Gambar semasa ceramah di Bukit Gelugor, P.Pinang, PRU-12. Saya(berbaju biru) dibelakang tertuduh.
Video di sini[Ulasan saya dibawah]
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwatnya merupakan satu pencabulan terang-terangan dalam proses mahkamah.
Dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini,
Peguam Kanan Persekutuan, See Mee Chun berkata, mahkamah sepatutnya menolak permohonan itu berasaskan yang Anwar memohon untuk melarang pasukan pendakwaan melaksanakan tugas berkanun mereka.
‘‘
Permohonan ini tidak berasas. Hujah kami adalah permohonan ini digugurkan atau ditolak dengan kos,’’ kata Mee Chun.
Beliau berkata, pendakwaan berhubung kes liwat itu tidak boleh dikaji semula oleh Mahkamah Rayuan.
“Usaha itu adalah ‘‘benar-benar’’ serangan ke atas kuasa Peguam Negara mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau juga berhujah bahawa permohonan Anwar adalah untuk melemahkan kejayaan pendakwaan dalam perbicaraan jenayah.
Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai
‘‘sama seperti mempersenda keadilan’’.Beliau menamakan Peguam Cara I, Datuk Idrus Harun; Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.
Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam menandatangani sijil Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah, jelas menunjukkan yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan ‘‘main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya’’.
Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.
Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.
Mee Chun juga berhujah bahawa ‘‘kebimbangan munasabah bagi berat sebelah dan/atau wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah’’ oleh para responden terhadapnya adalah tidak berasas.
Katanya, semua isu berkait dengan perbicaraan liwat pada 1998, telah diputuskan oleh mahkamah dan Inkuiri Suruhanjaya Diraja.
Sebelum itu, peguam bela Anwar, R. Sivarasa berhujah bahawa permohonan semakan kehakiman perlu diberikan untuk menahan responden daripada melaksanakan kuasa mereka terhadap anak guamnya.
-
Utusan
-------------------------------------------
[Ulasan saya]: Tahniah Pn See Mee Chun, Peguam Kanan Persekutuan diatas ketegasan Puan dalam mendaulatkan Undang-Undang daripada ia terus dipijak pihak tertuduh. Bayangkan jika semua OKT yang didakwa bertindak seperti tertuduh, hatta huru-haralah sistem perundangan/kehakiman kita.
Mana tidaknya, tertuduh kali ini memohon agar semua barisan pendakwaan digugurkan atas alasan mereka dilantik oleh Peguam Negara. Jika dibenarkan, maka tiada siapa yang boleh mendakwa tertuduh kerana kuasa melantik barisan pendakwaan hanya pada Peguam Negara.
Ironinya, Peguam Negara yang samalah yang akan didesak pihak tertuduh untuk mendakwa
secepat mungkin sesiapa sahaja musuhnya yang disyaki/dituduh melakukan kesalahan. Namun, apabila diri sendiri didakwa, Peguam Negara yang sama tidak dibenarkan mendakwa serta beribu alasan lain diberi. Sungguh hiprokrit...
Benar kata Pn See, permohonan ini sememangnya tidak berasas dan seperti mempersendakan keadilan. Namun, bagi saya, pihak tertuduh tidak memperdulikan semua itu. Asalkan, beliau dapat menangguhkan Perbicaraan Utama selama mana yang mungkin. Selain itu, tertuduh juga mahu kes ini digugurkan sebelum ia dibicarakan.
Barangkali, inilah keismewaan OKT bertaraf VVIP. Jika rakyat biasa, mungkin sudah lama ia tidak akan dilayan.
Keputusan permohonan ini akan diputuskan pada 15 September 2009. Sama-sama kita nantikan.
Kepada Allah saya berserah..
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARIPautan
Saiful persoal Anwar dapat keistimewaan?- UtusanJustice Delayed; Justice Denied - Gelagat Anwar"All Star" Vs The TruthTangguh ke 3 Nov.. Lagi..Peguam Anwar, adalah Peguam Chin Peng (Raja Aziz) - MykmuKes Teoh Beng Hock: DSAI tidak layak bicara soal keadilanSumpah Laknat: Genap SetahunKetua Peguambela Tertuduh Tarik DiriDolak-dalih yang tiada kesudahanPenantian: Hari ke 400Tangguh: Mainan Anwar cari 'keadilan' - UtusanPenipuan ''Sakit Belakang'' DSAIPenipuan Imam Ramlang Porigi