Friday, July 10, 2009

Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-84, Tun M

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tun Mahathir

Di kesempatan ini, dengan rasa insaf, saya ingin memohon maaf kepada Tun dan keluarga kerana telah bersangka buruk terhadap Tun sejak dari Peristiwa 1998. Namun setelah 10 tahun(2008), Allah swt telah menunjukkan saya kebenaran apabila saya sendiri menjadi mangsanya.

Maafkan saya Tun...

Semoga Allah swt lanjutkan usia Tun dan sentiasa berada dalam perlindungan-Nya.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!

SAIFUL BUKHARI

Foto- Ctl.UTM

10 comments:

NFH said...

Salam Saiful,

Entah kenapa saya rasa sebak bila baca posting Saiful di atas.

Rasa terharu bila Saiful sendiri yang meminta maaf pada TDM. Mungkin pada TDM ni perkara kecil tapi pada rakyat biasa macam saya besar maknanya. Terima kasih Saiful...

Oleh itu, saya nak pesan pada pembaca terutamanya pada yang taksub pada sesiapa pun makhluk Allah supaya fikir secara logik sebelum berikrar untuk berjuang bersama.

Syabas Saiful!

kadiology said...

takpe saiful. bukan salah kau. kalau ko nak tahu, tun sendiri pon DULU tak percaya yang anwar tu mempunyai nafsu seks pelik. Tun haniff awal2 lagi dah pesan kat tun mahathir. tapi tun mahathir tak percaya.

kalau ko nak tahu, tun mahathir begitu sayangkan anwar. kalau tak, tak kan la anwar di beri segala keistimewaan dalam kerajaan. mahathir personally train dan recruit anwar, bawak dia masuk umno dan berikan dia jawatan kerajaan. tapi apabila tun mahathir interview sendiri mangsa yang di katakan di liwat dek anwar, baru lah kepercayaan itu datang secara perlahan lahan. kemudian tun mahathir tanya sendiri kepada anwar, tetapi anwar tak berjaya yakin kan tun mahathir yang anwar tidak melakukan perkara yang di tuduh. barulah akhirnya anwar di pecat.

u see saiful, even tun mahathir pada asalnya tak percaya yang anwar tu mempunyai hobi pelik. what do u expect bila mahathir pecat anwar dan anwar di tuduh macam tu pulak? sapa nak percaya? apatah lagi orang2 macam kita. susah nak percaya anwar tu peliwatkan? tapi skarang kita dah sedar, maka tanggungjawab kita ialah berjuang dan berjihad dengan memberitahu kepada rakyat bahawa anwar bukanlah manusia seperti yang mereka sangka!

insyallah kita perolehi kemenangan. kalau kalah pon saiful, kalau kena caci maki, kena hamun ke, tak kesah. esok lusa kita mati, sapa tahu, tapi kita sudah melakukan tanggungjawab kita di dunia dengan berjuang ke arah kebenaran. itu yang penting.

Unknown said...

Saya pun begitu juga, dengan rasa rendah diri, mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Mengata dan mencerca Tun sepanjang dari tarikh Anwar di pecat, kerana yakin sangat bahawa anwar dizalimi..!
Sehinggalah apabila saya dapat tahu Saiful (anak saudara saya) telah menjadi mangsa kepada orang yang saya sanjungi selama ini.
Saya pernah berkesempatan bersalaman dengan Tun di masjid negara...lepas solat Jumaat ketika datuk seri Najib baru2 di lantik sebagai PM kita....tetapi oleh kerana terlalu ramai rakyat yang ingin bersalaman dengan beliau, tak dapat saya memohon maaf dari beliau.
Tun, ampun dan maaf sekali lagi saya pohonkan....to me "You are the Best..!"

Lok7

azlishukri said...

terasa sebak baca tulisan u saiful. sama2 kita tegakkan kebenara.

hilbert said...

Salam Sejahtera sdra Saiful dan juga Lok7...

Jutaan Terima kasih kepada Saiful dan Lok7 diatas ucapan selamat dan maaf kepada seorang pemimpin yang paling saya sanjung dan sentiasa saya kagum, YABhg Tun Dr Mahathir sempena ulang tahun harijadi beliau yang ke 84 tahun.

Anda sangat ikhlas. Anda tidak bersalah dalam hal itu, cuma anda terpengaruh dengan dakyah dan kata-kata hasutan daripada para pemimpin PKR ketika itu.

YABhg. Tun Dr. Mahathir tentu sekali memahami anda.

Terima kasih.

Cheguman said...

Salam Saiful,
Pagi tadi Tun berucap di PWTC. Walaupun saya ada program motivasi di JB pada petangnya, namun saya dapat juga hadir mendengarnya. Memang letih sebab saya tinggal di Melaka! Namun memang berbaloi. Dalam usia 84 tahun Tun masih kuat dan bersemangat terutama apabila menyentuh perihal ketuanan melayu. Beliau menegaskan bahawa kebenaran tetap kebenaran walau apapun tanggapan orang terhadapnya.

Pembela Melayu said...

Kalau tak takkan anwar tu masa di MCKK di gelar SI JAMBU.....

Saiful Bukhari said...

Noor: Mmg sudah lama sebenarnya niat saya utk meminta maaf pada Tun, namun tidak berpeluang bersemuka dgnnya.

Kadio: Terima kasih. Memang itulah pegangan saya dari awal hingga sekarang dimana, kalah atau menang bukan segala-galanya, cukup dan selesailah tanggungjawab saya dgn saya memberi keterangan dan mengeluarkan segala bukti di Mahkamah, lebih pd itu, sy serah pada Allah swt.

Azli: Insyaallah

Hilbert: Terima kasih, harap2 Tun membaca dan memaafkan saya.

Cheguman: Kalau beliau berbohong selama ini, takkan sokongan thdp beliau makin hari makin bertambah? Btl tak chegu? Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa..

P.Wira: Waallahualam

Nanim: Soalan saudara blh mengganggu prosiding, sy akan menjawabnya semasa memberi keterangan nanti. Namun, silalah mohon spy tertuduh tidak mencari alasan lg utk menangguhkan kes. Sekian

Mesra Sokmo said...

aku tak yakin kau penipu...sekiranya ianya merupakan fitnah...aku doakan kau jadi gila & jika benar makhmah allah akan dibalas ke nuar

Abdul Hayee said...

Pakcik amat tersentuh dengan posting Saiful memohon maaf pada Tun Dr Mahathir seorang pemimpin negara yang sangat saya hormati.

Pakcik pun dulu adalah penyokong kuat Anwar tetapi setelah Pakcik sedari beliau bukanlah pemimpin yang patut disokong Pakcik beralih
arah.

Banyaklah bersabar Saiful dan berdoa.

Doa orang yang terinaya Insya Allah akan dimakbulkan.