Assalammualaikum wrbt,
Setelah lebih setahun saya tidak berkunjung ke Masjid Wilayah, dengan izin Allah pada hari Isnin, 14 September 2009, dapat juga saya merasakan nikmat menunaikan solat sunat tarawikh di masjid, secara berjemaah untuk kali pertama bagi ramadhan tahun ini dan yang lepas.
Alhamdulillah, walaupun saya perlu mengambil risiko yang tinggi(keselamatan) untuk ke sana, namun syukur segalanya berjalan dengan lancar dan saya dapat menjalankan ibadah dengan khusyuk dan tenang.
Dugaan dan cabaran yang terpaksa saya tempuhi ini amat berat sekali. Bukan sahaja musuh yang perlu ditentang, malah 'musuh dalam selimut' juga. Ternyata, dengan ketenangan dan nikmat(solat tarawikh berjemaah) yang diperolehi ini, akan dijadikan pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan ini.
Mengenai video diatas, ia sekadar satu 'flashback' setelah lebih setahun saya bersumpah di Masjid tersebut. Pada mereka yang sudah lama tidak bertemu atau melihat saya, bolehlah tonton video serta gambar-gambar yang dipaparkan. Pada mereka yang tidak putus2 mahu memfitnah kononnya saya sedang sakit tenat lagi pula, mohon beristigfar..
Diharap, pada ramadhan yang akan datang, saya dapat kembali menunaikan solat terawikh di Masjid tersebut tanpa memikirkan soal risiko lagi.
Kepada Allah saya bersyukur..
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
Pautan
Sumpah Laknat: Genap Setahun
Sabar.. Ada batasnya...
Bukit Aman ambil alih siasatan laporan terhadap blog
Hanya sekadar menegakkan kebenaran..
Penipuan Imam Ramlang Porigi
Selamat hari raya saiful. tabahkan hati!
ReplyDeletesalam adindaku saiful
ReplyDeletedapat juga aku menatap wajah terbaru kamu. aku rasai kesyukuran kau dapat keluar bertarawih .
percayalah , selagi nyawa di kandung badan, aku tetap akan terus bantu kamu sampai kemenangan berpihak kepada kau.
wife aku kirim salam pada kau, dia minta kau tabahkan hati dan lebih penting jaga diri kamu tu baik2..
salam aidilfitri adindaku saiful.moga bertemu satu hari nanti.
SAIFUL
ReplyDeleteBERHATI HATI DENGAN BLOGER YANG MENJADI MUSANG BERBULU AYAM !
salam saudara saiful.
ReplyDeletesaya cadangkan saudara dedahkan sedikit demi sedikit kes liwat antara saudara dengan anwar al-kazzab untuk tumpuan umum. anwar al-kazzab senang lenang kutuk saudara di luar sana tak kira siang dan malam dan mereka yg menyokong saudara termasuk saya.
sekarang rakyat sudah mula lupa isu liwat tersebut. oleh itu, mohon saudara panaskan semula isu ini untuk mematikan langkah bachul anwar al-kazzab.
walaupun saudara akan mendedahkan segalanya dalam mahkamah nanti, tapi saudara kena jugak tarik perhatian rakyat terhadap perkara ini supaya mereka tidak leka dengasn permainan anwar celaka. rakyat mestilah dibukakan mata hati mereka supaya tahu siapa anwar al-kazzab sebenar.
selamat hari raya, maaf zahir batin. saudara dijemput datang ke sarawak, datanglah berkunjung ke rumah saya...
GAP setuju dengan idea antipkrsarawak..harap kau boleh pertimbangkan.
ReplyDelete3 nov kes kau mungkin gugur atau kes ditangguh atau perbicaraan bermula.
kau kena mula serang dia saiful. sepertimana yang kau buat, keluarkan rakaman 7 saat anwar bersama bapa kamu.
klip video itu sudah menggusarkan anwar, dia takut kalau-kalau kau 'keluarkan' lagi rakaman2 lain.harap paham maksud aku.
sekali lagi aku bersetuju dengan cadangan antipkrsarawak.
jom gundah gulanakan peliwat bangsat ni saiful.
Alhamdulillah ..
ReplyDeleteSatu percubaan yang sangat berani dan berisiko tinggi - Allah telah menjayakan anda.
INGAT : dalam suasana dan ketika ini... anda tidak boleh berkompromi dalam hal keselamatan.
Semoga anda berjaya dalam melaksanakan Ibadah Ramadhan yang penuh dengan keberkatanNya.. dan Allah menjanjikan 'ketakwaan' sebagai ganjaran disamping rahmat dan keampunanNya ..
Saya sentiasa mendoakan keselamatan dan keafiatan ke atas dirimu... akhirilah ramadhan mu dengan takbir, tasbih dan tahmid .. Selamat Menyambut Kedatangan Syawal ...minal 'aidin wal faizin
anwar tak berjaya dalam rayuan die.. Goodluck saiful!
ReplyDeleteaku tak percaya pada mana-mana tuhan. jikalau benar tuhan itu wujud, aku mahukan keadilan atas kejadian liwat yang melibatkan kau dan anwar. masyarakat beranggapan bahawa bulan ramadhan bulan yang mulia, inilah masanya untuk tuhan yang kamu semua sembah, kamu main-mainkan kekuasaannya laksana atheist sepertiku dengan memanggil imam yang di paksa sebagai saksi. JIKALAU BENAR TUHAN ITU WUJUD, TUNJUKKANLAH KEADILAN YANG MAHA ADIL. kecuali tuhan kamu semua adalah WANG RINGGIT.
ReplyDeleteAs'kum Saudara Saiful,
ReplyDeleteAlhamdulillah hanya beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Syawal bagi menggantikan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita.
Insya ALLAH Saiful, sekiranya anda berada di pihak yang benar, KEBENARAN PASTI AKAN BERSAMA ANDA.
Kuatkan semangat anda untuk terus berjuang menegakkan kebenaran diri anda.
Setiap tomahan yang dilemparkan pada anda, pasti akan kembali menerjah ke diri MEREKA-MEREKA itu suatu hari nanti.
Anda bukan berseorangan, ramai di luar sana yang bersama anda samaada secara terbuka mahupun senyap.
Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Semua: Terima kasih! Selamat HAri Raya..
ReplyDeleteGAP: Terima kasih diatas sokongan yang diberi. Saya amat menghargainya. Salam Aidilfitri buat keluarga juga. Insyaallah, saya sudah dpt kenal pasti siapa 'musuh dlm selimut' itu. Bukan hanya blogger, dikalangan 'pemerintah', pihak berkuasa dan ahli politik pun ada.
GAP,AntiPKRswk: Terima kasih diatas cadangan kalian, akan dipertimbang dan diperhalusi.
Anti: Terima kasih diatas ' constant reminder' saudara. Mmg berisiko tinggi, 4 kali ditangguh kerana maklumat 'bocor'. Ke masjid pon pakai topeng, Mujur skrg ini ramai yg pakai topeng h1n1. Tidak akan sesekali berkompromi soal keselamatan. Selamat hari raya buat saudara juga=)
Fad: Alhamdulillah, terima kasih
Mighty: Anda tidak percaya tuhan? Tiada agama? Maka, sudah tentu amatlah sukar utk anda percaya apa sekalipun. Semoga anda diberi taufiq dan hidayah oleh Allah.
Ejarll: Insyaallah, terima kasih saudara. Salam lebaran.
hi mighty.
ReplyDeletesebenarnya atheist pun satu 'kepercayaan' sebagaimana juga seorang theist. we BELIEVE in GOD. while you dont BELIEVE in god. nampak tak? atheist pon adalah satu 'kepercayaan'.
ko kena paham, tuhan adalah unik, dia adalah SATU. dia tidak di jadikan, dan bukan sebahagian dari kejadian (creation). maknanya apa? jangan ingat sifat sifat tuhan ni macam justice pau, or hakim augustine paul, or hakim zaki tun azmi. ini lah masalahnya kalau bab ketuhanan semuanya nak di kaitkan dengan logik duniawi.
konsep ketuhanan pada kau ialah, jika tuhan itu wujud, mustahil segala ketidakadilan yang berlaku dalam dunia ini berlaku begitu sahaja tanpa tuhan tidak berbuat apa apa. mustahil lah orang cambodia kena bunuh dengan pol pot, mustahil hitler bunuh berjuta yahudi, mustahil george bush boleh cluster bomb dan ramai orang tak berdosa mati, while george bush escape scott free.
mustahillah anwar tu main bontot tapi terlepas gitu gitu sahaja. mungkin saiful tidak dapat keadilan yang di tuntut dalam dunia ni. mungkin dia akan tewas di mahkamah duniawi. dia dan keluarganya mungkin terus di cerca oleh masyarakat. sudah lah bontot pon kena main, tuntut keadilan pon kalah, kena cerca dan di hina lagi. mustahilah ini berlaku kalau tuhan tu wujud.
then again, inilah masalahnya apabila konsep ketuhanan di pikirkan dengan logik duniawi semata. aku tak suruh ko buang logik akal terus, tetapi jangan la pulak fikir tuhan boleh hukum orang macam justice pau potong kepala pencurik. atau tetiba anwar kena sambar petir. please dont think like that.
kekeliruan ko skarang ialah sangkaan bahawa kita ni berada di syurga, di mana tiada peperangan, tiada pembunuhan, tiada penyakit, tiada ketidakadilan atau kezaliman. ini bukan syurga di mana semuanya gembira, ceria dan senang lenang. ini adalah DUNIA. umat manusia di lahirkan di dunia dan manusia mempunyai free will dan akal yang di kurniakan oleh Tuhan. you can CHOOSE to be good, or EVIL. there will be gross injustice, corruption, kezaliman. many bad people will escape their deeds on earth. but there will be also heroes, orang alim, fighters macam brader saiful sorang ni. sama ada dia menang atau kalah, atau kelak dia kena jel kot kot anwar berkuasa satu hari nanti, itu adalah cabaran duniawi. ada orang akan di aniaya dan di zalimi. tetapi selagi dia menentang kezaliman itu, ia tetap akan di kira KELAK di akhirat.
go go go!
ReplyDeletejatuhkan pengkhianat bangsa!
Saiful, kenapa tak buka komen dari anonymous. Mungkin ramai yang nak beri komen tetapi mereka tak tahu nak register.
ReplyDeleteSaiful tak perlu bimbang kerana kalau komen mereka melampau, saudara boleh delete sahaja.
abdul: Noted, sy sudah tukar setting.
ReplyDeleteSaiful, terima kasih kerana menerima cadangan saya. Diharap selepas ini blog saudara akan ramai lagi melayarinya dan membuat komen.
ReplyDeletekalau tak boleh terima pendapat org tak kira ler kutuk ko ke tak baik tak payah buat blog... kalau ader 1000 org yg kutuk ko tapi 100 yg suka kek ko pastu eko biarkan yg 100 punye post kuar nampak sangat macam ko nak tonjolkan disini yg eko ramai penyokong..
ReplyDeleteAnon: Sblm ni saya hanya terima pendapat ORANG(Verified Blogger) sahaja, sekarng ni sudah diluaskan, terima pendapat 'hantu'@Anonymous Commenter(bkn sy bg gelaran, A.Kadir.Jasin) pula. Saya ikut saranan abdul. Sekian
ReplyDeletenak tanya sikit.. eko kata bapak ko kono pecat ..uncle peliharaan ko pon kono pecat ... tunang ko takde keje... eko tu aku rasa pon takdo keje .. macam korang makan / beli barang semua .. boleh gi umrah ... ?????? dari mana duit tu datang ??
ReplyDeleteGaji lumayan semasa bekerja dgn idola saudara. Pergi umrah? Bila? Kali terakhir sy pergi jun06. Lihat gambar di sidebar dan baca btl2. Ya, semua dipecat, jadi konspirasi apa ini?? Fikir2kan lah.. semoga saudara temui jalan kebenaran.
ReplyDelete