Friday, January 20, 2012
Syukur.. Peguam Negara failkan Notis Rayuan... disaat akhir 4.15pm
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara didalam memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada petang tadi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang lepas.
Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Notis Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana.
Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.
Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar
Kepada Allah saya berserah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
20hb Januari 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
assalamualaikum
semoga kebenaran akan terus berpihak kpd anda,
Insyaallah
Salam,
Semoga kebenaran memihak kepada yang benar. Semoga kesabaran saudara Saiful selama ini mendapat balasan.
Allah sentiasa berada di pihak yang benar. Jika di dunia dia terlepas, akhirat akan jadi penentunya.
Assalammualaikum;
Mudah2an anda sentiasa bersabar kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang sabar.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" Al Quran, 2:45
Banyakanlah membaca Al Quran kerana faedahnya amat banyak.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya,Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia." Al Quran 23:1-3
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa" Al Quran, 2:2
Mudah2an kita mendapat petunjuk dari ALLAH, InsyALLAH. Amin ya rabbal alamin.
kau sekarang dilupakan...
samada kau betul atau tidak, itu bukan urusan aku...
kalau benar, dizalimi, aku tahu apa rasa itu dizalimi...
cuma kau dapat berdoa depan kaabah... apa kau doa, kau saja yang tahu...
aku pula tidak dapat berdoa di tempat istimewa seperti kau dapat...
aku cemburu ngan kau!
Post a Comment