksud saya.ini yg terjadi pada kes yang sama pada 1998.mahkamah tidak menyatakan bahawa anwar tidak melakukan perkara tersebut tetapi disebabkan bukti yang tidak mencukupi untuk mensabitkan anwar bersalah dalam melakukan perbuatan tersebut.

anonymous said...

Saudara saiful,
Allah bersama bersama2 orang sabar.teruskan berjuang..

Anonymous said...

KB orang PKR..just to play safe dia cakap dia neutral...cara menyoal pun dah tahu...kenapa menyoal saifol saja..banyak lagi pasal nuar yang meragukan ko tak nak tanya..