Wednesday, January 11, 2012

Bapa bidas Majlis Peguam, mohon Peguam Negara failkan rayuan.


KENYATAAN MEDIA


1) Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan berasa amat kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012.

2) Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.

3) Majlis Peguam seharusnya bersikap 'neutral' dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

4) Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia? atau hanya pendirian tertentu individu-individu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?

5) Mengapa Majlis Peguam selama ini pernah tidak bantah pihak tertuduh dalam perbicaraan kes ini yang ikut rekod telah membuat 36 kali rayuan/permohonan? Ini baru kali pertama pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang. Mengapa ada 'double standard'? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP, ahli politik, hak beliau dinafikan dengan begitu sahaja?

6) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukan rayuan.

7) Sebagai bapa, Saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau, juga seluruh keluarga saya.


AZLAN MOHD LAZIM
11hb Januari 2012

11 comments:

masbak rumashid said...

Saya berharap,rakyat malaysia memberikan sokongan kpd Sdr saiful.

Adalah dimohon jasabaik Jabatan Peguam Negara,agar dapat memfailkan rayuan Sdr Saiful ke Mahkamah Rayuan untk di adili semula secara saksama.

Fashion Affair Boutique (FAB) said...

Assalamualaikum

Saya menyokong tindakan anda dan bapa untuk mebuat rayuan. Pastikan yang bersalah menerima hukuman!

Dengan ini saya mencadangkan pihak anda untuk menyaman Azwan Ali, artis malaysia yang mengeluarkan kenyataan di lama twitter milik beliau berbunyi, sila baca artikel dibawah

http://www.ohbulan.com/azwan-ali-gembira-anuar-ibrahim-dibebaskan/

Diharap pihak Saiful bersabar, sesungguhnya Allah bersama mereka yang sabar

Betty Zurina said...

jangan putus berdoa saiful..mungkin allah nak menduga hambanya lagi..jangan mengeluh kerana masih ramai lagi yang menyokong kamu.. pada 901 bila akak dpt tahu kamu kalah hati ini sedikit kecewa..tapi pd 10/01 akak terjaga nak solat tahajud..dengan kuasa allah sebelum akak angkat takbir..tiba2 wajah mu melintas di fikiran dan mungkin allah nak menunjukkan sesuatu..dan akak sentiasa mendoakan supaya satu hari kamu akan mendapat keadilan..

aku punya suka said...

sabar ye

sepandai tupai melompat akhirnye jatuh ke tanah jua..
yang salah tetap akan kene hukum..
tunggu pembalasa tuhan

my melody said...

moga allah merahmati n meenunjukkn kbenaran yang hakiki utkmu.hdp saiful bukhari!!kmi rakyat msia sentiasa brsamamu serta mnyokongmu..doa ikhlas dr kami..yg benar tetap benar..jgn takut saiful..

my melody said...

semoga Allah merahmatimu sekeluarga...walau apepun yg trjadi,tabahkan hatimu..kami rakyat msia sentiasa ade di belakangmu..kebenaran akan terserlah jua 1 ari nnti..bersabar lah...hdp saiful bukhari!!

hilbert said...

Teruskan usaha saudara dan keluarga, kami akan tetap memberi sokongan atas perjuangan menegakkan keadilan.

Kita rakyat Malaysia faham bahawa tiada semua hakim berpengalaman dalam kes-kes yang beliau sendiri kendalikan..kadangkala berlaku kesilapan kerana pengalaman tidak sampai ke situ.

Harap pihak Peguam Negara segera bertindak tanpa hirau akan tekanan dari Majlis Peguam atau Pakatan Haram Karpal Singh DAP, PKR dan PAS.

sa said...

Saya terlampau sakit hati dgn jantan yg mudah terlepas itu hingga sy mimpi kan kes saiful..satu ayat yg sy ingat dlm mimpi tu .. "aku takkan lepas kan kau!! ...jika jd pd sy atau anak sy sklipn..sy takkan biarkan..siap kau!

razak said...

Kuatkan semangat. Saya skong 100% AG failkan rayuan.

razak said...

Kuatkan semangat. Saya sokong100% AG failkan rayuan.

La Reine said...

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Kebenaran akan tetap berpihak kepada mereka yang benar. Di harap saudara Saiful tidak kecewa dan berputus asa. Allah Mendengar doa hambaNya yang dianiaya. Azab untuk si pendusta peliwat tua anwar itu bukan main hebat hingga balasan untuknya layak diterima di akhirat. sehina-hina balasan dan seberat-berat azab! Allah selamatkanlah saudara Saiful, selamatkanlah Islam dan Melayu, selamatkanlah Negara Malaysia. Ameen ya Rabb