Tuesday, September 30, 2008

Salam Lebaran Buat Mama


Pusara Allahyarhamah Hjh Halina Bt Mohd Alip. Beliau telah kembali
ke Rahmatullah akibat kanser payudara pada jam 11.58pm 20/7/2004
diwad ICU Pantai Medical Center.
Berlinang air mata tatkala melihat pusara Allahyarhamah kelmarin. Walaupun sudah 4 bulan saya tidak menziarahi tetapi bunga dan pokok tumbuh subur mengeluarkan bunga yang cantik. Telah saya cuci dan hias pusaranya sesuai dengan Allahyarhamah yang cantik orangnya.

Tahun ini genap 4 tahun syawal disambut tanpa ibunda tercinta Allahyarhamah Hjh Halina Bt Mohd Alip. Rindu yang tak terkata tatkala teringat membantu Allahyarhamah membuat persiapan kuih muih menjelang syawal. Kuih tart dan Kek Buahnya (Fruit Cake) sudah menjadi kewajipan setiap syawal untuk dibawa ke kampung. Semoga Roh beliau senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.
Tahun ini juga buat pertama kalinya saya tidak dapat menyambut Hari Lebaran bersama adik dan keluarga tercinta. Maklumlah, "perjuangan belum selesai". Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tunang saya yang tercinta, bapa, keluarga, saudara mara, sahabat handai yang amat saya rindui serta anda sekalian. Mohon maaf zahir dan batin.

SAIFUL BUKHARI


p/s: Allamdullilah saya sihat wala'fiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti.

18 comments:

Anonymous said...

Semoga Perjuangan Anda Akan Selesai Tak Lama Lagi.
Ambo percaya kepada demo!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Rakan blog di Kelantan.

hilbert said...

Semoga saudara Mohd. Saiful tabah dan sabar selalu dalam mengharungi masalah ini... kuatkan selalu semangat. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Anonymous said...

selamat hari raya saiful.
moga bersabar atas segala dugaan Allah.
banyakkan berdoa,mendekatkan diri pada-Nya.
semoga Allah menunjukkan jalan kebenaran buat semua.

akma nurain

Anonymous said...

Semoga roh ibumu dicucuri rahmat.
Diharap perjuangan mu bersih & ikhlas kerana ALLAH Taala <- doa seluruh muslims, perhaps.

Eija @ Purple28 said...

Al-Fatihah untuk bonda tercinta. Salam Lebaran untuk Saiful.. Teruskan perjuangan bagi menegakkan kebenaran...Selamat Berjuang...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogsspot.com


saiful kamu bukan melawan anwar ibrahim tetapi kamu melawan HINDRAF, PAS dan PKR.

kalau kamu benar, kamu akan berjaya. kalau kamu kalah tapi kamu benar, insyallah bala akan menimpa seluruh Pulau Pinang dan Permatang Pauh kerana merekalah yang melantik pemimpin berakhlak buruk dan hina.

kedahan said...

Salam Adik Saiful,

Banyakkan bersabar dan mohon supaya Allah S.W.T memberikan kekuatan untuk adik. Sekiranya apa yang adik lakukan ini demi agama, saya percaya Allah akan membantu adik. Ketahuilah, ini adalah jihad yang sangat besar. Adik terpaksa melawan arus bertarung dengan manusia durjaya yang munafik. Adik, banyaklah membaca Al-quran kerana ayat suci Allah berupaya menenangkan hati kita. Juga, pandanglah gambar Kaabah selalu (jangan gambar tunang saja ok) kerana rumah Allah itu juga mempunyai pengaruh misteri dalam jalinan otak kita.
Adik Saiful, berani kerana benar. Teruslah berjuang kerana saya pasti ramai yang mempercayai adik telah diperlakukan sebegitu oleh manusia durjana tersebut

sumandak bayu said...

Jika engkau berada di tempat yang benar yakin bahawa ALLAH s.w.t sentiasa merahmati perjalanan kita.. KAMI kat Sabah yakin sumpah hang bukan sebagai 'pelapik politik' yang diuar-uarkan oleh BRO ANWAR...

Kami akan sentiasa mengikuti perkembangan mu wahai SAIFUL.. tabahkan hatimu dalam menempuhi dugaan hidup ini

wokyoh said...

salam saiful.
saya tahu anda dipihak yang benar...
berjuanglah demi agama,bangsa dan negara.
biar apa orang kata ,asal niat kita suci...insyaAllah Allah akan bersama orang yang teraniaya.
sembahyang hajat selalu,baca alquran dan berzikirlah selalu...

berjuanglah...
mengapa harus menyerah pada jiwa yang tak mudah kalah.

comelsket said...

1. Semoga Allah melindungi kamu sdr Saiful. saya tahu sdr dipihak yang benar. walau pun dulu saya sangat membenci kamu kerana bekerja dengan syaitan yang bernama Anwar Ibrahim. kini kita sama sama berjuang menghapuskan kejahatan walau pun penuh onak dan duri.

Semoga Allah memberikan kemenangan kepada sdr. kami sentiasa berdoa untuk saudara dan demi Ugama Bangsa dan tanahair juga.

2. kini heboh di utara menyatakan yang tangan saudara lumpuh serta saluran najis saudara berulat akibat sumpah bohong yang saudara buat. ternyata saudara sihat walafiat dan boleh menulis blog lagi. ternyata juga pembohongan mereka bukan sahaja diperingkat atasan, bahkan sampai ke akar umbi pun kuat berbohong. perdulikan mereka dan teruskan menulis blog untuk kami.

3. semoga roh ibumu dicucuri rahmat dan dia akan "menyaksikan" kebenaran sdr dari"atas" sana Insyaallah.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

KEBENARAN PASTI TIBA JUA ASALKAN KITA JUJUR DAN IKHLAS.

Yusuf said...

Chapter 3. ALI IMRAN. AYAT 133-136.

وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَـوَتُ وَالاٌّرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ –

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ وَالْكَـظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَـفِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ –

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَـحِشَةً أَوْ ظَلَمُواْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَى مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ –

أُوْلَـئِكَ جَزَآؤُهُمْ مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّـتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الاٌّنْهَـرُ خَـلِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَـمِلِينَ ﴾

(133. And march forth in the way (which leads to) forgiveness from your Lord, and for Paradise as wide as the heavens and the earth, prepared for the Muttaqin (the pious).)



(134. Those who spend (in Allah's cause) in prosperity and in adversity, who repress anger, and who pardon men; verily, Allah loves the Muhsinin (the good-doers).)



(135. And those who, when they have committed Fahishah (immoral sin) or wronged themselves with evil, remember Allah and ask forgiveness for their sins; and none can forgive sins but Allah, and do not persist in what (wrong) they have done, while they know.)



(136. For such, the reward is forgiveness from their Lord, and Gardens with rivers flowing underneath (Paradise), wherein they shall abide forever. How excellent is this reward for the doers (of good).)

AloQStaQ said...

Salam Lebaran Saiful ...

Semoga Saiful Gembira dan Tenang dalam menyambut lebaran tahun ini walaupun pada hakikatnya kami rakyat Malaysia faham benar tekanan yang Saiful tanggung kala ini ... Apapun, semoga saiful terus sabar dan mohon kekuatan kepadaNya yang Maha Kuasa.

Salam Aidil Fitri!
Buat yang terbaik demi Alif, Baa, Taa ... Agama, Bangsa dan Tanahair ...
Saya sentiasa respect Saiful!
BERANI BERUBAH!

AloQStaQ
http://AloQStaQBlog.blogspot.com
http://www.MyKMUtara.net

neldras said...

aslkum..
jika anda di pihak yang benar Allah akan tolong, tetapi jika sebaliknya bukan saja anda tapi seluruh Malaysia akan terima akibatnya drp tindakan anda..semoga dilindungi Allah selalu

Truth prevails said...

God knows my friend...

If you are at the right path..insyaAllah.

Eid Mubarak.

Al_fatihah to your mom.

YuS~N3 said...

alhamdulillah..lega bila dpt tahu saudara masih sihat walafiat dan yakin bahwa cerita2 buruk yg dibawa adalah tidak benar sama sekali..semoga Allah sentiasa bersama kita..teruskan perjuangan!

Tai said...

Ha Abe mie hang kata Pulau Pinang ditimpa bala? Tu dah mai dah. Tak pasai-pasai banjir teruk. Dia mai hujan yang sungguh menakutkan oi.

Kepada Saiful, kalau hang betoi, toksah dok risau, toksah dok takut, tuhan akan bersama. Dalam islam ada kata, doa orang yang dizalimi, dimakbul tuhan. Dan, bukan senang nak menegakkan kebenaran, tapi amat senang nak membuat kejahatan. Jadi, teruslah berjuang.

Yusuf said...

Dear Saiful,

There is no such thing as giving to Allah 99%. You became a typical malay muslim who solat, puasa, zakat dan prgi hajj. Tapi you didn't give yourself 100% to Allah. Shaitan gave to Allah 99%. That is why you ended likethis. Dia cuma tak mahu sembah ADAM je. Dia dah berjasa pada ALLAH beribu2 tahun. Tolong Baca dan fahami quran. Kalau islam setakat 1) Shahadah 2) Solat 3) Puasa 4) Zakat 5) Hajj, tak payah Quran tu 30 juzuk. 3 juzuk dah lebih daripada cukup. Shaitan sembah Allah bersyarat. Syarat nya jangan lukakan hati Shaitan atau buat dia tunduk pada ADAM. Ramai orang sokong orang politik bersyarat. Syaratnya dapat kerja atau kedudukan atau kontrak. But it is not too late Saiful. May Allah guide us. May we love Allah and Rasul more than ourselves. Let us live life as if Muhammad and Allah are beside us all the time. At least let us be aware Allah is with us and in us all the time. Nak buat dosa kecil pun terasa sangat2 berat.

Pok Nik Klate said...

Salam Aidil Fitri buat Sdr Saiful. Tabahkan hati dalam menghadapi perjuangan yg belum selesai.InsyaAllah yang benar akan ternampak jua akhirnya.

Salam Ikhlas
Pok Nik Anwar dan Keluarga
Damansara Intan