Wednesday, December 30, 2009

6hb Januari: Rayuan permohonan tertuduh di Mahkamah Persekutuan



*Ulasan saya dibawah*

PUTRAJAYA 29 Dis. - Rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan semua dokumen penting pendakwaan dan contoh spesimen Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 6 Januari ini.

Tarikh tersebut dimaklumkan melalui faksimile yang dihantar oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di sini ke pejabat peguamnya, S.N. Nair hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan pendakwa raya dan menolak rayuan balasnya bagi mendapatkan dokumen-dokumen tersebut.

Pada 6 November lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Hasan Lah sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar dia dibekalkan dengan dokumen pendakwaan bagi menyediakan pembelaannya.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud turut menolak rayuan balas pemimpin pembangkang itu supaya dia diberikan spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) yang telah diuji milik Mohd. Saiful Bukhari, 24, yang juga pengadu kes.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan Anwar agar pendakwa raya membekalkan dokumen-dokumen penting bagi membantu beliau menyediakan pembelaannya.

Antara dokumen tersebut ialah rakaman percakapan Mohd. Saiful Bukhari; Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi; pemilik kondominium, Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga lagi saksi.

Dokumen lain yang gagal diperoleh oleh Anwar termasuk laporan perubatan pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), laporan kimia dan senarai saksi pendakwaan.

Ia juga melibatkan rakaman Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dari pondok pengawal di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara dan kawasan lif Blok 11 kondominium itu di antara 25 dan 27 Jun tahun lalu.

Ketua pembangkang itu menghadapi tuduhan meliwat mangsa di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

- Utusan

-----------------------------------------------

[Ulasan Saya]Alhamdulillah, setelah 2 Bulan menunggu tarikh permohonan rayuan ini didengar, akhirnya Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 6hb Januari 2010 untuk mendengar rayuan bagi permohonan tertuduh tersebut. Saya amat berharap bahawa prosiding itu nanti tidak akan mengambil masa yang lama untuk diputuskan.

Saya berkeyakinan penuh pada Mahkamah dan saya percaya bahawa hari perbicaran penuh/Hari Kebenaran untuk saya memberi keterangan tetap akan tiba tidak lama lagi. Ikut jadual, pada 25hb Januari 2010, 26 hari sahaja lagi.

Menjelang 25 Januari 2010 ini, mohon doakan agar tiada lagi penangguhan perbicaraan. Juga, harap tiada lagi permohonan-permohonan yang boleh melengahkan perbicaraan penuh bagi saya memberi keterangan.  Saya sudah lama bersedia untuk beri keterangan. Pada pihak berkenaan,  cukuplah selama ini 1 1/2 tahun  prosiding perbicaraan penuh terpaksa ditangguhan kerana permohonan-permohonan serta dolak-dalih tertuduh.




Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, saya akan terus istiqamah dan bersabar. Kepada Allah saya berdoa dan berserah..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang Batil pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI 


26 hari ke Hari Kebenaran -


Pautan
p/s:Untuk mengikuti perkembangan dan berinteraksi dengan saya dengan lebih dekat lagi, boleh add saya di www.facebook.com/saifulbukhari . Terima kasih. Salam perkenalan & Selamat Tahun Bru!(nota: Hanya "valid" profil yang akan saya terima.Tk) 

7 comments:

Unknown said...

Semoga saudara Saiful tabah menghadapi sesumpah Malaya tu... Berani kerana benar, takut kerana salah...

Anonymous said...

i really admire ur spirit.. only selected people can be very strong like u n that's why ALLAH has chosen u to be "the one" who can really show the true color of anuar.
may Allah bless u n my doa will always be with u...

ady said...

Anon 7.09.. how do you know Allah has chosen this guy ? Dont just simply say things that you cant confirm....

Hasnor Effendi said...

salam sdr saiful

sokongan kami para blogger jalanan tidak akan pernah padam buat kebenaran, moga Allah s.w.t akan tunjuk kan kebenaran. Doa kami moga Sdr sentiasa tabah menghadapi sebarang dugaan.

salam 1 malaysia
www.hasnoreffendi.blogspot.com

Anonymous said...

Dalam apa juga kedaan , jangan lah saudara terlalu gembira menanti 25hb kerana DSAI banyk tipu muslihatnya..paling tidak kalau peru picit butang kecemasan beliau akan mengikut jejak langkah RPK yang kini kata orang tinggal di London. Oleh itu saya sarankan supaya saudara atau pihak yang berkaitan memfailkan kes supaya pihak Imigresen menghalang DSAI 'bercuti' keluar negara mulai Januari 2010 ini sahingga kes yang dibicarakan selesai.

Takut-takut nanti dia lari dengan lengang lengoknya....

Anonymous said...

Ady
Memang dalam kes kes begini kita tak boleh tahu siapa yang benar dan salah.disebab kan itu untuk mencari keadilan manusia mencipta mahkamah dan undang undang.disisi ugama Islam pulak, pentingnya keadilan ini sehingga Allah membenarkan dilakukan sumpah laknat,dimana garis panduannya telah ditetapkan oleh Allah dan kalau dibuat sesuka hati akan ada akibatnya.
So Ady kau pikir la sendiri pakai otak.mahkamah dunia pun si mat jubur tu lari2 buat alasan itu ini tak nak jumpa Saiful dimahkamah. Sumpah laknat pun tak nak. So manusia apa yang kau puja ni? Katanya penasihat parti yg mencari keadilan? Jangan la kau percaya membabi buta.pakai la common sense.

Anonymous said...

Kenapa ye kes liwat Anwar ni selang 10 tahun dan kedua2 nya bila ada krisis - kewangan dan pilihan raya. Adakah ianya satu kebetulan? Sekadar terfikir...tak tahu pihak mana yang benar, tapi yang pasti salah satu tidak benar. Macam mana pun berhukumlah dengan hukum Allah.