Tuesday, July 7, 2009

Mohon doa agar pertuduhan TIDAK DIGUGURKAN esok

Dari Media
Adakah perbicaraan akan ditunda lagi hari ini?- Utusan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, terdapat dua perkara(permohonan peguam DSAI) yang akan berlaku pada hari esok yang boleh menyebabkan Perbicaraan Utama akan berlangsung agak lewat dan sebagainya:

1)Pendengaran permohonan tertuduh bagi mendapatkan laporan2, bukti2 ASAL seperti sampel DNA, CCTV, keterangan polis(112) saya dan sebagainya.

2)Pendengaran permohonan tertuduh untuk mengugurkan pertuduhan(gugur kes) sebelum perbicaraan.

Oleh yang demikian, Dukacita dimaklumkan bahawa kehadiran saya sebagai saksi utama pada hari esok adalah ditangguhkan buat seketika oleh kerana permohonan-permohonan diatas perlu didengar dan perlu diputuskan pada sebelah pagi terlebih dahulu oleh Mahkamah.

Dalam masa yang sama, mohon doa agar kes ini TIDAK DIGUGURKAN esok. Saya juga ingin memohon kepada pihak tertuduh supaya tiada lagi permohonan2 atau alasan-alasan diberi bagi menangguhkan perbicaraan ini lagi.

Seluruh rakyat tidak kira yang percaya atau tidak, mahukan kebenaran. Jika ia kerap ditangguh atau digugurkan, bagaimana kebenaran hendak dibuktikan?

Saya hanya seorang rakyat kerdil yang hanya memohon untuk diberi ruang dan keadilan untuk memberi keterangan di Mahkamah. Kepada Allah swt juga saya mohon dan berserah.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

p/s: Kepada para sahabat yang bersedia untuk hadir pada esok pagi, dukacita dimaklumkan bahawa kehadiran saya pada sebelah pagi ditangguhkan buat seketika. Nantikan maklumat terkini mengenai waktu kehadiran saya di blog ini/Twitter/Facebook. Harap maklum.

Pautan:

8 Julai, apa perlu anda lakukan by Parpukari

20 comments:

Azizi Burn said...

saiful,tetapkan hati.kuatkan semangat.biar dsai dengan bayang2nya..dia tak boleh lari.send dsai to sg buluh.

Safirul Amar said...

semoga kali ini anda diadili dengan sebenar-benarnya, tunjukkan pada dunia yang anda bukan mereka-reka hal ini.

kemenangan pasti berpihak pada anda bro!!

azlishukri said...

sama2 kita doakan agar kebenaran tertegak juga akhirnya.

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
WE ALL BLOGGER AKAN HADIR ESOK BAGI MENYUARAKAN SOKONGAN BUAT LU.

KEADILAN BUAT LU AKAN KAMI PERJUANGKAN!!!

PARPUKARI said...

Bersabarlah wahai saudaraku! Saya menyeru kepada rakyat Malaysia supaya sama sama kita berdoa semoga pertuduhan ini tidak gugur dan saudara Saiful terbela nasibnya!

Kami rakyat Malaysia bersamamu Saiful, kami akan sentiasa mendoakan akan kesejahteraanmu wahai saudara Saiful!

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

AKU TAK SABAR MENUNGGU PERBICARAAN..

Saiful Bukhari said...

SEMUA: Terima kasih. Saya amat menghargainya. Saya akan tetap besabar kerana saya YAKIN bahawa sesuatu yg berlaku itu PASTI ada hikmahnya

Aku said...

salam,

bersabar saudara saiful..kami semua saudara seislam dan sebangsa sentiasa berada di samping saudara dengan doa dan sokongan yang tak pernah putus kepada saudara.

teruskan perjuangan saudara.Allah sentiasa akan memelihara dan membela saudara .

Detguaq said...

Brnarkah Sulaiman Abdullah akan menarik diri dari membela Brader Anvar?

Saiful Bukhari said...

AKU: Insyaallah, saya akan bersabar.. Terima kasih diatas sokongan.

Detguaq: Wallahualam.. Jika benar, syukur..

Generasi Pejuang Bangsa said...

tak sabar bro tunggu perbicaraan ESOK !! kita tengok esok team Kejam akan datang berbaju hitam menyokong Anwar diketuai sam boroi ..

hilbert said...

Salam sdr Saiful,

Semoga saudara dan keluarga sentiasa berada didalam keadaan sejahtera selalu hendaknya.

Esok kita semua harapkan supaya semuanya akan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan.

Maknanya kita semua tidak mahu "penangguhan bersiri" akan menjadi trend seterusnya.

Saya rasa pihak Mahkamah telahpun membuat yang terbaik setakat ini, khususnya terhadap "permohonan bersiri" DS Anwar Ibrahim.

Tetapi kita dalam pada itu juga tidak mahu kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak Mahkamah kepada DS Anwar selama ini iaitu sejak kes itu menjadi perhatian umum akan menyebabkan DS Anwar terus "bermanja" dengan pihak Mahkamah.

KeADILan hendaklah 50/50.

hilbert said...

Salam sdr Saiful,

Hari ini 8hb Julai 2009 bermulanya hari penentuan.

Selamat berjuang untuk anda dan kami tetap terus beri sokongan penuh dan padu.

Kuatkan semangat.

Tabahkan hati.

Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan anda.

Saiful Bukhari said...

TERIMA KASIH!! Saya sedang derdoa sambil menunggu pendengaran/keputusan 2 permohonan DSAI.. Akan terus ke Mahkamah setelah keputusan dibuat

Zara Zuleika said...

Bro... good luck.. walaupun aku tak dpt nak ke jln duta tp perkembangan tetap aku ikuti di blog GAP.

InsyaAllah.. Yang HAK pasti berdiri, Yang BATIL pasti jatuh!!

Yahzah Republic Blog said...

Saya bukanlah menyokong mana -mana pihak tapi bagi saya jalan terbaik adalah hadiri ke Mahkamah. Wujudnya mahkamah untuk mendengar hujah kedua-dua pihak. Tak perlulah menangguh. Inikan merumitkan keadaan. DSAI datanglah ke mahkamah. Bukanlah hendak medengar kesalahan semata-mata tapi untuk mencari keadilan. Biarlah pihak mahkamah menentukan siapa yang salah dan sesiapa yang betul. Cuma nasihat kepada semua blogger jangan terlalu menghina seseorang. Kita sebagai umat islam perlu bertindak dengan waras dan menjadi teladan kepada kaum lain.

Saiful Bukhari said...

Terkini, peguam belanya seperti biasa meminta ia ditangguhkan lagi. 15 Julai tarikh baru sebutan

Unknown said...

kalau tak bersalah, kita tentunya tak sabar- sabar nak dibicarakan. ni nak mintak buktilah... kalau tak buat mesti takde bukti..apa nak mintak bukti - bukti lagi. Challenge jelaa!

harapan saya buat peguambela yang berugama islam... jangan hanya memikirkan habuan didunia je...kalau yang tertuduh diketahui bersalah.. apakah hukum habuan yang anda terima tu ya?

Saiful,take care n hv a peaceful mind .. insyaAllah

x-pkr said...

sdra,,,

sdra cukup bergaya menyanggah AnWAR kali ini, berdasar kpd pengalaman, AnWAR amat gugup berhadapan sdra kali ini.

SAya pernah komen bhw Azizan, Meor mudah beliau uruskan. gertak, tawaran dsb adalah kekuatan AnWAR.

hari ini saya amat bangga sdra tampil ke mahkamah dgn penuh yakin! sebaliknya AnWAR yg gugup pula. Teruskan dgn kenyataan2 maut sdra menyanggah AnWAR, beliau tampak terganggu dgn itu....

teruskan perjuangan, saya ttp menyokong sekadar mampu!

Cheguman said...

Tangguh... tangguh... tangguh...

Saya berbual dengan ramai orang dan ada antara mereka yang dulunya menyokong anwar kini sudah mula cuak dan curiga.

Seorang 'pakcik' berpendapat, tindakan anwar menangguhkan bicara bukan satu strategi untuk politik, bahkan itulah satu-satunya cara yang dia ada.

Anwar sudah tidak peduli lagi walaupun rakyat semakin hilang kepercayaan padanya.